shaklee1

JOM BER'SHAKLEE'

shaklee2

JOM BISNES

shaklee3

JOM BERAGAMA

Saturday, 16 January 2016

Posted by cikgu mat On Saturday, January 16, 2016
Assalamualaikum semua. Saya doakan anda kaya dan berjaya.

Hari ni saya nak berkongsi dengan rakan-rakan semua ebook terbaru saya mengenai emas fizikal sebagai simpanan.



Saya tahu, pertama kali baca, mestia ada yang terbeliak mata. "Cikgu Mat ni buat skim apa pula ni?" mungkin itu bisik hati kecilnya.

Mungkin ada juga yang berkata,"Bestnya simpan emas fizikal di musim gawat 2016-2018 ni. Untung siapa yang bersedia awal."

SEBENAR SAYA TAK SUKA EMAS

Sejujurnya, saya paling takut kepada emas. Bukan kerana logam itu tapi kerana pengalaman saya sebagai peniaga dan pengkaji pelaburan.

Berapa ramai dah kita dengar cerita kerugian berpuluh ribu hingga berpuluh juta semata-mata melabur emas. Ramai orang kita nak cepat kaya. Itu masalahnya.



Melabur dalam akaun emas tapi tak dapat emas fizikal yang boleh dipegang oleh tangan atau dilihat oleh mata atau digigit oleh gigi. Itu masalahnya.

Jangan terkejut tau. Ada lebih 100 jenis skim pelaburan emas seperti ini di Malaysia. Ini kajian saya selama sebulan di penghujung tahun 2015 yang lalu.

Semakin dikaji, semakin saya benci sungguh dengan emas ni.

SEHINGGALAH

Sehinggalah akhirnya saya temui satu perniagaan emas fizikal. Bukan akaun emas atau sijil emas untuk pelaburan ye.

Tapi ini adalah emas fizikal untuk kita beli, simpan sendiri menjadi hak milik. Yang bestnya, boleh pula jual beli sendiri emas tu dengan kawan-kawan dan bina rangkaian bisnes kita sendiri.

Emasnya pun harga kilang yang tentunya lebih jimat dari harga kedai emas dan yang lagi best sistem jual beli dan pembinaan rangkaian bisnesnya juga patuh syariah. Itu yang utama.



SAYA BUKAN JENIS SUKA 'BERJUDI'

Mungkin anda yang mengikuti saya di blog ini tahu bahawa saya adalah bekas pensyarah dan juga pemegang Ijazah Usuluddin dan Dakwah.

Di samping itu, saya seorang peniaga dan juga pelabur. Dalam dunia bisnes dan pelaburan, kami sentiasa memegang kaedah mudah tapi sangat teliti ini.

"Sebarang bisnes dan pelaburan yang kita tiada ilmu berkaitannya, maka ia satu perjudian."

Tambahan lagi sifat saya yang memang susah nak percayai siapa saja. Kerana itu, saya mengambil masa sebulan penuh untuk mengkaji tentang fenomena emas di Malaysia.

Kajian inilah yang saya bukukan. Bermula dari 300 muka surat, saya ringkaskan kepada 70 muka surat. Itu paling ringkas saya boleh buat.

Bermula dari bahasa kajian yang agak tinggi, saya kurangkan laras bahasa kepada yang lebih rendah dan mudah difahami.

KEMPEN 1 GRAM 1 BULAN 1 KELUARGA

Kempen yang dijalankan oleh syariat emas fizikal ini saya lihat sangat bagus.

Mereka keluarkan syiling 0.5 gram dan 1 gram untuk membantu mereka yang kurang berduit juga turut menyimpan emas fizikal walaupun sedikit di kala zaman suram ini untuk melindungi wang masing-masing.

Kempen ni juga menyedarkan masyarakat Melayu khasnya yang selama ini suka berhutang untuk membeli aset besar seperti tanah dan rumah untuk tidak berhutang.

Dengan modal antara RM100-200 sahaja sudah cukup untuk masyarakat kita menyimpan aset dalam bentuk emas fizikal.



