Monday, 3 February 2014

Posted by Unknown On Monday, February 03, 2014
Konsep Baru Mekah
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.
Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikit niche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?! 

Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya niche blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan serami mungkin orang yang masih tidur.

Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?!

Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidil Haram yang dibina oleh kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini menerima tentangan ramai pihak terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi merosakkan struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya.


Pihak Saudi memberi alasan bangunan binaan kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini mempunyai rekaan bida'ah/syirik kerana terdapat ukiran nama sahabat. Selain itu juga terdapat perancangan untuk memusnahkan stukutur kubah Masjid Nabawi sekarang kerana ia juga dikatakan tidak cukup Islamik.

Kenapa tidak cukup Islamik? Kerana kubah hijau yang menutupi makam Rasulullah SAW juga dikatakan bida'ah. Kubur tidak boleh mempunyai tanda mengikut fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina Umar dan Abu Bakar yang disemadikan bersebelahan makan Rasulullah juga akan dimusnahkan suatu hari nanti jika keadaan ini berterusan.

Walaupun atas nama pemodenan dan pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tetapi itu bukanlah tiket khas untuk menutup sejarah dan tempat tinggalan Nabi SAW dan para sahabat!

Persoalan ini membawa kepada soalan  seterusnya, iaitu, "Mengapa hanya pihak SAUDI mempunyai hak membentuk arah tuju Mekah dan Madinah? Kenapa tiada persetujuan diambil terlebih dahulu sebelum projek pembinaan/pemusnahan ini dilakukan? dan haruskah Mekah dan Madinah berada di bawah jajahan keluarga Al Saud"

PERSOALAN DEMI PERSOALAN

Kesemua projek naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini dilakukan di bawah arahan Raja dari keturunan Saud, sebab tu nama negara tersebut Arab Saudi. Beliau juga digelar "Penjaga Dua Masjid Utama".

Keyword disini ialah PENJAGA dan bukannya TUAN PUNYA. Di dalam Islam sendiri kita sedia maklum wujud konsep MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada musyawarah dilakukan diantara kesemua pemimpin negara Islam untuk membincangkan hala tuju permodenan Mekah dan Madinah?

Pihak Saudi nampaknya sangat autokratik dalam membuat keputusan permodenan. Tak mengapalah untuk keselesaan orang awam tapi kalau dah sampai menghancurkan termpat-tempat sejarah sahabat dan Nabi SAW, apa cerita ni?!


Kemudian semua projek pembinaan diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group. Kita semua sedia maklum bila seseorang Muslim itu menderma kepada pembinaan sebuah masjid, surau atau tanah wakaf, pahala dari pemberian mereka itu akan berterusan sehingga hari kiamat. Kenapakah keluarga Al Saud dan Bin Ladin memonopoli projek ini tanpa perbincangan dari semua negara Islam?

Tidak banyak pemimpin Muslim yang berani menegur monopoli  2 masjid suci ini untuk kerabat dan kroni mereka sendiri? Hanya Presiden Turki dan Iran yang mempunyai semangat dan keberanian untuk mempersoalkan kemusnahan bangunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan Madinah yang sedang giat dilakukan kerajaan Saudi. Mereka juga membantah pengkomersilan melampau yang berlaku di Mekah.


Contoh pengkomersilan melampau ialah Raffles Makkah Palace, hotel mewah siap dengan butler yang terletak bersebelahan Masjidil Haram. Menara jam gergasi yang ada sekarang pula rata-rata dipersetujui telah mengalihkan perhatian umat Islam dari memandang Kaabah.

Saya yakin anda pasti bersetuju bahawa tarikan utama Mekah sepatutnya ialah untuk beribadah dan melihat Kaabah. Bukannya pergi hotel mewah dan jam gergasi tertinggi di dunia. Agak ironik rumah nabi, sahabat, makam isteri-isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan kerana "bida'ah" dan di atas tapak yang diratakan itu pu dibina cawangan makanan 'HARAM' Starbucks, Marks and Spencer, Raflles Hotel dan McDonalds.


Antara kesan yang nyata akibat permodenan Mekah dan Madinah ialah kos untuk menunaikan haji serta umrah menjadi terlalu mahal. Ini mengakibatkan umat Islam yang sepatutnya sudah mampu menunaikan haji terpaksa mengumpul lebih banyak wang untuk memenuhi rukun Islam ke 5.

Ramai golongan tua yang baru pulang umrah mengeluh Mekah yang mereka lawati pada tahun 90-an ketika menunaikan haji dahulu sudah hilang. Menurut mereka pengkomersilan yang melampau membuatkan Mekah terasa seperti seakan sebuah theme park dan bukan lagi tempat untuk beribadat kepada Allah.

Salah siapa kalau bukan kerajaan-kerajaan Islam sendiri yang memberikan keluarga As-Saud keizinan mutlak untuk melakukan apa yang mereka suka. Kalau berani bersuara kuota Haji negara akan dikurangkan oleh As-Saud and Co. Islamik kah ini?!

Last but not least mungkin lebih baik jika Makkah dan Madinah menjadi mini country seperti Vatican dimana penjaganya digantikan mengikut undian umat Islam. That way tak ada one person yang boleh buat keputusan sesuka hati. Ini juga akan membebaskan Mekah dari menjadi milik keluarga As-Saud untuk mendesak negara Islam lain untuk menutup mulut mereka atau dikurangkan kuota apabila sebarang rancangan mereka digugat atau dipersoalkan.

Masjidil Haram 2020: Sanggupkah kita kehilangan segala tinggalan Rasulullah SAW?!
Semoga Allah membantu kita semua dan Islam walaupun saya sedar bahawa salah satu daripada tanda akhir zaman atau kiamat kecil adalah apabila kaum yang dahulunya mengembala kambing di gurun-gurun mula berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi-tinggi (atas tujuan menonjolkan kekayaan mereka).

Moga Allah sentiasa merahmati kita dan memahamkan kita betapa pentingnya peninggalan sejarah tamadun awal Islam kepada kita.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

202 comments :

  1. salam! apa maksud sebenar post ni??? ingat Arab Saudi ni Malaysia ke nk bincang2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekah tu milik semua umat islam...jd seharusnya setiap negara islam punyai hak saksama dalam soal pembangunan dan pengubahsuaian... Bukan ditentukan oleh keluarga individu sahaja.. Saya rasa itu maksud penulis.

      Delete
    2. Sapa kata Makah milik umat Islam? Milik Allah tuan!

      Delete
    3. Assalamualaikum,

      Pelik tgk statement en zu islam kan bersaudara kena laa amik tahu. Cubit peha kiri kanan terasa.

      Delete
    4. Mekah milik Allah. tapi tanggungjawab setiap umat islam. bukan arab saudi.

      Delete
    5. Nabi tarak tggal bnda lain selain 2 bnda..quran ngn sunnah dia yg sahihah..awat yg ampa x amik hat tu?dok kalut psai kuboq..pdahl mmg nabi larang buat binaan atas kuboq..

