Seringkas mungkin saya coretkan di sini. Agar tiada lagi yang tersilap ertikan antara konsep bisnes Multi Level Marketing (MLM) dan skim penipuan cepat kaya, Skim Piramid.
Sepertimana tersilap mengertikan kereta dengan motor dengan hanya membezakan tempat duduk dan bumbungnya sahaja.
Hakikat orang kita terutamanya Melayu Islam, ramai yang skeptikal dengan MLM, di samping tak kurang juga yang cuba memburukkan MLM dengan cubaan menyamakan sistem MLM dengan Skim Piramid sedangkan ia berbeza sama sekali.
Mungkin secara sedar atau secara tidak sedar, berilmu taupun tidak. Tapi beza sebenar antara keduanya sangat jauh seperti langit dan bumi!
Bukankah sebaik-baik cakap itu adalah yang bermanfaat. Maksud bermanfaat adalah percakapan yang berdasarkan ilmu dan pengetahuan yang terbit dari sifat keadilan bukan berdasarkan nafsu dan kemahuan yang terbit dari sifat kebencian.
Firman Alah,"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil.
Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil.
Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan"
PERUNDANGAN
Syarikat yang menjalankan perniagaan secara MLM marketing mesti berdaftar dan mempunyai lesen.
Syarikat hendaklah berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan jualan langsung di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.
+ Sudah cukup untuk memahami bahawa MLM adalah sah mengikut undang-undang perniagaan dan negara manakala Skim Piramid tidak!
PENGERTIAN
MLM ditakrifkan oleh JAKIM sebagai:
Konsep perniagaan berteraskan pelan pemasaran berbilang tingkat (MLM).
Peserta MLM termasuklah pengedar, wakil jualan atau ejen, pembeli, pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perniagaan ini serta orang awam sama ada selaras dengan prinsip-prinsip syariah atau pun tidak.
Manakala Skim Piramid ditakrifkan oleh KPDNKK sebagai:
Promosi sesuatu skim atau pembayaran bonus atau faedah lain adalah semata-mata perekrutan atau pengenalan peserta ke dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid berbanding jualan barangan, perkhidmatan atau harta tidak ketara oleh peserta.
+ MLM berteraskan kepada ejen di atas ejen atas ejen mengikut bilangan tingkat plan yang diperkenalkan untuk tujuan sebenar adalah menjual barangan.
+ Sedangkan Skim Piramid:
i- berteraskan kepada yuran peserta di atas peserta di atas peserta mengikut kedudukan/pangkat yang dijual dengan janjian pulangan atas perekrutan ahli.
Semakin ramai ahli semakin kayalah 'kepalanya'.
ATAU
ii- dikelaburi dengan penjualan barangan atau perkhidmatan yang tidak setara nilainya dengan wang yang dibayar oleh peserta.
Jadi, skim piramid jenis ini berteraskan kepada yuran + belian (biasanya diletakkan dalam satu jumlah besar) peserta di atas peserta di atas peserta mengikut kedudukan/pangkat yang dijual dengan janjian pulangan atas perekrutan ahli.
Takrifan Skim Piramid yang kedua inilah yang banyak digunakan oleh Skim Piramid dengan menggunakan nama baik MLM.
SKIM PIRAMID VS MLM
1. BUKAN JUAL HARAPAN TAPI JUAL BARANGAN!
Ramai orang mengatakan mereka sudah 'bertaubat' dari MLM akibat kehilangan wang 'besar' yang 'diperjudikan' dalam Skim Piramid yang menggunakan nama MLM.
Kekeliruan inilah yang membawa nama buruk kepada MLM yang lain yang tidak mengamalkan Skim Piramid yang menipu dan menindas orang lain ini.
Janganlah berhukum seperti kata orang,"Itik yang yang bertelur tapi ayam yang mendapat nama".
WHY?!
Kerana harapan seringkali menipu manusia, apa lagi jika ia berkaitan dengan wang dan harta!
