Wednesday, 16 July 2014

Posted by Unknown On Wednesday, July 16, 2014

Siapa tidak pernah dengar tentang kecanggihan dan kemajuan pesat negara Jepun?
  • Tokyo adalah bandaraya tercanggih nombor 1 di Asia dan ke-4 di dunia. 
  • Jepun bertanggungjawab terhadap penciptaan mi segera sehingga mengubah pola makan seluruh penduduk dunia. 
  • Negara ini mewujudkan produk baru yang sukar dibayangkan minda. Beribu produk baru setiap tahun.
  • Mereka mendominasi dalam banyak industri teknologi Amerika daripada kereta sehingga permainan video. 
  • Mereka juga pemimpin dunia dalam industri robotik.
Penduduk dunia semua gerun mendengar kisah pengeboman nuklear paling zalim yang dilakukan Amerika Syarikat terhadap Hiroshima dan Nagasaki.

Hampir tidak masuk akal sekiranya difikirkan bahawa negara yang telah mengalami bencana paling terburuk dalam sejarah dunia mampu menjadi negara paling berjaya di Asia dan disegani oleh pihak Barat yang lebih awal mencapai kemakmuran dan kemajuan.

Tiada siapa yang melihat gambar-gambar pengeboman yang mengerikan itu setengah abad lalu memberikan negara ini secebis harapan untuk ‘hidup semula’ apatah lagi menjadi sehebat Jepun yang kita kenali hari ini.


PRINSIP ORANG JEPUN

Sesebuah negara tidak akan sekali-kali mencapai kemajuan melainkan kerana digerakkan oleh rakyat negara tersebut. Negara maju maksudnya rakyatnya telah maju terlebih dahulu. Begitulah sebaliknya.


1- KAROSHI

Antara semua bangsa dalam dunia, dapat dikatakan dengan penuh yakin bahawa penduduk Jepun adalah TERAMAT RAJIN. Seorang pekerja Jepun boleh melakukan pekerjaan yang biasanya dikerjakan oleh 5-6 orang.

Contohnya, seorang pekerja di Jepun dapat menghasilkan sebuah kereta dalam masa 9 hari, sedangkan pekerja di negara lain memerlukan 47 hari untuk membuat kereta yang bernilai sama!

Direkodkan, secara purata jam bekerja pegawai di Jepun adalah 2450 jam/tahun. Satu angka yang sangat tinggi dibandingkan dengan Amerika (1957 jam/tahun), Britain (1911 jam/tahun), Jerman (1870 jam/tahun), dan Perancis (1680 jam/tahun).

Penduduk Jepun juga boleh dikatakan terlalu kuat bekerja sehingga wujud satu fenomena dipanggil Karoshi yang bermaksud “mati kerana kerja keras”!


Ekonomi Jepun kukuh bukan kerana kehebatan ciptaan-ciptaan mesinnya, tetapi kerana kekuatan semangat dan prinsip-prinsip betul yang diamalkan rakyatnya.


2- PEMALU

Tun Mahathir yang sejak beberapa dekad lalu kagum akan sikap penduduk Jepun yang pemalu. Orang Jepun sangat pemalu sehingga tingkap-tingkap rumah mereka sentiasa ditutup agar tidak boleh melihat.

Orang ramai juga dibenarkan untuk mengeluarkan nama-nama mereka daripada buku telefon jika mereka mahu. Sesiapa yang banyak bertanya akan dianggap biadab.

Satu lagi yang sinonim dengan perasaan malu mereka ialah yang fenomena yang diasaskan puak Samurai yakni Harakiri yang bermaksud bunuh diri dengan menusukkan pisau ke perut, biasanya kerana perasaan malu.

Contohnya, menteri yang mengundurkan diri kerana terlibat dalam masalah rasuah atau merasa gagal menjalankan tugasnya.