      Delete
    6. wahabi detected

      Delete
    7. woi wahabi hang dok bising pasai binaan atas kuboq ingat abih alim la tu. abeh tu yang depa runtuhkan masjid pastu bina starbucks takpa pulak?? puii

      Delete
    8. Saudara zu, maksud sebenar saya adalah Arab Saudi telah melampau dan mula bertindak di luar kehendak Islam yg murni dan umat Islam pula buta mata hati utk melihat suasana ini kerana mereka terlalu cepat nak menghukum tanpa ilmu yg sebenar tentang Islam. Maaf ye. Yg bermazhab wahabi, saya tolong jawabkan,"Jika bidaah buat binaan atas kubur sahabat, maka dosa manakah yg lebih besar jika bina bangunan atas kubur para sahabat yg bernilai 26b jika nak banding dengan batu hidup yg ditandakan atas kubur para sahabat yg diletakkan dari tangan Nabi Muhammad sendiri?!"

      Delete
    9. Bila org bodoh seperti zu ni berbicara..bercakap x menggunakan akal yg dalam..

      Delete
    10. Assalamualaikum semua....inilah angkara bandsa yahudi ygvtak pernah kenal putus asa. Setiap hari berfikir cara bagaimana utk sampai dan masuk ketahan haram. Kini mereka boleh tersenyum ..bangsa arab moden kini yg kaya raya keras hati tapi BODOH DAN JAHIL telah tertipu atas nama pembangunan. Yahudi kini bokeh bangga sebab setiap umat islam yg pulangvdari mekah bukan saja bercerita tentang kaabah tapi juga menara jam idea yahudi yg tersergam. Inikah pembangunan yg kita mahu dan cerita yg nak disampaikan ...semuga kita sedar dan tidak terpesong. Semuga allah mengampun kita sebab sedetik kita bangga pd kebendaan ...ianya adalah sementara dan sedetiknjuga jiwa dan perhatian kita terpesong dari memandang kaabah......wassalam

      Delete
    11. Makkah dan Madinah adalah milik umat Islam.

      Delete
    12. "wahai orang beriman... masok lah kamu kedalam Islam seluruhnya",,,, xyah gado2 cari la keimanan yg sebenar... xperlu membodhkan orang... atau menjatohkan hukum,,,,kadang kelaka tgok gelagat orang..hehehehe

      Delete
    13. pak wahab je betul. sapa tak ikut dia maka orang tu bidaah dan sesat. hahah

      Delete
    14. sy pun mmg tak berapa nak kenan dengan cara arab saudi membangunkan mekah....tapi tindakan arab saudi disokong oleh demand yg tinggi dari umat islam seluruh dunia...sbg manusia biasa tidak salah kita katakan mrk mungkin ada khilaf dalam menjaga dua masjid suci itu dengan mengejar untung/pendapatan bukan barakah dan redha....

      tapi nak salahkan 100% pada kerajaan saudi tak boleh juga....sbb semua umat islam berebut2 nak tunaikan haji sban tahun.........

      walaupun dah beberapa kali diberitahu oleh ramai ulama bahawa haji pertama sahaja yang diambil sbg kiraan tp ramai yang pergi tunaikan haji untuk kali ke dua 3 4 5 malah berbelas kali....

      tak cukup dengan belas kalinya mereka pergi dengan pakej supaya dibezakan sbg tetamu ALLAH padahal pada ALLAH sama sbg contoh ada beberapa org mesia yg amik pakej rm 100 ribu landed mekah...tawaf..ukuf...lontar sehari....tawaf balik dalam 5 hari sahaja....

      di mina kem muassasah paling besar dan pakej pula masih byk ruang....
      salah siapa??????

      cuba semua org pergi haji sekali je nak pergi umrah pergi laa.......cuba sume org xda pakej kan lebih senang untuk arab saudi handle...tak payah buat itu ini untuk datuk/tan sri sekalian yg tentu masuk kubur tk bawak harta....

      sebagai ingatan untuk diri sendiri...satu jari menuding....4 jari tunjuk diri sendiri

      Delete
    15. bila kalifah kembali menyatukah umat islam, maka mekah tidak akan menjadi milik keluarga saud

      Delete
    16. Apa yg jd susah sgt nak paham?

      Delete
    17. Setuju sgt cikgu mat. Nampak gaya cikgu mat kene tulis salasilah As saud ni pulak.. mgkn dari situ mrk terutama Zu akan mudah faham.. sel2 otak masih belum berkembang...

      Delete
    18. Askm...bkan.nk mmbngga dri..sya bru blik dri umrah...mmg btul sngt..sgla.pnnglan NABI sdh dn akn ppus..gua hiraq..spnjng bukit..dpenuhi.dgn sampah dn sampah masyrkat..pngemis..subhNallAh..dngdng gua.d graviti...dn.kpda ssiapa yg blum.ksana..baik dsgerakn.kerna sgla.pnnglan yg smmngnya.pnya stu.kesan yg amt dlm pda.islam dn kita sluruhnya akn tinggal nama.shja..dn stu.lgi..selain umrah atau haji atau.pngzirah.makm.NABI..niat ketnah suci sdkit.sbnyak.akn beralih kpda..umrah atau haji dn.shoppinggggg...ALLAHUALAMM...dn g umrah duk.kt.hilton mmjdi stu ego...kaum kafir tdk dpt.mnembusi mekah ttpi mudah dn telah mnembusi pmikiran kaum saud ni..demi mruntuhkn akn sbuah.tingglan sjrah yg maha suci...

      Delete
  2. Salam Zu...sebagai sorg islam at least ada la sikit kerisauan dlm diri ko tu..ok

    ReplyDelete
  3. Kristian ada pope sebagai ketua..ini zaman nasionalime..mekah milik saudi..kedaulatan kena hormat

    ReplyDelete
  4. memang betul bida'ah ..sebab pak arab dan orang2 datang sana buat benda yang tak elok kat tempat2 tu.. boleh sesat

    ReplyDelete
  5. Komen tu boleh, tapi apa yang kita nak tengok mereka buat untuk kemudahan Haji? Yang last tu suruh tiru Vatican, yang ni memang BODOH nak tiru Kristian tak yentu fasal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak tiru, in term of how to manage.. apa salahnya. bukan nk tiru agama kristian.

      Delete
    2. Betul tu.. Lain kali baca betul2 dan fahamkan maksud yg nak disampaikan penulis.. Jgn cepat sgt BODOH kan org... Takut2 terkena balik batang hidung sendiri..

