Wednesday 16 September 2015

Posted by Unknown On Wednesday, September 16, 2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung wafiqulya.

Saya doakan anda sihat sejahtera hendaknya di hari cuti sambutan Hari Malaysia yang telah ditetapkan tarikhnya pada 16 September setiap tahun ini.

Dalam cuaca jerebu teruk ni, pastikan perpaduan kaum antara kita tidak berjerebu hendaknya. Begitu juga semangat dan motivasi kita dalam kehidupan.


Sempena hari cuti ni, saya pasti ramai di antara kita mengambil kesempatan untuk berehat di rumah sambil melakukan aktiviti ringan seperti melayari internet dan menonton tv kebiasaannya.

Anda mahu penuhi masa anda dengan lebih bermanfaat hari ini?



Silakan download ebook sulung tulisan saya ini secara PERCUMA

Semoga ia memberi inspirasi dan kekuatan untuk anda untuk memulakan side income berdasarkan pengalaman sebenar penulis sendiri.

FAKTOR PENULISAN

Pada awalnya, saya agak segan untuk menulis mengenai diri sendiri apatah lagi ingin berkongsi secara umum kepada khalayak mengenai kejayaan diri.

Percaya atau tidak, saya sebenarnya termasuk golongan yang biasa-biasa je. Jiwa biasa-biasa tu masih ada dalam hati ni terutama dalam bab berkongsi kejayaan dan pendapatan.

1. Cadangannya sudah lama untuk menulis ebook sendiri kerana mentor saya telah beberapa kali bertanya sebelumnya,

"Hang bila nak tulis ebook ni ustaz?"

Adoi...serba salah pula kalau tak dengar cakap mentor kan?

Tapi bertangguh-tangguh juga disebabkan sifat segan yang menebal dalam diri ni.

2. Awal Mei lalu, saya terserempak seorang rakan sekerja di tempat kerja lama dulu ketika di Johor Bahru.

Sempatlah kami minum dan bersembang. Beliau mengadukan beberapa isu berkaitan kolej yang juga memberi tekanan mental dan kesempitan kewangan kepadanya.

Beliau meminta nasihat saya untuk menjalankan bisnes online dengan rakannya.

Saya mengambil jalan menasihatinya melalui penceritaan pengalaman saya sewaktu bergelar pensyarah sengkek masa dan duit, kemudiannya menceburkan diri memulakan bisnes secara part time secara online bersama Shaklee.

Beberapa tips yang saya lakukan ketika itu turut saya kongsikan baik dari segi pembahagian masa dan modal, pembentukan jemaah bisnes dan pembinaan impian luar biasa yang bukan angan-angan.

Ternyata beliau gembira dan sangat terinspirasi dengan kisah saya. Katanya,

"Tak sangka selama ni ustaz simpan rahsia bisnes ni walaupun kita dulu satu kolej je. Saya rasa ramai yang tak tau teknik yang ustaz buat ni. Terima kasih atas perkongsian ni dan doakan saya jadi macam ustaz"

Tidak disangka-sangka, penghujung Mei beliau hubungi saya dan beliau kongsikan dalam tempoh 20 hari sahaja lepas jumpa saya, beliau berjaya menambah pendapatan sampingan sebanyak RM 800. 

Jumlah yang beliau perlukan dan jangkakan di peringkat awal hanya RM 450 sahaja. Alhamdulillah.

Ketika itu saya sedar yang saya perlu berkongsi kisah ini bersama teknik-teknik yang saya gunakan dalam bisnes ini. Ia bukan saja boleh digunakan dalam full-time business bahan paling sesuai diaplikasi dalam part-time business.


Namun masa tu saya agak sibuk dengan beberapa perkara dan projek ebook saya ni hanya tinggal tajuk sahaja. Pengisiannya masih di awangan.

3. Faktor yang benar-benar menyebabkan saya fokus semula untuk menulis ebook hingga sempurna kerana terlalu banyak luahan rasa para pekerja di entry bertajuk,"7 Alasan Untuk Anda Berhenti Kerja."

Majoritinya hidup tertekan dalam pekerjaan mereka tapi mereka tidak dapat lakukan apa-apa. Jalan yang mereka nampak hanyalah berhenti dan mencari kerja baru.

Namun tak kurang juga yang tidak 'kuat' untuk melakukan keputusan meninggalkan syarikat lama atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan.

Itu komen yang dilepaskan untuk tatapan pembaca. masih ada beberapa komen kritikal yang tidak dapat saya lepaskan kerana terlalu serius dan perlukan konsultasi khas.

Saya berikan konsultasi secara percuma sahaja kerana mereka adalah pembaca setia blog saya hingga mereka berani berkongsi masalah jiwa dan tekanan kerja masing-masing bersama saya.

