Showing posts with label uncategories. Show all posts
Showing posts with label uncategories. Show all posts

Tuesday, 2 June 2015

Posted by Unknown On Tuesday, June 02, 2015

Assalamualaikum semua.

Saya doakan pelawat setia wafiqulya ini dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Tak lupa juga ucapan,"Anda Kaya & Berjaya!".

Perlu saya tekankan bahawa perkongsian ini khas saya susunkan untuk menjawab banyak persoalan yang dikongsikan dari para pelawat blog ini berkaitan soal berhenti kerja dan mencari penghidupan baru.

Perkongsian soalan dan jawapan secara ringkas itu telah ada di entri INI, namun saya kongsikan semula secara tersusun agar mudah difahami oleh lebih ramai orang. 

Semoga Allah mengganjari pahalanya sekiranya ia bermanfaat untuk orang lain.

5 PERKARA SEBELUM RESIGN! 


1. Tanya Allah dulu.

Ramai orang melulu bila hendak melakukan sesuatu perkara yang besar dalam hidupnya hanya kerana mengikut kata hati yang meronta.

Sabar dulu. Kata orang,"Ikut hati mati, ikut rasa binasa." 

Istikharahlah dulu bertanyakan Sang Pemilik hati itu supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Ulang-ulanglah istikharah hingga anda berpuas hati dengan ilham keyakinan yang ditiup di dalam sanubari anda.

2. Bincang dengan pasangan.

Mintalah pendapat orang yang paling penting dalam hidup anda. 

Ia dapat menguatkan keputusan anda dan mendapat pandangan terbaik daripada orang lain yang lebih memahami anda.

Setelah anda berhenti kerja dan sebelum mendapat pekerjaan baru, tentulah pasangan andalah yang akan membantu anda dari sudut kewangan. 

Maka, biarlah keputusan itu dibuat dengan  persetujuan kedua belah pihak.

3. Bincang juga dengan majikan.

Jangan buat muka pelik ye. :) 

Eloklah bertemu 4 mata dengan majikan dan berbincanglah secara terbuka.

Sampaikan permasalahan anda dan mintalah penyelesaian daripada pihak majikan jika benar anda masih diperlukan di sana.

Jika jelas permasalahan anda tidak didengar atau diselesaikan dalam suatu tempoh masa yang dipersetujui bersama, maka ma'as salamah (selamat tinggal) kepada syarikat dan mencuba kerjaya lain pula.


4. Kenal diri anda!

Ramai yang ingin berhenti kerja kerana faktor tekanan, rasa dipergunakan, tiada kebebasan masa dan kewangan dan lain-lain.

Faktor-faktor ini memerlukan anda melihat ke cermin dan kenal siapakah diri anda sebenarnya.

Adakah anda seorang insan yang boleh bekerja di bawah arahan orang lain atau anda termasuk insan yang lebih suka bekerja sendiri?

Selepas kenal diri anda, ia lebih mudah untuk urusan kerjaya seterusnya.

Jika anda boleh bekerja di bawah orang lain, maka pilih kerjaya yang sesuai dengan minat dan kehendak anda. 

Jika anda hanya boleh bekerja sendirian, maka buatlah bisnes. Mulakan dari modal sekecil yang mungkin. Jangan tergesa-gesa ye.

Jika tak tahu nak berbisnes apa, anda boleh mengintai bisnes saya ini di SINI. 

Minat? Hubungi saya.

5. Yakinlah rezeki itu milik Allah

Ramai yang ingin berhenti dan memulakan perjalanan kerjaya baru dalam hidup mereka.

Cuma sayangnya, pasak mereka pada rezeki sangat longgar dan rapuh hingga akhirnya mereka kembali ragu setelah berusaha mendapat kerjaya baru.

Trust me. Anda pasti susah hati dan mungkin juga dirundung duka sekiranya anda tidak ada keyakinan ini sedari awal.

Ia nampak mudah tapi berat bagi mereka yang telah merasainya.

Semoga tulisan ringkas ini memberi banyak manfaat buat anda semua.

Mohd Taufiq
Motivator Kesihatan & Kejayaan

Monday, 5 January 2015

Posted by Unknown On Monday, January 05, 2015
Biasanya penjaja sayur bergerak di Malaysia menggunakan motor kapchai Hondo biasa. Model Honda menjadi pilihan utama kerana reliability yang tinggi. 

