Friday, 14 March 2014

Posted by Unknown On Friday, March 14, 2014


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Semoga anda berada di bawah lembayung rahmat Allah SWT sentiasa.
Sentiasa sihat dan gembira bersama orang yang tersayang.

Hari ni nak cerita pasal soya je tapi artikel ni panjang.
Sila sediakan minuman atau makanan di sebelah ye.
Sambil membaca, sambil enjoy menikmati makanan yang ada. 

#######

Pernah tak bila anda beli sekotak air kacang soya atau minum minuman berasaskan soya, ada kawan-kawan anda yang bergelar 'doktor bertauliah' cepat-cepat kata,

"Jangan...jangan minum soya. Tak baik tu untuk kesihatan. Kajian di internet menunjukkan macam-macam penyakit yang timbul dari soya ni. Nanti badan tak subur dan lelaki pun boleh jadi 'sotong' kalau amalkan selalu."

Ada pula 'pakar konspirasi' yang menyampuk,

"Betul-betul, saya pun ada baca juga. Banyak kot penyakit yang datang bila kita tak amalkan pemakanan sunnah. Ni semua konspirasi Barat untuk palingkan umat Islam dari makanan sunnah. Kalau nak sihat, ambil madu je. Ni soya ni semua bidaah. Bidaah dholalah (sesat) ni."

Seorang lagi 'anti-Amerika' menambah,

"Ya Allah, ko tak tau rupanya. Ni semua rancangan Amerika yang cuba menghancurkan umat Islam melalui perang saraf hatta makan minum kita pun dia 'masuk jarum' juga. Dengan setiap sen belian ko ni akan berikan kepada kerajaan Amerika untuk terus memerangi umat Islam seluruh dunia. Ko ni aku tengok macam alim tapi macam pro- Amerika je."

Anda sedang tersenyum sekarang? 
Pasti anda pernah terima teguran 'tajam' begitu kan?! Sentap mak!


KENAPA ISU INI TIMBUL LAGI?

Sebenarnya isu ini timbul bukan hanya pada soya yang ada di kedai-kedai sahaja malahan isu ini muncul semula apabila Shaklee yang merupakan syarikat pengeluar supplement utama dunia hari ini membuat promosi besar-besaran bulan Oktober 2014 ini untuk jualan buy 6 canister Energy Soy Protien (ESP) free 1 di Malaysia.

Isu ini timbul dari 2 golongan sahaja:

1- Golongan yang benar-benar tidak tahu tentang kelebihan soya tetapi mengaku 'tahu' dengan rujukan internet atau rakan-rakan sekelilingnya.

2- Golongan yang benar-benar tidak tahu dan benar-benar merasakan dirinya tahu semua perkara.

Golongan yang pertama lebih senang untuk kita perjelaskan tetapi golongan kedua sangat sukar sekali. 

Bukan persepsi saya tapi inilah khabaran dari imam kita, Imam Syafie dengan katanya,

"Aku tidak takut berdebat dengan orang yang berilmu.
Jika aku salah, ia akan perbetulkan dan jika aku benar, dapat aku perbetulkan dia. 

Tapi yang paling aku takuti adalah berdebat dengan si jahil.
Jika aku benar, ia menafikan tanpa ilmu dan jika ia salah, ia tetap tidak mengakuinya."


JAWAPAN DUDUK SEBENAR TENTANG ISU SOYA

1. Pertamanya adalah elok jika saya katakan bahawa saya bukanlah jurucakap bagi pihak Shaklee tapi saya hanyalah seorang pengedar yang mempunyai sedikit ilmu untuk dikongsi bersama. 

Niatnya hanyalah untuk menjelaskan perkara yang kabur dan menerangkan duduk isu sebenar perbezaan antara soya biasa dengan ESP ini.

2. Kisah ini pernah saya kongsikan di ruangan FB saya dan sekali lagi saya bawakan di sini bagi yang tidak pernah membacanya. 

Pernah seorang bekas pelajar saya yang menuntut di luar negara bertanyakan saya secara tiba-tiba apabila ada rakan yang menawarkan ESP kepadanya untuk tujuan kecantikan dan kecergasan tubuh. 

Katanya,"Assalamualaikum ustaz. Saya nak tanya something. Ustaz, bukan ke Energy Soy Protien (ESP) Shaklee tu daripada soya?! Saya ada terbaca tentang keburukan soya ni ustaz. Dulu saya gila minum soya, memang suka sangat tapi lepas dah terbaca tu, terus takde selera minum soya. Ni linknya ***** nnt ustaz baca ye".

