Assalamualaikum kepada semua pembaca.
Jom dengar cerita. Begini. Sejak ada bisnes ni, rajin sekali tangan ni nak PM kawan2 lama. So,dah alang-alang cerita terbukalah tajuk Shaklee ni. Saya ada mencadangkan bisnes ini kepada beberapa orang rakan yang sebahagian besarnya mempunyai latar belakang agama yg agak tinggi. Maklumlah kami ni 'anak-anak graduan' Universiti Al-Azhar. Jadi tentulah perhatian utamanya tertumpu kepada isu Multi Level Marketing (MLM).
Jom dengar cerita. Begini. Sejak ada bisnes ni, rajin sekali tangan ni nak PM kawan2 lama. So,dah alang-alang cerita terbukalah tajuk Shaklee ni. Saya ada mencadangkan bisnes ini kepada beberapa orang rakan yang sebahagian besarnya mempunyai latar belakang agama yg agak tinggi. Maklumlah kami ni 'anak-anak graduan' Universiti Al-Azhar. Jadi tentulah perhatian utamanya tertumpu kepada isu Multi Level Marketing (MLM).
Banyak juga kena gasak dengan soalan-soalan yg mencabar tetapi alhamdulillah dapat dijawab dengan baik. Tau bagaimana nak menjawab soalan maut dari kawan2 yg ada latar belakang agama ni? Mudah je, ikut step saya ni kalau anda mampu =) :
1. Jangan berpusing-pusing. Terus jawab direct to the point dan jangan sesekali menipu.
2. Saya ingatkan mereka saya juga graduan Azhar. Takkan saya nak burukkan nama Azhar dengan join bisnes yag bukan-bukan dan bersalahan pula dengan syarak.
3. Yang ni point akhir, taktik "Mati Ayat" namanya. Saya ingatkan mereka juga bahawa saya diiktiraf sebagai Graduan Terbaik Fakulti Usuluddin dan Dakwah Seluruh Universiti al-Azhar, 2009 di Konvokesyen al-Azhar yg dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia-Kaherah.
Point ni saya hanya guna untuk orang-orang yang memerli dan menghukum terus bahawa semua MLM adalah HARAM dengan yakinnya. Bukan untuk berlagak dengan apa yang kita capai tetapi cukup sebagai ingatan kepada mereka yg selalu menjatuh hukum bukan dari sumber hukum sebenar tetapi dari akal pendek mereka sahaja. Agama bukan HALAL untuk diri sendiri tapi HARAM untuk orang lain.
Ini adalah sebab UTAMA saya memilih Shaklee sebagai side income. Jom perhalusi. Ini adalah syarat-syarat yg wajib ada pada MLM yg patuh syarak.
1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya.
Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh.
Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas.
Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya dijualnya.
Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game) atau head hunter.
5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya.
Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.
6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya.
Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.
7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.
Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
Diharap anda dapat membuka mata dan akal untuk melihat Islam adalah agama yg MENGAWAL bukan MENGHALANG. Dikawal perniagaan agar semua pihak tidak rugi dan keadilan sosial dapat ditegakkan. Jangan sampai anda menggunakan agama untuk menjadi lapik alas bagi alasan untuk tidak bergiat dalam bidang perniagaan atau menghalang niat muslim yg lain untuk berniaga.
Jika diperhalusi, bukankah syarikat anda bekerja juga melakukan skim MLM atau sistem piramid dan itu mungkin lebih teruk lagi jika tidak dikawal. Contohnya, jika saya tanyakan berapa orang CEO syarikat anda? Tentu jawapannya seorang sahaja. Tiada dua. Pengurus pula berapa? Tentu dijawab 4-5 orang atau lebih, pekerja bawahan tentulah lebih ramai dari atasannya. Bukankah begitu?