Jangan ketawa dulu. Honda Cup C70 sudah dinobatkan oleh pelbagai majalah permotoran sebagai motosikal yang paling influential di dunia. Bukan Harley, Cagiva ataupun Ducati tetapi motor 2 storke Honda Cup. 

Motor ini digunakan peniaga kerana kos penyelenggaraan yang rendah dan tahan lasak. Tapi motor tersebut sudah tidak lagi dikeluarkan oleh Honda. 

Kini ramai yang menggantikannya dengan Honda EX5 dan pernah saya jumpa penjaja sayur yang menggunakan motor keluaran negara, Modenas Kriss 110.

Jadi agak aneh apabila di Indonesia ada brader yang menjual sayur menggunakan sebuah motor elegen dan berkuasa 250cc.

Apa ceritanya?


Penjual sayur di Jawa Tengah ini mengumpul duit selama 6 tahun untuk mendapatkan motor idaman beliau Yamaha YZF R25. 

Bila dah mampu beli motosikal berkuasa tinggi ini, brader ini menggantikan motosikal lama sebagai platform menjual sayur. Gaya mau ranggi!


Ini namanya dapat yang diidam terus mahu pakai hari-hari tanpa mengira ianya praktikal ataupun tidak. LOL!

Apa pun, sesuatu yang patut dipuji kerana atas usaha beliau menjaja sahaja, beliau mampu memakai motor yang berharga tidak kurang dari RM 25000 jika menurut nilaian ringgit Malaysia.

Rasanya kita di Malaysia, jika dah bekerja 6 tahun pun, sukar juga untuk memiliki motor idaman ramai brader riders ni. Betul ke betul? :)

Nampak gayanya kena tambah-tambah side income nampak gayanya ni. Moh kita berbisnes.

Mohd Taufiq
Motivator Kesihatan & Kejayaan

Monday, 22 December 2014

Posted by Unknown On Monday, December 22, 2014


Ini kisah benar mengenai Panyee FC, iaitu antara kelab bola sepak paling hebat di selatan Thailand. 

Juara bole sepak peringkat remaja Thailand selama 6 tahun berturut-turut mulai tahun 2004 hingga 2010. 

Dari sudut geografi, kelab ini berasal dari Kepulauan Kecil Koh Panyi yang hanya merupakan bandar nelayan dan bot-bot mereka sahaja tanpa sebarang ruang atau peluang untuk bola sepak.

Bila difikirkan semula, mana boleh kelab ini boleh jadi superstar dalam Thailand. Betul tak?

Tapi dengan tekad kanak-kanak yang memulakan legasi Panyee FC, mereka mampu membawa nama Koh Panyi di serata Thailand. Tanpa daratan, mereka mampu bermain bola sepak dengan baik dan penuh skill.

Lihat video ini untuk kisah pendek ringkas mengenai Panyee FC.

Terbaik untuk kita mengambil semangat dan motivasi daripada mereka.

Mohd Taufiq
Motivator Kesihatan & Kejayaan

Thursday, 11 December 2014

Posted by Unknown On Thursday, December 11, 2014
tinggi gaji

Siapa tak mahu jawatan dengan gaji yang tinggikan?

Tambahan pula sekarang, gaji yang ditawarkan dikira masih setimpal dengan kerja dan kelayakan yang dimiliki graduan.

Namun, persaingan yang sengit dalam pasaran kerja sekali gus membuatkan ada antara kita tercicir dengan bekerja di luar daripada kelayakan akademik diperolehi. 

Tapi tak mengapa. Itukan pengalaman juga sebelum kita memasuki bidang yang kita sukai.

Ingat kata-kata yang baik ini,"First, love what you do. Then, do what you love".

Bagi individu lepasan sekolah yang masih mencari jurusan terbaik untuk membina kerjaya mungkin inilah masanya anda menimbangkan keputusan aliran pengajian anda supaya selari dengan kerjaya idaman. 

Bagi yang sudah bekerja pula, tidak mustahil untuk mengubah sesuatu bagi meraih pendapatan dan posisi lebih baik.

