Sunday, 8 September 2013

Posted by Unknown On Sunday, September 08, 2013
Assalamualaikum.
Semoga hari anda dipenuhi dengan keceriaan dan kegembiraan.

Semalam, terdengar perkongsian dari Prof Dr Muhaya, pakar kesihatan dan mata merangkap pakat motivasi telah berkongsi tentang tajuk ini di IKIM FM. Saya pun apa lagi, terus salin sebab nak sharing dengan anda semua. What you give, you get more back. :)

Ni tulisan asalnya, jangan gelak tau...aisyyy, senyum pula
Ini ringkasannya:

1. Kenapa perlu jaga berat badan? 

Sebab sebenarnya bermula dari sebuah hadis yang bermaksud,"Perut itu IBU segala penyakit". Jadi, menjaga berat badan bermaksud menjaga perut. Menjaga perut bermaksud menjaga kesihatan secara keseluruhan. Maka, menjaga kesihatan adalah untuk beribadat bukan untuk sihat semata-mata.

Secara mudah, sihat adalah untuk ibadah, bukan suka-suka. Inilah konsep yang kurang difahami oleh kebanyakan manusia hinggakan ada yang mengabaikan tentang kesihatan kerana tidak memandang bahawa kesihatan itu nikmat dan menjaganya bererti syukur kepadaNya.

Ada pula yang sudah sihat dan kurus, ambil gambar dan diletakkan di wall Fb dan majalah semata-mata untuk menarik perhatian orang dan dipuji cantik sedangkan itulah dipanggil GEDIK. Orang seperti ini mempunyai suatu masalah yang dipanggil 'kurang perhatian' atau seek the attention atau bahasa mudahnya kurang kasih sayang. Jika ada pembaca yang melakukan perkara serupa, mulai saat ini tinggalkanlah dan bertaubat kepaNya.
RAHSIA I
We are what we eat!!!
Hendak ukur kesihatan kita hari ini, lihatlah apa yang kita makan 10 tahun yang lepas,
Hendah ukur kesihatan kita 10 tahun akan datang, lihatlah apa yang kita makan hari ini.

Laporan 8 September 2013: Adakah kita termasuk dalam angka itu?!

2. Bagaimana KEGEMUKAN terjadi?

KEGEMUKAN terjadi berdasarkan makanan yang kita ambil dan kuantitinya. Di negara-negara Timur ini, kegemukan rakyatnya dikenali sebagai 'Rice Belly' dan di negara sebelah Barat pula disebut sebagai 'Beer Belly'. Di sini, penyebab utamanya adalah nasi, di sana pula arak. 3 perkara UTAMA yang ditekankan sebagai penyebab gemuk iaitu:

i- Karbohidrat Tinggi

Nasi merupakan penyumbang utama karbohidrat yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia. Karbohidrat yang sepatutnya ditukar menjadi tenaga kini menjadi penyakit kepada tuannya. Hal ini berkaitan dengan life style masing-masing. Sebagai contoh, orang-orang tua terdahulu mengambil nasi dalam kuantiti yang banyak dan mereka tukarkannya kepada tenaga dengan melakukan pelbagai kerja yang banyak dan berat. Maklumlah, zaman dahulu kurang menggunakan teknologi dan perlatan canggih. 

Pada zaman kita sekarang, ramai juga yang mengambil nasi dalam kuantiti yang banyak tetapi kemudiannya bertukar menjadi gula dan kalori kerana selepas makan disusuli dengan tidur terutamanya bagi yang bekerja di pejabat di samping rutin tugas sepanjang hari hanya duduk mengadap komputer tanpa sebarang senaman berbentuk berjalan atau aktiviti yang menggunakan tenaga yang banyak. 