Harapan palsu yang menjanjikan kemewahan dalam keadaan duduk sahaja bersenang lenang tanpa sebarang usaha pasti sahaja menarik minat orang ramai yang sedang dalam kesempitan.
Berhati-hatilah.
JAKIM- Syarat pada kriteria produk.
"Produk bukanlah sebagai “topeng” atau helah dalam urus niaga bagi mengaburi ciri-ciri skim piramid atau skim cepat kaya.
Kekuatan syarikat jualan langsung (MLM) adalah terletak kepada produk yang bermutu dan bukan terhadap objektif jangka pendek bagi tujuan mengaut keuntungan segera semata-mata"
# # # # #
Cara paling mudah mengetahui sama ada sesuatu bisnes yang ditawarkan itu Skim Piramid atau MLM adalah dengan bertanyakan atau melihat harapan yang diberikan.
Sekiranya harapan yang diberikan itu terlalu melampau dengan pelbagai keuntungan yang tak masuk akal, maka tahulah bahawa itu adalah Skim Piramid.
Sedangkan MLM akan bercerita tentang barangan yang mereka jual dan harapan bonus dan kelebihan lainnya berdasarkan jualan dan kepimpinan terhadap organisasi marketing mereka sendiri.
Dari KPDNKK. Rujuk SINI. |
2. BUKAN CARI ORANG TAPI KONGSI PELUANG!
Lihat bagaimana desperatenya ahli Skim Piramid mencari ahli yang menjadi incomenya sehingga memutuskan silaturrahim sesama keluarga, penggunaan teknik memaksa yang berulang-ulang, memberikan harapan material dari semasa ke semasa dan sebagainya merupakan antara Skim Piramid berjalan.
Berbeza dengan MLM.
Kebiasaan ahlinya adalah orang yang telah menggunakan barangan atau perkhidmatan yang dijual. Akibat 'jatuh cinta' terhadap produk, mereka akan menjadi ahli secara sukarela sama ada diajak oleh 'upline' atau keinginan sendiri.
Sama ada tujuan keahliannya adalah sebagai peluang menggunakan produk itu sendiri dengan harga ahli yang pastinya lebih murah atau sebagi peluang mempelajari seni memasarkan dan menjual produk di samping membina kekayaan suatu hari nanti.
Bukan cari orang demi tujuan dan pulangan peribadi, tapi beri peluang demi tujuan dan pulangan kepada orang lain. Itulah tujuan sebenar konsep bisnes secara MLM!
Contoh aduan Skim Piramid yang sangat jelas! |
3. BUKAN LETIHKAN ORANG TAPI LATIH ORANG!
JAKIM:
"Skim piramid atau skim cepat kaya adalah tidak mematuhi prinsip-prinsip syariah kerana berteraskan unsur perjudian atau pertaruhan (qimar) melalui permainan wang (money game) iaitu downline yang baharu ditaja oleh upline akan kehilangan wang penyertaan jika tidak berusaha mencari downline yang lain."
# # # # #
Kebanyakan Skim Piramid bertujuan 'meletihkan' orang ramai walaupun dijanjikan pulangan melampau tanpa disertai sebarang usaha.
'Keletihan' terasa ketika wang yang 'diperjudikan' hilang dan pulangan yang dijanjikan tidak sama seperti yang dijanjikan.
Walaupun pada pandangan kita,"You deserved it" tapi bagi mereka ini adalah suatu keletihan akibat penganiayaan atasan demi atasan mereka dalam skim tersebut.
Sedangkan MLM adalah bertujuan melatih ahli yang berminat untuk mempelajari selok-belok bisnes mendalaminya dalam satu kumpulan khusus dengan satu matlamat atau impian.
Mereka bukan berharap tapi berusaha untuk mencapai impian masing-masing melalui latihan yang diajar dan dikongsi sesama mereka tanpa berlaku sebarang penindasan atau penganiayaan.
Kerana itu, Skim Piramid mengamalkan 'Head-Hunter', semakin ramai semakin kaya. Kerana mereka dibayar mengikut kepala.
