Apa khabar keadaan anda di musim cuaca tidak menentu ni? Saya sendiri kurang sihat sebenarnya. Ditarik sebentar nikmat hidung ni dengan didatangkan selesema yang agak teruk, buat peringatan bagi diri yang sering lupa ini. Tetapi hari ini tetap ingin berkongsi sesuatu dengan para pembaca yang hebat-hebat ni.
Hasil pembacaan saya pada blog-blog dan akhbar-akhbar dan juga sedikit pengalaman bercampur gaul dengan masyarakat, so arini nak share tentang peranan ibu bapa terhadap anak-anak dan pesan juga buat mereka.
IBU BAPA ADALAH PANGKAT TERBAIK DI DUNIA
Semua sedia maklum bahawa menjadi ibu bapa bukan tugas yang mudah. Amanah dalam mendidik dan membentuk keperibadian anak menjadi insan berguna dan berjaya di dunia dan akhirat adalah sangat berat. Jadi, tidak hairan jika Nabi menekankan perkara ini,"Setiap anak Adam dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibu bapanyalah yang bertanggungjawab menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi".
Nah, betapa tinggi sekali amanah tersebut sehinggakan apa sahaja yang berlaku kepada anak-anak adalah puncanya dari ibu bapa mereka sendiri, bukan orang lain. Bukan guru atau rakan-rakanya tetapi ibu bapa itu sendiri!
Inilah sebabnya ibu bapa perlu memiliki ilmu keibubapaan supaya dapat membesarkan anak-anak dengan baik. Tanpa ilmu, ada kemungkinan haluan anak-anak akan tersasar dan terjebak dalam dunia yang tidak kita ingini.
Apabila memperkatakan soal penjagaan anak, ada 5 pesan yang perlu diketahui dalam usaha menjadi penjaga terbaik untuk zuriat masing-masing. Biarpun ada tindakan ibu bapa yang tidak digemari anak-anak, ada kalanya ia perlu dilakukan khususnya untuk mendisiplinkan dan membentuk akhlak terpuji.
Saya selalu melihat bahawa ibu bapa mengambil sikap 'sporting' hingga akhirnya menjadi dayus dalam mendidik anak-anak mereka. Anak tak pakai tudung, "Takpelah, besar-besar nanti dia pandailah tutup aurat. Kita ni kalau terlalu memaksa takut anak tak suka," katanya. Sedangkan ibu bapa itu telah jatuh ke dalam gaung yang bernama 'dayus' apabila anak-anak bebas berbuat maksiat di depan matanya.
Sekarang mungkin hati anak memberontak dengan disiplin yang dikenakan, tetapi mereka akan sedar manfaatnya apabila dewasa kelak. Malah mereka akan berterima kasih kepada ibu bapa yang bersikap tegas dalam sesetengah perkara, tapi janganlah muka seperti abang polis yang nak makan orang 24 jam. Ada masa perlu juga untuk bergaul mesra dengan anak-anak. Merekakan permata hidup, jadi layanilah mereka sebaiknya.
5 PESAN UTAMA
1. Ambil tahu di mana anak anda berada pada setiap masa, siapa bersama mereka, siapa yang menjaga mereka dan bila anak akan pulang ke rumah. Semua maklumat ini sangat penting terutama bagi anak remaja kerana pada usia ini, mereka mudah terpengaruh dengan anasir buruk atau menjadi mangsa kepada jenayah.
Berkenalan dengan rakan anak terutama yang paling akrab untuk tahu di mana mereka selalu menghabiskan masa dan dengan siapa. Pastikan anda bukan saja kenal rakan-rakannya tetapi juga ibu bapa, alamat rumah dan nombor telefon mereka.
Didik anak supaya tidak mudah percayakan orang sekeliling terutama orang yang tidak dikenali, sebaliknya latih mereka untuk memaklumkan apa saja kepada anda. Ajar mereka untuk meminta izin sebelum melakukan apa-apa, khususnya aktiviti di luar rumah.

