Thursday 10 October 2013

Posted by Unknown On Thursday, October 10, 2013

Assalamualaikum semua.
Hari ni nak berkongsi tentang persoalan di atas. Saya pasti ramai orang yg mula dilanda dilema apabila datang 2 pihak pada waktu yang sama dengan hajat yang besar. Satu pihak membuka ruang untuk kita bersedekah manakala satu pihak yang lain ingin meminjam sedikit lebihan rezeki kita untuk meneruskan hidupnya.

Ini juga yang berlaku kepada saya dalam 3 hari lepas. Bersyukur kepada Allah kerana dengan berbisnes sekarang, sudah semakin hilang rasa 'berkira' dengan rezeki Allah ini. Datang seorang memohon sedekah manakala yang lain memohon hutang. Terbelenggu sekejap saya dalam dilema. Akhirnya, saya pilih untuk memberi hutang :)

BERSEDEKAH VS MEMBERI HUTANG

Para ulama berselisih pendapat di dalam masalah ini tetapi kita sebagai orang awam hendaklah merujuk kepada pandangan jumhur/majoriti ulama yang menyatakan bahawa memberi hutang kepada orang lain adalah lebih diutamakan berbanding memberi sedekah.


Ini berdasarkan beberapa sebab:

1. Orang yang membantu saudara muslimnya yang susah dengan memberikan hutang dan pinjaman adalah satu perbuatan yang mulia di sisi Allah berdasarkan firmanNya:
“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya?......" (Surah al-Baqarah ayat 245).
Orang yang membantu saudaranya walaupun tanpa melibatkan soal kewangan akan dibalas oleh Allah dengan balasan yang besar seperti yang diceritakan dalam hadis Nabi SAW,"Barangsiapa yang melepaskan saudaranya dari kesusahan di dunia nescaya Allah lepaskannya dari kesusahan di akhirat". Maka, bagaimana pula dengan orang yang sanggup memberikan hutang atau pinjaman kewangan kepada saudaranya demi meringankan beban hidupnya?

2. Memberi hutang lebih besar ganjaran pahalanya daripada bersedekah kerana orang yang meminta sedekah hanya ingin mencukupkan keperluan hidupnya, sedangkan orang yang ingin berhutang dan meminjam adalah untuk keperluan hidupnya bukan semata-mata kemahuan. Tiada orang yang akan menjatuhkan maruah dirinya dengan meminta hutang dari orang lain melainkan ia berada dalam keadaan yang benar-benar sempit. Sabda Nabi SAW:
“Pada malam aku diisra’kan (Mikraj) aku melihat tulisan di atas pintu syurga, ‘Pahala sedekah ialah 10 kali ganda dan pahala memberi hutang ialah 18 kali ganda‘. Aku bertanya Jibril kenapa memberi hutang lebih banyak pahalanya daripada sedekah? Jawabnya, kerana orang yang meminta sedekah dalam keadaan meminta sedangkan dia mempunyai harta. Sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjaman kecuali kerana sesuatu keperluan” (Hadis Riwayat Ibn Majah dan Baihaqi)
3. Jika dilihat dengan lebih mendalam, ternyata kesan sedekah dan pinjaman memiliki pengaruh yang berbeza tingkatannya. Tidak sama dengan kesan bersedekah dari segi keutamaannya. Mungkin kesannya tidak terasa dan kurang mendalam, baik di hati pemberi maupun penerima ataupun hanya salah satu daripada keduanya sahaja yang terkesan dengan pemberian tersebut.

Sebabnya pemberian sedekah cenderung bersifat instant dan tidak adanya perjanjian antara si pemberi dan si penerima. Pemberian sedekah kurang kuat dalam membangkitkan rasa tanggungjawab dan berdikari si penerima. Sebaliknya, sistem pinjaman dan hutang akan mencipta kesan moral untuk bersikap jujur, bersungguh-sungguh, bertanggungjawab dan bekerja keras untuk mendapatkan hasil yang maksima demi melunasi hutangnya. Walau bagaimana pun, tidak kita nafikan bahawa ada juga sesetengah manusia yang tidak bersikap seperti ini pada zaman sekarang.

Sistem pinjaman dan hutang juga akan tetap menjaga harga diri dan kemuliaan kedua belah pihak serta menjaga diri kedua belah pihak dari jatuh sifat-sifat mazmumah. Berbeza dengan sedekah yang kadang-kala dapat mendatangkan riya, sum’ah, dan takbur bagi si pemberi sedekah, nauzubillah dan timbul rasa 'pengemis' dalam diri si penerima.

Tanpa disedari, sedekah akan mengajarkan dan membentuk “mental pengemis”. Posisi penerima sedekah seolah selalu berada di bawah sehingga dapat menurunkan darjatnya. Sedangkan sistem pinjaman dan hutang lebih berorientasi pada kesamaan darjat, karena posisinya berada di bawah transaksi kesepakatan (akad). Penerima pinjaman akan berusaha menjaga komitmennya untuk mengembalikannya pada tempoh tertentu sambil berusaha dan bekerja.


