Tuesday, 3 September 2013

Posted by Unknown On Tuesday, September 03, 2013

Assalamualaikum semua.
Macam mana Syawal anda? Sudah genap puasa 6 atau belum?
Jom sama-sama kita sempurnakan bagi yang belum dan bagi yang telah selesai, tahniah diucapkan.

Hari ni nak sharing pasal mitos yang selalu berlegar dalam penyususan bayi menggunakan susu ibu beserta jawapan yang dinyatakan oleh pakar perubatan dan kesihatan. Semoga para ibu dan bakal ibu dapat menambah pengetahuan anda.

Ketika menyusukan bayi, ada beberapa perkara yang sering menghantui ibu sehingga menyebabkan mereka mengambil keputusan tidak meneruskan memberi susu badan. Namun, jika kita sudah mengetahui teknik betul dan kesan kebaikannya, pasti si ibu akan berasa lega kerana bayi mereka dapat membesar dengan lebih sihat. 

Terdapat beberapa tanggapan salah ibu dalam aktiviti menyusukan bayi. Ia harus diperbetulkan sejak awal bagi mengelakkan si kecil tidak mendapat NUTRIEN sepenuhnya yang terkandung di dalam susu ibu. 


1. Kebanyakan wanita tidak dapat mengeluarkan susu mencukupi untuk bayi mereka.

Itu tidak benar kerana kebanyakan ibu mampu mengeluarkan susu melebihi daripada diperlukan bayi.

Malah, banyaknya susu ibu adalah perkara biasa. Kebanyakan bayi akan membesar secara perlahan atau kehilangan berat bukan disebabkan susu ibu yang tidak mencukupi mahupun berlebihan. 

Alasan biasa bayi tidak mendapat susu ibu mencukupi kerana kurang didedahkan dengan susu ibu daripada wanita itu sendiri.

Disebabkan itu, penting bagi ibu memperkenalkan susu badan kepada bayi sejak hari pertama dilahirkan dengan mendapat teknik yang betul menyusukan anak daripada pakar atau individu berpengalaman. 

2. Perkara normal jika ibu berasa sakit ketika menyusukan bayi. 

Itu tidak benar walaupun individu itu berkemungkinan merasai kesakitan pada puting beberapa hari pada awal tempoh penyusuan. 

Situasi sementara itu berlaku kira-kira dalam tempoh dua atau tiga hari dan tidak melebihi enam hari. Jika ibu merasai kesakitan lebih daripada tempoh berkenaan, ia dianggap bukan suatu perkara yang normal. 

Biasanya, kesakitan terjadi disebabkan cara salah bayi menghisap puting payudara. Kemungkinan juga kesakitan pada puting payudara disebabkan jangkitan kulat dan mengehadkan waktu menyusu tidak membantu mengatasi rasa sakit.

3. Susu ibu tidak mencukupi ketika tiga atau empat hari selepas melahirkan bayi. 

Itu tidak benar kerana ia biasa berlaku apabila cara digunakan ibu untuk menggalakkan bayi menyusu salah sehingga menyebabkan bayi sukar menyusu dengan baik. 

Sebaik susu dibekalkan, biasanya bayi yang menghisap dengan cara salah akan menyebabkan mereka tidak berasa puas walaupun tempoh menyusu melebihi daripada biasa. 

Menerusi cara salah menghisap susu, bayi tidak akan mendapat kebaikan susu awal yang keluar dikenali sebagai kolostrum. 

Bagi ibu yang mahu mengepam susu seharusnya tahu mengenai kelebihan kolostrum, memahami cara penyusuan secara terus dengan betul dan tidak memandang ringan khasiatnya kepada anak. 

4. Bayi sepatutnya menghisap susu dalam tempoh 20 minit pada sebelah payudara saja dan ia tidak benar. 

Jika bayi kebiasaannya menghisap susu ibu dalam tempoh 15 hingga 20 minit di sebelah kiri, ia akan menyebabkannya tidak mahu meneruskan menyusu pada payudara sebelah kanan pula. 

Sekiranya bayi mengambil masa hanya beberapa minit saja sudah mencukupi dan tertidur, jumlah susu tidak mencukupi bagi mereka. 

Bayi akan menyusu dengan baik dan lama jika ia menyusu dengan cara betul. Ia juga dapat membantu payudara sentiasa mengeluarkan susu apabila bayi tidak menyusu. 

