Sunday, 28 December 2014

Posted by Unknown On Sunday, December 28, 2014

Sudah hampir seminggu kita ditadahkan dengan berita-berita di media terutamanya media sosial mengenai banjir besar di Malaysia. 

Bermula dengan serangan bah besar di negeri-negeri Pantai Timur dan kini terus turun ke negeri-negeri Pantai Barat pula.

Tidak keterlaluan jika dikatakan hampir setengah negeri di Malaysia hampir lumpuh. Baik dari segi aktiviti kehidupan, perhubungan, komunikasi, keperluan bencana dan bantuan serta lainnya.


Hari ini, kita digemparkan pula dengan kehilangan kapal terbang Air Asia yang hilang secara tiba-tiba dalam perjalanannya dari Surabaya ke Singapura.

UJIAN & ORANG BERIMAN

Pastinya, Malaysia adalah sebuah negara Islam yang penuh dengan keamanan tapi mungkin kurang dari aspek perpaduan. Mungkin...


Jadi, Allah SWT menguji sekadar upaya hambaNya. Jika kurang di bahagian itu, Allah itulah bahagian itu kerana bencana ini bukan untuk menguji keutuhan bumi atau kapal terbang tapi untuk membetulkan kembali sikap sesama manusia.


Video ini adalah kesan selepas banjir surut di Gua Musang. Seolah-olah tsunami kecil telah berlaku di negara kita.

Mungkin tanda Allah masih sayang dan berikan masa buat kita kembali kepadaNya.

Pray For Malaysia untuk terus aman, selamat, masyarakatnya saling memahami dan bersatu padu.

Tahniah saya ucapkan kepada semua sukarelawan, masyarakat yang memberi bantuan dalam semua bentuk dan akhir sekali, doakan saya untuk turut sama dalam sukarelawan Malaysia untuk mangsa banjir minggu depan.

Allahumma amin...

Ada ke yang nak turut serta misi ni?


Pasti ramai kan? 

Jika tak berhalangan boleh rujuk dengan mereka di talian ini yer :)


0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...