SIKAP ORANG YANG MEMBERI HUTANG

Berdasarkan dalil di atas, tentulah kita bersetuju bahawa memeberi hutang itu lebih utama di samping kita tidak menolak bahawa bersedekah juga adalah sangat baik dan mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu. Walau bagaimana pun, amalan yang baik tidak menjadi amalan yang diterima Allah jika tidak disertai syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.

1. Ikhlas dan redha

Ini merupakan syarat utama dalam muamalat atau sistem ekonomi Islam, saling meredahai antara kedua belah pihak dalam satu akad yang difahami. Jangan dihinakan si peminta hutang kerana mungkin rezeki kali ini rezeki kita dan siapa tahu ke depan nanti kita pula yang meminta hutang darinya.

2. Kadar hutang diketahui ketika hutang dibuat

Sama ada dalam bentuk sukatan, timbangan, bilangan atau ukuran supaya barangan ini boleh dipulangkan seumpama dengannya atau lebih baik daripadanya. Dalil tentang cara mengurus hutang ini seperti menulis jumlah hutang, tempoh hutang dan mengadakan saksi telah digariskan dengan jelas oleh Allah dalam surah Al Baqarah, ayat 282.

3. Hutang sunat ditulis

Ini bukan syarat tetapi tambahan hukum dalam masalah hutang yang saya lihat sangat patut diamalkan pada zaman sekarang. Ramai orang kini lebih senang meminta hutang dan kurang yang suka untuk memulangkannya walaupun akad dan janji telah dimeterai suatu ketika dahulu. Hukuumnya jatuh kepada wajib jika dikhuatiri menimbulkan permusuhan dan perselisihan pada masa akan datang.

4. Tidak boleh mengenakan bayaran tambahan ke atas hutang

Jumlah tambahan ke atas hutang itu dikenali sebagai 'riba' yang amat dilarang dalam Islam. Apa sahaja nama yang digunapakai seperti bunga, faedah, premium dan sebagainya adalah termasuk dalam kategori riba selagi mana ianya menepati definisi riba yang dimaksudkan.

Jika orang yang berhutang hendak memberikan lebihan saguhati kepada pemberi pinjaman ketika pemulangan hutang, maka perkara ini adalah dibenarkan dalam Islam tetapi tidak boleh dijadikan syarat dalam pinjaman itu sedari awal.


5. Melonggarkan syarat hutang:

Islam adalah agama yang sangat memahami kedudukan ekonomi manusia dan yang paling baik, Islam menggariskan panduan yang bersifat manusiawi atau keinsanan dalam menguruskan masalah yang kompleks ini. Sebaiknya kepada pemberi hutang untuk melonggarkan jumlah hutang dan tempah pembayaran semula hutang tersebut.
Rasulullah SAW bersabda; “Barang siapa yang memberikan kelonggaran waktu pada hutangnya orang fakir dan miskin atau membebaskannya, maka Allah memberikan kepadanya naungan di hari kiamat di bawah naungan arasyNya, ketika tidak ada naungan kecuali naunganNya .” Riwayat Imam Al Tirmizi. 
SIKAP ORANG YANG BERHUTANG

1. Berhutang untuk keperluan hidup bukan kemahuan.

 Islam membenarkan hutang dengan syarat ia mestilah suatu keperluan hidup seperti makanan, tempat tinggal, kenderaan dan pakaian. keperluan ini adalah mengikut uruf/keadaan sesuatu zaman. Berhutang untuk kemahuan dan kemewahan adalah makruh dan sangat-sangat tidak dianjurkan oleh Islam kerana persoalan hutang berkait dengan hidup mati roh seorang manusia.
Nabi SAW bersabda,"”Jiwa orang-orang mukmin tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya”.



2. Wajib berniat untuk membayar hutang tanpa menangguhkannya sekiranya telah berkemampuan.

Rasullullah SAW mengecam orang-orang yang menangguhkan bayaran hutangnya sedangkan mereka itu kaya atau berkemampuan untuk menjelaskan hutang mereka. Tindakan melewatkan bayaran hutang ini seolah-olah menafikan hak orang yang memberikan pinjaman, kerana mungkin mereka memerlukan pula wang tersebut untuk tujuan kemaslahatan yang lain.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Menunda-nunda orang kaya untuk membayar hutang (memberi hak kepada orang lain) adalah zalim”  Hadis riwayat Imam al- Tirmizi
Sabda Rasulullah: Penangguhan (hutang) oleh orang yang berkuasa membayar adalah satu kezaliman, halallah maruahnya dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atasnya dan maruahnya)". Riwayat Ibnu Majah.