Kajian oleh portal Jobstreet.com, 10 pekerjaan menawarkan gaji tertinggi di Malaysia disenaraikan berdasarkan senarai majikan bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Ogos 2013.

FARMASI PALING TINGGI

Kaji selidik itu mendapati pekerja yang berkhidmat dalam jawatan eksekutif khusus dalam bidang perubatan, kejuruteraan, kewangan dan teknologi maklumat (IT) secara amnya memperoleh gaji lebih tinggi. 

Purata gaji adalah sebanyak RM2,800 sebulan.

Purata gaji graduan baru di Malaysia sebanyak RM 2, 100 sebulan.

Senarai ini adalah gaji permulaan sahaja. Ia boleh meningkat dalam masa sebulan dan seterusnya:




PILIH ATAU BERUBAH

Tidak menghairankan, bukan?

Bukan mudah untuk berjaya dalam jurusan tersebut. Sesuailah dengan gaji yang ditawarkan kerana memerlukan usaha dan fokus yang tinggi untuk berada pada tahap yang diperlukan pasaran.

Bagi penuntut IPT dan golongan lepasan sekolah, ketahui minat anda dan buat pilihan yang betul. Buat sedikit kajian tentang pasaran semasa dan ketahui bidang yang mempunyai permintaan tinggi. 

Tapi perlu saya ingatkan, tidak guna mengejar gaji tinggi untuk memilih kursus kerana desakan, bukannya minat sendiri. Buat penilaian terbaik dengan merujuk kepada kaunselor atau pensyarah.

Usah terlalu bandingkan pencapaian diri dengan orang lain namun dalam masa sama, cuba untuk berusaha lebih.

Namun perlu diingat, kerjaya adalah sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan minat bukannya faktor gaji semata-mata. 

Jika hanya bergantung kepada bayaran, anda mungkin tidak akan kekal dengan satu kerja dan terus mengejar hingga tua.


PILIHAN LAIN

Ada 4 pilihan sebenarnya dalam pekerjaan:

1. Gaji tinggi tapi tiada kehidupan (life)
2. Gaji rendah tapi ada kehidupan
3. Gaji rendah dan tiada kehidupan
4. Gaji tinggi dan ada kehidupan

Majoriti rakyat Malaysia termasuk dalam 3 kategori pertama.

Anda ingin gaji yang tertinggi tetapi tiada permintaan tinggi dan sambutan tinggi dari pasaran tapi tetap ada kehidupan dengan orang ramai?

Ceburilah bidang perniagaan. It's awesome. :)



Mulakan secara part time sama ada anda sekarang masih bergelar mahasiswa atau pekerja. 

Jika side income anda telah menyamai gaji semasa anda dan mempunya pasaran luas dan barangan atau perkhidmatan anda sentiasa mendapat permintaan, pasti bidang perniagaan tidak mustahil menjadi pekerjaan utama anda pula.

Jika keinginan di hati tinggi untuk bebas kewangan, bebas masa dan bebas kehidupan sila baca motivasi bisnes ini untuk teguhkan hati anda. 

Jika berminat untuk mulakan side income anda, tanpa modal, pasaran luas, permintaan tinggi, rangkaian lebar, income tinggi dengan risiko rendah, boleh teruskan bacaan anda DI SINI.

Saya doakan anda memperoleh manfaat dari post ini. 

Anda kaya dan berjaya.

Mohd Taufiq
Motivator Kesihatan & Kejayaan

Thursday, 20 November 2014

Posted by Unknown On Thursday, November 20, 2014

2 - 3 hari lepas, post akhbar ini menjadi viral seluruh Malaysia oleh pengguna media sosial dan ramai sekali yang memberi, kutukan, pandangan dan tak kurang juga yang melontarkan caci maki kepada sang suami di samping kata-kata sokongan buat si isteri.

Kisah ini bukan satu dua di Malaysia, bahkan statistik menunjukkan Malaysia menjadi negara pasangan curang tertinggi di Asia! 

Mengejutkan, bukan?!

MENGAPA CURANG?

Tujuan awal dan akhir pernikahan adalah untuk ketenangan dan kebahagiaan. 

Jika tujuan ini tidak diperoleh dalam tempoh perkahwinan itu disebabkan beberapa faktor, maka muncullah bibit-bibit kecurangan.

