Saturday, 15 June 2013

Posted by Unknown On Saturday, June 15, 2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera  kepada semua rakan-rakan pembaca.

Hari ini saya ingin berkongsi pandangan tentang pencapaian rakyat Malaysia dalam terutamanya dalm bidang kesihatan. Macam pakar sangat nak bincang bab kesihatankan.... Sebab itu saya tulis perkongsian supaya lebih ramai yg membuka mata dan menanam semangat utk terus hidup dengan sihat.

Nabi SAW bersabda, "2 perkara yg sering diabaikan oleh manusia iaitu SIHAT dan LAPANG".

Tidak perlu Kementerian Kesihatan maklumkan kita, Nabi sendiri sejal 1400 tahun lalu telah ingatkan kita tentang perkara ini.

Kita sangat maklum bahawa rakyat Malaysia terutama sekali orang Melayu terlalu sibuk mencari sesuap nasi hingga mengabaikan keperluan tubuh badan mereka. Berbeza dengan bangsa Cina yg seringkali saya secara peribadi bertemu dengan mereka pada hari weekend membawa semua ahli keluarga ke taman-taman rekreasi untuk bersenam pada awal pagi dan lewat petang. sedangkan org Melayu pada hari weekend membawa keluarga menjamu selera dan memuaskan tembolok tanpa mahu berfikir kesan di sebaliknya.

Begitu juga di tempat-tempat kerja. Lihat sahaja org kita terutamanya, berapa ramai yg bercakap tentang kesihatan atau cara hidup sihat. Banyak di kalangan kita hanya berbincang apa dan di mana kita hendak mkn lunch nanti, betul tak?

Bukan utk kritikan tetapi lebih kpd sesalan. Kenapa waktu sihat kita tidak hendak berjaga-jaga, tetapi bila sakit, baru mengadah. Bukankan "Prevention is better than cure".

Anda tak percaya? Jom lihat fakta.


Laporan berita hari ini. Semakin lama semakin tinggi angkanya!

Lapporan 22 Nov 2012....Kita malas bersenam!!! Akui dan berubahlah.



Anda pasti sedar bahawa sebenarnya apabila kita sakit, kita sebenarnya terpaksa menyusahkan orang lain dan bagi org yg bekerja, pastinya ia bukan sesuatu yg menyenangkan.

Kenapa Perlu Sihat

Tau sebabnya? Sebab:

  • Tentulah sebagai tanda kesyukura kepaNya. Kalau org berikan sesuatu yg berharga kepada anda, adakah anda akan mengabaikannya. Inikan pula Tuhan yg berikan.
  • Dengan sihat kita dapat beribadah kepadaNya
  • Sumber utama untuk bekerja. Untuk mencari bekalan diri dan keluarga, tentulah kesihatan adalah perkara utama yg perlu dititikberatkan
  • Last but not least, supaya kita tidak menyusahkan org lain terutamanya org tersayang. Jika setakat sakit kepala atau selesema, itu bolehlah menjadi alasan untuk kita bermanja dengan tersayang. Tetapi jika penyakit kronik dan tiada ubatnya, bukankah hanya sesalan yg kita tanggung.

Apa Perlu Saya Lakukan?
  • Tolonglah BERSENAM. Ramai org kita yang melihat org bersenam adalah untuk kurus. Jarang sekali yg berfikir bahawa org bersenam adalah untuk sihat. Saya sendiri pernah mengalaminya. Betul. Tapi ingat, jangan pedulikan pandangan orang kalau kita benar. Alhamdulillah, selama ini sy tinggal di luar negara, belajar. Saya tak pernah sakit berat. Ringan2 tu adalah. Sekarang pun dah bekerja 3 tahun lamanya, belum ada lagi rekod MC selama ini. Rahsianya, BERSENAM.
  • Banyakkan minum air kosong. BANYAK. 3 hingga 4 liter sehari. Sangat penting untuk peredaranb darah dalam badan.
  • Banyakkan ibadat. Sebab orang yang sihat biasanya org yg kuat ibadat keran ibadat merupakan formulasi ubat dari Allah. PERCAYALAH. Yang penting ikhlaskan ibadat dan zahirkan kesyukuran kepadaNya.
  • Banyakkan puasa. Walaupun saya sendiri malas sebenarnya sbb cuaca panas sejuk di Malaysia sebenarnya membeerikan cabaran hebat untuk kita berbuka pada bukan waktunya. Apa-apa pun bagi yg kuat, silakan.
  • Makan natural supplement sekiranya perlu. Orang dahulu tak pernah makan pun benda2 pelik ni tp mereka suka makan ulam-ulaman. Sebab tu mereka jarang ke hospital dan kalau ditanya bagaimana bentuk kertas MC, mesti mereka tak kenal. Tapi kita anak muda sekarang tidak suka ulam-ulaman. Selera kita selera globalisasi, KFC, Mc D, Burger King, Pizza Hut dan sebagainya. So jangan salahkan orang lain kalau anda sakit ye. 
Cukup setakat itu sahaja dan selamat beramal!!! tolong jangan terlibat dengan rekod di atas. Mencegah dengan melaburkan sedikit masa dan wang lebih baik dari terpaksa menghabiskan masa dan wang di atas katil hospital. Beringatlah!!!

2 comments :

  1. Malaysian suka kepada makanan/minuman yang manis. tengok aje teh tarik, berapa ramai yang suka..ada yang mesti jadi kemestian setiap petang..hmmm..so boleh bayangkan berapa banyak pengambilan gula setiap harikan..

    ReplyDelete
  2. itulah terlalu ramai yg suka benda2 manis ni, dan akhirnya dapat kenangan 'manis', anggota badan dipotong akibat diabetes.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...