2. Pastikan anak mengambil makanan seimbang kerana pada waktu membesar, otak mereka memerlukan banyak zat penting. Pemakanan sihat mampu menyumbang kepada hidup yang aktif dan pemikiran positif.
Ramai ibu bapa mengambil mudah urusan ini hingga kadang-kala sedih pula kita yang melihatnya. Anak-anak sekarang tanyalah penyakit apa yang tidak ada di tubuh mereka, diabetes, darah tinggi, obesiti dan pelbagai penyakit kronik semakin banyak menyerang anak-anak. Inilah akibat kelalaian ibu bapa dalam memerhatikan apa yang mereka suapkan kepada anak-anak.

Gambar yang sering kita lihat, tapi ramai ibu bapa masih tidak 'insaf' bahawa fast food dan junk funk adalah makanan 'haram' buat anak-anak |
Selepas disahkan sakit dan terpaksa keluarkan beribu-ribu belanja barulah hendak tersedar tetapi apakan daya,"Sudahlah terjatuh, dihempap tangga pula setelah itu", maka penyesalan sahajalah yang menanti.
3. Hadkan masa anak menonton televisyen dan permainan video. Kanak-kanak perlu sentiasa aktif dan melakukan pelbagai aktiviti yang mampu meningkatkan kemahiran hidup mereka yang anatara lain adalah dengan banyak membaca dan meneroka pelbagai perkara dalam kawalan ibu bapa.
Kanak-kanak perlu belajar untuk membesar dengan baik. Jangan 'mengurung' anak-anak di rumah dengan alasan sibuk dan tiada siapa yang menjaga mereka. Jika tak sempat juga, buat ibu berhentilah kerja dan tumpukan masa dan tenaga bersama anak-anak. Buat apa kita berjaya di luar rumah sedangkan dalam rumah sendiri ibarat tongkang pecah tanpa kemudi nakhoda.
Mungkin ada yang tidak setuju jika saya menyuruh anda memilih anak-anak daripada kerjaya yang disandang. Tetapi itulah yang Islam letakkan buat si ibu, satu pangkat yang sangat mulia. Merekalah ratu rumahtangga dan guru pertama buat anak-anak. Sedarlah!!
Rumah adalah sekolah terbaik dan guru terbaik adalah ibu sendiri! |
Mungkin ada yang tidak setuju jika saya menyuruh anda memilih anak-anak daripada kerjaya yang disandang. Tetapi itulah yang Islam letakkan buat si ibu, satu pangkat yang sangat mulia. Merekalah ratu rumahtangga dan guru pertama buat anak-anak. Sedarlah!!
4. Didik anak untuk belajar menghormati orang lain. Ajarilah kemahiran komunikasi dan pergaulan kepada mereka serta maklumat yang sampai kepada mereka dengan hikmah dan bijaksana. Dekatilah mereka dengan orang-orang yang lebih dewasa supaya lebih cepat mereka matang dari usia sebenar mereka. Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik ketika mendidik perkara positif kerana anak lebih mudah mengikuti tindakan mereka, bukannya kata-kata.
Dedahkan anak dengan isu semasa, perlakuan negatif dan positif serta akibat daripada keduanya. Pupuk rasa benci dalam hati mereka terhadap perlakuan negatif yang bukan saja boleh merosakkan masa depan mereka, malah menjadi barah dalam masyarakat.
Buku yang sangat baik untuk dihadamkan |
Paling penting, jadikan diri anda sebagai idola anak. Anda adalah orang paling berpengaruh dalam hidup anak dan gunakan pengaruh ini supaya anda menjadi sumber inspirasi mereka. Tunjukkan sifat terpuji dan jauhkan sifat yang tidak patutu ditonjolkan. Ingat, tidak mungkin anak ketam dapat berjalan lurus jika si ibu jalan mengiring.
Semoga para pembaca dapat mengambil manfaat dari coretan ini. Paling penting adalah amalan dan tindakan anda selepas ini. Adakah sikap anda kepada anak-anak masih sama atau sebaliknya, itu akan menjadi persoalan hidup anda. Mereka adalah mutiara yang Allah amanahkan buat anda untuk menjaganya sebaik mungkin, peliharalah mereka dan perbaikilah urusan hidup mereka. Saya percaya anda ibu bapa mithali buat anak-anak anda!

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
Jom dapatkan Shaklee daripada saya dengan tawaran ISTIMEWA
0 comments :
Post a Comment