Tuesday, 23 July 2013

Posted by Unknown On Tuesday, July 23, 2013
Assalamualaikum semua.
Bagaimana ibadat puasa anda yang kedua belas hari ini?
Semoga dipertingkatkan ibadat dan diterima di sisiNya. Amin.

Hari ni nak berkongsi cerita tentang orang 'kita' serta fi'il perangainya. Ramai sudah sarjana di dunia ini baik dari dalam negara hinggalah ke luar negara, semuanya tidak dapat memahami bangsa Melayu dengan sebenar melainkan mesti 'suara' itu datang dari orang Melayu itu sendiri. 

Maka tidak hairan jika Prof. Dr Syed Muhammad al-Naquib al-Attas menulis tentang "Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu" dan Dr Mahathir Muhammad menulis tentang "The Malay Dilemma" yang banyak mengupas tentang permasalahan dan pemerkasaan orang Melayu. Yang satunya melalui sistem Islam dan pendidikan manakala yang satunya lagi melalui bidang ekonomi dan tahap sosial. Jika digabungkan kedua-dua pemikiran ini, orang Melayu tentu telah berada di kedudukan yang tinggi sekarang.


Seringkali jika ditanya kepada bangsa lain,"Siapakah orang Melayu", tentu mereka akan menjawab,"Kebanyakan daripada mereka malas, kurang produktif, tak sanggup tanggung risiko, takut tak bertempat dan ......". Pelbagai jawapan negatif yang lebih banyak akan terkumpul daripada jawapan yang positif. Sebab itu kata imam Ghazali,"Hendak tahu siapa kita, tanyalah musuh kita". Dan inilah jawapannya. Tak yakin lagi.Ok, pergi enjin carian anda, baik google ke apa ke, taip perkataan 'Melayu' pada bahgian image dan lihat hasil carian anda. anda pasti terkejut. Itulah bangsa kita!!!

Mengapa kita membiarkan diri kita digelar bangsa yang sering gagal? Kenapa kita tak bertukar kepada bangsa yang BERANI gagal? Sampai bila kita perlu dicop sebagai bangsa subsidi yang hanya suka diberi, tanpa susah-payah mencari?

Selagi kita tak kenal diri, tak tahu yang kita ini dicipta sebagai khalifah Allah dan master of the universe selama itu kita akan jadi hamba manusia dan hamba nafsu. Siapa kalau bukan kita yang suka dilabelkan hanya layak bekerja sebagai hamba semata-mata padahal kita bangsa dengan ketuanan Melayu.itulah bangsa kita!


Mengapa dalam slot 'Bersamamu' dan rancangan seumpamanya, wajah muram yang seringkali terpampang di kaca TV adalah orang Melayu sedangkan saya PASTI di dalam kawasan tersebut pasti ada orang Melayu yang kaya-raya. Bukankah ini membayangkan orang Melayu pentingkan diri sendiri? Yang kaya semakin kaya, semakin kedekut dan semakin takut mati. Yang miskin pula kian miskin dan melarat hingga berlaku kes tukar agama semata-mata keranan inginkan sesuap nasi.

Bila baru nak naikkan syarikat bakal orang kaya sebut,"Bekerjalah bersama saya, kita susah senang bersama-sama. Jika ada apa-apa cadangan, kita KONGSI bersama", tetapi malangnya bila dah jadi orang kaya lain pula dikatanya,"Anda bekerja dengan saya. Ini arahan saya, kalau tak suka, sila BERHENTI kerja bila-bila masa ye". Inikah sikap yang patut kita banggakan dengan sebahagian besar orang kaya Melayu kita. Hilang adab kerana harta, lupa diri bila kaya. Itulah bangsa kita!

Mengapa media massa kita penuh sesak dengan laporan keruntuhan akidah dan akhlak remaja Melayu kita yang semakin jauh menyimpang dari landasan agama sedangkan Melayu itu Islam dalam perlembagaan tertinggi Malaysia.

Bolehkah ahli politik, pemikir tempatan dan agama, pakar pendidikan dan ahli motivasi menjawab semua persoalan ini? Pasti 1001 alasan akan diberikan jika ditanya jalan penyelesaian terhadap permaslahan yang kritikal kini. Tak kritikal lagikah jika bangsa kita berubah mengikut peredaran dunia ini hingga mengenepikan soal jati diri? Datang budaya Bollywood, semua mula gila ber'sari', datang korea sekarang, mula pula gila k-pop. Begitulah seterusnya. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Itulah bangsa kita!


Maka akan berlakulah cerita Bangau Oh Bangau. masing-masing mula menuding jari kepada yang lain. Yang satu ditunjuk ke arah orang lain dan yang empatnya berlipat menunjuk kebodohan diri sendiri. Kenapa kita tidak mahu jadi berani macam ular? Bila ditanya ular,"Kenapa kau makan katak?" Jawabnya,"Katak makanan aku". Mengapa takut tak bertempat? Mengapa takut tanggung risiko? Mengapa takut mencuba? Mungkin kerana kita bangsa subsidi kot. Semua nak senang je. Itulah bangsa kita!

Pepatah Melayu lama ada berkata,"Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk" untuk menggambarkan sarat dengan ilmu, tak ego dan merendah diri. Apa yang berlaku kepada orang kita. Semakin dewasanya, semakin kaya raya dan berjawatan tinggi semakin takbur, riak, meninggi diri, semakin tamak dan semakin bakhil membuat orang melut dan benci terhadap mereka.

Mereka ini seperti ahli politik yang baru menang pilihan raya, sembangnya mengalahkan orang yang telah berbakti berpuluh tahun lamanya, sama seperti orang yang baru kenal agama dapat pembesar suara dan seperti sekuriti baru dapat wisel, jalannya umpama menongkat bumi dan menjunjung langit sedangkan hakikat dirinya serendah sampah di tepian jalan. Itulah bangsa kita!

Orang Melayu adalah bangsa yang paling MALAS MEMBACA. Ni kenyataan berani mati sebab dah ramai pun cendiakawan dan cendawan Melayu yang bangun mempertahankan hujah ni. Sudahla! Janganlah kita jadi abangsa yang suka nak mempertahankan perkara yang benar, cuma sekarang fikirkan strategi untuk selesaikannya. Hakikatnya kita tak mungkin maju kalau kita terus MALAS MEMBACA. Islam sendiri mensyariatkan perkara utamanya dengan turunnya ayat 'Iqra' sebagai wahyu pertama turun dari langit. Untuk apa diturunkan jika tidak penting kan? Tapi itulah bangsa kita!!!


Amboi tulis bukan main, mana penyelesaiannya? Nanti saya sambung lagi ye...Mata ni dah minta untuk direhatkan untuk malam ni. Baca dan sebarkan jika anda 'cakna' dengan keadaan orang Melayu. By the way, saya pun Melayu tapi saya tak berbangga dengan sikap-sikap negatif ini. Jom kita sama-sama BERUBAH untuk masa depan yang lebih INDAH. Bangsa kita MULIA, pantang sekali DIHINA. Jangan TAKUT berniaga kerana itulah kehebatan datuk nenek kita pada zaman Melaka dahulu. Jangan lupa tu.

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye dan 'share'lah sebanyak mungkin, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".


0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...