Firman Allah SWT: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kalian mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.” 



TEKNIK ATASI CURANG CARA NABI

1. Pilih Pasangan Mengikut Aturannya

Nabi SAW bersabda: "Perempuan itu dinikahi kerana 4 perkara; hartanya, keturunannya, kecantikannya atau agamanya. Pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi)

Saidina Hasan bin Ali berkata: “Kawinkanlah anak perempuanmu dengan lelaki yang bertakwa kerana jika lelaki itu mencintainya, maka dia akan memuliakannya. Jika tidak menyukainya, maka dia tidak akan mendzaliminya.”

Sudah jumpa rahsianya?!

Nabi SAW dan Islam itu sendiri mementingkan agama dalam semua hal, terutamanya pada pemilihan pasangan.

Pada kebiasaan manusia, aturan pasangan mengikut tingkatan harta, keturunan dan kecantikan menjadi faktor utama dan meletakkan 'beragama' pada pilihan terakhir.

Tapi Nabi menyuruh sebaliknya. "Pilihlah yang beragama, nescaya kamu bahagia," begitulah petunjuk baginda.

Dari post yang viral itu, kita boleh melihat dengan jelas betapa si suami memuja kecantikan isterinya dan itulah faktor utama perkahwinannya. 

Kecantikan itu juga menjadi faktor utama kecurangannya kerana kecantikan itu telah berpindah pada diri orang lain sedang isterinya sudah hilang kecantikannya.

Ini yang telah Nabi ingatkan. 

  • Jangan kamu berkahwin dengan seorang wanita kerana kecantikannya semata-mata, kerana kecantikan akan memusnahkan dirinya dan diri kamu.
  • Jangan kamu berkahwin dengan wanita kerana hartanya, kerana kekayaan itu akan membuatnya derhaka kepadamu.
  • Janganlah berkahwin kerana keturunannya, kerana ia akan menghinakan kamu.

Adakah kita telah memilih pasangan menurut aturan ini?!

2. Fahami Tanggungjawab

Benar. Ada ketikanya pasangan suami isteri terlupa tanggungjawabnya setelah mempunyai anak.

Hambatan kerja dan kesibukan mengumpul harta untuk kehidupan lebih baik di masa depan hingga membuatkan mereka terlupa tanggungjawab hari ini memburukkan lagi keadaan.

Isteri memikul hak isteri kepada suami dan hak ibu kepada anak. Suami pula memikul hak suami kepada isteri dan hak bapa kepada anaknya.

Masalah kurang kasih sayang dan perhatian dari pasangan yang membawa kecurangan adalah kerana isteri sudah menjadi 'full-time mother' hingga hilang terus tanggungjawabnya sebagai 'isteri'.

Atau kerana suami telah menjadi 'no-time father' hingga isteri terpaksa mengambil tanggungjawab itu atas dirinya dan mengabaikan tanggungjawab sebagai 'isteri' kerana bebanan itu. 

Faham..faham?!

Inilah masalahnya, kita tidak mengimbangkan antara kedua-dua hak yang Allah pikulkan atas seorang lelaki bernama suami dan bapa dan hak seorang wanita sebagai isteri dan ibu.



3. Penampilan Wajib Menarik

Ini yang paling banyak berlaku dalam masyarakat kita. Tidak ramai pasangan yang menjaga penampilan mereka setelah 3-4 tahun perkahwinan dibina.

Mungkin kerana mereka berasa 'selamat' dan 'selesa' kerana telah diikat dengan nama isteri atau suami sedangkan itulah punca kecurangan berlaku.

Suami 'geli' mata di rumah, tapi 'gatal' matanya di jalanan.
Isteri 'basi' di rumah, tapi 'seksi' pula di jalanan.

Suami 'bisu' di rumah, tapi 'manis' mulutnya di luar.
Isteri 'meroyan' di rumah, tapi 'waras' mulutnya di luar.

Maaf jika terkasar tapi inilah realiti yang berlaku. Sedangkan Islam mengajar supaya berperwatakan dan berpakaian menarik ketika di rumah.

Amaran Rasulullah SAW:

"Siapa saja perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian ia keluar melihat kaum lelaki ajnabi agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina." (Riwayat Ahmad)

Bagaimana mungkin rumahtangga sejahtera jika tujuan kita adalah untuk 'membahagiakan' orang lain, bukan suami sendiri.