Dari segi keuntungan pula, berapa keuntungan yg anda dapat berbanding atasan anda jika syarikat anda mendapat laba RM 10 juta sebagai contoh. Tentu semua akan menjawab yg di atas tentulah mendapat keuntungan/gaji/bonus yg lebih tinggi dari org bawahan. Inilah SISTEM PIRAMID MLM tetapi kenapa dibenarkan? Sebab ia adalah betul dan dibenarkan oleh syrak dengan syarat-syarat tertentu. Hendak tahu syarat-syaratnya, sila bertemu para ulama dan belajarlah 4-5 tahun lagi untuk memahaminya secara mendalam.
Yang penting, jangan menampakkan Islam sebagai agama RIGID dan akhirnya umat Islam sendiri kurang produktif dari sudut ekonomi dan kekal miskin selama-lamanya.
Anda juga boleh merujuk kepada http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html.
alhamdulillah, terjumpa blog ni. suka dengan gaya penulisan dan ilmu yg dikongsi. shaklee & grup jutawan memang the best!
ReplyDeletealhamdulillah berkongsi ilmu sedikit-sebanyak....terima kasih untuk kunjungan hormat ini :)
ReplyDeleteassalamualaikum.. boleh x nak mintak copy artikel ni..
ReplyDeletewassalam...sila2
DeleteTerima kasih atas perkongsian. Mohon copy artikel tuan ye?
ReplyDeletesilakan Ashikin Mohdi...yg baik sebarkan, yg tak baik kita bincang :)
DeleteSapa2 yg nak share just tekan like je kat atas artikel tu...nanti post ni akan muncul di FB anda...feel free to share..Shaklee is Different :0
ReplyDeleteShaklee memang different..mgkn tak ramai perasan tapi sebenarnye byk je berlaku dh..downline boleh atasi income dan rank upline dengan syarat berusaha lah sebaiknye. buat cara betul..baru semuanya menjadi. sape usaha lebih mmg boleh dpt lebih.
ReplyDeleteBetul tu...betul..orang malas je tak nak sistem MLM patuh syariah ni...orang malas hanya nak MLM jenis skim piramid...CAri orang ramai2, then rehat goyang kaki je
DeleteAssalamualaikum Tuan..
ReplyDeleteSekadar bertanya, adakah SHAKLEE sudah disemak oleh Penasihat Syariah dan memiliki SIJIL PATUH SYARIAH?
Boleh beri link sijilnya?
Maaf ye tuan..group saya sedang usaha meminta Shaklee untuk memohon Sijil patuh syariah dari Bank Negara Malaysia dan Majlis Fatwa Kebangsaan. Tapi suka juga untuk saya tekankan sekali lagi, mengikut apa yg saya kaji dan terlibat secara langsung sistemnya mmg patuh syariah dan jika tiada sijil pun, pasti tidak kurang kredebilitinya. Sama macam tuan bekerja dalam syarikat tuan sekarang, sistem pengurusan pekerja dan gajinya, bonus dan apa2 yg melibatkan kewangan, adakah ada SIJIL PATUH SYARIAH?! Begitu juga, saya cadangkan Majlis Penasihat Syariah untuk lebih menonjol diri dalam perkara ini. Jangan jadi seperti ASB dan ASN yg dikatakan dan dianugerahkan sijil patuh syariah tetapi tidak patuh syariah setelah dikaji oleh majlis fatwa negeri2 di Malaysia. Untuk buka pandangan tuan je. Tq atas soalan tuan.
DeleteMinta maaflah tuan, saya sekadar bertanya untuk maklumat saya. Saya berniaga sendiri sahaja.. Orang kampung... Maaflah ye... Tidak perlu menengking saya dengan tanda seru begitu. Saya percaya pihak SHAKLEE melatih ahli-ahli dengan cara professional dan matang dalam menangani karenah orang kecil seperti saya. Minta maafla ye...
DeleteLa, macam tu pula...tanda seru tu sebagai 'pengukuhan penyata' bukan tengkingan untuk anda. Tiada sekelumit niat utk bersikap biadap dengan anda. Maaf jika terasa. Saya hanya hendak buka mata anda sebab artikel di atas tak mampu buka mata anda, sedangkan kenyataan di hadapan anda. Sebab bagi sy sebagai seorang pakar dalam bidang ekonomi Islam, tentulah sy juga terasa bila org mempertikai tulisan saya ini yg 100% berpandukan al-quran, hadis dan ulama. Maaf sekali lagi.