Kenaikan nilai tahunannya antara 20-25% setahun pada tahun-tahun ekonomi normal sangat mudah. Apatah lagi ketika gawat seperti ini. Kenaikan hingga 50% untuk simpanan setahun terlebih mudah lagi.

Yang pastinya mereka yang menukar nilai ringgit kepada emas fizikal pasti untung besar setelah keluar dari tahun-tahun ekonomi suram antara 2016 hingga 2018 nanti.

ANTARA TAJUK YANG DISERTAKAN

Pemilihan tajuk ini adalah berdasarkan penyusunannya. Jika bacaannya dilangkau, mesti akan lost bila tiba di bab baru.

Sebab sasaran ebook ini adalah untuk beri kefahaman sebenar-benarnya bahawa emas adalah simpanan, bukan pelaburan!

  • Malaysia Hari Ini
  • Krisis Ekonomi dan Solusi Emas
  • Emas Mata Wang Fitrah
  • Emas Sebagai Mata Wang Menurut Pandangan Fuqaha
  • Kesedaran Masyarakat Untuk Kembali Kepada Emas
  • Kenapa Perlu Simpan Emas Sekarang?
  • Peluang Simpanan dan Peniagaan Emas Fizikal
  • Mengapa Pilih Emas Fizikal Power Gold
  • Sistem Bisnes Power Gold
  • Penerangan Sistem Bisnes Power Gold
  • Multi Level Marketing VS Skim Cepat Kaya
  • Adakah Sistem Bisnes Power Gold Patuh Syariah?
  • Bisnes Online Sangat Mudah
  • Cadangan Untuk Anda

Insyallah ebook ini sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat baik yang telah lama menyimpan emas, apatah lagi yang baru saja hendak menyimpan emas.

Semoga bermanfaat ye. Sila view ebook ini di SINI.

Jika tidak keberatan, silakan LIKE dan SHARE artikel ini untuk mereka yang ingin mendapatkan ebook bernilai RM150 ini secara PERCUMA!

Anda boleh juga lawati http://powergold-i.blogspot.my/ untuk bacaan lebih lamjut mengenai emas.

Monday, 4 January 2016

Posted by cikgu mat On Monday, January 04, 2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Jom ikuti perkongsian saya hari ini berkaitan isu ni. Isu mengapa orang Melayu mula berniaga.

Most of the time kerana berhutang. Kedua kerana untuk orang tersayang. Ketiga barulah kerana ada impian yang belum tercapai.

1. HUTANG

Tan Sri Zeti Abdul Aziz, Gabenor Bank Negara mengatakan 87% isi rumah Malaysia terikat dengan hutang. 90% daripadanya adalah orang Melayu.

Orang kita kaya hutang. Tak percaya, cer tanya kawan sebelah,"Ada hutang tak?" Sambung sikit lagi,"Berapa hutang tu?"


Kerana terlalu banyak hutang. Terikat pula dengan hutang tersebut dengan jumlah puluhan hingga ratusan ribu dalam tempoh 20-30 tahun.

Nak habiskan hutang setahun pun kita dah mula terasa betapa tight nya flow kewangan setiap bulan. Inikan pula yang memakan masa puluhan tahun. Allahu...berat!

Ini adalah faktor utama orang kita mula berniaga. Pening dengan hutang bulanan. Sesak nafas dengan bajet bulanan. Seboleh mungkin, perlu cepat selesai dan langsaikan.

Percaya cakap saya, hutang adalah pemberat hidup dan penyebab rezeki sangkut. 

U lambat bayar hutang yang bertangguh puluhan tahun. Begitulah rezeki U bertangguh nak masuk seperti air sungai mengalir.

2. UNTUK YANG TERSAYANG

Tak kurang juga orang kita mula berniaga kerana orang yang tersayang.

Ramainya kerana ingin berkahwin, ingin tunaikan hajat mak ayah pergi umrah, hendak anak-anaknya hidup lebih senang daripada hidupnya dahulu dan pelbagai faktor lain lagi.

Kehendak dalaman ni sangat kuat sebenarnya jika kena caranya. Tergantung kepada momentum kehendak itu sendiri. Jika kuat kehendaknya, hebatlah resultnya.


