Tuesday, 2 June 2015

Posted by Unknown On Tuesday, June 02, 2015

Assalamualaikum semua.

Saya doakan pelawat setia wafiqulya ini dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Tak lupa juga ucapan,"Anda Kaya & Berjaya!".

Perlu saya tekankan bahawa perkongsian ini khas saya susunkan untuk menjawab banyak persoalan yang dikongsikan dari para pelawat blog ini berkaitan soal berhenti kerja dan mencari penghidupan baru.

Perkongsian soalan dan jawapan secara ringkas itu telah ada di entri INI, namun saya kongsikan semula secara tersusun agar mudah difahami oleh lebih ramai orang. 

Semoga Allah mengganjari pahalanya sekiranya ia bermanfaat untuk orang lain.

5 PERKARA SEBELUM RESIGN! 


1. Tanya Allah dulu.

Ramai orang melulu bila hendak melakukan sesuatu perkara yang besar dalam hidupnya hanya kerana mengikut kata hati yang meronta.

Sabar dulu. Kata orang,"Ikut hati mati, ikut rasa binasa." 

Istikharahlah dulu bertanyakan Sang Pemilik hati itu supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Ulang-ulanglah istikharah hingga anda berpuas hati dengan ilham keyakinan yang ditiup di dalam sanubari anda.

2. Bincang dengan pasangan.

Mintalah pendapat orang yang paling penting dalam hidup anda. 

Ia dapat menguatkan keputusan anda dan mendapat pandangan terbaik daripada orang lain yang lebih memahami anda.

Setelah anda berhenti kerja dan sebelum mendapat pekerjaan baru, tentulah pasangan andalah yang akan membantu anda dari sudut kewangan. 

Maka, biarlah keputusan itu dibuat dengan  persetujuan kedua belah pihak.

3. Bincang juga dengan majikan.

Jangan buat muka pelik ye. :) 

Eloklah bertemu 4 mata dengan majikan dan berbincanglah secara terbuka.

Sampaikan permasalahan anda dan mintalah penyelesaian daripada pihak majikan jika benar anda masih diperlukan di sana.

Jika jelas permasalahan anda tidak didengar atau diselesaikan dalam suatu tempoh masa yang dipersetujui bersama, maka ma'as salamah (selamat tinggal) kepada syarikat dan mencuba kerjaya lain pula.


4. Kenal diri anda!

Ramai yang ingin berhenti kerja kerana faktor tekanan, rasa dipergunakan, tiada kebebasan masa dan kewangan dan lain-lain.

Faktor-faktor ini memerlukan anda melihat ke cermin dan kenal siapakah diri anda sebenarnya.

Adakah anda seorang insan yang boleh bekerja di bawah arahan orang lain atau anda termasuk insan yang lebih suka bekerja sendiri?

Selepas kenal diri anda, ia lebih mudah untuk urusan kerjaya seterusnya.

Jika anda boleh bekerja di bawah orang lain, maka pilih kerjaya yang sesuai dengan minat dan kehendak anda. 

Jika anda hanya boleh bekerja sendirian, maka buatlah bisnes. Mulakan dari modal sekecil yang mungkin. Jangan tergesa-gesa ye.

Jika tak tahu nak berbisnes apa, anda boleh mengintai bisnes saya ini di SINI

Minat? Hubungi saya.

5. Yakinlah rezeki itu milik Allah

Ramai yang ingin berhenti dan memulakan perjalanan kerjaya baru dalam hidup mereka.

Cuma sayangnya, pasak mereka pada rezeki sangat longgar dan rapuh hingga akhirnya mereka kembali ragu setelah berusaha mendapat kerjaya baru.

Trust me. Anda pasti susah hati dan mungkin juga dirundung duka sekiranya anda tidak ada keyakinan ini sedari awal.

Ia nampak mudah tapi berat bagi mereka yang telah merasainya.

Semoga tulisan ringkas ini memberi banyak manfaat buat anda semua.

Mohd Taufiq
Motivator Kesihatan & Kejayaan

1 comment :

  1. Assalamualaikum...
    Tuan, Saya ingin dapatkan pendapat tuan..
    Saya telah berkahwin dan mengikut suami yang bekerja di Johor. Saya telah mendapat pekerjaan disana dan dalam masa yang sama saya telah mendapat interview lagi pada hari Sabtu ini (28.05.2016), Untuk pekerjaan yang saya dah dapat tadi 'Offer Letter' telah dikeluarkan oleh syarikat tersebut akan tetapi dalam surat tersebut menyatakan jika saya menerima tawaran kerja itu saya perlu bagi fedback pada company dalam masa seminggu akan tetapi saya masih lagi mahu mencuba nasib di syarikat yang bakal saya di interview pada sabtu ini.Sekarang saya seperti dalam dilema kerana jika saya tak sign 'offer letter' itu dalam tempoh yang diberikan bermakna saya tak menerima tawaran kerja tersebut.Saya boleh mengambil risiko akan tetapi saya fikir ini soal rezeki yang telah Allah s.w.t berikan pada saya.Saya pun tak sangka memperoleh perkejaan dalam tempoh masa yang singkat dan saya juga tak nak terlalu tamak yang boleh membuatkan saya terlepas peluang itu.

    Saya berharap tuan boleh memberikan pendapat pada situation saya ini.
    Terima Kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...