Sebagai seorang pelajar jurusan sains kesihatan, agak susah sebenarnya saya yang berlatar belakangkan agama ini ingin menerangkan kepadanya dari sudut sains tulen. 

Tapi tak susah untuk saya terangkan kepadanya dari sudut agama dan kaitan antara sains dengan agama.

Saya pun berdiskusi sikit sebanyak dengan dia lepas baca link 'kajian x bertauliah' tu. Jangan terkejut ye. Banyak link yang saya baca juga disebarkan dari pena orang-orang yang berlatar belakang agama juga.

Saya tak salahkan mereka. Sebab kebanyakan daripada mereka hanya 'share' sahaja dari tulisan orang lain. Saya tahu sensetiviti mereka bila sesuatu isu itu berkaitan dengan agama dan umat Islam namun tetap jika salah kita perlu perbetulkan.

3. Saya buka 'kotak minda bawah sedarnya' dengan persoalan,

"Setiap makhluk yang Allah jadikan mesti ada kebaikan dan keburukannya kan? Setuju tak dengan saya?"

Dengan yakin dia jawab,"Setuju...So?".

Saya balas,

"Jangan setuju dulu sebab itu kenyataan yang SALAH. Semua yang Allah jadikan mesti BAIK, mustahil ada buruknya. Jika kita nisbahkan makhluk yang Allah jadikan ini ada keburukannya nescaya itu menandakan bahawa Allah tu lemah dan tak bijak. 

Sebenarnya yang jadi buruk adalah sebab MANUSIA yang mengubah ciptaan Allah.
Bukankah begitu?!".

Mengapa saya kata macam tu? Sebab al-Quran yang mengatakan begitu!

Firman Allah SWT," Apakah kamu menyangka bahawa Kami jadikan kamu dengan sia-sia dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? "

FirmanNya juga," Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan TANGAN manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). "

"Hurm..." Tanda tanya mula bermain di akalnya,".......maksudnya ustaz?". 

Jiwa yang dimasukkan dengan Quran pasti inginkan kebenaran, bukan kemenangan dalam berhujah. Syukur.

Saya katakan kepadanya, 

"Lihat sahaja ayam. Allah jadikannya dengan segala kebaikan. Jadi orang kampung dulu-dulu makan ayam kampung yang dorang bela sendiri dan dorang sihat sejahtera jer, tak perlu kot pergi date dengan Dr sebulan sekali ataupun kita dengar mereka mereka mula menziarah hospital bila umur mencecah 40-an seperti kita? 

Kita ni orang bandar, makanlah ayam bandar yang dicucuk sana sini dari kecil. Badan ayam yang penuh racun tu kita buat santap setiap hari. Lepas 5-6 tahun kita makan ayam, berjangkitlah racun itu ke badan kita pula dan timbullah penyakit yang bermacam-macam jenis. 

Baik penyakit yang ada nama atupun penyakit yang masih belum ada nama. Dr sendiri pun sama jer sakit dengan sebab dia pun makan ayam cucuk juga. Badan Dr sendiri pun penuh dengan racun ayam tersebut. "

Itu belum lagi kita kupas tentang sumber makanan yang lain yang tentunya lebih susah untuk diterangkan prosesnya.

Jika bukan kerana tangan kita yang mengubahnya dengan tujuan keuntungan dan sebagainya, tentu tidak ada keburukan dengan ciptaan Allah ini, walau satu pun.

Firman Allah SWT: "Dan apakah mereka tidak melihat bahwa sesungguhnya Kami telah menciptakan binatang ternak untuk mereka yaitu sebagian dari apa yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami sendiri, lalu mereka menguasainya?

Dan Kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka. Maka sebagiannya menjadi tunggangan mereka dan sebagiannya mereka makan. Mereka memperoleh padanya manfaat-manfaat dan minuman. Maka mengapakah mereka tidak bersyukur?".

4. "So, apa beza dengan soya Shaklee?" sambungnya mencari titik noktah persoalan.

Saya jawab bahawa soya Shaklee ditanam secara semulajadi tanpa proses GMO (Genetically Modified Organism) yang mengubah sel-sel semulajadinya hingga merosakkan kesihatan manusia dengan pengambilan yang telah disyorkan oleh pakar.