Jika hadkan kehendak itu dalam satu tempoh masa, itu akan menjadi penghalang kepada diri untuk lebih kaya dan berjaya dalam bisnes.

Saya bawa contoh mudah. Ada orang hendak prepare untuk kahwin. Maka, ia tumpu untuk buat bisnes dalam tempoh 6 bulan sebelum melangsungkan majlis.

Selesai saja majlis, apa jadi pada bisnesnya pada tekaan anda?

Terhenti? Ye betul sekali. Bisnesnya akan terhenti kerana impiannya hanya untuk kahwin saya. 

Impian majlis kahwin dah capai, maka tiada lagi impian lagi yang jadi momentum untuk ia terus berniaga.

Faktor kedua ini tidak kuat sebenarnya. Tapi jika kena cara dan mendapat tunjuk ajar mentor yang betul, insyallah boleh berjaya dengan mudah.

Hanya perlu ubah pada bahagian impian itu sahaja. Ia perlukan ilmu mendesign impian itu sendiri. 

3. IMPIAN BELUM TERCAPAI

Hampir semua orang ada impian. Walaupun ada sebahagian orang so-called 'mayat hidup'. Mereka mati sebelum mati yang sebenar menjengah. 

Mereka hidup tanpa impian. Hanya mengikut flow hidup. 

Bangun pagi marah-marah dan masam mukanya, pergi kerja tak bersungguh, balik kerja bermuram durja, malam pula tidur tak lena. Hidup orang seperti ini sangat kosong.

Kerana ia sendiri tidak tahu untuk apa ia hidup. Kerana itu mereka tiada impian. Semoga kita semua tidak menjadi sebahagian daripadanya.

Antara impain ramai orang adalah kebebasan kewangan dan kebebasan masa.

Ada duit banyak dan ada masa yang banyak untuk dimanfaatkan bersama keluarga dan masyarakat.

Ramai orang ada kebebasan ini hanya setelah pencen pada usia 55 tahun ke atas. Ketika usia ini, kebebasan hampir tiada maknanya kerana kita kekurangan dari banyak sudut lain pula.

Kekurangan tenaga. Kekurangan kesihatan. Kekurangan idea dan lainnya.

9 dari 10 orang jutawan yang pernah saya duduk bersama memeberi jawapan yang sangat mengejutkan bila saya tanya mereka apa sebab mereka berniaga.

Kata mereka,"Sebab aku nak bebas. Aku tak suka kerja bawah orang. Aku tak suka buat benda yang kau tak minat. Aku nak buat benda yang aku suka dan ada kebebasan kewangand an masa."

Faham atau faham?

Apa pula pull factor anda untuk berniaga?

Jom bersama saya!

Saya ada satu bisnes baru berkaitan emas fizikal. Jika tuan puan inginkan satu perniagaan yang tak mengganggu masa kerja hakiki, mempunyai permintaan tinggi di zaman kemelesetan dan sangat senang untuk diuruskan (melalui online) dengan konsep dropship, tuan puan boleh hubungi saya.

Tapi sebelum tu, buat keputusan dan cari apa faktor anda mula berniaga. Itu lebih utama.

Boleh layari juga web blog saya yang kedua. http://powergold-i.blogspot.my/

Saya doakan,'Anda Kaya dan Berjaya'.

Mohd Taufiq aka Cikgu Mat
Motivator Kekayaan dan Kejayaan

Friday, 11 December 2015

Posted by cikgu mat On Friday, December 11, 2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya doakan anda kaya dan berjaya.

Pernah saya ditanya orang,"Cikgu, saya penatlah bekerja. Dah 5 tahun macam ni. Stress dan penat rasanya setiap hari. Kalau saya nak berniaga, macam mana pendapat cikgu?"


Jawab saya.

Teruskan bekerja. Jangan mulakan bisnes apa pun.

Kerjaya anda sekarang hanya 1/10 penatnya dari berniaga. Jika kamu tak boleh enjoy penat yang 1/10 tu, macam mana kamu nak enjoy penat 9/10 tu pula.

