Alhamdulillah hari ni kita masih dapat lagi berada atas dunia ni dan masih lagi menghirup udara segar di pagi ini.
Setiap hari pun begitu kan?!
Masih sihat, masih bertenaga, masih lagi mampu bernafas dan banyak nikmatNya pada kita.
Sehingga kadang-kala dengan segala nikmat ni menjadikan kita tak tau macam mana nak berterima kasih kepadanya atau bahasa kasarnya SOMBONG dengan Dia.
Mungkin kerana kita tidak dibiasakan sejak kecil untuk melihat 'campur tanganNya' dalam mengatur hidup kita sehari-hari.
Selalu saya bertanya kepada beberapa orang yang selalu PM saya untuk konsultasi dalam memajukan bisnes sedia ada,"Dah solat Dhuha ke? Dah selawat 100 kali sehari ke? Dah beristighfar 100 kali sehari ke"....
Tapi jawapannya MENGHAMPAKAN!
Dalam kiraan saya, hanya 2 daripada 10 orang yang mendapatkan konsultasi melaksanakannya. Yang lain....KOSONG!
Bagaimana Allah nak berikan rezeki kepada kita sedangkan kita tidak pernah bersyukur kepadaNya. Kita tak pernah berterima kasih kepadaNya. Kita tak pernah menzahirkan bagaimana kita bersungguh-sungguh berterima kasih kepadaNya!!!
Kita hanya harap Dia memahaminya sahaja tanpa kita melakukan sesuatu untuk menzahirkannya.
Kita sayangkan seseorang dan kita diamkan je, harap-haraplah si dia faham.
Takkah kelakar perbuatan kita itu?!
ORANG YANG TAK BERSYUKUR DENGAN SEDIKIT, DIA TIDAK AKAN BERSYUKUR DENGAN YANG BANYAK
Allah itulah yang hidupkan kita setiap hari. Dia juga yang bagi rezeki kepada kita setiap hari. Dia bagi kesihatan kepada kita setiap hari. Tak cukup dengan tu, Dia bagi ibu bapa kepada kita. Tambah dengan suami dan dikurniakan anak-anak.
Kita seolah-olah tiada masalah dalam hidup kerana Dia bantu selesaikan segalanya tapi kita masih SOMBONG denganNya.
Masa kita belajar, kita rasa tak mampu nak grad, Dia bantu kita.
Bila dah abis belajar, nak cari kerja, Dia mudahkan kerja kita.
Bila kita takde duit, Dia bagi duit dengan cara yang kita sendiri tak sangka.
Tapi sebab SOMBONGNYA kita, bila kita kerja, kita bagi alasan sibuk kepada Dia untuk solat 2 rakaat Dhuha diiringi zikir munajat sedikit sebanyak kepadaNya.
Kita SOMBONG nak sediakan masa untuk Dia tapi kita ada banyak masa untuk bos kita, untuk keluarga kita, untuk kawan-kawan kita sedangkan mereka semua hanyalah perantara semata-mata.
Kenapa kita SOMBONG sangat ni?!
Sebab kita masih HEBAT?
Sebab kita masih KUAT?
Sebab kita masih PANDAI?
Sebab kita masih CANTIK?
Sebab kita masih takde MASALAH?
Sebab kita masih banyak DUIT?
Sebab kita punya SEGALANYA?
KITA SANGAT SOMBONG SEBENARNYA JIKA ITU YANG ADA DALM FIKIRAN KITA!
Cukuplah saya tinggalkan anda dengan firmanNya:
"Sesungguhnya sangat sedikit dari hambaKu yang bersyukur".
"Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahkan lagi kepadamu, tapi sekiranya kamu KUFUR, sesungguhnya azab aku sangat pedih"
"Ketahulah sesungguhnya Aku maha Pengampun lagi Maha Penyayang dan sesungguhnya azabKu sangat PEDIH!"
Anda masih menunggu untuk berubah?!
Change now or never! Better late then never!!!
*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
0 comments :
Post a Comment