      Delete
  6. Bodoh tiru kristian? Sebelum menuduh org bodoh, cuba check balik apa yg dia kata. Saya pernah melawat Vatican City dan kota Mekah. Alhamdulillah. Dan saya boleh katakan, Vatican City dijaga dgn lebih baik dan teratur. Benda yg baik kita boleh tiru. Harus kita ingat bahawa jika perkomersialan Mekah cuma akan membawa satu perkara sahaja - peningkatan kos yg mendadak. Saya tak sokong jika konsep Mekah baru lebih ke arah sebuah pusat komersil. Jika saya hendak beriada atau beristirehat, saya pergi ke Jeddah ataupun Los Angeles terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju....org yg tak setuju kerana otaknya beku..bila dihamparkan kebenaran pun, masih keliru, mana yg betul mana yg salah.Suruh tiru corak pemerintahan, ditirunya pula Kristian katanya...tp pelik dia masih pakai wi fi w/pun secetek ini fikirannya

      Delete
    2. Tu lah ceritanya cikgu mat.. Sye ni xdelah faham sgt wahabi ni ape,tp yg sye tgk secara amnya wahabbi ni fahaman lurus bendul ke? Abaikanlah benda tu, yg pasti post ne mmg mencelik mata sye jgk,dan sye jgk xragu2 dlm hal ne kerana sye pernah mendengar beberapa ust berkata di akhir zaman,fitnah yg terbesar adalah berdekatan dgn mekah..

      Vatican mmg terperinci dlm soal pemilihan.. Tak disangkal.yg baik kita amik,yg buruk jgn ditiru..

      "Aku melihat sebuah negara itu penuh dgn kaum muslimin,tp ku tidak nampak islam, dan aku pernah melihat negara penuh dgn kaum bkn muslimin,tapi kulihat islam"

      Delete
    3. betul2... takut tgok komen zu... nampak mcm ilang rasa tanggungjawab terhadap situasi yg berlaku pada umat Islam hari ni.. nauzubillah...

      Delete
    4. akhir zaman kaabah akn diruntuhkn..nampk nya proses runtuhan secara diam2 telah berlaku...mgkin selepas habis keliling kaabah hilang..adakah kaabah juga akn hilang??????....terfikir ni....

      Delete
  7. apabila pengembala pengembala kambing membina bangunan pencakar langit

    ReplyDelete
  8. Kalau nak komen, sila pastikan anda faham Islam dan kehendak Islam itu dulu... Tak pernah berdosa kalau kita belajar dgn kafir sekalipun, kalau ianya bermanfaat. Tak semua orang Arab ni tinggi imannya. Diorg pun manusia biasa. Walau bercakap bahasa Al-Quran tiap2 hari, tapi kalau jahil tetap jahil.
    Hati2 dengan komen anda. Kadang2 komen anda menunjukkan tahap pemikiran dan kejahilan anda sendiri. Penulis menimbulkan fakta yang ada asas utk kita umat Islam risaukan. Peace!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik...pemahaman tuan sama dgn apa yg ingin sy smpikan dan mksudkn..

      Delete
    2. kenape perlu hati2 dengan komen,,, kerna tiade kuase bg ku utk menulis/menaip membace kalo tanpe Allah... dan aku sgt Jahil jika tidak Allah berikan pengetahuan pada Ku...sy orang bodo tumpang lalu... hehehehehe

      Delete
    3. Dan kuasa Allah jgklah yg Allah pinjamkn utk hmbanya menulis komen menasihati supaya berhati2 ketika menulis komen...

      Delete
    4. En john labu ....Allah juga yg meminjamkn kuasanya kpd hambanya utk menasihati org lain supaya komen dengan berhati2...

      Jgn nk sembang hakikat sgt la chorr... mohon kembali ke syariat.. hakikat ngn syariat seiring... bkn berasing

      Delete
  9. zaman sekarang.. tak boleh nak samakan dgn 90an lagi.. jgn tidur je

    ReplyDelete
  10. Pak arab dan mak arab ini kadang2 lebih teruk dari kita..cuba pergi tengok mrk mandi dlm sunway lagoon,si mak arab masa nak masuk berpakaian jubah tertutup 1 badan,tp bila mau mandi,hanya pakai bikini ..pernah pula ada pak arab solat disebelah saya di surau midvalley berseluar pendek atas paras lutut..mazhab apakah ini?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya hidup di cyber yang penuh iran dan arab cukup masak. Zaman kejahilan telah berulang. Wake up n smell the coffee. Dan berhentilaa bertelagah buang masa.

      Delete
    2. susah lah nak komen pasal arab.ada sebahagiannya syiah. saya pun dicyber jugak. biasa je jumpa orang yg solat bawak batu ni.
      Dulu awal² hairan juga, la ni lepas dah terbongkar hal Syria, barulah faham sikit²..
      tapi rasa malas nk tegur pak arab, yang melayu islam kat malaysia ni pun banyak yang perlu ditegur

      Delete
    3. salam ... pasal solat berseluar pendek, atas paras lutut / bawah sikit, kita jangan nak pertikaikan mereka. Sila kaji dulu / belajar mazhab mazhab yang ada. Islam ni luas sangat, dan ilmu yang kita ada ni cuma seciput je, dan harap tidak simply tuduh orang lain itu jahil, hanya sebab dia tak sama dengan kita, kena juga paham apa mazhab pegangan mereka

      Delete
    4. Sila lah balik rumah dan buat kajian terhadap 3 mazhab selain mazhab kita ni. Tapi aku tengok, yg bermazhab Syafiee ni kebanyakan nya tak ikut pun apa yg imam Syafiee suruh buat. Benda2 baru pulak yg di ajar. Hebat lagi ke korg dari imam Syafiee? Baik korg buat mazhab sendiri. Ye dok?

      Delete
  11. starbucks spe punye?

    ReplyDelete
  12. Tanah arab luas lg.. knapa perlu tuk musnahkn tpak sejrah di kota mekah... nanti anak cucu suma dh x thu mengenai sejrah islam.. iaitu sejrah agung...

    ReplyDelete
  13. mekah dan madinah dah dijamin Allah tidak akan dimasuki dajjal, maka dajjal2 kecil yg irihati akan sentiasa memburukkan mekkah dan madinah dari luar.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah tuan, sy berlindung kepada Allah dari tuduhan yg berat ini. Dajjal kecil ada di Mekah sana dan salah satu daripada tanda kiamat adalah kehancuran Mekah itu sendiri, yg hanya tinggal di akhir zaman nanti adalah kaabah (kotak hitam) itu sahaja dan kembali ia seperti zaman dahulukala.

      Jangan biadap menuduh org lain jika ilmu di dada sendiri pun tiada, jagalah lidah dan tulisan anda kerana ia tanda siapa anda!

      Delete
    2. Betul cikgu mat..yg allah lindung masjidil haram n masjid nabawi bukan bumi makkah dan madinah..kena taun sejarah tang mana datang nya raja saud ni n nama arab saudi ni mai taun bila..moga2 allah lindungi hati n iman kita..

      Delete
  14. Ini lah jadinya bila ramai lagi "Abu Lahab"2x akhir zaman yg rakus dunia muncul dan dibiarkan berkuasa sesuka hati.