Sepatutnya bagi golongan ini adalah mengambil nasi dalam kuantiti yang sedikit sahaja dan cuba berjalan lebih daripada 100 langkah untuk proses pertukaran karbohidrat kepada tenaga berlaku dengan lebih cepat. Jangan terus duduk setelah makan, tidur apatah lagi.
RAHSIA II
Orang yang handak kurus dan sihat, ambil lauk-pauk dahulu kemudian nasi pula menyusul.
Orang yang hendak gemuk dan sakit, ambil nasi dahulu kemudian lauk-pauk pula menysul.

ii- Gula

Gula secara asasnya tidak bermanfaat langsung kepada tubuh melainkan hanya bermanfaat untuk lidah dan selera sahaja. Cadangan yang diutarakan adalah meninggalkan gula dan menggantikan dengan gula dari buah-buahan kerana gula tersebut adalah lebih baik untuk tubuh dan lebih bersifat semulajadi yang bersesuaian dengan tubuh manusia berdasarkan kajian saintifik.

Kebanyakan minuman yang dikatakan mampu menjana kesihatan dn tenaga secara optimum dan dikatakan mampu mengatasi pelbagai penyakit juga mempunyai dos gula yang tinggi. Ini menyebabkan pakar-pakar kesihatan tidak menggalakkan sebarang pengambilan minuman seumpama ini kerana tiada sukatan yang dijelaskan pada setiap sachet/bungkusan yang dijualbelikan.

Ahli-ahli Psikiatry yang berkeahlian dalam menangani penyakit 'gila' atau 'jiwa' menyatakan perubatan secara psikiatry tidak mungkin dilakukan terhadap mana-mana pesakit mental melainkan setelah pengambilan gula dikurangkan sehingga sampai tahap tertentu.

Bahayakan gula?! Bukan hanya dapat menggemukkan dan menjanjikan penyakit kronik seperti diabetes tetapi mampu juga menjadi tanda penyakit gila/jiwa. Jadi perhatikan sukatan gula anda!!!
RAHSIA III 
Kurangkan gula dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman! :)

iii- Stress

Kenapa tak boleh ye?! Ingatkan diri anda selalu bahawa emosi juga memainkan peranan penting dalam mekanisme pengawalaturan tubuh kita. Apabila emosi kita terganggu, biasanya keseluruhan hidup kita juga akan terganggu. Ini akan mempengaruhi corak dan kadar pemakanan anda. Ramai orang yang sedang berada dalam keadaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan hidup, untuk menghilangkan stress mereka ketika itu.

Orang yang stress biasanya mempunyai BANYAK ALASAN dalam hidupnya dan ia terpaksa menghadapinya juga dalam keadaan tidak gembira. Akhirnya ia tertekan dan alasan seperti saya tak boleh buat, saya banyak masalah, hidup saya tak tenang dan sebagainya merupakan 'bahasa keladak' yang sering merosakkan emosinya sendiri jadi, PLEASE BE HAPPY FOR YOUR OWN GOOD.
RAHSIA IV 
Nak pakaej gemuk dan sakit?
Jangan ambil sarapan, makan banyak sekaligus, tidur lewat malam dan bangun lewat pagi. Selepas itu, jangan lupa pula 'menempah' hospital mana yang sesuai dengan kewangan anda!

iv- Tak dapat kawal nafsu makan

Makanan hendaklah dipandang dari 3 sudut, rohani, emosi dan fizikal. Orang yang tidak dapat memenuhi makanan rohani seperti solat, puasa, berbuat baik kepada orang lain dan pelbagai ibadat yang lain akan menyebabkan emosinya terganggu. Makanan emosi seperti syukur, redha, sabar, gembira, bermotivasi dan sebagainya akan hilang dari hidupnya. Maka, kerana itu, jalan termudah adalah memenuhkan makanan fizikal di kantung perut semata-mata.

Jadi, petua untuk kekal kurus dan sihat adalah cukupkan makanan rohani dan imbangi makanan emosi, nescaya anda mampu mengawal nafsu dan selera makan anda!! Siapa sayang dirinya, pasti sayang fizikalnya!!!