Begitu juga hadis ini:

"Rasulullah SAW memakai pakaian serba hitam, lalu bertanya kepada Aisyah: “Apa pandangan kamu, hai Aisyah?”

Aisyah berkata:"Alangkah segaknya kamu apabila kulit putih kamu dikenakan dengan pakaian hitam ini".

Hadis ini menyarankan suami bersegak dan isteri bersolek ketika di rumah terutamanya jika ada pasangan wujud di depan mata.

4. Luaskan Belanja

Nabi memberi panduan kepada kita terutamanya para suami yang menanggung nafkah rumahtangga agar memperbaiki perbelanjaan rumahtangganya.

Dari Tsauban r.a, katanya, Rasulullah SAW bersabda:

"Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan oleh seseorang ialah yang dinafkahkannya untuk keluarganya..."

Luaskan belanja nafkah untuk keluarga. Belikan pakaian, perhiasan dan wangian untuk kegunaan pasangan. 



Bakhil yang paling dicela adalah bakhilnya seorang pemimpin, baik pemimpin keluarga, jemaah, negeri atau negara.

Keluasan tangan akan membuka keluasan hati orang yang menerima manfaat tersebut selagimana tidak sampai pada tahap pembaziran.

5. Perhatikan Bilik Tidur

Bilik tidur adalah bilik eksklusif suami isteri. Bukan orang asing sahaja tidak dibenarkan masuk ke bilik khas ini bahkan anak-anak juga diajar adab etika tertentu untuk masuk ke bilik bahagia ini.

Maka, jagailah bilik ini. Bilik ini menentukan bahagia atau tidak bahagian rumah yang lain. 

Malangnya yang berlaku adalah sebaliknya. Tiada lagi haruman minyak wangi seperti di awal perkahwinan. Yang tinggal hanyalah bauan minyak angin.



Semua ini mungkin nampak remeh, tapi apabila perkahwinan mula dilubangi dengan kecurangan, perkara yang dianggap 'remeh' oleh masyarakat yang kian jauh dari panduan Nabi ini pasti akan kelihatan lebih penting dari segalanya.

Semoga bermanfaat. Semoga Allah memelihara perkahwinan yang telah kita bina atas dasar cinta. Dasarilah atas cinta kepada Allah.

FEEL FREE TO SHARE THE SUNNAH.

Mohd Taufiq
Motivator Kesihatan & Kejayaan

Wednesday, 19 November 2014

Posted by Unknown On Wednesday, November 19, 2014
money magnet, kebebasan, freedom

Sudah lama terikat dengan jawatan dan kuasa yang diamanahkan hingga mengekang kebebasan sendiri?

Sudah lama tidak sempat meluangkan masa bersama keluarga kerana terlalu sibuk mengisi kebebasan yang terhad?

Ingin tahu kebebasan itu dengan perspektif saya yang sedikit berbeza?

# # # # #

Saya pernah ditanya,"Ustaz rasa duit itu beri KEBEBASAN ke? Kalau ustaz rasa begitu....Kawan, anda telah hilang pedoman dan tidak nampak secara keseluruhan hidup".

Betul ke begitu?! 

Saya tidak fikir saya telah terlepas pandang terhadap maksud kebebasan dalam seluruh sudut kehidupan, tetapi saya fikir kita mempunyai perspektif yang berbeza dari maksud kebebasan itu sendiri.

simple life, life is simple

KEBEBASAN ITU PADA SAYA...........

Pada saya, kebebasan itu bermaksud saya tidak perlu menjawab kepada sesiapa atau meminta izin daripada sesiapa dalam melakukan sebarang aktiviti hidup.

Inilah kebebasan yang Islam bawa iaitu kalimah syahadah yang membebaskan kita dari sesiapa sahaja melainkan Allah dan rasulnya. Tanpa ikatan kepatuhan dan tanpa keterikatan kemerdekaan.

Kebebasan juga pada saya adalah mampu untuk memberi sesuatu yang berharga bagi orang-orang yang saya sayangi tanpa bimbang memikirkan adakah saya 'mampu' menunaikannya. 

