Monday 26 May 2014

Posted by Unknown On Monday, May 26, 2014

Assalamualaikum pembaca jutawan semua.

Hari ni sengaja nak kongsi tentang makanan kegemaran ramai iaitu junk food. Walaupun ramai yang tahu bahawa makanan seperti itu sangat tidak diperlukan oleh tubuh tetapi masih ada yang berminat dengannya.

Tak dinafikan bahawa golongan remaja hari ni sangat gemarkan makanan ringan ini. Saya dan rakan-rakan dahulu pun begitu juga. Pantang balik sekolah pasti jajan, istilah kampungnya menjadi kunyahan di sepanjang jalan. 

Tak terfikir ketika itu mengapa ia dinamakan sedemikian sedangkan istilah ‘junk’ itu sendiri sebenarnya membawa maksud ‘lebihan’ dan ‘tidak berguna’. Alah, budak-budak, semakin dilarang, itulah yang ia suka untuk dibuat.


Hakikatnya, makanan ringan ini sebenarnya memberikan ketagihan pada remaja kerana rasanya yang enak, mudah didapati dan murah. Tapi realitinya, kebanyakan produk ini tidak memberikan apa-apa manfaat dan juga khasiat penting untuk badan. 

Saya percaya ketagihan ini sukar dihentikan tapi jika anda perhatikan 'kelebihannya' pada kesihatan, fikir sekali lagi.

1. Punca badan letih :- 

Walaupun makanan ringan boleh mengenyangkan, tapi produk ini kekurangan nutrien yang diperlukan seperti protein dan karbohidrat yang berfungsi menjadikan tubuh anda bertenaga dan sihat. 

Jika anda mengambil produk ini setiap kali kelaparan, anda boleh menjadi letih. Makanan ini mengurangkan tenaga dalam badan dan sampai satu tahap menghalang anda melakukan tugas harian dengan berkesan.

2. Kemurungan :- 


Fasa tumbesaran remaja menyebabkan badan mereka mengalami banyak perubahan hormon. Contohnya, mereka mudah terdedah kepada perubahan mood dan tingkah laku. Diet seimbang memainkan peranan penting untuk menstabilkan perubahan hormon itu. Kerana kekurangan nutrien dalam makanan ringan, kemungkinan remaja mengalami kemurungan akan meningkat 58 peratus. 

3. Ganggu penghadaman :- 

Remaja yang ketagih makanan ringan berlemak akan hadapi masalah penghadaman seperti penyakit sindrom usus. Ini kerana kebanyakan makanan ringan digoreng dan minyak yang terdapat dalam produk itu berkumpul dalam perut menyebabkan ‘keasidan’. 

Ini menyebabkan hakisan pada lapisan perut kerana kandungannya yang terlalu pedas dan kekurangan serat penting untuk pencernaan yang betul dan lancar.

4. Ketidakstabilan tahap gula dalam darah :- 

Makanan ringan sebenarnya tinggi kandungan gula yang menyebabkan metabolisme anda di tahap bahaya. Gula menyebabkan pankreas merembeskan lebih jumlah insulin untuk mengelakkan kenaikan drastik tahap gula dalam darah. 

Oleh kerana makanan ringan tidak mempunyai nutrien mencukupi, paras gula dalam darah akan menurun secara tiba-tiba selepas makan. Ini menyebabkan anda cepat marah dan meningkatkan ketagihan anda pada makanan ringan.

5. Membahayakan jantung :- 

Produk bergula ini meningkatkan tahap kolesterol iaitu faktor utama yang menyumbang pada penyakit jantung. Selain itu, lemak yang terkumpul dalam badan menyebabkan anda menjadi lebih gemuk. Lebih banyak berat badan bertambah, lebih tinggi risiko penyakit jantung. 

6. Risiko penyakit buah pinggang :- 

Percaya atau tidak, kentang goreng dan kerepek yang biasa didapati di restoran mengandungi jumlah garam yang tinggi berfungsi meningkatkan air liur dan rembesan enzim yang meningkatkan ketagihan anda. 


Kandungan tinggi lemak yang tidak baik dan natrium dari garam meningkatkan tekanan darah dan memberi kesan kepada fungsi buah pinggang.

SOLUTION

Ada ibu bapa yang menghubungi saya bertanyakan jika ada supplement yang sesuai untuk masalah 'ketagihan' anak-anak terhadap junk food ini.

Cadangan saya tukarkan 'junk' food tadi kepada 'suppliment' food yang tentunya lebih baik kepada anak-anak, terutamanya yang kurang dari usia 12 tahun.

Suppliment pilihan saya tentulah dari jenama Shaklee, Meal Shake, Omega Guard dan Vita C sangat sesuai sebagai alternatif. 

Meal Shake bertindak untuk membekalkan nutrisi penuh kepada anak-anak. Omega Guard pula baik untuk saluran darah dan otak anak-anak sementara Cheweble Vita C sangat bagus untuk meningkat imunisasi badan.

Siapa yang suka melihat anaknya sentiasa tidak sihat kerana pengambilan makanan yang tidak sepatutnya di samping sudah ramai yang terpaksa menahan sebak di dada apabila anak disahkan mengidap pelbagai penyakit menjelang umur dewasa.

Jadi bertindak sekarang. Berikan makanan terbaik untuk anak-anak anda. Elakkan berkira-kira kerana mereka adalah penyambung keturunan anda dan menjadi tulang belakang keluarga kelak!

Mohd Taufiq
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...