Deleteemm..artikel ni memang semua orang akan cari
ReplyDeleteInsyaallah, semoga bermanfaat untuk semua. :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteApa pun kalau syubhah lebeh baik kalau ditinggalkan
ReplyDeleteTuan/Puan Anon, sila kemukakan di mana syubhahnya :) Saya suka perbincangan berfakta, itu agama. Takla kita kata syubhah sedangkan kita tak tau apa2. Bole PM saya di FB ye :) Saya suka berbincang
ReplyDeleteterima kasih atas info yg padat ni..mohon share
ReplyDeletealhamdulillah..izinkan saya share di page saya tuan.. tq
ReplyDeleteTerima kasih atas info2 diatas...sungguh dan sangat berguna...izinkan saya berkongsi...
ReplyDeletesilakan puan
DeleteAlhamdulillah..terjumpa link ni..mohon share ye tuan..trima kasih utk info yg sgt bermanfaat ni..
ReplyDeleteAlhamdulillah, penerangan yg lengkap.. Mudah2an lebih ramai yg akn dpt buka mata dgn pnerangan ini...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. semoga perkongsian info ini membuka mata pelbagai pihak berkenaan sistem perniagaan masakini.. bukan main sesuka say no to MLM.. sama2 kita kongsikan manfaat dan nikmat dlm MLM... insyaallah..
ReplyDeleteAlhamdulillah... Sy pun nk share juga...terima kasih...
ReplyDeleteMLM - Peserta sendiri kene buat sales & cari downline
ReplyDeleteBukan MLM - dah ditetapkan dengan tugasan masing2 spt kerani, production, etc..gaji asas dah ditetapkan...makin tinggi gaji tu maknanya makin berat lah tanggungjawab dan banyak benda nk kene pikirkan....bukan semua ahli tertakluk utk buat sales n cari customer
MLM - Kilang -> Syarikat Pembekal -> ahli MLM 1-> ahli MLM 2 (downline) -> ahli MLM 3 (downline) makin rancak ahli MLM 3 buat sales makin tinggi bonus ahli MLM 1 & 2..
Bukan MLM - Kilang -> Pengedar/Pembekal -> Peruncit -> End User (Jika end user nak direct kepada Kilang, tiada paksaan untuk melalui Peruncit & Pembekal, boleh lompat jadi Pengedar/Pembekal bila2 masa je)
tak nak sentuh pasal shaklee pn...cuma berbandingan kt artikel ni ada yg tak kena...
Tuan anon, sy sangat hargai pandangan tuan ini jika tuan letakkan nama tuan sendiri. Dengan itu sy bole berkomunikasi dengan tuan dengan lebih jelas. Pandangan tuan adalah pandangan dari sudut bisnes, tapi bukan pandangan dari sudut ekonomi Islam...Bole wassup atau Pm saya di FB ye tuan.
DeletePandangan tuan sangat baik, cuma pemahaman tuan masih kurang, mungkin saya bole bantu untuk memahamkannya.
maaf kerana tidak meletakkan nama..apa yang dikatakan di atas adalah pengalaman sendiri dalam perniagaan..pengalaman diri sendiri menjadi usahawan dan pemillik kepada beberapa syarikat...agak berat bagi pihak tuan untuk menuduh syarikat bukan MLM sebagai "SISTEM PIRAMID MLM"..nampaknya tuan sendiri yang kurang memahami konsep MLM dan bukan MLM...
DeleteMaaf tuan, saya tak 'tuduh' pun syarikat bukan MLM sebagai sistem piramid dalam respon tuan di atas...Jangan keliru ye. Kalau saya kurang memahami, tuan boleh tulis blog tuan sendiri sebab saya faham tentang MLM dan systemnya...saya tau sistem mana yg patuh syariah atau pun tidak. Dan itupun yang saya tekankan dlm artikel di atas...nak buat MLM boleh, nak buat syarikat dgn bentuk marketing MLM pun bole, tapi pastikan patuh syariah....itu shj...jangan sampai ada yg jadi mangsa upline. Itu penekanannya. Alhamdulillah, Shaklee tidak begitu dan patuh semua syarat yg ditetapkan.