Seriously, dah ramai orang bertanya saya masalah ni. Penat, stress, tak cukup duit, takde masa dengan keluarga, susah cuti dan pelbagai alasan dihamparkan di depan saya.

Tapi bila diberi satu jenis perniagaan paling basic untuk mereka yang tak pernah berniaga untuk dimulakan dengan modal kurang RM100, terus tiada jawapan balas.

Benarlah kata bijak pandai dalam kalangan mentor saya, 

"Bukan semua yang meminta bantuan itu benar-benar perlukan bantuan. Mereka hanya meluah rasa untuk mendapat perhatian sahaja."

Cabaran pertama pun dah tak lepas, ada hati nak beri alasan berjela.

Bagi saya yang hampir 3 tahun dah dalam dunia bisnes, mereka ini termasuk dalam golongan 'denial' dan tidak pandai bersyukur.

Hari-hari komplen nak yang terbaik tetapi malas dan tidak berani keluar dari zon selesa.

Nak kerja malas, nak berniaga 9 kali malas. Maaf jika ada yang terasa dengan fakta saya.

Kerana fakta inilah, orang asing yang tiada apa-apa, bekerja macam nak gila tanpa sebarang komplen. Apabila cukup duit, terus mula berniaga. Bila dah berniaga, terus kuasai industri sedia ada.

Orang kita........?

TANAM DALAM DIRI

Pernah dengar satu quote yang sangat bagus?

"First, love what you do. Then, do what you love."

Jika kerja yang risikonya sangat kecil itu dan penatnya yang sangat minimum itu pun tidak boleh kita cintai sepenuh hati, bagaimana nak masuk dunia bisnes yang serba mencabar ini.

Ingat, kerja atau bisnes berjalan bukan kerana namanya kerja atau bisnes, tapi kerana manusia yang jalankannya.

Kita tidak jalan sekiranya hati tidak jalan atau hati tidak suka. Jika kita tak dapat uruskan hati kita, siapa lagi yang bertanggungjawab untuk menguruskannya?

Jika dalam kerjaya sekarang banyak komplen, apa pula jaminan tidak komplen nanti apabila sudah berbisnes?

Jika kita boleh kerja sepenuh hati walau dalam keadaan terpaksa, pasti resultnya luar biasa bukan?

Bagaimana jika satu hari nanti setelah kita tinggalkan kerjaya itu dan lakukan bisnes yang kita minat dan sukai, pasti hasilnya juga lebih luar biasa.

Ingat pesan saya tadi, dunia bisnes menunggu anda dengan 9/10 kesusahan, kepenatan, risiko dan kesulitan. Sebelum anda mendapat 9/10 kemudahan, kerehatan, keuntungan dan kejayaan melebihi orang bekerjaya.

Kerana itulah sebelum mula nak ubah kerjaya kepada berbisnes, ubah sikap dulu.

Sikap biasa-biasa kepada sikap luar biasa. Buat keputusan betul-betul kerana orang yang masih ragu-ragu nak tinggalkan zon selesa ada gaji walaupun banyak komplen bukanlah mudah.

Hanya keputusan yang benar-benar putus saja dapat keluarkan diri dari kebiasaan sekarang.

Saya tahu ia tidak mudah tapi percayalah, ia lebih mudah bila anda ada impian, kurang alasan, ada mentor dan ikut sistem orang yang telah berjaya.

Mudah-mudah?


Semoga bermanfaat. Jangan lupa share jawapan ringkas ini kepada rakan-rakan yang masih dalam dilema.

Nasihat saya, dengarlah cakap mentor apabila kita telah bertekad untuk berbisnes. 

Mentor lebih tahu apa yang sesuai untuk anda kerana sebelumnya beliau sendiri pernah duduk di tempat anda. :-)

Baca EBOOK ini jika benar anda ingin mula berbisnes dengan kos dan risiko kurang RM 100.

Ingat selalu pesan ni, 'Ramai orang suka menyalahkan keadaan tapi tak ramai orang suka membetulkan keadaan.'