Tanggapan bayi akan mendapat 90 peratus susu ketika menyusu pada 10 minit pertama mungkin salah. 


5. Bayi menyusu memerlukan pengambilan air tambahan pada cuaca panas. 

Ia tidak benar kerana susu ibu sudah mengandungi air yang secukupnya untuk keperluan bayi. 

6. Bayi menyusu memerlukan vitamin D sebagai tambahan tidak benar kecuali dalam kes tertentu.

Misalnya, ibu memang mempunyai masalah kekurangan vitamin D ketika mengandung dan mendapat saranan daripada doktor. 

7. Ibu perlu membasuh puting payudara setiap kali sebelumbayi menyusu dan ia tidak benar. 

Formula dalam penyusuan adalah memberi penekanan terhadap aspek kebersihan. Ini kerana ia bukan hanya untuk melindungi bayi daripada jangkitan, malah sebenarnya boleh menjadi tempat pembiakan yang baik kepada bakteria dan menyebabkan pencemaran jika tidak menjaga kebersihan. 

Sebaliknya, susu ibu dapat membantu melindungi bayi bagi menghalang sebarang jangkitan. Membasuh puting payudara setiap kali sebelum memberi susu kepada bayi akan merumitkan lagi penyusuan, sekali gus menghilangkan minyak pelindung pada puting. 

8. Mengepam cara terbaik untuk mengetahui jumlah susu yang dapat dikeluarkan ibu. 

Itu tidak benar kerana jumlah susu yang dikeluarkan bergantung kepada banyak faktor termasuk tahap tekanan si ibu itu sendiri. Sebenarnya, bayi boleh mendapat lebih banyak susu berbanding jika ia dipam. Teknik mengepam susu hanya memberitahu jumlah susu yang boleh dipam. 

9. Susu ibu tidak mengandungi zat besi yang diperlukan bayi. Ia salah kerana susu ibu mengandungi nutrien diperlukan bayi.

Jika bayi dapat menyusu dengan baik, sumber zat besi dapat diperoleh bermula daripada awal penyusuan sehingga ia berhenti sekurang-kurangnya seawal enam bulan. 

Lazimnya, bayi tidak memerlukan makanan tambahan lain ketika menyusu untuk tempoh enam bulan pertama. 

10. Lebih mudah menyusukan bayi menggunakan botol berbanding susu badan.

Memberi bayi susu badan menjadi sukar sekiranya wanita tidak biasa melakukannya atau tidak mendapat bantuan secara betul sejak awal.

Namun, permulaan yang sukar akan menjadi lebih mudah jika bayi dan ibu sudah menemui teknik betul penyusuan tanpa menyebabkan kesakitan pada puting payudara.

11. Wanita yang memiliki payudara kecil mengeluarkan susu sedikit berbanding mereka yang mempunyai saiz besar. 

Ia sama sekali tidak benar. 


12. Sekiranya ibu mendapat jangkitan, dia perlu berhenti daripada memberi susu kepada bayi. Tujuan susu badan adalah memberi perlindungan kepada bayi.

Walaupun ketika ibu sedang mengalami demam, batuk, cirit-birit atau ruam, sebenarnya bayi sudah mendapat jangkitan awal sebelum ibu mereka jatuh sakit. 

Jika bayi mendapat sakit, ia dapat dikurangkan dengan terus memberi susu ibu. Sebenarnya, pemberian susu ibu dapat merawat sakit atau jangkitan dengan mudah dan cepat.

13. Bayi pramatang perlu mempelajari penyusuan menerusi botol sebelum mereka boleh menyusu susu badan. 

Sebenarnya, bayi pramatang akan mengalami tekanan yang kurang jika diberi susu badan berbanding susu botol. Bayi sekecil 1,200 gram dan lebih kecil daripada itu boleh mula menyusu susu badan secepat mungkin setelah berada dalam keadaan stabil.

Ketika ini, bayi masih dalam proses pembelajaran dan ia sangat penting untuk perkembangan untuk diri dan ibu. Sebenarnya berat atau umur bayi bukan masalah untuk menghisap susu. Justeru, tiada lagi alasan untuk memberikan bayi dengan susu botol. 