Maksudnya, Shaklee tanam dan biakkannya secara semulajadi tanpa sebarang bahan kimia yang digunakan secara langsung atau tidak langsung.

Jadi tidak timbul isu mudharat kepada kesihatan, baik dari sudut agama atau sudut teknologi pertanian dan pemakanan.

5. Masih kurang faham? 

Ok, soya, tumbuhan dan haiwan masa kini, seiring dengan teknologi yang semakin berkembang dan pertambahan penduduk dunia yang semakin ramai memaksa ramai penternak menggunakan cara suntikan pengubah genetik atau dalam bahasa teknologinya, Genetically Modified Organism (GMO).

Tujuannya adalah untuk memperbanyakkan hasil tanaman atau mempercepatkan tumbesaran haiwan supaya boleh cepat diproses dan disediakan sebagai makanan atau minuman kepada msyarakat dunia. 

Inilah artikel yang tersebar di internet tu, semuanya berkisar tentang soya yang melalui proses GMO ini tetapi kesilapan besarnya adalah mereka tidak menyatakan dengan jelas proses GMO ini. 

Fokus utama hanyalah untuk menceritakan kesan buruknya sahaja. Matlamat mereka betul cuma caranya salah di luar kesedaran mereka. Faham ke faham?

Namun begitu, tetap ada penternak atau petani yang menolak cara ini dan menggunakan cara semulajadi atau organik kerana menyedari kesan sampingannya yang sangat buruk kepada manusia. 


Proses ini adalah dengan cara menolak teknologi moden (GMO) tetapi menggunakan sumber alam semulajadi yang tumbuh secara semulajadi dan menggunakan proses dari alam semulajadi seperti baja organik dan sebagainya. Ini dipanggil NON-GMO.

Yang saya ingin tekankan di sini adalah mereka ini bukan 'keyboard warrior' yang menulis tanpa ilmu tapi mereka turun padang menghasilkan proses non-GMO ini sendiri dengan membuka ladang organik sendiri dan menyediakan hasil makanan tambahan (supplement) semulajadi juga untuk orang ramai. 

Salah satu daripadanya adalah Shaklee sendiri, syarikat yang ada ribuan ekar tanah untuk menghasilkan tanaman organik SENDIRI dan menghasilkan makanan tambahan semulajadi SENDIRI kepada masyarakat dunia.

Jarang berjumpa orang seperti Syeikh Sulaiman Ar-Rajhi yang bangun memperbetulkan keadaan, bukan hanya tahu menyalahkan keadaan. 

Sayangnya budaya kita,

"Yang komplen dengan lidah ramai sekali, yang nak perbetulkan dengan tangan jarang dijumpai".

6. Habis tu penyakit-penyakit yang disebarkan tu pun salah ke? 
Jawapannya tak! Memang itulah penyakit yang telah dikaji berpunca dari soya GMO itu. 

Tapi menisbahkan penyakit itu kepada soya non-GMO juga adalah tidak munasabah.
Jika telah lain lain pemprosesannya bagaimana pula hasilnya sama?

Proton Suprima biasa dengan proton Suprima hatchback adakah sama? 
Walaupun namanya sama, tapi prosesnya lain-lain, hasilnya lain-lain, kemampuannya lain-lain dan prestasinya juga lain-lain.


7. Seterusnya nak cerita tentang makanan sunnah. Isu ni banyak dijaja oleh masyarakat Islam kita yang buta sunnah tapi memandai-mandai tentang sunnah. Mengaji agama dalam-dalam tak nak, tapi cepat melatah. 

Jangan terkejut yang saya sendiri pernah diapproach oleh salah seorang rakan FB yang memberi 'tazkirah' kepada diri yang hina ini bertanyakan mengapa saya lebih memilih untuk mempromosi dan menjual produk yang bukan 'sunnah' ini kepada masyarakat sedangkan status saya sebagai seorang ustaz!

Jom kita perincikan. Apa yang dikatakan makanan sunnah?
Makanan sunnah ditakrifkan secara bahasa dan istilah oleh para ulama. 

Dari segi bahasa: Segala jenis makanan atau minuman yang bertepatan dengan firman Allah, 
"Maka makanlah kamu akan makanan yang HALAL dan BAIK". 

Jika cukup 2 ciri tersebut maka berhaklah ia menjadi makanan sunnah yang berpahala dan menjadi ibadat kepadanya.

