Bagaimana hari pertama puasa dan malam kedua Terawih anda?
Tentu BAIK-BAIK sahajakan. Sekiranya anda berpuasa bersama keluarga tersayang dan berbuka dengan juadah yg lazat-lazat, BERSYUKURLAH, kerana itu adalah sebahagian nikmat Ramadhan ini. Setiap detiknya adalah RAHMAT (kasih sayang) yg sengaja Allah turunkan buat hambaNya. Hadiah tahunan Tuhan buat kita.
Dari aspek perubahan fizikal, kita dapat melihatnya dengan jelas sekali. Ajk masjid dan surau kini sedang pening memikirkan bagaimana untuk memuatkan manusia yg ramai di bulan mulia ini. Tiada lagi istilah masjid atau surau yg kosong saat ini. Tak cukup dengan itu, ramai sekali manusia yg mula membuka lembaran Quran walaupun sebelumnya Quran itu disimpan hanya di dalam almarinya. Alhamdulillah Ramadhan berjaya membuka sedikit demi sedikit pintu hati manusia ke arahNya.
Namun alangkah baik sekiranya kita dapat serasikan perubahan dari aspek fizikal ini dengan perubahan dari aspek rohani juga. Maksudnya? Begini. hari ini dari pagi saya membawa kaki berjalan, satu untuk urusan bisnes dan satu lagi untuk melihat keriuhan dan kegembiraan warga Johor menyambut Ramadhan ini.
Syukur sangat dari segi sambutan fizikal namun mungkin dapat dipertingkatkan lagi dari segi kerohanian. Jelas kelihatan, ramai sekali umat Islam yg berpuasa TETAPI:
1/ Kenapa tak tudung kepala tu? Kenapa pakai seluar ketat ke bazar? Ada yg dengan tidak bersalahnya memakai seluar pendek dan memakai bau-bauan yg kuat semasa keluar membeli juadah? Aurat tu kot!!
Kan dah belajar, AURAT wajib ditutup. Syarat puasa bukankah untuk menahan diri dari melakukan perkara-perkara yg harus? Inikan pula perkara-perakara HARAM. Bukankah sepatutnya ia WAJIB dihindarkan.
Jangan kata,"Alah, nantilah. Ramadhankan berbaki 29 hari lagi". Ya, betul sangat....TETAPI adakah kamu yakin kamu akan hidup sampai ESOK PAGI?
PAKSA diri untuk tutup juga. Kalau tak boleh tutup semua, tutup sesuku hari ni. Minggu depan tambah lagi sesuku. Begitulah seterusnya. Cukup 4 minggu, satu KEPALA tertutup, kan senang?!
2/ Kenapa tak solat? Subuh terutamanya. Solatkan ibu segala ibadat!!
Ramai yg saya tanya, pelajar terutamanya,"Puasa tak, sahur tak?" Dijawabnya "Puasalah! dan sahur tu memang wajib ustaz". Tetapi bila diberi soalan cepu mas,"Siapa yg solat subuh lepas kenyang bersahur tadi?". Ramai yg mula mendiamkan diri...
PAKSA diri anda ye utk solat. Subuh terutamanya. Jika subuh dapat dilaksanakan, solat-solat yg lain, insyaallah akan jadi mudah. INGAT, puasa sia-sia sahaja dan Ramadhan pasti akan mencela anda sekiranya ia berlalu setiap hari tanpa dapat menjadi saksi kepada SOLAT yg anda dirikan.
3/ Bersahur dan berbuka dengan berlebihan. Ni bulan puasa ye, bukan bulan MELAHAP!!!
Bersahur dan berbukalah secara ala kadar. Biar terasa susahnya orang miskin yg sentiasa tidak berkemampuan membeli selain yg betul-betul DIPERLUKAN. Itu yg terbaik. Jangan nak jadi yg TERBAIK dalam bulan mulia ini dengan MEMBERI makan yg TERBAIK dan TERBANYAK kepada ahli keluarga anda, itu tidak disuruh syarak dan itu juga bukan yg dicontohkan oleh Rasulullah.
PAKSALAH diri untuk merasai kesusahan orang lain supaya anda lebih bersyukur dan terbuka hati untuk berkongsi menyelesaikan masalah mereka.
Sebenarnya setiap ibadat itu dimulakan dengan PAKSAAN sebelum ia berpindah ke KEIKHLASAN. Ingat tak masa kecil dulu, bukankah kita:
- DIPAKSA bangun pagi-pagi bersolat, jangan pakai selimut babi katanya,
- DIPAKSA taat kepada ibu bapa, jangan jadi tanggang katanya,
- DIPAKSA memakai tudung setiap hari sejak tadika lagi, jangan jadi kayu bakar neraka katanya,
- DIPAKSA berbuat baik terhadap orang lain, jangan berkurang ajar katanya,
- DIPAKSA menghabiskan makanan, jangan jadi saudara syaitan katanya,
- dan begitulah seterusnya
Salahkah pendekatan ini? Saya memandang positif perkara ini bahkan inilah yg disebut oleh Imam al-Ghazali,"Setiap KEIKHLASAN itu bermula dengan PAKSAAN dan RIAK". Lihatlah generasi kita dahulu, mereka tidaklah BAIK sangat tapi tidaklah JAHAT sangat. Masih tau adab sopannya.
Lihat pula anak-anak sekarang, ramainya dari generasi Y ni susah untuk diajar. Tetapi itu bukan salah mereka, itu salah ibu bapa yg kurang MEMAKSA sedari kecil!! Tak percaya, lihat sahaja sekeliling anda. Jika ada remaja yg berbuat sumbang di hadapan kita, kemudian kita menegurnya, apakah reaksi mereka? Tak hairan sikit pun...Sebab IBU BAPA tidang pernah memaksa mereka untuk mempelajari adab-adab yg baik.
Jadi buat ibu bapa, para pendidik, masyarakat setempat, sila kenakan sedikit PAKSAAN sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada anak-anak anda supaya mereka mampu berubah dari kecil. Kadang-kala paksaan itu dapat dibuat dalam bentuk pemberian hadiah. Contohnya ketika Ramadhan ni, ramai yg berjanji dengan anak2 nilai wang sekian sekian jika berpuasa penuh. Nemapak tak? Itu pun sebenarnya PAKSAAN secara tidak langsung. Benarlah kata pujangga,"Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya". Waktu masih boleh dibentuk, bentuklah sebaiknya.
Buat remaja yg ingin berubah, PAKSA diri anda untuk berubah. Tiada siapa yg mampu membantu anda melainkan PAKSAKAN diri dan hati anda untuk taat kepadaNya. ingat, your life, your choice! Semoga Allah terus bersama kita dalam proses PAKSAAN dalam bulan Ramadhan ini agar diri kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih dan suci dari sebarang dosa.
Cukup setakat ini dahulu. Wassalam.
*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat untuk rakan2 anda, sila klik butang LIKE di atas ye. Buat renungan bersama. Sabda Nabi,"Sampaikan dariKu walaupun sepotong ayat".
Assalam ustaz. Saya mohon share artikel ini & exchange link blog ustaz d blog saya. http://azsana.blogspot.com/
ReplyDeleteTQ.