    ReplyDelete
  15. Tahu atau tidak, mengapa keluarga al Saud?
    Tahu atau tidak, pintu kaabah hanya boleh di buka oleh satu keturunan sahaja?
    Kalau kamu boleh buka pintu kaabah, kamu boleh gantikan mereka. Faham?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errk.. Abu Lahab keturunan siapa eak?
      Dah tu kenapa ada plk surah Al Lahab eak.. apa yg dia dah buat eak.. sampai ada surah plk???

      Delete
    2. Adalah sangat memalukan jika anda komen sedangkan anda sendiri tidak tahu keturunan mana yg memegang pintu kunci Kaabah. maaf ye, nak tulis baca sejarah dan belajar, jgn menghentam kalau fakta kita sendiri pun salah. :)

      Delete
    3. Dik....

      Kalau tak tahu jangan lah komen macam tahu. Nanti orang nampak kita bodoh sombong.

      DiZaman moden ini, Pemegang ku nci Kaabah adalah dari keturunan bani Syaibah. Sebelum lahir Rasulullah lagi. Pemegang pertama dari Bani Syaibah adalah Qusai bin Kilab (moyang Rasulullah)· itu... Ianya dijaga oleh puak khuzanah. Sebelum tu lagi Puak Jurhum. Kebelakang lagi... Mudad bin Amrul Jurhumi... Thabit anak Nabi Ismail. Yang membina Kaabah adalah Nabi Ibrahim tetapi pemegang kunci pertama adalah Nabi Ismail.

      Sesiapa pun boleh membuka pintu kaabah. Tetapi pemegang kunci harus la dari bani Syaibah. Penghormatan ini diberi oleh Rasulullah dan termaktub didalam alquran.


      Arab Saudi bukan dijaga oleh keturuan keluarga Al Saud dari dulu. Sebelum 1926, Mekah dan Msdinah dijaga oleh Bani Hashim. Nama Arab Saudi muncul pada tahun 1926 selepas Bani Saudengalahkan bani Hashim dengan bantuan British.

      Banyak cendekiawan Islam mengatakan keturunan Al Saud adalah bermula dengan keturunan Yahudi.

      Delete
  16. Tempat2 USUL adalah amanah Tuhan ke atas kita..

    Jangan diubahkan
    Jangan dirosakkan
    Jangan ditinggalkan
    Jangan dilupakan

    ReplyDelete
  17. tidak salah meniru orang lain selagi ia perkara baik dan bermanfaat untuk semua. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mcm nilah fikir kita.. mmg patut pun suatu masa nnt Kaabah akan Allah angkat ke langit. Sudah hilang "Tanah Suci" nya.. sekian.

      Delete
  18. aku pon nak bagi pendapat.... "Tanya Sama Itu Hud-Hud!"

    ReplyDelete
  19. Apabila berlaku perebutan kuasa drpd 3kuasa besar yaitu drpd putra2 khalifah sndiri utk menguasai kaabah tp xseorg pn dri mereka akn berjaya..masyallah..

    ReplyDelete
  20. Sokong kerajaan saudi tutup tempat2 sejarah untuk mengelakkan bidaah. Telaga sayidatina fatimah di tutup untuk orang ramai sebab zaman dulu pompuan2 indon (sumber: melayu patani mekah) banyak mandi bogel kat situ atas alasan untuk dapatkan kecantikan/keberkatan.. satu lagi kompleks toilet tu dibina atas tapak rumah abu jahal.. wallahu alam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak lagi cara nak halang benda tu. bukan hancurkan terus. habis kalau org buat bidaaah dholalah kat masjid, nak tutup masjid la..

      Delete
  21. Cuma nak betulkan.. McDonald takde kat Mekah.. Boikot McD!!

    ReplyDelete
  22. Diorang boleh modify rumah tuhan ni.. Dalam dunia ni family dia je yang pegang rights ni.

    ReplyDelete
  23. Well written Sidi.

    Nilai spiritual hapus sama sekali. Atas nama haji dan keselesaan, dihancurkan semua monumen yang punya nilai spiritual. Kesian generasi akan datang, tak ditinggalkan satu nilai fizikal pun kepada mereka.

    ReplyDelete
  24. marah betul sbb ada starbuck & mc d
    dua brand ni antara yg disabotaj kerana kita menyokong palestin
    tup² ada pulak kat mekah

    cis

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullahkan ..mcm pelik je bila dua brand ni ada disana...rasa xkena betul...

      Delete
    2. wahabi ngan yahudi kan satu geng..

      Delete
  25. Normal la tu.. blogger2 kan ramai wahhabi.. tu yg kepanasan habis tu.. semoga kita semua dijauhkan dari ajaran2 wahhabi.. aminnn~

    ReplyDelete
  26. perghh ramai pulak penyokong wahabi dok backing apa yang keluarga soud ni buat.. belajar ler sejarah wahai sedara.. keluarga soud ni menguasai mekah bukan sebab kaabah. tapi sebab minyak... dorang tu asalnya kabilah penjaga kunci pintu kaabah je. tapi lepas tu bergaduh dan mengaku raja pulak tu. Tahun 1970/80an amerika wat perjanjian dengan keluarga soud yang dorang akan beli minyak arab saudi selama 30 tahun dengan syarat pakai Dollar amerika. sebab tu arab saudi kaya sebab pelanggan dijamin berpuluh tahun. sekarang unsur amerika dah masuk ke mekah. sapa punya idea nak buat starbucks kalau bukan amerika?

    ReplyDelete
    Replies
    1. penjaga pintu kaabah bukan keluarga Saud, tapi keluarga Shaibi. Terima kasih.

      Delete
  27. Tepuk dada tanya iman

    ReplyDelete
  28. Tidak hairanlah knapa bangsa melayu payah nak maju. Kerap sangat gaduh dgn bgsa sndiri. Sama agama pulak tu. Tak hairanlah kalau kt malaysia ni melayu dan islam diperlekehkan. Dekat ruang komen ni pun nk gaduh. Daripada asyik bergaduh , bukankah lebih baik kalau bincang elok2.? Sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan atas pandangan yg bijaksana itu. Sangat memalukan bila kita bergaduh atas kesatuan Amerika dlm menghancurkan islam dan monumen2 Islam.

      Delete
    2. Bismillah.utk apa sejarah monumen itu...

      Bolehkah ia menambah iman..atau ia akan membawa kesan khurafat dan Syirik...?

      Delete
    3. Boleh kedua-duanya. Untuk apa pebangunan di Mekah, boleh menambah iman atau membawa kesan lupa diri dan tujuan utama utk ibadat?

      Jika ingin bersoal jawab begitu, siapa pun boleh. :)

      Yang lebih penting adalah bagaimana kita bersikap. Tiada orang memuja rumah Nabi jika masih ada pun. Begitu juga monumen yang lain. Itu beza umat Islam dengan orang bukan Islam.

      Jangan berburuk sangka dengan akidah umat.

      Delete
  29. Dah satu fahaman, satu aliran memanglah akan sokong apa sahaja raja keturunan yahudi tu buat. Nabi saw dulu sembahyang dlm mesjid dr pokok kurma jer, hari ini mesjid hebat tapi rohnya makin kurang.