Perasaan malu menyebabkan sistem hidup orang Jepun menjadi teratur. Mereka secara automatik membentuk barisan dalam setiap keadaan yang diperlukan seperti pembelian tiket masuk ke stadium untuk menonton bola sepak, menaiki bas, sampai nak menggunakan tandas awam, pun!

Mereka malu terhadap orang sekeliling apabila mereka melanggar peraturan ataupun norma yang sudah menjadi amalan umum.

Hebat, bukan?


3- ANTI-KONSUMERISME

Kesan daripada sistem kapitalisme, budaya berbelanja menjadi kegemaran penduduk di seluruh dunia, tetapi tidak di Jepun.

Penduduk Jepun sememangnya mengamalkan sikap anti konsumerisme dalam pelbagai bidang kehidupan.

Contohnya, suri rumah di Jepun sanggup menaiki basikal ke kedai sayur yang agak jauh dari rumah, hanya kerana lebih murah 20 atau 30 yen.

Banyak keluarga di Jepun yang tidak memiliki kereta, bukan kerana tidak mampu, tapi kerana lebih berjimat menggunakan bas.

Penduduknya pula suka berbelanja dihypermarket sekitar jam 7 setengah malam kerana pada mas itu, pihak hypermarket akan memotong harga sampai separuh pada waktu sekitar setengah jam sebelum tutup yakni pada pukul 8 malam. Satu idea yang baik, tak gitu?


4- TIRUVASI (TIRU + INOVASI)

Mereka tidak berapa kreatif untuk mencipta sesuatu, tetapi mereka ternyata bijak mengubah penemuan orang lain dan kemudian memasarkannya dalam bentuk yang diminati oleh masyarakat.


Agak janggal sekiranya menyentuh tentang inovasi tanpa menyebut seorang tokoh Jepun yang disegani ramai. Akio Morita, CEO Sony telah mengembangkan Sony Walkman sehingga jumlah jualannya mencecah angka 150 juta!

Kisahnya, Cassete Tape tersebut bukanlah ciptaan beliau, tetapi ia adalah milik Phillip Electronics. Kehebatan Akio terletak pada bakat tiruvasinya yang mampu mengubah model tersebut kepada sesuatu yang dipanggil Walkman, produk yang meletup selama puluhan tahun.

Siapa yang tak pernah memiliki Walkman kan?


5- SETIA

Umum kita dengar yang sesebuah syarikat boleh dianggap hebat sekiranya mereka mampu membuatkan seorang graduan muda bekerja melebihi 2 tahun kerana generasi Y ini sangat suka menukar kerja. Pantang ada faedah atau gaji lebih, mereka mesti sapu licin!

Tetapi berlainan keadaannya di Jepun. Tidak kira generasi apa pun sangat jarang bertukar-tukar kerja. Mereka biasanya bertahan di satu atau dua syarikat sampailah pencen.

Contoh lain dalam membuktikan betapa setianya orang Jepun dapat dilihat dengan pembangunan bandar Hofu yang merupakan bandar industri yang jauh ketinggalan dengan penduduk yang terlalu padat, suatu ketika dahulu.

Disebabkan kesetiaan penduduknya yang tidak berbelah bahagi, mereka bekerja keras siang dan malam sehingga berjaya mengubah Hofu menjadi bandar yang maju dan moden.

Bahkan pada masa sekarang menjadi bandar industri terbaik dengan pengeluaran kenderaan mencapai 160,000 setahun! Sikap ini sememangnya sukar untuk dicari di negara lain termasuk Malaysia.


6- PANTANG MENYERAH

Paling sinonim dengan masyarakat Jepun ialah sikap pantang menyerah. Sejarah membuktikan bahawa bangsa Jepun mempunyai daya ketahanan yang amat tinggi.

Contohnya, ketika kerajaan Tokugawa memerintah Negara Matahari Terbit ini, mereka sangat ketinggalan dari aspek teknologi dek kerana dasar kerajaan yang menutup semua akses ke luar negeri.

Tetapi, ketika pemulihan Meiji berlaku, bangsa Jepun cepat beradaptasi dan menjadi fast learner.