DeleteKalau nak tulis, nasihat saya jangan berbelit2, sebagai usahawan dan pemilik syarikat, telus itu lebih utama, Jangan hingga tiada tuduhan, tuan pula buat ayat tuduhan, bahaya tu. :)
tuan yang tulis berbelit2 sebenarnya...cuba baca ayat tuan ni
DeleteDari segi keuntungan pula, berapa keuntungan yg anda dapat berbanding atasan anda jika syarikat anda mendapat laba RM 10 juta sebagai contoh. Tentu semua akan menjawab yg di atas tentulah mendapat keuntungan/gaji/bonus yg lebih tinggi dari org bawahan. Inilah SISTEM PIRAMID MLM tetapi kenapa dibenarkan? Sebab ia adalah betul dan dibenarkan oleh syrak dengan syarat-syarat tertentu. Hendak tahu syarat-syaratnya, sila bertemu para ulama dan belajarlah 4-5 tahun lagi untuk memahaminya secara mendalam. "
tuan cuba menerangkan bahawa syarikat biasa yang mempunyai CEO, pengurus dan pekerjanya juga menggunakan SISTEM PIRAMID MLM yang dibenarkan kerana ia adalah betul dan dibenarkan oleh syrak dengan syarat-syarat tertentu. itulah tuduhan yang dibuat oleh tuan.
Masalahnya ia langsung sama sekali tidak termasuk dlm kategori MLM pn...harap tuan dapat mengkaji dengan lebih mendalam sebelum membuat contoh...
alhamdulillah, jelas. lain kali quote macam tu, senang saya nak ceritakan. terima kasih atas penjelasan tu kerana saya cuma baca dari respon tuan. maaf atass kekeliruan.
Deletejika tuan baca pun tentu tuan faham, yes..itu mmg sistem MLM dari sudut kiraan sistem kewangan/pembayaran gajinya tapi bukankah saya kata ia BETUL dan saya juga letakkan bahawa ada SYARAT2 tertentu yg mesti dipenuhi dan sila tanya ulama ekonomi terdekat anda atau penasihat syariah syarikat2 anda utk mendalaminya.
Harap tuan juga dapat mengkajinya sendiri kerana dlm ni sy hanya khusus utk Shaklee dan syarikat yg buat MLM secara langsung...Yg tidak langsung, sy tak nak sentuh panjang2. Ataupun mungkin lepas ni saya buat sistem penggajian yg zalim dalam kaca mata Islam utk tuan lebih jelas dan saya akan cuba buat perbandingan dengan sistem penggajian Barat dan dasar kerajaan supaya kita dapat sama2 lihat mana yg lebih zalim antara syarikat milik org Islam atau syarikat milik bukan Islam :)
Artikel yg bermanfaat utk menjelaskan kekeliruan org tentang shaklee. Saya mohon share, tuan. Terima kasih
ReplyDeleteSebagai seorg pakar,sy ingin memibta jasa baik tuan utk mmberi pndapat mngenai produk double stemcell yg sdg hangat diperkatakan skrg ini.terima kasih
ReplyDeletePandangan saya...doble stemcell telah mencalarkan imejnya sendiri kerana tidak memohon status halal dari JAKIM dan menyalahgunakan pula logo tersebut pada produk mereka. Sebaiknya syarikat pengedar seharusnya mengambil tindakan segera.
DeleteUntuk sistem bayaran komisyennya, saya simpulkan tidak patuh syariah...nak tahu lanjut, bole PM saya. Di sini, sy terang secara umum sahaja
This comment has been removed by the author.