    ReplyDelete
  30. Iran pulak dia pegi ambik contoh..iran tu syiah laknatullah...sedang di zaman umar r.a sebuah pokok yg tercatit dalam Al quran pon umar tebang hanya kerana manusia mula mengagungkan pokok..untuk melakukan kesyirikan...penulisan di atas adalah atas dasar ideology syiah..sila berbalik kpd al quran dan sunnah bukan foqrah songsang. Sedangkan hadis nabi itu jelas islam tetap akan terpelihara di sana. Apakah anda mahu rujuk di iran?
    Apakah kamu mahu keluar ketaatan jika imam mahdi dan nabi isa mahu membunuh dajjal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan, menuduh org lain Syiah atau berideologi Syiah itu adalah org yg tak beradab dan tidak belajar ttg ilmu agama. Saya tak ambil cth, ttp memang itu yg berlaku hakikatnya. Betul Saidina Umar tebang pokok tersebut kerana itu ijtihad sahabat Nabi yg dah pegang tiket syurga. Atas ijtihad siapa pula yg benarkan Arab Saudi dan rajanya meruntuhkan monumen2 Islam? Jika kerana pokok itu ditebang kerana mengagungkan pokok, maka tuan tentu sangat berbangga jika kubur Nabi sendiri dibakar dan dimusnahkan kerana betapa ramai umat Islam yg mengagungkan dan berziarah ke kubur Nabi? Biadap sangat tuduhan tuan....maka saya jawab kebiadapan tersebut dgn jawapan Imam Syafie,"Jika kerana sayangkan keluarga dan sahabat nabi, maka aku dituduh Syiah, aku sanggup terimanya...tapi urusan kamu dengan Allah, aku lepaskan atas ketentuan Nabi sendiri di akhirat kelak".

      Delete
    2. Yes.. saya sokong pdgn tuan

      Delete
  31. seperti biasa isu seperti ini ada yang setuju dan ada yang tak setuju... apa apa pun, ingat tujuan kita kesana untuk beribadat... Selamat beribadat!!!!
    http://guruscuba.blogspot.com

    ReplyDelete
  32. at first..aku pon tak suka..tp bila aku dengar ada 1 pendapat lain..aku pon agk bminat dgn pendapat satu ni..ada org bpendapat bila hari akhir nanti..umat islam akn dpt kn plindungan di mekah and madinah..bkaitan dgn perang akhir zaman etc..so sbb tu mereka buat btingkat2 supaya dpt tampung umat islam yg ramai waktu tu..ramai akn pergi ke mekah dan madinah..untuk dptkn perlindungan..aku rasa hotel mewah..starbuck semua tu tak perlu..sbb mekah kn tmpat beribadat..tp aku rasa ada kperluan diubahsuai spy mekah dpt mnampung ramai umat islam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu adalah alasan Amerika tolong bg supaya kita duduk saja tak menjawab dlm isu ni sedangkan Mekkah dan Madinah itu adalah tanah yg luas...Persoalan di atas adalah kenapa nak hancurkan tempat2 sejarah Islam bukan di tempat lain. Kenapa didirikan bangunan yg tinggi2 di sekeliling Kaabah sedangkan kawasan Mekah sangat luas? Dan takde satu hadis pun ttg umat Islam berlindung di Mekah dan Madinah kecuali hadis yg menceritakan penduduk tetap di sana sahaja yg berlindung di Mekah dan Madinah..Harap dapat pencerahan.

      Delete
  33. shaklee tu syarikat amerika mungkin milik yahudi so kenapa nak join? tak cukup bagus ke syarikat islam yg ade kat malaysia ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuo, betul...tapi bukan milik Amerika..ia milik orang Amerika. Jika bagus syarikat Islam di Malaysia dalam bidang supplment silakan cadang utk saya tuan...sy sedia mendengar..BTW, tuan ejen syarikat supplement islam Malaysia yg mana?

      Delete
    2. Mentality org kita...join syarikat milik org amerika dikatanya agungkan barat xikut sunnah nabi bagai...oh my melayu

      Delete
  34. Shakleeee agent yahudi....kau tahu ke x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye saya tahu...bahawa anda memang tak tahu. Jika anda benar, tulis la nama dan buat blog anda...jemput saya baca dan kita discuss. Tak guna nak tulis, org tu agen Yahudi bagai kalau nama sendiri takut nak tulis :)

      Delete
  35. Being a revert and well travelled, I notice...so much intoleance and sikit sikit want to bring American, Christian etc. Why not we live like a true Muslim and not "Fitnah" others.
    The writer has written from his observation and experience, so be opened minded and
    not having silo mentality. How could it be so much intolerance towards each other and yet as a Muslimwe are jumpy and critical of each other positive view and comments.
    We are lucky to live in a Muslim majority country....we must not be katak bawah tempurong.

    ReplyDelete
  36. kemajuan ini tanda kiamat yang semakin hampir! Rasulullah saw pnh bermimpi (atau bersabda w.a) tanda akhir zmn kemuncaknye terdapat satu bangunan yang lbh hebat yang menutupi matahari terpancar terus ke kaabah..serta mengalihkn pandangn umatku utk beribadah kerana kemewahan yang sgt di sekitar kaabah. telah terjadi apa yang disampaikn oleh Rasulullah saw. umrah pertama sy sblm pmbgnunan berlangsung..tiada kata yang dpt digmbrkn ketika jejak kaki ke kota Mekah. persiapn sblm berangkat dan bacaan buku buku sejarah sy baca untuk tidak ketinggalan ilmu apabila smpi di sana. terlalu indah terlalu indah seolah xmahu pulang ke tanahair!! dua thun slps itu sy mnunaikn haji....pmbgn fasa pertma berlangsung...sedih sgt sedih!! antara safa dan marwah juga dipagari ..bukit batu marwah dan safa juga tidak dpt dijejaki sepenuhnye! dua thun kemudian umrah dtg lg....ketika ini...hancur hati ble sgla kemewahan berada di kota Mekah. manusia dibezakan mengikut darjat pangkat dan wang ringgit. hotel mewah ada escalator bg y mmpu tggl di zam zam tower dgn kdr ribuan ringgit utk satu malam...ALLAHUAKBAR...pakaian slps umrah juga turut dibezakan...jubah 1ST klas, 2nd klas and so on............inilah pmbangunan yang menyongsangkn pemikiran manusia yang sifatnye adalah lemah dan lalai. nauzubillahiminzalik! smuga xtergolong dlm manusia ini..pegangi hati kami Ya Allah!!

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  38. Maaf tak paham, yg nak buat haji ni manusia kan, maka yg nak buat haji kena fokus lebih la mcm ni, lagi banyak cabaran dan godaan mudahan lagi besar ganjaran kalau dapat elak semua tarikan yang ada tu, ….semoga ramai lagi jemaah haji yang tambah bijak dan jgn la sibuk dgn hiasan dunia yg ada tu…..

