Assalamualaikum buat semua pengunjung wafiqulya.
Saya doakan semoga Allah jadikan kita kaya dan berjaya.
Hari ni, saya nak kongsi kisah pesanan tentang telur ayam ni bersama anda.
Tak sangka sebenarnya cerita ni boleh dapat 70 share hanya dalam 24 jam sahaja.
Alhamdulillah, ada manfaatnya dari kisah ini yang berguna kepada kita bersama.
BERSAMA TAUKE TELUR AYAM
Pagi Sabtu semalam, saya ke pasar pagi. Biasalah, hari cutikan.
Walaupun setiap hari saya 'cuti' sebab hanya bekerja dari rumah tapi hari minggu tetap jadi pilihan untuk shopping.
Rasa 'hidup' je pasar bila ramai orang. Shopping sorang-sorang tak best. Betul ke betul?
Sampai saya ke kedai pembekal telur ayam sambil membelek-belek telur yang ada. Tapi yang saya hairan, banyak telurnya yang masih ada kotoran di kulitnya.
Jadi, apa lagi, boleh jadi bahan bualan bersama tuan kedai ditambah aduan juga.
"Kotor ek telur ayam sekarang ni. Kalau basuh sebelum jual bagus ni," kata saya sambil memandang kepadanya.
Jawabnya...
"Salah tu. Jangan basuh telur kemudian simpan. Kat kulit telur tu ada pori-pori dan selaput protection. Itulah yang halang bakteria dan kotoran masuk dalam telur.
Kalau dah basuh, lapisan tu hilang, bakteria dan kotoran lagi mudah masuk. Telur makin cepat rosak," pesannya dengan tenang.
Kali pertama kot saya dengar benda ni. Jahiliyah sungguh rasa.
"Habis tu cara betul macam mana?" sambung saya lagi.
"Balik simpan dalam peti terus. Lebih tahan lama. Nak goreng, rebus untuk makan. Masa tu baru basuh. Terus masak dan makan. Itu cara betulnya." jawabnya.
Ayoyo...betul ke info ni?
Korang buat macam mana?
*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini untuk SHARE bersama rakan-rakan. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini untuk SHARE bersama rakan-rakan. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
Betullah tu....dulu saya tgk telur kotor...saya mmg basuh...pastu...telur tu tak tahan lama...macam masuk angin...telur kuning tu pecah...dah tk bulat
ReplyDeletetu la...saya pun baru tau. patut telur cepat buruk.
Delete