Lebih baik lagi, sekiranya saya boleh menunaikan kehendak mereka tanpa ber'nanti' atau ber'tapi' kerana alasan tiada kebebasan masa atau wang.

Bukankah Nabi SAW bersabda,"Luaskanlah nafkah ahli keluargamu dan sebaik-baik sedekah itu kepada ahli keluarga".

Pandangan saya juga kebebasan itu bernilai apabila kita tidak perlu menjual aset yang paling berharga yang kita miliki iaitu MASA kepada siapa pun untuk gaji yang telah ditetapkan dengan kadar kebebasan yang terhad.

Menjual masa bermaksud menjual hidup. Menjual hidup bermaksud menjual kebebasan. Menjual kebebasan adalah menjual kemuliaan seorang manusia.

Fikirkan sejenak.....

Bukankah sejarah telah melakarkan bahawa Islamlah satu-satunya agama yang membebaskan manusia dari menjadi hamba sesama manusia dan kembali menjadi hamba kepada Tuhannya bukan tuannya?

big dream,

Kemampuan untuk pergi ke seluruh pelosok dunia dengan menikmati semua keindahan yang diciptakan, bila-bila pun dan bagaimanapun caranya saya inginkan. Itu, bagi saya, adalah kebebasan.

Kebebasan paling utama adalah pada fikiran. Tertekan, berserabut, tidak tenang fikiran lebih menekan hidup. Dengan kebebasan, fikiran menjadi tenang dan perasaan juga tidak tertekan. Pasti hidup sentiasa positif dan melihat hidup ini sebagai anugerah  yang sangat bernilai.

KEBEBASAN ITU BERNILAI UNTUK SESIAPA SAHAJA

Bagaimanapun, kebebasan itu adalah subjektif. Tidak sama antara saya dan anda, anda dan orang lain. Ia sesuatu yang tidak perlu diperdebatkan.

Saya yakin kebebasan untuk seseorang di negara yang berperang akan datang ke tempat yang lebih aman. Kebebasan pelajar adalah ketika mula bekerja. Kebebasan pekerja adalah ketika ia telah menjadi bos. 

Inilah kebebasan pada pandangan saya. Apa pula maksud 'kebebasan' dalam hidup ini?!

Mohd Taufiq
Motivator Kesihatan & Kejayaan

Friday, 14 November 2014

Posted by Unknown On Friday, November 14, 2014
tips, jimat, cermat, makanan,

Pagi tadi saya tertarik dengan post tentang penjimatan penuntut kita di IPT terutamanya pada kos makanan yang kini tak kurang cepat peningkatan harganya.

Tapi ada lagi tips penjimatan ekstrim dari pekerja asing di negara kita yang selalu saya perhatikan. Jika diamalkan, pasti kita dapat berjimat lebih banyak dari kebiasaan.

Tips ini sesuai untuk pelajar IPT dan pekerja yang masih bujang. Untuk yang berkeluarga, tapis-tapislah. Jangan menyempitkan nafkah jika kita mampu meluaskan. 

Sebaik-baik suami adalah yang meluaskan nafkah ahli keluarganya dahulu.

TIPs JIMAT EKSTRIM

1. Agihan perbelanjaan.

Matlamat pekerja asing di Malaysia adalah tentulah bukan untuk melancong tapi untuk bekerja mengumpulkan kekayaan.

Setiap bulan atau setiap kali mendapat bayaran upah untuk pekerjaan mereka, antara 60 hingga 80% adalah untuk dipindahkan kepada keluarga di negara asal mereka.

Hanya 20 hingga 40% sahaja yang digunakan untuk kos makanan, pakaian dan top up.

Kiraan agihan perbelanjaan anda:

Gaji RM 1500.
Akaun sendiri - RM 900 - 1200.
Baki - RM 300 - 600

Anda mampu lakukannya?

Ini tak termasuk beli rumah ye. RM 6K sebulan bulan tentu mampu untuk memiliki runah ye. SINI ceritanya.

2. Kenderaan.

Tiada sama sekali atau ada kenderaan seperti motorsikal dan kereta untuk pekerja asing yang telah lama berada di Malaysia.

Anda mungkin perlu menumpang kenderaan orang lain untuk pergi ke U atau tempat kerja. Atau alternatifnya dengan kenderaan awam kecuali teksi.