    ReplyDelete
  39. yang nak buat haji ternyata manusia yang Islam. yang dibicarakan sifat manusia yang ternyata dalam alQuran. manusia sifatnya lemah dan lalai.

    ReplyDelete
  40. Bak kata ustaz umno, ini semua ketetapan Allah..

    ReplyDelete
  41. Cikgu mat minta jgn layan pendapat org tuli tak berilmu seperti yg di atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas nasihat tuan. Saya kena jawab juga sbb sy bertanggungjawab atas tulisan saya ini. Cumanya sekali je saya jawab, kalau malas juga nak fikir, sy pula yg malas nak layan mereka2 ini :)

      Delete
  42. Assalamualaikum, pendapat saya sbagai sorg hamba Allah Yg hina nie... sejarah merupakan satu warisan yg prlu dipertahankan, tahu kah anda bahawa hisab di pandang mahsyar nanti adalah berdasarkan sejarah hidup kita, Allah akan Menilai amalan kita melalui sejarah hidup kita? jadi sejarah adalah perkara penting yg akan menentukan kedudukan kita Di akhirat kelak... jika sejarah itu penting, yg mana mampu menentukan kedudukan kita di alam sana, kenapa perlu kita pertikai soal sejarah yg telah tercipta dimana islam berkembang... tp sejauh mana kita mampu belajar dari sejarah? sedia kah kita belajar dari keindahan Sifat Rasullah? mampu kah kita abadi Sunnah Rasullah itu sebati dgn diri kita?, ingat, Alquran kitab panduan yang ditinggalkn Rasullah untuk umat islam menceritakan mengenai sejarah Dan masa depan, Wallahu'alam,

    ReplyDelete
  43. mohon share this article,sama -sama kita buka mata,buka hati,buka langkah untuk berjihad.

    ReplyDelete
  44. Kalau tk pernah ke makkah dan tk pernah tinggal di makkah tk payah la nk beriya2 nak tulis artikel dan bgi komen.n saudara yg tulis blog ni pula nampaknya tak la cool sgt dgn komen dan kritikan...huhu..tak de apa yg dpt di ambil hikmah dari tulisan dan komen di sini.sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya tak pernah ke Mekah boleh tulis artikel macam ni dan sebelum tu tau mana saya tak pernah duk Mekah? Ok la katakanlah sy tak pernah tinggal di Mekah, so kalau anda yg pernah duduk di Mekah, sila kemukakan hujah anda di BLOG anda sendiri....Dan satu lagi sy mmg tak cool dgn komen dan kritikan yg tak membina, terutamanya org yg tak reti tulis nama bila komen...kalau anda benar ada hujah yg hebat dan mantap, silalah perkenalkan diri...nak juga saya kenal ulama hebat mana yg mendabik dada macam ni merendahkan penulisan dan fakta org lain dgn tulisan tanpa nama dan berfakta macam anda. Org seperti adnalah yg emrosakkan umat...sekian

      Delete
    2. "Kalau tk pernah ke makkah dan tk pernah tinggal di makkah tk payah la nk beriya2 nak tulis artikel dan bgi komen.n saudara yg tulis blog ni pula nampaknya tak la cool sgt dgn komen dan kritikan...huhu..tak de apa yg dpt di ambil hikmah dari tulisan dan komen di sini.sekian"

      wahabi detected

      Delete
    3. Sy setuju dgn cikgu mat.. Sy di izinkan Allah ke dua tanah haram ni bermula haji 2006 di mana masih ada peninggalan sejarah yg sgt memberi momen syahdu dlm hidup sy sambil terbayang kehidupan rasulullah dan keluarganya... Haji 2009... Kemusnahan sudah berlaku atas nama pembesaran lapangan diluar masjidilharam.. 2011... 2012.. 2013... Setiap tahun berubah dgn kruntuhan hotel2 bajet untuk mendirikan bgunan2 tinggi dan besar... Wpun niat hanya untuk ibadah tp pandangan moden dan baru sedikit sebyk mengganggu niat yg satu itu.. 2014.. Sy menunggu masa untuk kesana kerana rindu dgn kedamaian n ketenangan yg ada di tanah haram itu... Pembangunan itu perlu tp sepatutnya tidak memusnahkan sejarah yg ada.. My 2cent... Bagi sy tulisan itu sgt betul.. Apa yg lihat 2006 hilang tanpa ada kesan dan amat menghampakan.

      Delete
    4. contoh tulisan kata2 fikiran akal yg x waras,oleh ;

      (Anonymous 5 Feb 2014 09;34.) sia2 hidup ALLAH beri akal

      Delete
  45. Ramai yg ke Mekah utk membeli belah dan bila balik ..bercerita tentang cantik dan hebatnya suasana pembangunan sekeliling Mekah... Apabila melihat ke seluruh kawasan di sekeliling Kaabah meskipun melalui gambar, ternyata pembangunan menenggelamkan sejarah dan suasana suci Islam. Dengan bangunan mencakar langit, hotel mewah dan lain2 menjadikan kota Mekah umpama destinasi pelancungan yang meriah.. Allahuakbar.

    ReplyDelete
  46. Bagi sesiapa yg nak komen, silalah tulis nama dan berikan komen membina jika anda bersetuju ataupun tidak. Jika anda tak bersetuju jgn pula melempar 'tahi' kepada penulis atau kawan2 kita yg komen di sini. Kata Muslim....kata Islam...kata beradab... di mana adab kita sebagai seorang Muslim. Jika ada hujah, tulis hujah anda dgn jelas dan saya akan jawab. Tapi kalau baling batu, sembunyi tangan, itu tanda orang cetek akalnya. trm kasih kpd yg komen positif :) Sila datang lagi melawat blog saya ye....Kita saudara seagama yg beradab, terima kasih atas budi bahasa anda. :)

    ReplyDelete
  47. Artikel ni ada yg betul dan ada yg ikut kepala otak sendiri..pendapat org kan..nak kata salah pun tak boleh,betul pun tak boleh..kesudahannya berbalah jer..fikir satu je,korang imagine korang ada kat tempat diorang..nak minta pendapat negara Islam lain mendenye kalau negara Islam pun tak bersatu..kbai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang semuanya ikut kepala sendiri...gambar2 tu sy photoshop je semua...hahaha...ada juga pendapat begini ye...sejak bila kita tak boleh tulis mengikut pendapat sendiri berdasarkan ilmu dan kajian....Islam mengharamkan penulisan ke? orang yg tak dapat bezakan salah dan betul agak susah utk sy fhmkan...semoga Allah yg fahamkan anda....Bole minta pendapat negara lain kerana mereka juga terlibat dlm OIC....... tq :)

