Wednesday, 10 June 2015

Posted by Unknown On Wednesday, June 10, 2015

Assalamualaikum semua.

Saya doakan semua pelawat wafiqulya dalam keadaan sihat sejahtera iman dan tubuh badan semua.

Adakah orang seorang perokok? Atau salah seorang ahli keluarga atau rakan anda yang merokok? 

Jom kita terokai pangkat-pangkat perokok ni. Tapi awas...

Ini untuk pengetahuna kita sahaja, bukan untuk menjadi perokok atau naik pangkat dalam merokok.

Seeloknya supaya kita turun pangkat ini jika masih seorang perokok dan tentulah lebih baik lagi kita meninggalkannya terus tanpa menoleh sejarah hitam lalu lagi.

1. NEWBIE

Orang yang baru belajar merokok. Masih batuk-batuk lagi. Baru cuba try test kata orang kampung. 

Biasanya hisap rokok sebatang pun tak habis. Hisap rokok berkongsi dengan orang lain. 

Kebanyakannya pelajar sekolah yang masih kanak-kanak dan remaja.

Mereka ini hanya hisap untuk seronok-seronok dan lebih kepada meniru gaya 'cool' kawan-kawan.

Jumlah rokok dihisap: 1-2 minggu sebatang sekali.

2. PEROKOK SAMBILAN

Orang yang sudah mengenali rokok, tapi masih rasa pahit-pahit kalau dah habis merokok.

Tidak pernah beli sekotak rokok. Kerjanya hanya ‘mengepau’ kawan-kawan atau ahli keluarga dekat yang mempunyai hobi yang sama.

Jumlah rokok dihisap: Bergantung kepada keihklasan orang. Biasanya 2/3 hari sekali.

3. AKTIVIS ROKOK

Sudah pandai membeli rokok tapi poket masih tahap darurat kewangan. Biasanya sekali beli 1 batang atau 2-3 batang. 

Semasa merokok, sudah tidak rasa pahit-pahit lagi apalagi batuk-batuk. 

Kekangan poket memperlahankan keasyikannya menyedut asap rokok. Mereka ini masih belum mencapai tahap ketagihan.

Jumlah rokok dihisap: 1 hari ~ 1-3 batang

4. SMOKEHOLIC

Orang ini sedang cuba 'mencapai' tahap ketagih merokok. 

Biasanya kalau rokok habis, dia cepat-cepat membeli sekotak lagi walaupun sekotak biasanya habis dalam 2-3 hari. 

Namun jika dia menghisap rokok yang keras seperti M*rlbiri merah dan sepertinya masih batuk-batuk lagi.

Jumlah rokok dihisap: 1 kotak = 2/3/5 hari atau 5-6 batang sehari.



5. SMOKE ADDICT/SMOKER

Kalau sudah menjadi penagih rokok memang susah nak berhentikan kebiasaannya ini. 

Semua jenis rokok sudah pasti dia boleh hisap. Orang ini sudah merasai nikmatnya rokok plus kopi. Biasanya di kalangan mahasiswa atau pekerja.

Biasanya jenis poket sudah mula berduit dan kebanyakkannya belum bekerluarga.

Jumlah rokok dihisap: 1 kotak 2 hari malah boleh jadi sehari. Sehari tidak merokok hangin satu badan.

6. SMOKE MANIAC

Orang ini bukan lagi menjadi penagih tetapi boleh dinamakan perokok tegar. 

Hidupnya tanpa merokok seperti sudah tidak bermakna dan kekurangan sesuatu.

Golongan ini biasanya telah bekeluarga dan amat degil sekali mahu mengubah kebiasaannya. Rokok telah menjadi rutin.

Jumlah rokok dihisap: Sehari sekotak.

7. SMOKE GEEK

Pangkat ini dah memasuki tahap awal 'gila' rokok. Sehari boleh capai 2 kotak. 

Sebelum atau selepas melakukan sesuatu pasti rokok di tangan. 

Syarat sah semua perbuatannya bermula dan berakhir dengan rokok.

Kalau dia tidak ada duit pasti melakukan apa cara untuk merokok.

Jumlah rokok dihisap: 1 hari hingga 2 kotak.

8. SMOKE FREAK

Sudah boleh dipanggil 'hantu' rokok buat pangkat ini. Hanya kanser paru-paru, sakit jantung atau batuk-batuk darah baru boleh berhenti. 

Orang ini lebih memilih rokok dari makanan, sanggup tidak makan janji boleh merokok. Sehari boleh 2 kotak rokok dia habiskan.

Jumlah rokok dihisap: 1 hari 2 kotak rokok kretek atau lebih



9. MADE IN SMOKE

Jika tidak ada duit, rokok daun malah kertas pun boleh dihisap jika tidak ada duit nak beli rokok. 

Dalam sehari susah nak mengira berapa kotak batang sehari. Mungkin sejam boleh 3-4 batang dia merokok. 

Pendek kata kalau tengok orang ini pasti setiap masa sedang pegang rokok.

Jumlah rokok dihisap: Tidak diketahui banyaknya. Pastinya lebih dari 3 kotak sehari.

Apa yang anda lakukan jika terjumpa golongan ni atau anda sendiri termasuk dalam golongan ni?

Saya ada solutionnya untuk anda. Boleh teruskan bacaan anda di sini. Perokok Tegar Kantoi.

Jumpa lagi. :)

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini untuk SHARE bersama rakan-rakan. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

2 comments :

  1. Rupanya perokok pun ada peringkat2 jugak ye...bahaya merokok ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...