Bayaran bulanan kereta atau motorsikal tidak perlu, kos penyelenggaraan tidak perlu dan pastinya tak perlu tambah pening kepala tentang harga minyak, naik mahupun turun.

3. Tempat tinggal.

Pekerja asing tinggal beramai-ramai untuk jimatkan kos belanja pada bahagian ini.

Selesa? Bagi mereka itu tidak penting. Matlamat mereka untuk bekerja dan kumpul kekayaan bukan datang dari jauh untuk tidur atau cari keselesaan.

Nanti dah cukup kaya, mereka pulang dan hidup selesa di tanahair mereka sendiri. 

Anda juga boleh lakukannya. Sewa rumah untuk tinggal beramai-ramai sekiranya untuk tujuan tidur, makan dan minum sahaja.

Sekiranya untuk belajar atau membawa pulang kerja ke rumah, sewakan bilik yang sesuai dengan harga paling 'stabil' dengan kocek anda.

shopping complex, aeon, jauhi, tips, jimat, diet
Sila jauhi Shopping Complex untuk keselamatan kocek anda.

4. Makanan

Bahagian ini yang kebiasaannya 'bocor' dek kerana nafsu yang menggunung pada makan minum.

Jika diubah, pasti banyak potongan anda boleh lakukan untuk tingkatkan simpanan.

i- Masak sendiri di rumah.

Cara paling berkesan. Beli barang mentah secara beramai-ramai dan secara pukal.

Kos yang perlu dikeluarkan oleh setiap orang hanya RM 50 sebulan. Mereka kumpulkan 10 orang dalam rumah tumpangan mereka sudha dapat RM 500.

Anda juga boleh 'menirunya'. Kumpulkan rakan serumah dan beli barangan mentah secara berkala baik seminggu sekali atau 2 minggu sekali atau sebulan sekali.

Pasti jimat....tapi ini takkan berguna jika semua 'rajin' memasak! Alah, buat tak faham pula....

ii- Pola makan

Mungkin mereka berpegang pada kata-kata 'Take your breakfast like a king, your lunch like a queen and dinner like a beggar'. 

Maklumlah, mereka bekerja kuat sejak pagi hari lagi. Jadi, sarapan pagi menjadi berat, tengah hari, makan secara sederhana dan malam hari, makanannya sangat mudah.

Sekiranya anda ingin praktikkan:

  • Makan pagi: Nasi berlauk, 
  • Makan tengah hari: Makanan bergoreng atau nasi tidak berlauk atau roti + planta.
  • Makan malam: Makan angin atau air kosong bersama buah.

iii- Makan di kedai

Apa yang saya perhatikan. Mereka akan ambil nasi putih, seketul ayam gorang atau seeekor ikan dan sup sahaja. Tanpa sayur dan tanpa air.

Percayalah, ia sangat jimat dan mengenyangkan anda. Ingat prinsip pekerja asing adalah,"Makanan untuk hidup, bukan hidup untuk makan".

Minta air kosong atau air percuma yang disediakan. Lebih jimat, bawa minuman sendiri.

KFC Malaysia, jauhi, kfc, diet
Elakkan makan di tempat seperti ini. 'Melintas' di depannya pun tidak dibenarkan.

Sekiranya mereka hanya beli lauk. Mereka akan ambil seketul lauk juga dan kuah yang agak banyak. Tentu harga untuk kuah lebih murah tanpa laukkan?

Tujuannya? Boleh dipanaskan atau dimasak bersama lauk di rumah. Bukan sehari. Bahkan berhari-hari. Kegemaran mereka adalah kuah kari!

Tapi ada sesuatu yang menakjubkan adalah mereka sentiasa menjaga pemakanan mereka sekalipun hidangannya sekadar sup atau kari. 

Kerana itu, jarang kita melihat mereka berada di katil hospital kerana makanan!

TIPs JIMAT INI BUKAN UNTUK ANDA

Sekiranya:

1. Anda telah berkeluarga seperti yang telah saya sebutkan tadi, tapi ada juga cara khas penjimatan untuk anda. Nanti saya bawakan.

2. Anda seorang menteri atau orang berkepentingan politik yag tidak memahami selok-belok dan kisah masam manis kehidupan rakyat.

