Assalamualaikum kepada semua.
Semoga sihat-sihat hendaknya.
Alhamdulillah 3 hari lepas, 23 Jun 2014, kaki ini selamat menjejak semula bumi Johor setelah 3 hari di perantaun. Ececeh..... Bukanlah, hanya di Terengganu. Berjalan-jalan sambil coaching sikit sebanyak anak cucu bisnes di sana.
Bertolak dari Larkin Sentral pada jam 9.30 malam dan tiba jam 5.30 pagi di Hentian Bas Kuala Terengganu. Selamat sampai dan dijemput oleh anak bisnes Shaklee saya, Cik Marozini aka Ceq Jie. Untuk makluman, beliau menjadi tourist guide saya selama berada di Ganu Kite.
Jom layan sebahagian cerita 3 hari 2 malam di sana.
|
Selamat tiba di Hentian Bas Kuala Terengganu jam 5.45 pagi. |
|
Sarapan pagi di sini. Nasi Dagang yang best. Kelasssss... Terima lawatan daripada slot rancangan Jalan-jalan Cari Makan tu. |
Dari hentian bas, terus je memandu kereta sewa khas ke Pantai Batu Burok. Tak jauh pun. Dalam 10 minit -15 minit dah sampai dan yang paling best, jalanraya pada hari Jumaat sangat lengang. Hinggakan terfikir juga di benak ni, ke mana semua penduduk Kuala Terengganu (KT) ni pergi pagi-pagi ni? Tidur ke? Ayakk.
Kebetulan sebelah tempat makan tersebut ada program kesihatan anjuran Jabatan Kesihtan Kuala Terengganu untuk memenuhi hari cuti umum beserta pelbagai aturcara menarik.
Walaupun tak lama berada di tapak program tersebut, sempat juga la kami meronda gerai-gerai kesihatan yang ada. Dapat banyak ilmu baru mengenai kesihatan di sana tapi paling penting adalah nasihat kepada diri ini untuk turunkan lagi 13kg berat badan untuk fit dan bertambah hensem. Adushhh, sampai sana pun masih kena lecture tentang berat badan :)
|
Kempen dilancarkan adalah "Kempen Tidak Merokok". |
|
Bukan di sini saya kena 'lecture'. Tempat kejadian di kaunter sebelahnya. Itulah rajin sangat nak cuba ambil BMI kan?! |
|
Sempat pula melihat produk-produk bahaya ni. Ada beberapa produk terkenal juga disenaraihitamkan di sini. |
|
Ni best. Dikir Barat,"Jauhi Roko". Real tu. |
Hampir ke tengah hari, melawat pula Bukit Panorama yang dikatakan pernah menjadi tempat duduk berdirinya Sultan Terengganu satu masa dulu.
Bukit ini tidaklah terlalu tinggi tapi mungkin ramai yang masih 'berehat' di rumah sempena hari cuti umum maka hanya kami bertiga sahaja berada di atas sana. Semakin tinggi, semakin luas pemandangan.
Cantik! Hanya simpan di hati kecantikan alam ini.
|
Perkataan "KUBU" tu. Dalamnya ada singgahsana lagi. |
|
Sila-sila baca. |
|
Cantikkan? Banyak projek sedang dibangunkan. Alhamdulillah |
*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
0 comments :
Post a Comment