Sedangkan MLM mengamalkan 'Product-Hunter', semakin banyak jualan semakin kaya. Kerana mereka dibayar mengikut jualan bukan mengikut kepala.
4. BUKAN PERDAYA DIRI TAPI BERJAYAKAN DIRI!
Asas kepada Skim Piramid sejak awal lagi adalah untuk tujuan money game atau fast track to make money dengan jalan meramaikan ahli semata-mata demi untuk menimbunkan wang.
Atau bahasa mudahnya adalah menipu diri sendiri dengan harapan palsu.
Kebanyakan orang sedar tapi tetap memperdayakan diri sendiri kerana satu kata kunci utamanya yang sering digunakan adalah,"Anda tak perlu bersusah payah berusaha tapi income sentiasa masuk".
JAKIM:
"Pembelian pangkat atau pembelian lebih daripada satu keahlian merupakan pendekatan yang mengandungi elemen skim piramid dan dengan itu adalah bertentangan dengan hukum syarak."
KPDNKK:
"Peserta tidak diberi kebebasan sepenuhnya dalam pembelian tetapi mereka didesak untuk membeli pakej barang-barang terpilih untuk memenuhi kehendak jualan untuk melayakkan mereka mendapat kedudukan atau bonus dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai pyramid"
# # # # #
Ramai yang memulakan penyertaan Skim Piramid dengan memperjudikan modal yang besar untuk tujuan mendapat pangkat.
Kerana kita sedia maklum, pangkat mempunyai kekuatan tarikan tersendiri untuk menarik orang agar 'akur' dan 'patuh' kepada ajakan atau arahan orang yang memilikinya.
Maka, pihak Skim Piramid mengetahui kelemahan manusia dengan pangkat dan dijadikan pangkat sebagai satu teknik memperdayakan dengan pembelian.
Sedangkan MLM menggunakan sistem pangkat sebagai bukan sebagai satu penghargaan atas kejayaan masing-masing dalam organisasi mereka.
Persoalannya, jika telah tahu bahawa itu adalah satu tipu daya Skim Piramid, kenapa masih ramai yang memasukinya?!
Jawabnya mudah. Kerana wang dan kuasa boleh mengelabui mata orang ramai yang terang kerana timbul dari hati yang tamak!
5. BUKAN PERUBAHAN FIZIKAL TAPI PERUBAHAN PERIBADI!
Antara teknik yang banyak digunakan kini adalah dengan menggunakan teknik kemewahan atau dalam bahasa agama Islam adalah pembaziran.
Teknik kereta mewah, pakaian mewah, restoran mewah yang ditonjolkan untuk tujuan 'menarik' customer atau ahli adalah teknik bisnes yang salah sama sekali terutamanya untuk perniagaan jenis MLM kerana ia menyerupai Skim Piramid.
Saya selitkan sikit, kerana itu MLM Shaklee sebagai contoh, tidak menjadikan 'kemewahan' sebagai salah satu strategi marketingnya. Kerana terselit 'gharar' atau tipudaya secara halus di sana.
Dari buku Why 'A' Students Work For 'C' Students? |
Tujuan utama Skim Piramid adalah untuk memperdaya manusia yang tamak. Jadi teknik penipuan jugalah merupakan asas utamanya.
Sedangkan MLM, tujuannya adalah untuk mengubah orang biasa yang tidak pernah terlibat dalam bisnes khususnya atau yang sedia ada bisnes untuk mempelajari teknik marketing yang sebetulnya dan seterusnya mengubah diri peserta menjadi orang yang luar biasa.
Maka, jika anda melihat perubahan peribadi seseorang baik dari segi pergaulannya, hidupnya, cara makan pakainya dan lain-lain berubah ke arah lebih baik dari sebelum ia menyertai MLM, maka tahulah bahawa itu adalah MLM yang benar, tanpa dicemari Skim Piramid.
6. BUKAN RUNTUHKAN IMPIAN TAPI BINA BERSAMA IMPIAN!
Skim Piramid meruntuhkan impian ramai orang yang awalnya masuk dengan impian masing-masing.