Monday, 7 December 2015

Posted by cikgu mat On Monday, December 07, 2015
Assalamualaikum kepada semua pengunjung wafiqulya. Semoga anda dalam keadaan sihat, kaya dan berjaya, dunia dan akhirat hendaknya.

Hari ni saya nak berkongsi satu kisah fantasi Tv satu ketika dulu mengenai seorang tokoh usahawan, tapi kini ia menjadi realiti di dunia sebenar.

Ini baru namanya, benar-benar menghayati watak. Tahniah kepada tuan punya badan, seorang pelakon hebat era 80-90an.



Beliau pernah mempunyai RM1 di poket pada masa itu beliau memilih untuk membeli makanan dan berjalan kaki pulang ke rumahnya. Kini beliau seorang businessman berjaya. Dulu beliau dikenali dgn nama Sidi Oraza. Pernah berlakon drama 'Dominan' akhirnya drama tersebut menjadi kenyataan.

PERNIAGAAN BAJA

Berbekalkan modal RM6,000 pemberian ibunya, Allahyarhamah Syarifah Zarojarn Syed Azgkhar hasil penjualan rumah mereka, bekas pengarah dan pelakon terkenal sekitar 1990-an, Sidi Oraza memulakan perniagaan mengeluarkan dan memasarkan baja kimia dan organik.

Perniagaan yang dimulakan Sidi atau nama sebenarnya, Syed Osman Syed Rastan, 43, menerusi syarikat yang ditubuhkannya sejak 10 tahun lalu, iaitu Diversatech (M) Sdn Bhd, terus berkembang dengan pasaran bukan saja di Malaysia malah luar negara seperti Indonesia dan di Asia Barat.

Namun, beliau yang memegang jawatan Pengerusi Eksekutif Diversatech mengakui terpaksa melalui pelbagai ranjau sebelum mengecapi apa yang ada sekarang, terutama ketika kegawatan ekonomi sekitar pertengahan 1990-an.

Bagaimanapun, berpegang kepada prinsip 'usaha adalah tangga kejayaan' dan sentiasa ingat kepada Allah membolehkan beliau mengharungi semua ranjau itu.

Sidi berkata, idea untuk beliau menceburi bidang perniagaan tercetus selepas pulang dari China. 

"Tujuan ke China untuk belajar berniaga. Tetapi saya tidak dapat ilmu berniaga, cuma dapat ilmu macam mana rakyat negara itu boleh berjaya dalam perniagaan. 

Antaranya ialah mereka makan, jalan dan berfikir dengan cepat, justeru apa saja boleh jadi. Malah hasil kerajinan dan kegigihan, Tembok Besar Cina dapat mereka bina.

Kegawatan ekonomi sekitar 1997 dan 1998 juga benar-benar menguji kekuatan saya. Ketika itu saya sudah tidak berlakon, bayangkan daripada hidup mewah dengan kereta besar, saya terpaksa berjalan kaki atau menaiki kenderaan awam.

Pernah saya hanya ada RM1 dalam poket, saya terpaksa memilih sama ada mahu beli makanan atau naik bas pulang ke rumah di Ampang Jaya dari Zoo Negara. Saya ambil keputusan untuk jalan kaki bagi menjimatkan duit untuk makan.

Turun naik kenderaan awam bersama isteri dan anak yang masih kecil juga adalah perkara biasa sehingga apabila terjumpa peminat dan mereka bertanyakan mengapa saya menaiki LRT, saya beritahu yang saya sedang membuat kajian untuk filem baru, padahal ketika itu saya tiada kereta," katanya sambil ketawa.

Katanya, dorongan abangnya, Prof Madya Dr Syed Omar yang juga pakar dalam bidang pertanian membuka telah laluan untuk menceburi bidang pengilangan dan pemasaran baja.


"Nak cerita betapa susahnya masa mula-mula membuka kilang baja ini, saya dan pasukan kerja menjual baja, tidur di kilang, buat promosi kepada petani. Dari awal hingga ke akhir semua buat sendiri. Alhamdulillah, hasil kerja keras pasukan kerja syarikat ini berbaloi," katanya.

