Sunday, 16 March 2014

Posted by Unknown On Sunday, March 16, 2014

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Saya tau ramai yang masih dalam selimut lagi sebab hujan. Hari ni pula cuti hujung minggu kan?
So, take your time. Rehat secukupnya, caj sepenuhnya. Badan kita juga punya hak untuk berehat.

Tapi ingat selalu bak kata Jutawan, "Jika kita lambat seminit, orang lain cepat sesaat". Jadi, jangan kekurangan rehat dan jangan juga berlebih-lebihan.

Hari ni saya nak berkongsi cerita tentang rakan kongsi saya yang Allah telah berikan tanggungjawab kepada saya untuk membantunya dalam bisnes. Sudah lama saya tangguhkan post ni. 

Bukan tidak mau cerita, tapi terlalu 'terkesan' atas peribadi saya sendiri dan terlalu hebat peribadi yang hendak saya kongsikan ini.

**************************

Rakan kongsi bisnes saya, namanya A. A sudah bertukar kerja hampir 5-6 kali sebab tak sesuai tempat kerja dan hanya ada sijil je. So, memang jadi kuli habis. Sentiasa diperah tenaga dan masa sedangkan ia telah berkeluarga. 

Kalau tak banyak masa pun untuk keluarga tapi sekurang-kurangnya ada la juga sikitkan?. Dengan gaji pula yang tidak setimpal dengan kerja, maka 2 faktor ini menjadi sebab utamanya sering bertukar tempat kerja. Tak tahan, berhenti dan minta kerja lain. Macam tu la berlaku sampai sekrang.

Sambil-sambil tu, ada masa sedikit sebanyak buatlah side income dengan bisnes kek dan kuih untuk tampung pendapatan. Suami A juga buruh biasa tapi tak suka si A buat side income ni. Sedangkan dengan duit itulah sebenarnya yang membiayai hidup anak mereka seramai 3 orang tu.

Gaji suami isteri hanya untuk mereka sahaja dan buat modal bisnes sedikit sebanyak. Cukup-cukup hidup kata orang terutamanya jika hidup di bandar besar seperti Johor Bahru.

Ni antara isi luahan hati bersama saya dulu ketika mula-mula beliau cari saya untuk bersama dalam Shaklee. Sesi kedai makan berakhir di situ.


Kemudian ketika ingin meminta diri pulang, saya mempelawa untuk menghantar akak ni pulang ke rumah sebab setiap hari katanya dia jalan kaki pergi kerja. Kadang-kala je suami hantar.

10 minit jalan kaki untuk pergi dan balik dari rumah. Kerja sebelum ni 30 minit jalan kaki pergi dan balik. Bila sampai di kereta, macam biasalah adat orang Melayu, saya jemput akak ni,"Naiklah, kereta biasa-biasa je".

Jawapannya menginsafkan saya,"Alhamdulillah ada juga kereta walaupun korang tak kerja, akak dengan suami kerja tapi ada motor je sebagai peneman setia. Umur dah semakin banyak, tapi masih tak mampu".

"Astaghfirullah", saya terus tersentap, istighfar jap. Ingatkan nak merendah diri, rupa-rupanya terus jadi tak bersyukur kerana ada orang yang lebih susah daripada kita.

Teringat pesan Allah,"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang hendak kamu dustakan?"

************************* 

Ini antara kisah rakan kongsi saya. Sebab itu di dalam Shaklee, tidak ada leader yang senang-lenang melainkan ia sanggup membantu lebih ramai orang menjadi usahawan di dalam Shaklee hingga berjaya.

Sebab tu sebagai leader atau orang yang dah ada mentee dalam Shaklee, kerajinan dan kesungguhan mereka biasanya akan 300% lebih tinggi dari orang biasa atau mentee di bawahnya juga.

Ramai yang suka jadi 'bos' sebab ada kuasa. Tak ramai mampu jadi 'leader' sebab ia perlu ada rasa.
Tiada istilah melepaskan tembolok dan perut sendiri sedangkan mentee terkapai-kapai. Leader menanggung keinginan ramai untuk berjaya dan ia merupakan didikan secara tidak langsung untuk kita 'memberi' sebanyak mungkin yang kita mampu.

Inilah tugas leader di dalam group Jutawan Shaklee. Tiada istilah lepas tangan selagi belum berjaya.

Keduanya, apabila anda duduk dalam bidang bisnes ni, terselit satu soalan dari saya,"Tak terasakah nak tolong orang-orang susah seperti ini?!"

Ini bukan hanya dalam Shaklee, bisnes lain pun termasuk juga. Ramai usahawan Melayu sekarang yang bangkit untuk membantu orang sebangsa mereka untuk bina masa depan dan status kewangan yang lebih stabil di samping melahirkan masyarakat Melayu yang lebih berkemampuan. 

Kalau anda nak kaya dan senang seorang diri dalam bisnes, mungkin bukan bisnes Shaklee yang sesuai untuk anda. Sebab kejayaan dalam Shaklee disumbangkan oleh ramai orang dan tentunya bukan sedikit usaha yang perlu digembelengkan.

Tapi alhamdulillah dengan panduan mentor dan sistem yang betul, kita pasti dapat melakukannya dengan cara yang mudah dan berkesan.

Jadi betulkan niat. Jika benar kita nak bantu, orang-orang beginilah yang Allah hantar untuk kita. Kita belajar dari mereka, mereka belajar dari kita.

Saya bertanggungjawab dengan kejayaan saya sendiri dan kejayaan ramai orang di bawah tanggungan saya. Anda pula bagaimana?!

Mohd Taufiq
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee
SMS/Whatsapp: 019 2486694
Link FB

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...