3. Anda golongan kaya atau sederhana yang tidak pernah susah. Ditakuti jika anda melakukannya, anda akan mula jatuhkan ego dan suka membantu orang miskin dan tidak berkemampuan yang lain.

4. Anda seorang perokok! Tak guna jimat semua ini tapi masih merokok Dunhill sehari RM 13.50.

Alah....gurau pun tak boleh. Semoga bermanfaat. Selamat berjimat cermat.

Mohd Taufiq
Motivator Kesihatan & Kejayaan

Friday, 6 June 2014

Posted by Unknown On Friday, June 06, 2014
Assalamualaikum readers jutawan semua.

Pernahkah anda lihat pemimpin anda diiringi oleh puluhan bahkan hingga ratusan anggota keselamatan mengawasi beliau apabila berjumpa rakyat di jalanan?

Pernahkah anda lihat pemimpin anda 'dikepung' oleh puluhan bahkan hingga ratusan anggota keselamatan ketika beliau dalam perjalannya ke sana ke mari?

Pernahkah anda lihat pemimpin yang dikatakan disokong oleh majoriti ramai ternyata takut dalam sendirian hingga terpaksa anggota keselamatan menjadi benteng buat dirinya di mana sahaja dia berada?!

# # # 

Beberapa hari ini sebenarnya, saya agak terkejut ketika secara tidak sengaja terbaca berita kemenangan As-Sisi dalam pilihanraya Presiden di Mesir. Saya hanya meninjau dari jauh sahaja. Beberapa maklumat underground yang saya dapat adalah majoriti rakyat Mesir memulau pilihanraya yang dianggap tidak bertamadun ini.


Seorang bebas di kerusi pemerintahan yang dikuasai melalui anggota bersenjata sedangkan seorang lagi (Mursi) sedang meringkok di dalam penjara hasil caturan politik yang pastinya tidak membabi-buta.

Tapi apabila diisytiharkan kemenangan dengan peratusan yang sangat tinggi pula menyebelahinya, ia sudah cukup menjadi bukti kegagalan demokrasi kini.

Rata-rata perkara ini berlaku hanya di negara Islam. Ramai pemimpin-pemimpinnya menang dengan peratusan di luar jangkauan akal tapi di mana bukti kegagalan dan penyelewengan pilihanraya ini?!

Tidak perlu lihat di sebalik pilihanraya itu sendiri. Tak perlu melantik diri menjadi pemerhati politik yang tidak bertauliah. Tapi lihatlah kemudian harinya, pasti ada perkara yang tidak kena.


Jika dikatakan menang dengan bermaruah, mengapa perlu anggota keselamatan melindunginya di sekeliling arah apabila turun bertemu rakyat? Melainkan ia telah menjadi bukti betapa penyelewengan itu berlaku di sana sini.

# # #

Adakah perkara ini berlaku di Malaysia? Hanya orang yang mempunyai mata dan jujur sahaja yang akan mengakuinya dengan sebal. Tanda demokrasi yang dijunjung selama ini sebenarnya telah mati sejak awal lagi. Cuma mungkin adat orang Tanah Melayu, segala yang datang dari luar itu lebih baik dari yang sedia ada.

Adakah pengganti kepada sistem yang dikatakan menjadi nadi kepada sistem pemerintahan kini?! 

Sejujurnya jawapannya telah lama ada di dalam Islam. Ia adalah sistem syura yang diperkenalkan oleh Nabi dan diteruskan pula oleh para sahabat yang hebat.

Sistemnya pasti lebih unggul daripada sistem demokrasi sedia ada kerana ia turun dari Tuhan, pencipta segala sistem di dunia ini.

# # #

Lihat bagaimana Abu Bakar dan Umar. Ketika mana Islam telah pun menjadi kuasa besar dunia, tiada seorang pun pengawal berada di depan pintu rumah mereka.

Bahkan Saidina Umar r.a dan Saidina Abu Bakar mampu tidur di kebun-kebun kurma tanpa pantauan sesiapa kerana sistem syura melahirkan pemimpin yang takutkan Allah dan sayangkan rakyat sedangkan demokrasi melahirkan pemimpin yang dibenci Allah dan takut kepada rakyat!

Mohd Taufiq
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...