Beliau turut melahirkan kesyukuran mempunyai pasukan kerja yang rajin, tekun dan setia dengan syarikatnya sejak mula ditubuhkan.

"Memang tidak dinafikan setiap perniagaan pasti banyak ujian yang mendatang. Rujukan saya hanya kepada Allah. Setiap kali ditimpa masalah, saya akan solat hajat dua rakaat, Insya Allah, masalah yang dihadapi dapat diselesaikan," katanya.

Bermula dengan satu produk baja dedaun dikenali sebagai Vita Grow Plus, kini Diversatech yang mempunyai kilang untuk memproses dan mengeluarkan baja di Semenyih sudah mengeluar dan memasarkan enam produk.

Malah, syarikat itu turut menubuhkan tiga anak syarikat pemasaran iaitu Peladang Tech (M) Sdn Bhd, Perintis Pelangi dan SPPM Diversa Sdn Bhd.

Diversatech turut diberikan pelesenan ekslusif menghasilkan dan memasarkan dua produk pertanian hasil penyelidikan Universiti Putra Malaysia iaitu Vita Grow dan Zappa. 

Menerusi pelesenan itu, Dr Syed Omar dan Prof Madya Dr Ahmad Husni Mohd Haniff, iaitu penyelidik produk berkenaan dilantik sebagai penasihat teknikal, selain memegang ekuiti dalam syarikat berkenaan.

Enam produk syarikat itu ialah Zappa Plus, bahan rawatan benih padi yang dirumus bagi menggalakkan kecergasan anak padi dan bertindak sebagai perisai terhadap serangan kulat serta penyakit.

Baja organik Jitu pula dihasilkan bagi memperbaiki kesuburan dan struktur tanah, manakala baja Dammar bagi memberi ketahanan pada pokok padi daripada serangan siput gondang mas.

Baja padi NPK, Mampan pula mampu membantu tanaman mendapat hasil yang maksimum dan baja Robust berfungsi meningkatkan kekebalan pokok secara semula jadi daripada serangan kulat seperti hawar seludang serta karah.

Produk baja Ajib yang dihasilkan menerusi teknologi dari Jerman pula mempunyai enzim aktif dan mikro nutrien lengkap dalam bentuk terlarut, yang diperbuat khusus untuk menampung kekurangan dan mencapai keseimbangan zat makanan dalam tanah tropika untuk tanaman kelapa sawit.

Sidi berkata, beliau menerima tawaran menjual syarikatnya sejak dari tahun pertama membuka kilang baja lagi, tetapi menolaknya kerana tujuannya bukan untuk meraih keuntungan mudah.

"Ketika itu, kilang kami masih menggunakan tangan membancuh baja, tanpa sebarang peralatan moden. Kalau gelap mata, memang lama sudah menerima tawaran itu. Tetapi bagi saya menceburi bidang perniagaan bukan hanya memburu keuntungan.

Saya berniaga bukan untuk diri sendiri tetapi untuk beri balik apa yang kami dapat kepada masyarakat terutama golongan sasar iaitu petani dan peladang," katanya yang dikurniakan empat cahaya mata berusia antara dua hingga 12 tahun hasil perkahwinan dengan bekas pelakon drama, Tengku Ismawati Badrulzaman.

Sidi berkata, bidang yang diceburi kini jauh berbeza dengan lakonan kerana menerusi perniagaan itu beliau dapat merapati golongan petani dan peladang.


"Syarikat ini bukan saja mengilang dan mengeluarkan baja, tetapi turut memasarkan dan turun padang mengajar petani cara penggunaan dan mengadakan pemantauan. Kajian dan penyelidikan secara berterusan dijalankan bagi memastikan hasil tanaman meningkat.

Bagi memastikan penyelidikan yang berterusan yang sekali gus dapat menghasilkan produk bermutu tinggi, Diversatech yang berpegang kepada slogan 'Kami Membantu Petani Menyediakan makanan Dunia', kini mempunyai 75 kakitangan termasuk tujuh ahli sains dari dalam dan luar negara dalam bidang berkenaan.

Sidi berkata, syarikatnya banyak mendapat sokongan daripada agensi agensi di bawah Kementerian Pertanian seperti Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dan Mardi dalam usaha memasarkan produk syarikat itu.