Mungkin ada yang tertanya-tanya,"Baiknya ustaz. Semua percuma."

Pada saya, nak jadi jutawan, kena rasa kekayaan itu penuh dalam jiwa walaupun masih belum kaya lagi.

Orang kaya memberi, tidak meminta. Orang miskin meminta, tidak memberi.

Saya ingin jadi orang kaya, maka saya bersikap seperti orang kaya. Banyakkan memberi. Itu sedekah.

Seperkara lagi, saya dulu pun sebenarnya mengalami masalah yang sama. Sebab itulah saya mampu menyelami masalah mereka. Kisah ini turut saya sertakan dalam ebook ini.

Sama seperti mereka. Saya sendiri tak tau nak cari siapa untuk luahkan masalah saya. Teraba-raba sendiri hinggalah berjumpa mentor dan Dr Azizan Osman.

Alhamdulillah, hidup saya berubah 360 darjah.

Dalam diam saya bermonolog sendiri,


"Ramai orang sebenarnya ingin berubah. Cuma mereka tidak tahu bagaimana untuk berubah. Jika kita tidak jadi ejen perubah, siapa lagi kita hendak harapakan."

Inilah kemuncak motivasi yang akhirnya membuatkan saya mula menulis dengan lebih yakin dan lebih fokus hingga selesai.

MULAKAN HINGGA TAIPAN TITIK TERAKHIR

Setelah keputusan dibuat, apa lagi, berkhalwatlah saya sendirian di ruangan kerja. 

Menulis, menaip, padam semula, betulkan hinggalah selesai. 

Saya mulakan penulisan pada awal Julai dan siap sepenuhnya dengan covernya pada awal Ogos. 30 hari lamanya.

Agak lama untuk menyusun perkataan dan ayat yang mampu memberi motivasi kepada bakal para pembaca. 

Bukan kerja mudah untuk menukarkan 'perasaan' dan usaha selama ini kepada ayat dalam bentuk perkataan. Perlukan penghayatan dan edit yang berulang kali.

Alhamdulillah, tidak banyak halangan untuk menulis ebook setebal kurang 60 muka surat ini dengan gaya bahasa yang tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah, santai dan sempoi sahaja di samping dihiasi kepingan gambar yang berkaitan serta tips yang praktikal yang dapat dilakukan segera.

CADANGAN UNTUK PEMBACA

Anda wajib download dan baca segera sekali nafas dalam satu masa.

Tumpang sedang panas, elok dihabiskan sekaligus kerana kisahnya disusun secara teratur dan bersambungan dengan tidak kurang 20 bab kecil.

Kemudian, saya cadangkan anda share. Baik dengan menekan butang LIKE di atas entry ini atau copy link entry ini dan pastekan di media sosial milik anda.



Kita berkongsi bukan kerana kita lebih, tapi kerana kita tau perasaan bila tiada apa-apa.

Semoga prinsip ini juga ditanam dalam diri kita masing-masing.

Sekian dulu setakat ini. Semoga anda kaya dan berjaya dan semoga ebook ini memberikan sebanyak mungkin manfaat buat anda.


*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini untuk SHARE bersama rakan-rakan. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

4 comments :

  1. Nasihat yang sangat berguna. terima kasih

    ReplyDelete
  2. Semoga anda kaya dan berjaya!!!

    ReplyDelete
  3. Salam...
    15/10/2016 genap 2 tahun sy bekerja di syarikat swasta sekarang ini. Mengikut confirmation letter terbaru notis berhenti kerja sy adalah 2 bulan, 2 hari lepas sy ada serahkan notis berhenti kerja selama 1 bulan dan meminta budibicara HOD untuk melepaskan sy awal sebulan. Malangnya telah ditolak dan sy di minta untuk membayar 1 bulan gaji kepada syarikat. Sy pekerja yang komited, dan selalu pulang lewat dek bebanan kerja yg tak henti2. Apetah lagi sy terpaksa cover kerja despatch seperti menghantar surat, kutip cek dan bank in cek. Adakah wajar dengan apa yg sy telah sumbangkan kepada syarikat? Sy bercadang untuk meninggalkan syarikat dengan cara baik tetapi syarikat menganggap sy tiada nilai dan mengugut dengan perlu membayar 2k kepada syarikat sekiranya mahu berhenti 1 bulan. (ikut surat 2 bulan notis). Dan apakah yg boleh syarikat boleh lakukan terhadap sy sekiranya mereka merujuk kepada pejabat buruh jika sy tidak mematuhi 2 bulan notis atau tidak membayar 2k seperti kehendak syarikat??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe. Ikut saja syarat 2 bulan tu. Lagipun masih bergaji dan dlm masa yang sama boleh melatih pengganti dan menyerahkan tugas dengan sempurna kepada mereka.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...