Assalamualaikum kawan-kawan semua.
Bagaimana hari kedua puasa anda? Ada tak peningkatan ibadat untuk hari ini?
Tak banyak pun takpe, yang penting adalah ISTIQAMAH. Biar berterusan walaupun selepas Ramadhan. Jangan disempitkan amalan hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja atau bermusim mengikut angin 'mood' kita kerana sabda Rasulullah,"Sebaik-baik amalan adalah ISTIQAMAH, walaupun hanya sedikit".
RESAH & SEMPIT!
Ramai sekali di kalangan kita sebenarnya sentiasa RESAH & SEMPIT dalam hidup mereka. Bermula dengan keresahan dari dalam rumah, kemudian dibawa ke tempat kerja dan akhirnya pulang ke rumah semula. Keresahan itu dibawa ke mana-mana sahaja kerana resah dan sempit itu berada di dalam HATI. Dalam SANUBARI masing-masing.
Keresahan ini berlaku bukan kerana tidak cukup makan atau kehilangan sesuatu tetapi kerana HATI tidak mendapat supplement dan ubat yg betul untuk membaikinya. Walaupun didapati dari luar ramai yg 'kelihatan' sihat dan gembira berada di sampaing rakan-rakan dan keluarga. Tapi sayangnya, keadaan sebenar adalah BERBEZA sekali.
Mengapa kita RESAH & SEMPIT:
1-Dosa
Bukankah kita pernah mendengar Allah memberi amaran keras kepada semua manusia,"Dan barangsiapa yg berpaling dari jalanKu, maka baginya kehidupan yg sempit dan kemudian kami kumpulkan mereka pada Hari Kiamat dalam keadaan buta. Mereka lalu bertanya, "Wahai Tuhan, mengapa kami dihimpunkan seperti ini (buta) sedangkan kami ketika hidup di dunia dulu kami dapat melihat". Allah menjawab,"Begitulah keadaan kamu di dunia ketika kamu menerima peringatan dari Kami, kamu sengaja melupakannya. Maka, pada hari ini Kami pula melupakan keadaan kamu".
Ayat inilah yg paling ditakuti oleh orang yg beriman dan lihat pula diri masing-masing. Ramai yg memandang enteng dosa pahala. Hatta sebahagian manusia TAK KISAH pun. Tak perlu lihat orang sebelah kita, lihat diri sendiri saja, cuba tanya berapa banyak pahala kita KUMPULKAN setiap hari? Bagaimana sikap kita apabila kebajikan ada di depan kita? Adakah kita berlari untuk melakukannya tanpa banyak soal atau sebaliknya?
Kita mungkin tak terasa KESAL sedikit pun apabila tertinggal sesuatu KEBAJIKAN. Tak terasa rugi pun dengan KEBAIKAN yg terlepas dari kamus hidup kita. Sedih tak dengan sikap kita sendiri?
TETAPI sebelum anda bersedih, cuba fikirkan pula betapa banyak dosa kita kumpulkan setiap hari dan kita tak TERASA apa-apa. itu lagi celaka! Dosa hanya dianggap umpama LALAT yg menumpang atas hidung saja. Kibas sikit tangan pun ia dah lari. Jangan marah saya kerana ulama yg sebut. Tanda celaka seseorang adalah apabila ia:
- Sering mengingati kebaikan yg diusahakannya
- Sering melupakan maksiat dan dosa yg dikerjakannya
- Sering mengungkit pemberiannya
Mafhum dari sebuah hadis Nabi SAW,"Apabila seorang anak Adam melakukan dosa, nescaya dititikkan tanda hitam atas hatinya. Apabila berterusan melakukannya, nescaya dititik lagi sehingga tidak terasa lagi berdosa apabila melakukannya". Moga-moga Allah mengampunkan kita dengan rahmatNya dengan berkat bulan Ramadhan ini.