Biasanya mereka ini adalah orang biasa yang mempunyai kesesakan dalam bentuk ekonomi dan kehidupan dan ingin berubah secara tergesa-gesa apabila ternampak pintu harapan yang luas.
Pantas berubah, tidak salah, tapi tergesa-gesa dalam berubah pasti membawa musibah!
Baca SINI.
MLM pula biasanya mempunyai organisasi bisnes yang kuat kerana semua leadernya bermula dari zero to hero.
Mereka telah merasai perit maung dalam pemasaran dan penjualan produk sehingga akhirnya mereka mampu membantu anak buah masing-masing mengelakkan kesukaran yang sama atau sekurang-kurangnya, melalui kesukaran yang sama dengan lebih tenang.
Inilah yang dinamakan bersama membina impian dengan hasil titik peluh sendiri beserta bantuan mentor atau upline yang juga dalam perjalanan ke arah sebuah kejayaan.
7. BUKAN BANYAK TAPI LAYAK!
JAKIM:
Syarikat yang menetapkan struktur pembayaran bonus mengikut susunan hierarki yang ketat tanpa membenarkan peserta melangkau upline dengan tidak mengambil kira keupayaan dan usaha sebenar peserta adalah mengandungi elemen skim piramid yang bertentangan dengan hukum syarak.
Kaedah ini adalah yang paling jelas dalam Skim Piramid.
Siapa masuk dulu, dia untung dulu. Siapa masuk kemudian, rugi!
Maka berbondong-bondonglah yang masuk dahulu dan akhirnya dikategorikan sebagai 'berjaya' tapi selebihnya yang masuk kemudian dikategorikan sebagai orang gagal akibat ketepuan pasaran dan ketidakseimbangan sistem bonus yang dijalankan.
Skim Piramid - semakin banyak downline, semakin banyak peluang kaya.
Sistem MLM - semakin banyak usaha dan jualan, semakin layak untuk kaya.
Pilih...pilih. Anda nak tipu orang atau anda hendak jual barang!
8. BUKAN JUTAWAN KAYAP TAPI JUTAWAN SENYAP
Skim Piramid biasanya menyenaraikan jutawan-jutawan mereka dengan pelbagai aksesori hidup yang selayaknya sebagai jutawan dengan cara 'mengkayapkan' ramai insan yang ingin bergelar jutawan di bawah mereka.
Sedangkan MLM jarang menyenaraikan jutawan-jutawan mereka kecuali menyenaraikan orang-orang yang berjaya sahaja tanpa dikelabui dengan pelbagai aksesori tambahan yang tidak berkaitan.
Kebanyakan mereka diangkat kerana sales yang banyak, kesan kepimpinan yang tinggi atau anugerah-anugerah lainnya sebagai inspirasi kepada ahli-ahli yang lain.
Di samping itu, tugas mereka juga adalah melahirkan jutawan-jutawan senyap di negara kita, Malaysia!
METRO:
Pada 2008, angka jualan MLM meningkat kepada RM 4.3 bilion, manakala pada tahun lalu (2011) jualan dicatatkan sebanyak RM 8.5 bilion. Tahun ini (2012), kementerian mensasarkan industri ini menyumbang RM 10 bilion kepada pendapatan ekonomi negara.
Manakala bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015), jualan disasarkan ialah RM 54.5 bilion dan meningkat kepada RM 86 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020).
Nah, adakah ingin menafikan bahawa MLM bukanlah sebahagian daripada Skim Piramid dan Skim Piramid juga bukan sebahagian daripada MLM?
MLM memberi pulangan yang sepatutnya terhadap usaha anda dan betapa ianya memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara!
* Anda juga boleh melayari post saya yang bertajuk, Adakah Shaklee MLM Patuh Syariah? di SINI.
Mohd Taufiq
019 2486694
Motivator Kejayaan & Kekayaan
Rujukan tambahan:
5. Wikipedia
6. Akhbar Harian Metro
*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
0 comments :
Post a Comment