      Delete
  48. Bg sy.. xnampak masalah ketara disitu.. kemodenan bkn halangan utk ibadah.. kalau itu jd ukuran, nampak gayanya di mekah shj kesungguhan ibadah kita.. soal sejarah warisan bukan dihapuskan tp dimurnikan..apapun ini sekadar pembentangan kertas kerja je.. kita x mampu ubah apa2.. beribu ulamak di saudi xkan xde sorg pun berfikir mcm blogger fikirkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas pandangan...bg saya sangat ketara...moden tak halang kita ibadat tapi merosakkan ibadat hingga nabi bersabda," janganlah kamu hiasi masjid-masjid kamu dengan kemewahan". Dan kedua, sejarah warisan dihapuskan bukan dimurnikan...jika benar dimurnikan, ingin sy tanya, "Di mana bekas rumah Nabi sekrang? Di mana telaga Siti Khadijah sekarang?". Jika telaga hang tuah sahaja kita jaga bukan main, inikan telaga dari ibu kita yg pertama....mustahil bg hati yg cinta tidak terkesan dgn bekas tinggalan kekasihnya...Ketiga: ulama merekalah yg bermazhab wahabilah yg menyokong tondakan menghancurkan segala monumen bersejarah tersebut atas nm pemurniaan akidah...sedangkan blogger adalah salah seorang pengikut dari 4 mazhab yg muktabar dan ramai sekali ulama yg dari 4 mazhab ini tidak bersetuju dgn tindakan tersebut...moga dapat pencerahan :)

      Delete
  49. Ni lawak.. Sbb da biasa mempertikai di Malaysia sekarang nak pertikai negara org pulak? Ada byr cukai Mekah? Kalau xde memang xde hak la nak menghalang pembangunan negara 2. Yg dibangunkan tu kemudahan... Yang dijulang tu kehebatan Islam di mata dunia. Pndapat mcm ni la yg selalu jadikan org Islam jumud.. Nabi tak pernah halang pmbgunan mahupun suruh kekalkan madinah dan mekah seperti zaman baginda... Padam la post mcm ni sebelum rakyat Malaysia ditertawakan dunia disebabkan satu fahaman yg kurang bijak mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju pendapat tuan... org bukan islam selalu labelkan mecca itu sbg pdg pasir dan pohon kurma je.. memodenkan sbg kontemporari tp pastikan la kesucian terus dijaga

      Delete
    2. Ni lawak...apa kena mengena cukai? bayar cukai baru bole komen ke? tapi kita bayar kan keperluan utk ke sana utk tunai haji dan umrah dengan segala cukainya...ke tak pernah buat haji dan umrah ni? Yang dijulang kehebatan Islam? Siapa yg julang, anda kah itu? Julang sangatlah hinggalah kubur para sahabat pun tak kenal? Julang sangatlah hinggakan rumah nabi pun tak pernah tau? Julang sangat ke hingga segala sejarah islam dihapuskan?....Yup Nabi tak pernah halang kemajuan, tapi Nabi halang pernghinaan atas para sahabat, hingga Nabi sebut di dalam hadis,"Di akhir zaman, ramai manusia akan menyalahkan orang terdahulu daripada mereka....". Dlm syarah hadis, ulama sebut, org terdahulu itu adalah para sahabat Nabi hingga dihapuskan kesan2 mereka yg ada...Utk padam post...sy mnt maaf, post ni antara yg terbaik sy tulis bersama dapatan kajian dari Arab Saudi sendiri....org takkan gelakkan rakyat Malaysia yg cerdik krn sy pasti ramai yg cerdik...tp org akan tertawakan org yg menyatakan fahaman yg kurang bijak macam ni tapi takde satu tulisan atau hujah pun yg mampu ditulisnya...Kata ulama,"Terbuka jangan sampai melampau, tertutup jangan sampai jumud"

      Delete
    3. Saya rasa kan cikgu mat, lepas ni boleh la malaysia hapus kan tempat bersejarah atas nama pembangunan. Biar hilang asal usul org x tahu n x kenal. Yg tinggal khabar2 angin je..

      Saya rasa je.. =)

      Delete
    4. Sbr jela dgn org mcm ni. Apa2 artikel yg bagus.. terbuka juga minda yg kurg ni.. artikel n kajian yg dibuat. Bukan fikir semata2.. thanx

      Delete
  50. beri komen disini...sila tolong baca hadis dan alQuran serta maksudnye sekali...segala yang berlaku di Mekah adalah titik pusingan dimana kehancuran maha hebat yang akan brlaku iaitu kiamat!....pertemuan nabi Adam dan hawa di jabal rahmah..disitu titik pertemuan disitu jugak manusia berkembang. di lembah yang hina sekitar antara mina dan jamrah...disitu lah manusia dr segumpal tanah......nak tahu selebihnye sila cari bahan bacaan dan hadis. sy bimbang jika sy tulis disini ada y tidak berapa tepat atau disalah tafsir..akan mengundang salah fhm kerna sy bukan penulis atau cendikiawan. sy cume manusia biasa y mncari ilmu dan benar3 tersentuh apabila melihat kota Mekah dibangunkan seperti itu....sila baca hadis tuan tuan dan puan puan..assalamualaikum...

    ReplyDelete
  51. الله اكبر. ساي ساوله٢ لينا د بواي ميمفي. شكرا استاذ مد كران برفسان٢ فاد كبنارن دان كصبرن. والله اعلم

    ReplyDelete
  52. Mmg kita tak setuju ngan penghapusan kesan sejarah...apapun kita tak tahu hakikat sebenar...nak ckp setuju post ni 100 percent puntakleh jugak....sbb ada yg menjadi rahsia mereka begitu juga saya teringat kisah penjaga kunci kaabah....mungkin disitu terselit ibrah.....Allahu a'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak bersetuju tidak mengapa dengan beradab dan berilmu....kisah penjaga kunci Kaabah adalah satu keluarga lain yg masih pegang kunci kaabah, namanya Bani Syaibah....bukan kerajaan Arab Saudi yg disebut di dalam hadis...moga ada pencerahan.

      Delete
  53. Bg saya pembangunan di sekitar Masjidil Haram itu perlu. Ini memandangkan pertambahan penduduk Islam. Ianya berkembang mengikut peredaran masa. Ka'abah itu sendiri telah didirikan beberapa kali sejak pembinaannya oleh Nabi Ibrahim as. Tujuan umat Islam ke Mekah adalah utk beribadat di Masjidil Haram , bertawaf mengelilingi Ka'abah dan bersa'ie diantara Safa dan Marwah. Sekiranya pembangunan yang tersusun dan terancang itu terlaksana....ianya akan memudahkan jemaah melakukan ibadat tanpa bersesak sesak seperti sekarang dan tak tersusun bangunan disekelilingnya......Ttg tempatx bersejarah itu.....saya berlepas diri.....mmg ada pro dan kontra.....biarkan yang arif menjelaskannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pandangannya :) Saya tidak merasakan pertambahan penduduk Islam memberi kesan kerana yg dibuat di sana bukan lagi utk tujuan ibadat....pasaraya terbesar di dunia, jam terbesar di dunia dan hotel terbesar di dunia pun ada....adakah ini namanya utk beribadat? moga difikirkan....jika dah faham, baru bole tahu jawapan kpd soalan,"Patutkah tempat2 bersejarah dihapuskan janya utk memberi laluan kpd projek tersebut?"