DeleteAssalamua'laikum tuan, bole bgtau mcm mana cara saya nak hubungi tuan berkenaan isu syariah double stemcell ni. Saya mmg nak tau sbb hati saya ragu2 tapi bila saya terangkn dgn agen2 double stemcell ni, mereka nak berbalah shj la..tak nak mengalah. Saya sedar saya tak pandai sgt bab hukum2 n agama..jadi mungkin lah mereka tak boleh terima bila saya explain dgn mereka.
DeletePn bole PM saya di fb...sebelah post ni ada lamat fb saya, bole terus add friend di sana dan bawa ejen2 stemcell (suggest friend) kepada saya...nnt senang saya nak jawab kalau ada yg patut di jawab...bole juga whatsapp saya di no 019-2486694
DeleteRakan2 sy pon ada yg berniaga shaklee. Bgslah.. Berniaga mengikut sunnah nabi kita.
ReplyDeleteSy nk tumpng bg mklumat..siapa yg nk MOHON KERDAI SERBANEKA SPT WATSON N GUARDIANS.. Sila wassap ke 0139353575 . Modal hanya rm2700 shj. 95% syarikat tanggung kosnya. Kedai kita boleh pilih lokasi. Syarat 18thn ke atas..
Dah lama sy cari artikel sebegini. Pohon share ye. Tq:)
ReplyDeleteAlhamdulillah Elken juga MLM yang patuh syarak
ReplyDeletesalam puan...jgn cepat2 letakkan terus patuh syarak jika belum bertanya org yg tahu ttg sistem ekonomi Islam...sila PM saya utk jelaskan cara Elken, dan kemudian sy beritahu hukumnya...itu cara sepatutnya :)
DeleteAlhamdulilah , dengan artikel ni lagi semangat saya nk buat shaklee...
ReplyDeletepada yang berminat untuk mendapat produk atau info shaklee di sekitar Kajang / Bangi / Putrajaya
Boleh terus SMS / Whatsapp saya ke 01126269033 - Hazim
Admin mohon tumpang promote ye jika tiada masalah
selama ini saya jelak dgn geng shaklee yang megah dengan status halal antarabangsa mereka. Puas hati rasanya bila jumpa dengan artikel pendedahan ni. Saya akan save link ni dan sebarkan bahawa shaklee adalah mlm yang tak lulus syariah
ReplyDeleteTapi adakah ini sumber yang sahih?
eh saudara/saudari..sudah baca belum artikel ini?jgn baca tajuk shj :)
Deletesabar tuan anon....jgn menuduh melulu...baca dulu...jgn malukan diri sendiri :)
DeleteMacam tak habis baca je 😂😂
DeleteAs-salam..bagi saya MLM bukanlah satu perniagaan.Maksud saya kita bukan owner kpd syrikat tersebut.kita hanya sebagai agen kepada syarikat tersebut..hanya kene bayar beberapa RM sahaja untuk menjadi ahli.So tidak sesuai kalau dikatakan sebagai perniagaan.Just my opinion.
ReplyDeleteterima kasih atas pandangan tuan...tapi bagi saya ia sebuah perniagaan kerana tidak wajib sesebuah perniagaan mesti milik tuan punya kedai...Cth: sy gunakan kemahiran marketing sy utk sharing ttg produk Shaklee, sebagai pulangannya, sy dibayar atas perkhidmatan yg saya sumbangkan :) Harap jelas
Deletemohon share ye cikgu mat
ReplyDeletePerkongsian yang bermanfaat..
ReplyDeletesyukur!!!n saya mintak izin copy n edit2 sikit ye empunya blog cikgu mat!!.semoga perkongsian ini mendapat rahmat dari Allah!!aminn..Shaklee bnyk mengajar saya tentang mendekatkn diri dgn Allah..
ReplyDeleteApa pendapat tuan tentang barangan dari USA? Pernah kita diwar warkan supaya boikot barangan USA..sedangkan sekarang kita menjual product2 mereka..secara tidak langsunh kita memberi keuntungan.kepada negara yg banyak.mendatangkan kesedihan dan menyeranh negara2 islam...mereka bom n bunuh org2 islam..apa pendapat tuan..sekdara bertanya...