Dari segi istilah: Segala jenis makanan dan minuman yang yang bertepatan dengan makanan dan minuman yang digunakan oleh Nabi SWT yang boleh didapati daripada hadis dan sirah. Memakannya dikira berpahala dan mengikut sunnah Nabi dan meninggalkannya adalah tidak berdosa.

Faham ke faham?

So, apa sahaja makanan yang halal dan baik serta diamalkan oleh Nabi adalah makanan sunnah. Ini metodologi ilmu hadis. Saya cuba fahamkan secara ringkas bagi yang mahu faham.

Kalau tolak semua makanan yang dikatakan tidak sunnah, maka kopi, teh, milo panas ataupun ais tu pun bukan makanan sunnah. Teh tarik mamak lagilah bukan sunnah, anda minum jugakan?!

8. Ada yang menempelak saya mengatakan,"Ustaz, saya tetap tak setuju sebab makhluk jin, iblis, syitan, khinzir dan kuman pun makhluk Allah. Bukankah mereka ini membawa keburukan kepada manusia sedangkan ustaz kata semua Allah jadikan itu adalah yang TERBAIK?"

Malas juga nak jawab soalan seperti ini sebenarnya kerana ia menunjukkan betapa 'kurangnya' kajian dan ilmu kita bahkan dengan tidak sengaja kita mengatakan bahawa Allah tidak sempurna dalam ciptaanNya! Itu yang lebih bahaya.

Bukankah Allah dah sebut,"Sesungguhnya Iblis dan syaitan itu musuh kamu yang nyata".
Memanglah ia membawa keburukan tapi adakah ia sejenis makanan untuk manusia?

Keduanya adakah iblis dan syaitan ini bawa mudharat kepada kita? 
Jawab semua ulama adalah TAK! Iblis sendiri pun jawab TAK di dalam Quran! 

Allah SWT merakamkan kata-kata iblis di dalam Quran,"‘Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur."

Di suatu tempat pula: ‘Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya KECUALI di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik"

Nampak tak lagi?

Ulama mengambil kesimpulan bahawa keburukan pada Iblis dan syaitan itu akan berlaku apabila manusia yang mengikuti mereka. Lihat perkataan MANUSIA YANG MENGIKUTI MEREKA. Jika kita tidak ikut mereka, apa mudharatnya atas kita?!

Begitu juga dengan khinzir. Ulama mengatakan khinzir itu suci pada zat dan sifat, najis PADA manusia.

Boleh tak kita sentuh dia?

Boleh dan hukumnya tak berdosa dan tak haram cuma diwajibkan bersuci dengan tanah setelah itu. Ini ijmak ulama!

Adakah khinzir membawa mudharat kepada manusia?

Jawab ulama juga, TAK, TIDAK SEKALI-KALI melainkan jika kita memakan dagingnya!
Kita yang gatal nak makan tu siapa suruh. Jawapan ini juga sama untuk kuman  dan virus tu.

Yang berlaku mudharat adalah apabila ada CAMPUR TANGAN MANUSIA!
Terang ke terang? 

9. Orang Barat yang sesat tu lebih suka MENGKAJI daripada orang Islam kita yang lebih suka MENURUTI 'berita' secara membuta tuli.

Inilah padahnya bila umat Islam kekurangan ilmu. Suka mengangguk sebelum menunduk mencari bukti yang nyata.

Yang paling parah apabila umat Islam memandai-mandai dalam sesuatu yang bukan di dalam bidangnya. Bukankah Allah SWT mengajar kita,"Maka bertanyalah ahli/pakar sesuatu bidang sekiranya kamu tidak tahu"


10. Akhir sekali, sempena promo buy 6 ESP, free 1 ini, jangan lupa untuk dapatkan ESP anda pada pengedar-pengedar berdekatan. Jika ingin dapatkan daripada saya, sila SMS/WHATSAPP di no saya.

Sekian, terima kasih.


Mohd Taufiq
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee
019 2486694

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

2 comments :

  1. Perisian yang menarik. Dah lama saya cari pasal makanan sunnah. Alhamdulillah Allah mudahkan jawapan kepada persoalan. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga terus menjadi pegangan anda. Tiada suatu yg Allah cipta punya kekurangannya kerana ia dicipta oleh Tuhan Yg Maha Sempurna :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...