Minum air biasa yang telah di'filter' jika betul hendak sihat. Jangan bergantung kepada teh tarik di siang hari dan kopi atau nescafe di malam hari. Tinggalkan buadaya tidak sihat ini sesegera mungkin.
RAHSIA V 
Banyak orang melakukan perkara yang tidak disedari dalam keadaan sedar.
Contohnya makan dalam kuantiti yang banyak ketika sedang lapar.


v- Corak pemakanan

Malaysia sangat dikenali dengan corak makanan yang tidak sihat bersesuaian dengan gelarannya sebagai syurga makanan Asia Tenggara. Terlalu banyak makanan menyebabkan kita 'terpaksa' makan, bukan untuk makan sangat tetapi untuk merasa. Begitulah helahnya.

Cuba kita tanya apakah nasihat orang sakit yang mengidap pelbagai jenis penyakit kepada orang lain? Tentu berbuih mulut menyatakan satu demi satu kesalahannya dan kekesalannya bertahun lamanya dahulu yang tidak menghiraukan corak pemakanan yang sihat sehingga ribuan ringgit 'terpaksa' pula dikeluarkan untuk 'membayar' harga sakitnya.

Jika di Venice, pukul 7 malam sudah tidak ada langsung kedai makan yang beroperasi di sana. Berbeza di Malaysia, menjelang sahaja malam, kedai-kedai makan tumbuh bak cendawan, tak cukup kedai Melayu ada kedai Mamak. Masih tak cukup? Ada lagi kedai fastfood yang berselerak di serata negara. Tak cukup beroperasi 12 jam, kini dah beroperasi 24 jam. Kenapa begini? Kerana sambutan yang sangat menggalakkan untuk para peniaga membesarkan perniagaan mereka dan pelanggan membesarkan perut masing-masing.
RAHSIA VI 
Makan 6 kali sehari mengikut keperluan aktiviti seharian anda, jangan terlebih dan jangan terkurang. (Rujuk Pakar Kesihatan anda)

3. Persoalan 

i- Bagaimana dengan ikan yang direbus, adakah segala proteinnya akan hilang kerana suhu yang tinggi?

Ikan yang direbus dengan suhu yang tinggi adalah digalakkan untuk mematikan mikroorganisma yang menumpang pada ikan tersebut. Pemakanan ikan secara mentah boleh mendatangkan penyakit kepada pemakannya kerana terdapat mikroorganisma ini.

Sayuran pula hendaklah dimasak dengan suhu yang tinggi dalam jangka masak yang pendek kerana kebanyakan sayuran mempunyai Vitamin C. Vitamin C cepat hilang jika dimasak dalam jangka masa yang panjang.

ii- Anak terlalu aktif dan kurang selera makan.

Anak-anak yang aktif adalah sangat digalakkan dan jangan dilarang menggunakan perkataan 'Jangan' tetapi ambillah jalan memberitahu sebabnya seupaya anak-anak belajar berfikir, bukan menerima arahan semata. Yang bermasalah dan merisaukan adalah apabila anak anda tidak aktif, tentu dia sedang mengalami masalah.

Jangan memaksa anak makan! Sebaliknya aturlah atau buatkan jadual makan keluarga. Ini bermaksud anak-anak akan makan bersama ibu dan bapanya pada kala tertentu. Melalui cara ini, setiap kali pemakanan dan keperluan tubuhnya dapat diawasi oleh si ibu dan selera makannya pasti bertambah. :)

iii- Orang kebanyakan/awam paling banyak menderita sakit

Corak pemakanan orang awam dan orang yang berpengetahuan biasanya sangat berbeza. Hal ini kerana orang awam mengambil makanan tanpa sedar tentang kandungan setiap jenis makanannya sedangkan orang yang berpengetahuan sentiasa sedar dengan kandungan makanan yang diambilnya.