ReplyDeleteTuan bole baca link ni...sy dah jawab juga. http://wafiqulya.blogspot.com/2013/08/pencerahan-kerana-shaklee-kami-menolak.html
Deleteterima kasih di atas perkongsian. Mohon izin utk copy n share,
ReplyDeletependapat saya ttg isu boikot brgn USA, kita boikot kpd brgn yg terang terang mengisytiharkan percent keuntungan jualan di salurkan utk tujuan menindas org Islam....contoh nya McD... so x payah lapaq sgt mkn McD tue yer...:-)
Jika nk menonong boikot produk USA, kita x mampu buat produk it, apple semua dr USA....
pendapat saya lagi, x semua org kat USA itue bukan Islam...masih ada ramai sedare seagama Islam kita di USA yg mengeluarkan produk dan bekerja di sana... mcm di Malaysia pun,..jgn ingat takde Yahudi yg dok kat Malaysia nie..
janji produk halal, natural dan tanpa bhn kimia pulak tue, Shaklee utk semua...kita bertuah, sebab Shaklee sampai ke Malaysia:-)
Setuju sangat dengan pandangan puan...sy juga dah jawab d link ini:
Deletehttp://wafiqulya.blogspot.com/2013/08/pencerahan-kerana-shaklee-kami-menolak.html
Boleh jelaskan mengenai Elken?
ReplyDeletePuan, PM saya ye. Saya sangat berbesar hati untuk membantu pn :)
Deletekepada saudara bader haslim,
ReplyDeletebagaimana pula dengan pemilik stesyen minyak petronas, kedai 7eleven atau restoran francais jm bariani? adakah mereka tidak menjalankan perniagaan hanya kerana mereka tidak memiliki syarikat yang memberi peluang bisnes itu?
jawapan yg sangat baik tuan...tidak dinafikan ramai di antara kita yg tidak mendapat pendedahan sebenar tentang perniagaan...mereka fikir bisnes mesti kita jadi pemiliknya, maka ramailah orang melayu tak berbisnes. Sebab nak jadi pemilik, modal bukan sikit, bila macam tu orang akan berhutang....kalau bisnes menjadi okla, kalau tak menjadi, bankrupcy pula menunggu. Mana satu pilihan anda? Nak modal rendah atau tanpa modal atau nak keluarkan modal besar terus? :)
Deletegood info:)
ReplyDeleteAssalamualaikum mohon copy info
ReplyDeleteTerima kasih
Mohon pencerahan/confirmation:
ReplyDeleteBenarkah harga product Shaklee agak tinggi dari harga sebenar kerana portion kenaikan itulah akan digunakan sebagai bayaran kepada agen2.
Tidak benar kerana harganya tidak pernah naik selama 56 tahun berada di Malaysia dan di dunia walaupun harga barangan lain naik setiap tahun. Cukup kot jawapan tersebut.
ReplyDeleteSalam ustaz, untuk point ke6, sekiranya upline tidak dapat menjalankan taklimat dan sebagainya atas apa2 sebab tetapi masih lagi mendapat bonus hasil dr jualan downline, adakah ini akan mendatangkan "syubhah" kerana tiada apa2 usaha atas keuntungan tersebut?
ReplyDeleteYe...masih dikira syubhat atas bonus tersebut kerana tiada perniagaan yg diasaskan dengan keuntungan atas angin. Sebaiknya nilai bonus tersebut diberikan semula kpd downline2 tersebut.
Deletetp ade ke upline yg nk pulangkan bonus tu pd downline nye? Atau mungkin downline redha je upline dpt bonus hasil jualan die tu. Kire tu hasil tanpa usaha jugak tu kan...;? hmmmm
DeleteBoleh minta dari upline...jgn malu jgn segan, itu hak anda. Jika upline tak beri, itu antara dia dengan Allah. Yg pasti dia takkan lama dalam Shaklee jika begitu caranya.
