Kejayaan dan kekayaan tidak pernah menunggu orang yang perlahan.
Perlahan cara fikirnya.
Perlahan gerak tindakannya.
Perlahan merebut peluang.
Perlahan juga untuk berimpian.
Pernah lihat kereta motor jutawan sekeliling anda?!
Pasti pernah lihat supercars dan superbikes.
Tahukah anda ia milik siapa?!
Ia bukan milik orang biasa tapi biasanya adalah milik jutawan.
Mereka sukakan kepantasan dan kelajuan. Lihat sahaja motor keretanya.
Ia bukan simbol kemewahan materialistik tapi simbol kepantasan dan kelajuan yang mereka bina dalam hidup mereka!
# # # # #
Kereta yang laju dan suka memintas pasti ada signalnya.
Begitu jalan kejayaan. Ia perlu menunjukkan signal perubahan hidup kita.
Jika kita akui sedang menuju kejayaan pastikan signal perubahan itu jelas dan terang.
- Jika dulu menonton TV walau hanya 5 jam, sekarang tidak lagi walau seminit.
- Jika dulu habis masa bergosip di luar rumah, sekarang tiada lagi masa untuk 'sembang' bab orang.
- Jika dulu habiskan cuti dengan bershopping, sekarang tidak lagi menjejak kaki.
- Jika dulu tidur 6 jam sehari, sekarang kurangkan lagi hingga tinggal 3- 4 jam sehari.
Orang yang baru sahaja memulakan perjalanan menuju kejayaan atau sedang berada dalam fasa ini mesti mengubah corak hidupnya, susun semula jadual kerjanya dan menambah masa berkualitinya....
MESTI...MESTI BERI SIGNAL!!!
Fasa ini sebenarnya tidak lama. Antara 1 -3 tahun sahaja. Selepas itu anda akan terasa bebasnya hidup. Tak perlu lagi berlumba laju-laju cuma ubah pula jalan itu ke arah simpang lain iaitu membantu orang lain pula berjaya!
TERGESA-GESA MESTI GAGAL
Kepantasan dan tergesa-gesa adalah 2 kelakuan berbeza.
Jika anda telah miliki supercar, sudah pun memakai segala kit keselamatan pada badan, sudah juga menilik dan membelek trek yang akan digunakan, minyak pun telah pun cukup tinggi kualitinya dan anda mula bergerak pantas pasti menghasilkan perjalanan yang selamat dan pengakhiran yang baik.
Anda tahu anda sedang bergerak pantas dan orang lain yang melihat juga tahu anda sedang bergerak laju tanpa dapat ditahan lagi.
Berbeza dengan tergesa-gesa......
Anda menaiki kereta kanc, berkain pelikat berbaju singlet, jalan pula berlubang-lubang, sudah ada pula tanda tengkorak bersama tulisan 'Kawasan Kemalangan', minyak pula warna kuning yang baru naik 20 sen baru-baru ini dan anda mula bergerak.
Anda merasakan anda sedang bergerak pantas, sedangkan orang lain melihat sambil menggeleng kepala kerana anda sebenarnya tergesa-tergesa!
Kepantasan bersama persiapan.
Ketergesaan bersama kebodohan.
Faham ke faham?!
# # # # #
Anak yang dikandung perlukan masa 9 bulan untuk dilahirkan.
Buah durian perlukan 3 bulan untuk masak.
Kereta perlu tempah sebulan untuk dikeluarkan.
Maksudnya jangan tergesa-gesa. Trek kejayaan ini panjang.
Mulakan dari satu selekoh ke satu selekoh. Rasai dulu gear 1, gear 2 hingga gear terakhir. Layan dulu angin-angin yang menampar wajah yang masuk melalui kaca tingkap anda.
Mulakan dengan ilmu dan sentiasa upgrade ilmu. Jangan rasa cukup ilmu dalam dunia bisnes. Ia satu 'dosa besar'!
Mulakan dengan tindakan dan tindakan dan tindakan tanpa menoleh ke belakang. Putus asa tiada dalam kamus orang berjaya!
Jangan tergesa-gesa hingga hilang pertimbangan. Anda perlu melalui prosesnya satu persatu. Baru tau pahitnya cabaran tapi manisnya kejayaan.
Elakkan dari kalut, gelabah bila lihat kereta kanc orang lain yang telah jauh ke hadapan. Elakkan tekan minyak tergesa-gesa.
Potong kereta yang perlahan dengan kelajuan anda tapi jangan tergesa-gesa nak mengejar dan memotong supercar di hadapan.
Ingat.....anda sedang berkain pelikat dalam kereta kanc!
BE FAST, NOT HURRY
Elakkan skip proses yang telah diatur oleh alam. Nanti mengundang lebih banyak masalah.
Bila telah datang masalah yang sepatutnya kita pelajari ketika proses sebelumnya yang telah kita skip pasti ketika itu kita lebih gelabah dari sepatutnya. Kemungkinan untuk gagal itu lebih cerah.
Lihat sahaja orang kaya berjaya. Mereka bukan terus kaya apabila mula berniaga.
Mereka juga terpaksa membayar cukai kebodohan dalam proses perjalanan mereka sehingga akhirnya mereka mendapat sebuah hadiah kejayaan!
Mohd Taufiq
Motivator Kekayaan & Kejayaan
019 2486694
*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
0 comments :
Post a Comment