2-Suka melayan cakap-cakap 'BIAWAK'
Ini pun suatu masalah org kita. Sebab kadang-kadang kita pun suka jadi 'BIAWAK'. Kalau kita masuk pejabat pada pagi hari, perkara pertama yg dilakukan adalah masuk ke website-website yg menelanjangkan rahsia peribadi orang lain terutamanya para artis. Mengapa kita SIBUK sangat nak tahu hal orang lain. Kalau nak contohi kebaikan atau nak tegur kesalahan, takde masalah TETAPI kalau hanya nak tambah gosip, TAK PERLULAH. Satu.
Kedua, KENAPA kita suka untuk jatuhkan orang lain, baik secara langsung atau tidak langsung. Mengapa ada rakan-rakan anda yg berubah dari hidup BIASA kepada LUAR BIASA, cepat sekali mulut anda mengeluarkan perkataan yg menyakitkan disusuli pula dengan pandangan yg menjengkelkan.
Sebagai contoh, setiap hari ketika pulang ke rumah dari tempat kerja, seringkali saya mendengar program IKIM bertajuk 'Islam Duniaku'. Perkongsian dari para mualaf dari mula mendapat hidayah Islam hinggalah memeluk agama mulia ini. Ada satu ketakutan saya, iaitu apabila DJ bertanya,"Apakah cabaran yg anda alami ketika hendak memeluk Islam dari umat Islam sendiri?".
Tahu kenapa saya SANGAT takut dengan soalan ini? Kerana sebelumnya hampir setiap perkongsian, para muallaf menyatakan bahawa cabaran terbesar dari kalangan umat Islam adalah pandangan NEGATIF mereka. Mereka merasakan Islam itu adalah hak milik BANGSA, bukan milik MANUSIA. Alangkah baiknya jika kita dapat kikis perangai dan minda NEGATIF ini dari hidup kita. tentu tak ada lagi bangsa lain yg takut kepada Islam.
Ada yg sambil menangis menceritakan bahawa dia pernah DIHALAU dari masjid kerana warna kulitnya sedikit CERAH dari kebanyakan jemaah. Ada yg sedang tidur nyenyak di surau dan masjid DIHALAU keluar sedangkan dia baru dihalau dari rumahnya, tiada lagi tempat mengadu untuknya apabila tempat ibadat menjadi hak milik 'BIAWAK2'. Pintu KEKUFURAN telah ditinggalkan dan pintu KEIMANAN telah ditutup dengan tangan kita. Apa alasanmu esok dihadapan Allah dengan tindakan anda itu?
Bayangkan, mereka baru memeluk Islam, meninggalkan KEBIASAAN KUFUR mereka berubah kepada KELUARBIASAAN IMAN, tapi apa sumbangan kita melainkan menjauhkan mereka dari kebaikan dan keindahan pergaulan Islam. Jika begini sikap kita, alangkah malangnya kita. UBAHLAH sikap kita ke arah yg lebih positif. Lebih MESRA dengan semua orang. Lebih MENDAHULUKAN akal dari lidah dan iman dari nafsu.
INGIN jadi TENANG?
INGIN jadi HEBAT?
INGIN jadi LUAR BIASA?
INGIN jadi MUKMIN SEJATI?
Betulkan minda, rasa dan tindakan anda. Step by step.
Mula set minda anda bahawa perbuatan ini SALAH, TINGGALKAN.
Letak perasaan benci terhadap DOSA dan ucapkan TAKZIAH kepada diri sekiranya masih terasa suka dengan DOSA atau terlajak melakukannya.
Akhir sekali, bertindaklah dengan mula jauhkan zon BIAWAK ini. Kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi sempena Ramadhan kali ini. ANDA PASTI DAPAT MELAKUKANNYA.
Cukup setakat ini dahulu. Mudah-mudahan ada yg TERBAIK untuk anda di dalamnya. Wassalam.
*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye dan 'share'lah sebanyak mungkin. Anda selalu ingatkan,"What you give, you get more back".
0 comments :
Post a Comment