Mereka juga sering membeli makanan yang kurang sihat seperti jajan/junk food hingga merosakkan kesihatan anak-anak yang tidak bersalah dan kurang mengambil berat mengenai kesihatan sehingga akhirnya penyakit bertambah kronik.

iv- Tiada wang untuk memberi yang terbaik kepada kesihatan diri dan keluarga

Jika tiada wang atau hidup susah, mulakan dengan niat. Minta pada Allah dengan niat hendak menjaga kesihatan adalah untuk ibadah. Badan sihat, ibadah pun mudah.

Bila seseorang mempunyai kesedaran kesihatan, maka hajat tersebut akan menjadi KEPERLUAN. Jika begitu, hukum keperluan adalah PASTI dapat. Jadi, mulalah semak semula perbelanjaan, mana yang tidak penting seperti rokok, makan minum di luar dan lain-lain 'terpaksa' ditiadakan. Tabungan juga dapat dibuat melalui kaedah ini. Insyaallah, lama kelamaan kita pasti dapat apa yang dihajatkan.

Jadilah orang yang yang positif, buangkan fikiran negatif,"Alah, gaji aku pun cukup-cukup, nak beli filter dan supplement bagai, mana cukup?". Ada pula yang bising apabila minyak dinaikkan, sedangkan ketika meluahkan kemarahan itu, rokok masih di mulutnya dan kotak rokok masih di dalam poketnya. Buangkan perkara sia-sia seperti ini ye.

v- Orang lelaki kurang berminat dengan ilmu penjagaan kesihatan

Kajian mendapati kebanyakan wanita lebih sukakan ilmu dan mementingkan kesihatan manakala kebanyakan lelaki lebih sukakan berita dan jarang sekali mementingkan kesihatan diri dan keluarga. Buktinya, kaum lelaki sentiasa berpagi-pagi membeli akhbar dan sentiasa surf perkara-perkara gosip di peranti elektronik mereka tanpa membezakan di antara perkara yang patut didahulukan dan yang patut dikemudiankan.

Adakah lelaki sekarang sudah hilang kelelakiannya dan mula berubah sifat menjadi wanita.
RAHSIA VII 
Positive attitude: Menumpukan 90% perhatian pada solusi penyelesaian masalah dan 10% pada masalah.
Negative attitude: Menumpukan 90% perhatian pada masalah, 8% untuk sebarkan, 2% untuk selesaikan.

INFO 

Dari perkongsian Prof Dr Muhaya ini, saya merasakan tanggungjawab untuk berkongsi juga dengan anda mengenai beberapa produk Shaklee yang dapat membantu anda selaras dengan perkongsian Prof di atas. Tujuannya adalah untuk sama-sama membuka mata kita untuk sentiasa menjaga kesihatan kerana itu adalah pelaburan yang paling bernilai.


Cinch Mix Shake Shaklee: Untuk diet yang baik, saya cadangkan Cinch Mix Shake untuk anda. Mempunyai 109 kalori, 16 gram protein, 3 gram lemak, 0.5 lemak tepu, 50 gram karbohidrat dan 16 gram gula sahaja. Diformulasi khas untuk diet seimbang kepada para atlet Olimpik sejak berpuluh tahun dahulu lagi. bagi yang sering bermain gym seperti saya, Cinch Mix Shake bukanlah nama yang asing di pusat-pusat gym biasa hinggalah yang berperingkat eksklusif. Ingin tahu selanjutnya tentang Cinch Mix Shake, sila klik sini.


Water Pitcher Shaklee: Mungkin ramai lagi yang masih belum tahu mengenainya. Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%. Jom lihat perbezaannya,

Lebih jimat, selamat dan mesra alam!
Perkongsian ini adalah sebagai info tambahan kepada anda yang mencari-cari produk yang bersuaian untuk kegunaan diri dan keluarga. Tapi yang pasti, sekali anda mencubanya, anda pasti jatuh cinta dengan Shaklee seperti saya.



Semoga perkongsian ini mampu membuka mata anda untuk memahami betapa pentingnya menjaga perut dan seterusnya kesihatan masing-masing. Segalanya kembali kepada tujuan manusia diciptakan iaitu beribadat kepadaNya semata-mata.

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah kesihatan dan hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...