Malah, katanya, produk keluaran syarikat itu turut memenangi beberapa anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa antaranya Anugerah Reka Cipta dan Inovasi anjuran Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar bagi produk Vita Grow pada 2001, Anugerah Reka Cipta dan Inovasi UPM serta Anugerah Reka Cipta dan Inovasi Antarabangsa Geneva bagi produk Zappa pada 2002.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini untuk SHARE bersama rakan-rakan. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.

Thursday, 12 November 2015

Posted by cikgu mat On Thursday, November 12, 2015
Assalamualaikum semua pengunjung wafiqulya. Didoakan agar semua dalam keadaan sihat, kaya dan berjaya, dunia dan akhirat hendaknya.

Niat hari ni, nak berkongsi testimoni baik punya dari salah seorang pelanggan merangkap bekas pelajar saya dulu dari penggunaan set supplemen tenaga. 


Nama popularnya juga, set optimum. Terdiri daripada multivitamin (Vita-Lea), B Complex dan Vitamin C. Kebiasaannya saya akan cadangkan pelanggan untuk add on Ostematrix.

Ringkasnya, multivitamin memberian nutrisi asas yang diperlukan oleh tubuh sebanyak 28 jenis nutrisi.

B Complex pula lebih banyak bertindak pada saluran darah. Ia meluaskan saluran darah hingga darah dapat bergerak dengan lebih cepat dan mudah. Badan akan menjadi lebih rileks hingga tidak terasa penat dan fikiran pun lebih lapang.

Darah yang mengalir dengan baik sangat penting untung mengimbangi kesibukan luaran kita dengan persediaan dalaman untuk menguruskannya.

Ramai orang tidak merasakan kesan kesibukan dan perahan otak dan tenaga fizikalnya dalam jangka masa panjang akan mengakibatkan masalah kesihatan yang serius kepada tubuh dan otak.

Betapa ramai yang telah pencen telah merasai simptom dan penyakit-penyakit kritikal akibat kesibukan terdahulu dan kegagalan dalam penjagaan kesihatan.

supplemen, tenaga, energi

Vitamin C pula bertindak untuk boost imuniti badan dan mengawal kelembapan kulit dan tubuh supaya tidak dehidrasi dalam masa yang lama. 

Dehidrasi inilah yang menyebabkan pelbagai penyakit kulit seperti jerawat, jeragat dan lainnya datang tanpa berjemput. 

Akibatnya, ramai di antara kita yang sentiasa sibuk, cepat kehilangan tenaga dan menyebabkan kita kelihatan lebih tua dari umur sebenar.

Malu dan segan kan bila orang tersalah meneka umur kita?

Jika angka umurnya menurun, banggalah sikit, tapi jika angka umurnya lebih dari sebenar.....rasa nak makan je orang yang meneka tu.

Ostematrix sangat bagus untuk tulang dan saraf terutamanya kerja yang bersifat fizikal. 

Lebih banyak berjalan, bergerak, berdiri sehari-hari sangat memerlukan kalsium yang mencukupi supaya tidak membebankan tulang dan saraf kita.

1000mg kalsium sehari adalah sangat mencukupi untuk seharian kita bekerja.

Dan ini testimoni setelah sebulan penggunaannya.


Amacam. Best ke sangat best kesannya?

Saya dulu pun bermula kenal-kenal supplemen dengan set tenaga ni. Memang sehari sahaja terus jatuh cinta.

Kesannya terus boleh dirasai serta merta dalam hari yang sama. 

Ketika itu baru faham bahawa tubuh tidak dapat berfungsi sebaiknya jika kekurangan nutrisi pada tubuh.

Alhamdulillah, dapat bantu lagi seorang insan memperbaiki dan upgrade kesihatannya. Semoga ada balasan yang baik di sisiNya nanti.

Anda mahu mencubanya? Hubungi saya segera. Jangan menangguh-nangguh perkara baik, nanti terus terlupa kerana telah selesa 'sakit'.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini untuk SHARE bersama rakan-rakan. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...