Contoh seterusnya, Matsushita Konosuke yang perniagaannya hampir musnah dan hampir tersingkir daripada perniagaan peralatan elektronik sekitar tahun 1945. Tapi ia masih mampu merangkak, bermula dari kosong untuk membangunkan industri sehingga menjadi empayar Matsushita yang dikenali ramai pada hari ini.


7- BERDIKARI

Budaya murni yang dilatih sejak kecil ini secara tidak langsung akan melatih setiap penduduknya untuk sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan dan bangun semula dengan cepat setelah berlaku kecelakaan.

Seperti yang diketahui umum, negara Jepun terdedah kepada pelbagai jenis bencana alam seperti letusan gunung berapi, gempa bumi, tsunami dan macam-macam lagi.

Dengan mempersiapkan anak-anak kecil ini agar dapat berdikari, mereka tidak perlukan latihan ketenteraan lagi selepas tamat sekolah menengah tinggi.

Cara mereka dilatih amat mudah. Anak-anak kecil di Jepun dilatih untuk membawa perlengkapan sendiri dan bertanggungjawab terhadap barang miliknya sendiri.

Semasa di kolej, sebahagian besar daripada mereka tidak meminta belanja daripada ibu bapa. Mereka membuat kerja sambilan untuk menampung belanja sekolah dan belanja harian.

Sekiranya mereka kehabisan wang, mereka “meminjam” wang daripada ibu bapa yang akan dipulangkan kemudian.


8- MEMBACA

Dan sikap yang satu ini, memang merupakan masalah kronik di Malaysia. MEMBACA. Penduduk Jepun sangat rajin membaca.


Dalam densha (kereta elektrik), bullet train, di perhentian bas, di mana-mana sahaja, anak-anak kecil dan golongan dewasa asyik membaca buku atau surat khabar.

Jika ada demand, mesti ada supply, bukan?

Para penerbit di sana membuat komik manga untuk mengisi kurikulum sekolah dan ia dibenarkan oleh pihak sekolah.

Komik manga yang menjadi kegilaan anak-anak muda Jepun diselitkan dengan pelajaran Sejarah, Biologi, Bahasa dan macam-macam lagi demi meningkatkan minat membaca dalam masyarakat.

Budaya membaca orang Jepun juga didukung oleh kepantasan proses penterjemahan buku-buku asing (Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, dsb).


9- BERJEMAAH

Lagi, pepatah Melayu ada menyebut, “bersatu teguh, bercerai roboh”. Inilah yang diamalkan penduduk Jepun dalam melaksanakan sebarang pekerjaan.


Mereka lebih gemar melakukan sesuatu secara berjemaah atau berkumpulan, pendek kata, kurang sifat individualistik dalam masyarakat mereka.

Dunia belajar mahupun pekerjaan, prinsip kerja secara berkumpulan ini juga membawa kesepaduan dalam negara mereka. Mesyuarat atau muafakat atau sering disebut dengan “rin-gi” adalah ritual dalam kumpulan.

Ada pepatah yang mengatakan bahawa “Seorang professor Jepun akan kalah dengan seorang professor Amerika, tetapi 10 orang professor Amerika tidak akan dapat mengalahkan 10 orang professor Jepun yang berkumpulan”.

Akhir sekali, walaupun Jepun sudah jauh ke hadapan meninggalkan negara-negara yang seangkatan dengannya, bangsa Jepun masih mengekalkan tradisi dan budaya nenek moyangnya.

Budaya perempuan yang sudah menikah untuk tidak bekerja masih wujud. Budaya minta maaf masih lagi diamalkan. Bangsa Jepun amat sukar untuk berkata “tidak” terhadap sebarang permintaan.

Itulah rahsia kejayaan orang Jepun.

Luar biasa hebatnya!

Luar biasa juga hasilnya jika kita boleh menerimanya juga!


Mohd Taufiq
Pakar Kesihatan & Kejayaan
019-2486694

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...