DeletePersoalan anda tentang syubhah : Tuan/Puan Anon, sila kemukakan di mana syubhahnya :) Saya suka perbincangan berfakta, itu agama. Takla kita kata syubhah sedangkan kita tak tau apa2. Bole PM saya di FB ye :) Saya suka berbincang
DeleteJawapan anda sendri tentang syubhah : Ye...masih dikira syubhat atas bonus tersebut kerana tiada perniagaan yg diasaskan dengan keuntungan atas angin. Sebaiknya nilai bonus tersebut diberikan semula kpd downline2 tersebut.
persoalannya adakah perkara syubhah ini terus diabaikan oleh golongan yang sedar bahawa syubhah tu wujud ?
Kenapa tidak dihapuskn terus je sistem bonus utk upline yg x mnjalankn taklimat dan mndpt untung atas angin tu ? ..
Sekadar bertanya . :) sb apa yg sy plajari 1 akad 1 kontrak . Klo dah bonus downline dpt kat upline tu dah jd 1 akad 2 kontrak . So mcm mna tu ?
saya faham persoalannya dan utk persoalan pertama: adakah perkara syubhah ini terus diabaikan oleh golongan yang sedar bahawa syubhah tu wujud ?
DeleteWaallahua'lam sebab itu tanggungjawab peribadi dan huraiannya di bawah nanti.
Utk soalan kedua:Kenapa tidak dihapuskn terus je sistem bonus utk upline yg x mnjalankn taklimat dan mndpt untung atas angin tu?
Kerana ia termasuk dlm kontrak dan sebab itu dlm group muslim Jutawan kami, tak salah utk kita tukar upline seperti itu.
Utk soalan ketiga:sb apa yg sy plajari 1 akad 1 kontrak . Klo dah bonus downline dpt kat upline tu dah jd 1 akad 2 kontrak . So mcm mna tu ?
Anda sendiri kurang faham sistemnya. Saya bagi cth, seorang pengurus, akadnya@kontraknya sebagai pengurus dan disediakan elaun2 tertentu bila tercapai tugasan2 yg perlu diselesaikan.
Adakah elaun2 itu dikira sebagai akda kedua atau termasuk sekali dlm akad pertama?
kalau anda faham maksudnya anda kena faham bahawa bonus leadership dikira sebagai elaun kpd upline yg membantu rakan kongsinya menjadi usahawan.
Sekiranya beliau tidak memenuhi tanggungjwb tersebut, maka elaun yg diambil dikira tidak berkat. Itu sahaja. dan jangan risau, bonus rakan kongsi milik rakan kongsi, elaun adalah dari Shaklee, khas utk upline yg membantu hatta program yg dianjurkan oleh upline utk taklimat dan aktiviti bersama ahli2nya dibayar dari peruntukan khas shaklee...kesemuanya.
Assalamualaikum ustaz. Saya mohon pencerahan untuk elken?
ReplyDeleteWasslm sila wassup say di no fon saya ye. Takut bila saya jawab di sini ada perselisihan faham pula dgn org lain yg join bisnes yg sama.
ReplyDeleteSaya sendiri ahli elken1
Deleteassalamualaikum..bleh x sy nak dptkan pncerahan mngenai Elken ni..?
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu,
ReplyDeleteMaaf kalau saya bertanya soalan di luar topik, kebetulan kita sedang bincangkan isu MLM ni, apakah pula hukum perniagaan AMWAY pada pandangan cikgu? Terima kasih.
Wassalam kepada semua. Jika ada sebarang pertanyaan mengenai bisnes MLM syarikat lain.. Mohon PM saya di FB atau Whatsapp saya di no tel yg telah saya berikan. Saya perlukan sistem biz yg dijalankan agar saya dapat membuat justifikasi yg benar dan tepat dengan kehendak roh Islam dlm perniagaan. Terima kasih kepada semua yg bertanya :)
ReplyDeleteAssalamualaikum.. saya baru sahaja menyertai shaklee pada bulan lepas dan masih lagi bertatih... mohon untuk share info ini.. terima kasih...
ReplyDeleteTercari-cari juga info macam ni...agak susah jugak nak jelaskan pada orang ramai terutama yang anti dgn mlm dan shaklee....trima kasih atas perkongsian...
ReplyDelete