Rasulullah SAW juga bersabda; “Dan barangsiapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati, maka Allah akan bertanya di hari kiamat:"Apakah kamu mengira bahawa aku tidak akan menuntut hak hambaku? Maka diambillah amal kebaikan orang itu, dan diberikan pada orang yang memberi hutang, dan jika tidak mempunyai amal kebaikan, maka dosa-dosa orang yang memberi hutang itu, diberikan pada orang-orang yang berhutang.”




Mengambil kira dari nas di atas, adalah lebih baik bagi orang yang berkemampuan untuk memberi hutang kepada saudara seIslamnya yang memerlukan dan meringankan bebanan orang lain dengan jalan hutang atau pinjaman ini. Sekiranya seorang itu benar-benar berkemampuan, maka buatlah kedua-duanya, memberi hutang dan bersedekah sesuai dengan pendapatan yang diperoleh.

Pesanan saya juga, pilihlah orang yang hendak berhutang itu, selidiki sikit sebanyak latar belakangnya agar tidak timbul sesalan di kemudian hari. Jika ia satu keperluan, berikanlah. Jika hanya untuk penuhi kemahuan, elakkanlah.

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah kesihatan dan hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".

13 comments :

  1. Subhanallah.....saya sangat senang membaca artikel saudara. Semoga anda selalu dalam Rahmat Allah SWT. Amin......

    ReplyDelete
    Replies
    1. subhanallah, sy juga senang sekali atas kunjungan tuan :)

      Delete
  2. Bilamana si pemberi hutang tdk mw menagih uang yg ia pinjamkan dg alasan tdk enak hati, dan Menganggap uang akan dikrmbalikan kalo sipeminjam telah mampu. Gmn itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia telah memperoleh kebaikan yang sangat banyak!

      Pahala memberi hutang sahaja - 18 kali ganda dari nilaian hutang itu sendiri di sisi Allah.
      Pahala sedekah kerana tidak mahu membebankan penghutang - 10 kali ganda sekurang-kurangnya.
      Pahala melonggarkan syarat bayaran hutang - Allah sahaja yang tahu
      Pahala membantu saudara semuslimnya - Syurgalah buatnya dan terlepaslah ia dari kesukaran di hari akhirat.

      Delete
  3. adakah tuan boleh menolong saya selesai kan beban hutang along sebanyak rm4000 dan saya setuju untuk membayar secara ansuran kepada tuan sebanyak rm200 selama 20 bulan.

    ReplyDelete
  4. maaf, sy tak dapat membantu. semoga dipermudahkan urusan tuan. doalah selalu dan bersungguh-sungguh untuk selesaikan hutang dan kerjalah walaupun 18 jam sehari utk bayar hutang. Itu lebih mulia.

    ReplyDelete
  5. assalamu'alaikum.. Bila si B mempunyai utang di A, lalu datang si C,D,E niat berhutang ke B ada juga yang minta bantuan.. mana yang harus B dahulukan? membayar hutang ke A atau meminjami si C,D sedekah ke E

    ReplyDelete
  6. Orang yang terbaik akalnya bukanlah yang mengetahui perkara-perara utama, tapi dapat membezakan perkara paling utama di antara yang utama.

    Beri pinjaman dan bersedekah itu adalah utama tetapi jika dirinya sendiri mempunyai hutang, maka terlebih utama adalah membayar hutang.

    Memberi hutang adalah sunat, memberi sedekah adalah sunat, sedangkan membayar hutang adalah wajib dan menyegerakan untuk melangsainya adalah sunat.

    Boleh nampak bezanya?

    ReplyDelete
  7. Setahu saya, pinjaman di jalan Allah yg dimaksudkan bukanlah hutang tetapi ia adalah infaq iaitu menafkahkan sbhgn rezeki kepada 5 golongan tertentu. Malangnye sistem infaq tersebut belum dpt dilaksanakan secara komersial oleh pihak berwajib. :-( dan setahu saya, nabi tidak pernah memberi hutang kepada sesiapa pun melainkan bantuan tulus ikhlas. :-)

    ReplyDelete
  8. Nabi tidak pernah memeberi hutang tapi sahabat banyak memberi hutang. Nabi juga pernah berhutang. Pinjaman di jalan Allah adalah hutang mengikut tafsiran ulama.

    Infaq - itu umum. Termasuk hutang, sedekah, zakat, hibah, nafkah dan lain-lain.

    Hutang khusus pada pinjaman sahaja.

    Waallahu'alam

    ReplyDelete
  9. Mohon copy tuan... saya nak hantar dalam group whatsapp

    ReplyDelete
  10. Saya nak tanya, jika saya hendak membayar hutang dengan sedekahkan dalam tabung masjid dengan niat utk membayar hutang tanpa memberitahunya... Adakah langsai hutang itu?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...