14. Ibu perlu mengambil jumlah makanan dalam kadar yang lebih bagi menggalakkan pengeluaran susu mencukupi.

Ia tidak benar malah wanita yang mempunyai jumlah kalori sangat rendah dalam badan juga mampu menghasilkan susu mencukupi asalkan ia tidak berada di bawah tahap kritikal. 

Umumnya, bayi mendapatkan nutrien diperlukan melalui susu ibu dan wanita tidak perlu risau mengenainya dengan mengamalkan cara pemakanan yang salah bagi memberi kesan terhadap pengeluaran susu mereka. 

Tanggapan salah yang biasa didengari adalah wanita perlu mendapatkan 500 kalori tambahan setiap hari bagi tujuan pengeluaran susu. 

Sebaiknya, ibu yang menyusukan bayi perlu mengamalkan diet sihat dan seimbang mengikut selera mereka. Peraturan mengenai pemakanan ketika menyusukan bayi tidak perlu menjadi amalan yang begitu rumit.

Namun, untuk meningkatkan jumlah pengeluaran susu, si ibu boleh mengamalkan pengambilan masakan berasaskan ikan, sup ayam dengan kacang hitam dan kurma. 

15. Bayi yang menyusu badan perlu mengambil susu formula sebagai tambahan selepas berusia enam bulan. 

Ia tidak benar kerana susu ibu sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan bayi. 

Bayi berusia lebih daripada enam bulan perlu diajar dengan makanan pejal dan ia membantu menambah zat besi diperlukan. 

Susu lembu atau formula tidak digalakkan diberi sepanjang tempoh bayi menyusu susu badan. Namun, ibu boleh memberikan susu lembu atau formula kepada anak mereka selepas berusia enam bulan.

Ia harus diselang-seli dengan pemberian susu badan beberapa kali sehari dan memberi makanan pejal lebih daripada jumlah minimum. 

Kebanyakan bayi berusia lebih enam bulan dan tidak pernah didedahkan dengan pemberian susu formula biasanya kurang menggemari rasanya yang agak berlainan.

16. Pengambilan supplement dapat membantu penyusuan ibu?

Supplement sememangnya membantu dalam penyusuan. Tetapi ingat, anda harus amalkan konsep demand & supply. Semakin banyak demand dari bayi anda, banyak juga la susu yang anda akan supply.

Jangan pandang remeh dengan pengambilan air kosong. Minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Ini kerana air sangat penting untuk menghasilkan susu dan sebagai agen penyerap yang baik untuk supplement yang anda ambil.

Jalankan sesi pumping dengan lebih kerap dan mengikut jadual. Suka saya ingatkan, pumping tidak semestinya bila breast anda penuh. Konsep yang salah jika anda menganggap breast yeng kosong tidak perlu di pam. Sentiasa melakukan pumping walaupun susu anda terlalu sedikit atau hampir tiada lansung. Jangan berputus asa. Ini kerana rangsangan yang kerap ke atas breast adalah sebagai latihan untuk menghasilkan susu. Lama kelamaan badan akan lebih bersedia dan akan mula mengeluarkan susu dengan banyak. 

Apabila anda membuat keputusan untuk mengambil supplement penyusuan ada beberapa perkara yang harus di titikberatkan iaitu:
  • Untuk mendapatkan kesan yang maksimum tiada jalan lain hanya KONSISTEN
  • Pam ikut jadual dan cuba cari masa untuk sesi pumping walau sesibuk mana pun anda.
  • Jangan anggap supplement tu bila ambil WAJIB susu anda akan banyak. Tapi anggaplah supplement sebagai PENGGALAK untuk menghasilkan susu dengan syarat konsep demand & supply mesti di patuhi.
Supplement terhebat di Malaysia iaitu Shaklee banyak membantu  para ibu dalam penyusuan dan menyelesaikan masalah penyusuan ini melaui setnya yang mesra bajet pengguna.


Jom lihat sedikit testimoni para penggunanya.


Sudah ramai yang merasai kesan baiknya penyusuan bayi di samping supplement Shaklee yang amat membantu. Anda bila lagi?! Jangan 'bunuh' mereka dengan menggunakan susu formula sedari kecil sehingga membantutkan pertumbuhan insan tercinta ini. 

Feel free to ask or sharing with me.

# PM : https://www.facebook.com/mohd.taufiq.3557 @
# Call/SMS : 019 2486694.

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah kesihatan dan hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...