Thursday, 17 September 2015

Posted by cikgu mat On Thursday, September 17, 2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua visitor wafiqulya.

Saya doakan anda kaya dan berjaya. Happy dengan kehidupan serta bahagia di samping keluarga.

Hari ni, saya kongsikan luahan rasa seorang suri rumah sepenuh masa yang juga seorang usahawan online.

Luahan ini mungkin juga dirasai oleh sebahagian besar daripada kita yang mempunya job scope yang sama dan juga sebagai ingatan buat suami.

Hargailah suri rumah anda. Mereka bukan hanya suri rumah tapi suri kehidupan anda. Hargai dan jagalah mereka selayaknya dan sebaiknya.

UJIAN....UJIAN

Setelah 4 tahun berhenti kerja untuk jaga anak + bekerja dari rumah, ini apa yang saya rasa:

1. Jadi suri rumah jaga anak memang 200% ganda penat dan stress daripada bekerja.

2. Jadi suri rumah, susah nak dapat Me Time. Time mandi pun ada penonton. 

Kalau tutup pintu. Ada yg ketuk pintu non stop sampai telinga kita bingit dan terpaksa buka pintu. 

Bila buang air, ada orang kat sebelah tolong flush kan adalah perkara biasa. 

Sebab? Anak yang 24 jam duduk dengan mak ni manja dia lain macam. Melekat tak boleh berenggang. 

Takpe dah besar nanti ok lah. Tak lama dah.

3. Jadi suri rumah, kadang-kadang akan rasa bosan sebab tiap hari rutin yang sama. 

Bangun. Kemas rumah. Masak. Mendobi. Rumah selerak, kemas semula. Lipat baju. Rumah selerak,kemas semula. Kadang-kadang tak sempat makan. 

Nak pulak kalau buat bisnes macam saya. Terkejar-kejar antara kerja rumah dan bisnes. 

Paling boring ialah kemas rumah. Berkali-kali sehari sebab saya jenis tak boleh rumah selerak. 

Paling penting, time suami nak sampai dari pejabat, rumah wajib spotless clean. Anak-anak pun dah tau. 

Kalau saya kata papa dah nak sampai, dorang takkan selerakkan rumah lagi. Papa dah sampai, baru boleh sambung projek selerak rumah

4. Jadi suri rumah, kita akan rasa lonely. Takde kawan. 

Time kerja dulu masuk kerja jumpa orang. Sembang, makan sama-sama. 

Jadi suri rumah sembang dengan anak, sembang dengan tv, sembang kat wassap. Makan sorang sambil layan fb. Itu aje. 

Antara benda yang paling rasa missing bila dah tak kerja ialah kurang bersosial. 

Time ambik anak balik sekolah dapat la jumpa mak-mak atau nenek yang ambik anak. Dapatlah sembang dalam 10 minit. 

Bila suami cerita makan-makan dengan ofismate kadang-kadang rasa jealous.

5. Jadi suri rumah takde cuti sakit atau cuti rehat. Time kerja dulu, kalau sakit boleh ambik mc. Hantar anak kat taska dan rehat kat rumah. 

Sekarang? Time sakit pun kena layan anak buat sarkas. Takde nya nak dapat rehat tidur dengan tenang dan bahagia

6. Jadi suri rumah, dah bertahun tak berdating dengan suami. 

Dulu time kerja kami ambik cuti sehari, pergi jalan2-jalan tengok wayang. Anak kat taska. Sekarang... dah tak merasa. 

Rindu moment tu. Takpe... anak-anak dah sekolah nanti boleh repeat semula.

7. Jadi surirumah, orang akan pandang rendah kat kita.

"Belajar tinggi-tinggi tapi jaga anak kat rumah je", 
"Dulu lepas spm tak dapat offer masuk u ke?",
"Tak kerja tak takut ke kalau suami buat hal? Nanti terkontang-kanting kena tinggal",
"Syoklah dapat duduk rumah tak payah kerja. Relax-relax je main dengan anak". 

Malah mertua saya pernah kantoi, tak nak sebut saya suri rumah jaga anak. Saya senyum je. 

Pasal suami buat hal tu.... apa yang kita fikir dan sebut, itulah yang akan jadi. 

Kalau takut nak berhenti kerja sebab takut suami buat hal, nah...nanti betul-betul jadi. 

Fikir benda baik, sebut benda baik, doa yang baik-baik, buat yang terbaik dan tawakal. Percaya kepada Kun fayakun.

8. Jadi surirumah, kadang-kadang syaitan akan datang dan bisik,"Kalau tak resign dulu, sekarang gaji mesti dah beribu bilion...bla..bla..bla.. berbaloi ke berhenti kerja jaga anak?".

Syaitan tu memang akan datang menjengah. Especially bila tengok kawan-kawan seangkatan naik pangkat, pakai baju cantik bergaya posing dalam bilik kat pejabat. 

Just shake it off. Jangan dilayan. Halau syaitan tu supaya pergi jauh-jauh.

Sebab tu ustaz yang kata, surirumah adalah pekerjaan paling mulia bagi seorang wanita. Sebab memang tak mudah. 

Pengorbanan paling besar ialah tinggalkan kerjaya dengan jawatan dan gaji kita semata-mata untuk anak dan suami. 

Allah juga yg akan memberi balasan untuk saya di syurga nanti. Insya Allah!


**********

Amacam....betul ke betul?

Suri rumah adalah pekerjaan paling hebat dan merekalah golongan yang paling kurang fitnah kerana banyak masa diluangkan di rumah.

Mereka jugalah calon-calon ibu syurga yang menumpahkan segala kasih kepada keluarga mereka. 

Semoga Allah berkati semua suri rumah yang ikhlas apatah lagi suri rumah yang menyediakan masa untuk berbisnes online untuk membantu suami tetapi tetap menjaga diri di rumah.

Saya sebagai lelaki sangat kagum kepada kesungguhan dan pengorbanan anda, suri rumah kaya dan berjaya.

*Jika anda ingin menjana pendapatan bersama saya di rumah secara online, boleh hubungi saya.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini untuk SHARE bersama rakan-rakan. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

2 comments :

  1. ramai suri rumah yang bekerja dari rumah...thums up untuk mereka..saya pun nak jugak duduk rumah...nak berbusiness disamping menjadi suri rumah sepenuh masa...bestnya walau penat..berbaloi tengok anak2 membesar depan mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...sanagt2 berbaloi. mmg tak dinafikan mmg penat tapi hati puas. itu lebih penting :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...