Tuesday 13 May 2014

Posted by Unknown On Tuesday, May 13, 2014

Makanan laut adalah baik dalam Islam dan semua makanan laut adalah halal. Begitulah Islam meletakkan sesuatu itu tepat pada tempatnya. Yang halal itu pasti lebih baik dari yang haram.

Hasil pemerhatian saintis mendapati masyarakat Eskimo mempunyai kadar penyakit jantung rendah dan paras kolesterol lebih rendah berbanding masyarakat bandar di  Eropah.

Diet pemakanan masyarakat Eskimo tinggi dengan lemak dan minyak, walaupun kurang memakan sayur-sayuran. Makanan orang Eskimo adalah hasil laut, terutama ikan. 

Kajian juga menunjukkan rakyat Jepun adalah 'pemakan' ikan terbesar dunia dan mempunyai kadar penyakit jantung rendah berbanding masyarakat di Amerika Syarikat. 

Begitu juga masyarakat di Mediterranean yang banyak makan ikan dan makanan laut. Kesimpulan daripada kajian itu ialah, ikan dan kebanyakan hasil laut kaya dengan asid lemak Omega 3.

LEMAK IKAN ADALAH OMEGA 3!

Fenomena ini menjadi ‘ironi' dan seolah-olah menentang arus‚ serta berbeza dengan pandangan umum bahawa pemakanan tinggi lemak menjadi punca penyakit jantung.

Hakikatnya ada lemak yang baik untuk kesihatan jantung iaitu Omega 3. Sekarang kita biasa melihat iklan dan jenama produk mempunyai kandungan Omega 3 yang dikaitkan dengan kesihatan jantung. Tentu anda selalu melihat singkatan EPA dan DHA pada label tin susu dan minyak masak yang dibeli di pasaran. 

Asid lemak Omega 3 adalah contoh lemak sihat yang boleh membantu mencegah penyakit jantung. Selalunya kita takut dengan istilah ‘lemak' hingga menyangka semua lemak adalah tidak sihat dan boleh meningkatkan paras kolesterol. 


Sebenarnya, lemak ikan boleh membantu menurunkan paras kolesterol LDL dan trigliserida serta menaikkan paras kolesterol baik HDL. 

Banyak kajian membuktikan lemak ikan kaya dengan asid lemak ‘Omega 3' yang terbukti boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari. 

Kajian sains menunjukkan ikan berlemak seperti salmon, tuna, sardin, makerel dan trout mempunyai kandungan Omega 3 yang tinggi. 

Asid lemak Omega 3 akan memperlahankan pemendapan kolesterol pada dinding saluran darah dan mengurangkan keradangan pada dinding saluran dalam tubuh manusia. 

Oleh itu, pemakanan ikan setiap hari digalakkan sebagai sebahagian daripada cara pemakanan sihat yang boleh menurunkan paras kolesterol, mengawal tekanan darah dan mencegah sakit jantung. 

BUKTI KAJIAN 

Pada 8 September 2004, FDA iaitu badan yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal perubatan di Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan menyokong Omega 3 (EPA & DHA) sebagai makanan tambahan yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 

FDA juga menyarankan pemakanan ikan dengan lebih kerap kerana kandungan Omega 3 dalam ikan mampu menurunkan risiko sakit jantung koronari. 

Kemuncak penyakit jantung adalah STROK! Bertindak sebelum terlambat!
FDA juga membenarkan pengilang dan pengedar menghasilkan makanan dan makanan tambahan mengiklankan bahawa produk mengandungi Omega 3 boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dan menurunkan paras kolesterol darah. 

Saranan FDA kerana bukti kukuh hasil pelbagai kajian menunjukkan kesan baik pemakanan ikan dengan kesihatan jantung. 

Antara laporan mengenai kelebihan Omega 3 diterbitkan dalam The American Journal of Clinical Nutrition pada 1997, pengkaji mendapati pengambilan Omega 3 dengan makan ikan setiap hari menurunkan paras trigliserida darah sehingga 25 hingga 30 peratus. 

Satu kajian di Amerika Syarikat yang mengkaji hubung kait pemakanan ikan dengan pencegahan serangan jantung untuk kali kedua mendapati penurunan 29 peratus kadar kematian di kalangan pesakit yang makan ikan setiap hari. 

Pada 1999, pengkaji dari Gissi Prevenzione melaporkan dalam jurnal perubatan The Lancet mengenai kajian membabitkan 11,324 pesakit yang mendapat serangan jantung (myocardial infarction). 

Semua pesakit ini diberi Omega 3 sebanyak 1,000 miligram setiap hari dan kesimpulan kajian ini menyatakan pengurangan kadar kematian akibat serangan jantung kali kedua sebanyak 45 peratus. Kesan baik pengambilan Omega 3 diamalkan setiap hari didapati selepas tiga bulan dan seterusnya. 

Kerana penyakit ini, ramai sekali yang pergi tidak kembali!
Pada 2006, dua jurnal perubatan utama di Amerika Syarikat iaitu American Journal of Clinical Nutrition dan Journal of American Medical Association (JAMA) memberi ulasan positif mengenai kelebihan Omega 3. 

OMEGA 3 DAN SHAKLEE

Saya lebih suka menggunakan Omega Guard berjenama Shaklee untuk menjaga kesihatan jantung berbanding jenama yang lain atas beberapa sebab:

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin,         mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 

3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati           ikan.


4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak     ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA         dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini

Berhati-hati! Jangan beli minyak ikan, tapi belilah Omega 3 keran itu yang paling utama.

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen     dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

Ini pilihan saya. Saya percaya pelaburan terbaik yang ingin dilaburkan adalah pelaburan kesihatan terutamanya jantung. Tak perlu terlalu kedekut untuk hidup yang lebih sihat kerana apa guna lagi hidup jika kesihatan itu diganti dengan penyakit-penyakit merbahaya!

Mohd Taufiq
Pakar kesihatan & Kejayaan Shaklee.
SMS/Whatsapp: 019-2486694

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...