Thursday 3 July 2014

Posted by Unknown On Thursday, July 03, 2014

Assalamualaikum semua.

Sejak semalam saya terfikir untuk menulis entri ini walaupun sebenarnya saya tahu ia mungkin tidak akan sampai kepada artis berkenaan. Cuma saya berharap entri ini sampai kepada golongan yang seangkatan dengannya. Mulut merah bercalit sampah!

Sabda Nabi SAW,"Takwa itu ada di sini (sambil menunjuk dadanya). Seseorang cukup dianggap JAHAT apabila ia menghina saudaranya yang Muslim."

Maka atas nama hadis ini, saya mula menulis.

1. Semalam 2 Julai bersamaan 4 Ramdhan, Azwan Ali mengelurkan kenyataan yang sangat mengejutkan dan sangat mencederakan emosi ramai orang apabila makanan golongan penjaja di bazar Ramadhan dikategorikan sebagai 'sampah' dan pengunjung-pengunjungnya dikategorikan sebagai 'anak setan'. 

Malangnya ia berlaku pada bulan puasa yang mulia namun dicemarkan oleh mulut yang hina.

2. Apa yang kita cakap, apa yang kita tulis dan apa yang kita buat melambangkan siapakah kita.

Jika seperti itulah tulisan kita, maka tidak perlu menegak benang yang basah atau tiba-tiba keluar kenyataan media tiba-tiba,"Saya dirasuk ketika mengeluarkan tweet seperti itu". Ternyata sang penulisnya pasti lebih sampah dan lebih berhati syaitan daripada orang yang dilabelkannya.

Sabda Nabi yang membawa maksud barangsiapa yang mengatakan yang buruk kepada sesama muslim nescaya Allah kembalikan sifat buruk itu kepada dirinya sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Bukanlah daripada orang beriman yang sempurna imannya orang yang suka mengecam, suka melaknat yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut”.

3. Antara salah satu objektif puasa adalah tidak makan dan tidak minum. Tidak makan makanan berbentuk fizikal atau makanan yang tidak berbentuk fizikal seperti mencela, mengumpat, meroyan, meletakkan gelaran yang tak sepatutnya dan yang seerti dengannya yang membawa maksud penghinaan.


4. Larangan ini bukan hanya sesama muslim bahkan ia merangkumi juga terhadap non-muslim. Jika non muslim sendiri menghormati umat Islam yang berpuasa di samping berusaha mencari rezeki tanpa sedikitpun alasan penat, bagaimana tergamaknya seorang Islam melabelkan perkara seumpama ini kepada sesama muslim juga.

Adakah perlu disemak keIslaman sang celupar ini?

5. Masalah manoriti artis yang tidak begitu popular adalah suka mencari publisiti murahan seperti ini. Peliknya, publisiti tersebut pasti berbentuk provokasi atau tak pun hal pakaian dalam.

Cadangan saya kepada persatuan bertanggungjawab dalam industri seni hiburan tanah air untuk mewajibkan artis seperti ini menjalani ujian pemeriksaan kesihatan mental agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Penerimaan masyarakat terhadap kenyataan dari seorang yang disahkan 'penghidap sakit mental' tentulah berbeza jauh dari kenyataan dari seorang artis sejati. Iya tak?!

6. Para ulama menggariskan 3 perkara besar yang memusnahkan seluruh amalan baik seseorang iaitu riya', ujub dan menghina saudara seislam yang lain. Tidak syak dari kenyatan tersebut betapa semua sifat ini telah lama bersarang dalam diri seperti ini.

Apakah kita selamanya di atas sehingga kita riya' dengan kelebihan yang kita ada?

Apakah kita memandang diri kita selamanya sempurna hingga menafikan bahawa semua itu adalah nikmat Allah yang dipinjamkan buat sementara waktu?

Apakah selamanya kita hidup bertongkat di langit dunia tanpa menemui musuh terbesar kita iaitu ajal kematian?


7. Sabda Nabi dalam satu hadis Qudsi,"Barangsiapa mencari-cari aib saudaranya sesama muslim lalu disebarkannya nescaya Aku bukakan kecelaannya walaupun ia lakukan kecelaan tersebut di dalam rumahnya sendiri".

Jika aib itu sekalipun benar ada pada seseorang pun kita tidak dibenarkan menyebarkannya selagimana tidak dilakukan secara terang-terangan, inikan pula jika ia bukan satu kecelaan.

Adakah tercela orang yang berpenat lelah mencari rezeki sekalipun berniaga di bazar?
Bahkan ia satu kemuliaan kerana perniagaan itu sunnah.

Adakah satu kecelaan juga kepada para pengunjung yang membeli di sana?
Bahkan ia satu juga kemuliaan kerana ia juga sunnah dalam membantu ekonomi para peniaga Muslim.

8. Saya setuju bahawa bukan semua makanan yang dijual menepati selera kita TAPI tidaklah ia setaraf sampah yang menjadi makanan haiwan yang berkeliaran.

Jika tidak sesuai pun dengan tekak kita, kenapa dilabelkan sebagai sampah?

Bersyukurlah sekurang-kurangnya masih ada juga rezeki anda berbanding orang miskin dan melarat yang hanya makan tanpa pernah bertanya selera tekak mereka. Inilah hikmah sebenar puasa! Merasai susah bukan menghina kesusahan!

Bagaimana jika AA menyelami suara hati mereka ini?
Tiada makanan atau sampah pun yang boleh mereka hadap.

9. Jika haiwan liar yang hanya mengutip sisa makanan sampah tidak pernah merungut dengan 'bahagian' rezeki yang Allah kurniakan kepada mereka, kenapa anda sebagai manusia berakal bersikap lebih buruk dari haiwan tersebut.

Sekurang-kurangnya mereka redha dengan apa yang ada. Tapi anda sudahlah tidak redha, meroyan pula tu. Sila cakap kat kawan sebelah,"Kesian makhluk yang berakal, adabnya lebih buruk dari haiwan yang tidak berakal".

10. Saya doakan anda mendapat hidayah dari Allah taala sama ada hidayah tersebut berbentuk hukuman berat atau ringan kepada anda. Sesuailah dengan 'kecederaan emosi' yang telah anda lakukan kepada ramai orang.

Kadang-kala, nasihat dan tunjuk ajar tidak berguna kepada sesetengah golongan manusia, hanya hukuman sahaja sebagai pencelik minda. Kata orang, "Tiada akar, rotan pun berguna".

Jadilah seperti pokok padi, semakin berisi buahnya semakin menunduk atau pun boleh menjadi sang helang, setinggi mana pun ia terbang membelah langit tinggi, ia tetap kembali ke sarangnya.

Maksudnya, SILA SEDAR DIRI!

Yang benar,

_____________
Mohd Taufiq
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee
019-2486694

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...