      Delete
  54. dh lah sahabat2..usah kite berbalah smp terkluar lafaz fitnah sesama kite smp timbul dendam n x puas hati..kite dikurniakan akal..kite fikir mane yg terbaik..pemikiran n tahap kite berbeza..tahap manusia pn berbeza sperti kurniaan sufi n wali..kite ambik langkah asas..kuatkan syariat kite..insyaallah Allah akan permudahkan..maaf andai sy tersilap bicara..mohon tegur demi kebaikan dri sy n sahabat2

    ReplyDelete
  55. Yang penting kuatkan iman, fahami alquran fahami hadith. Percaya rukun islam dan rukun iman. Contohi keperibadian rasulullah. Nescaya korg xkn sesat. So utk pembinaan tu kita hanya mampu berdoa. Sbb korg sedia maklum bangsa dorg keras kepala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sy stuju juga pndpt ni!

      Delete
  56. Saya amat bersetuju dengan luahan dan pandangan cikgu mat. Syabas pandangan yang dinamik. Terutama apabila kita juga melihat nilai-nilai baik dan contoh-contoh baik yang dilakukan oleh bukan Islam dalam mentadbir rumah ibadah dan tanah suci mereka. Yang murni dan syumul itu adalah agama Islam. Mereka yang mengaku Muslim belum tentu lagi menunaikan nilai-nilai murni dan syumul seperti yang dituntut itu.
    Saya tertarik dengan luahan rasa Syeikh Mohammad Abduh yang dipetik dari blog abidfana.com.... (Kredit untuk abidfana.com).
    " Selepas dibawa berjalan-jalan di sekitar Eropah, Syeikh Mohammad Abduh berkata:

    رأيت الاسلام و لم ار المسلمين و رأيت المسلمين و لم ار الاسلام

    “Aku melihat Islam (di Eropah), tapi tidak melihat Muslim. Dan aku melihat Muslim (di Mesir/negara Arab) tetapi aku tidak melihat Islam”

    ReplyDelete
  57. Saya x pernah samapai ke mekah. Tapi alhamdulillah saya pernah sampai ke jordan dan mesir untuk melihat sendiri bukti2 dan tempat2 yg ada diceritakan di dlm al quran. Bila dapat melihat dengan mata kepala sendiri, tempat2 bersejarah yg penah nabi muhammad singgah. Iaitu sebatang pokok yg masih hidup setelah 1400 tahun. Dan hanya satu2nya pokok yg hidup ditengah2 kawasan padang pasir tu. Melihat sendiri tempat nabi musa bermunajat di atas gunung tursina. Melihat kesan gunung yg hancur apabila Allah membuka hijab berhampiran gunung tursina. Melihat tempat nabi luth berlindung apabila tuhan terbalikkan bumi. Dan mcm2 lg tempat2 yg diceritakan dlm al quran anda dapat saksikan sendiri dengan mata kepala anda sendiri. Walaupun ilmu agama saya x tinggi, tp pd saya bodohlah orang yg sokong pemusnahan tempat2 tinggalan sejarah nabi. Anda menjerit melolong mempertahan cukuplah kita berpegang dengan al quran dan hadith. Tp x teringinkah anda lihat sendiri tempat2 yg ada diceritakan dalam al quran dan hadis? Pada saya, bila saya lihat sendiri tempat2 yg ada dsebut dlm al quran ia bagaikan satu perjalan kerohanian yg hebat. Membuktikan ke agungan Allah. Memperkuatkan keyakinan kita tentang isi kandungan al quran. Menyusuri kembali sejarah hidup kita. Dosa pahala kita. Tingkat amalan dan iman kita. Automatik kita boleh bandingkan takat iman kita bila kita ziarah makam ashabulkahfi. Bodohlah kita apabila asik nk itu bid ah ini bid ah. Hebat sangatkah kita nak dibandingkan dengan imam mazhab yg empat? Berapa banyak hadis yg kita hafal, yg ada dlm dada kita? walaupun sy x pandai sangat agama tidakla saya nak memperlekeh ulamak2 yg didalam dada mereka ada sekurang2nya 300000 hadis.
    Saya sangat2 sedih sebab sy betul2 nak tengok rumah Rasulullah. Nak lihat sendiri bagaimana kehidupan Rasulullah yg sebenar2nya.
    Banyak sangat pengajaran dan pelajaran yang boleh kita ambil drpd tempat2 sejarah ni. Lagi2 la tempat peninggalan nabi kita dan para sahabat..
    Sedih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saudara memori beku, knape nk tgok bru boleh kompom kan iman ke? Amanat Rasulullah SAW terakhir die tgglkan Alquran n hadith ... sdg dlm surah al rahman.... byk contoh keagungan Allah...nape manusia dustakn.....? ni byk kali ulang... byk pengajaran dan pelajaran dlm alquran.... kenape xyakini... ? albakarah ayat 3,,, mengimani perkara ghaib....suatu kewajipan.... maaf kn sy....

      Delete
    2. benar...ada org sgt kuat imannye...hanya dgn bc alQuran blh merasai peristiwa sebenar. tapi xsalah klu dgn merasai dgn menjejak kaki di atas peristiwa yang terdapat dlm alQuran blh menambhkn lagi iman di dadanye. sy bkn anti pembangunan tetapi wajarkah hotel dan bangunan shopping si sekitar kaabah. sedangkan jika benar pembangunan ini dilakukan dgn alasan utk menampung jumlah jemaah yang semakin ramai...kenapa tidak binaan rumah3 berbentuk rumah pangsapuri yang kos sederhana dan kemudahan yang sepatutnya diperlukan oleh jemaah didirikan di sekitar kaabah. cthnye rumah sakit, atau wad sementara dimana kte sedia maklum setiap saat pasti ada jemaah yang pitam pening pengsan dan segala.wa

      Delete
    3. saya setuju dengan memoribeku kerana apa.. dengan melihat kesan sejarah daripada sesuatu peristiwa lebih2 lagi sejarah kenabian. dan kita melihat sendiri depan mata dan jatuh ke hati. ada kala org yg kuat amalnya sepertimana yg dilah winslet sebut tadi. tapi adakah anda sendiri tidak akan merasakan apa2 dalam hati jiwa anda sekiranye berpeluang melihat tapak sejarah dan kesan peristiwa yg terdapat disana???

      Delete
  58. Sy umrah tahun lps dn agak kecewa sbb byk tmpt2 bersejarah yg x dpt sy lawati sbb ditutup atas alasan construction sdgkn kita x pasti tahun akn dtg berpeluangkh kita ke tanah suci? Yg mampu hanya berdoa semoga setiap thn dpt ke tanah suci. Tapi mmg betullah brg2 jugak agak mahal.

    ReplyDelete
  59. Bukan apa kita byr umrah dan ZIARAH. Tp apa makna ziarah klu byk yg x de. Bila lihat sdiri mgkn akn bertambah keimanan diri. Pegi dulu la bru tahu apa yg dimaksudkn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol!...pergi dan rasai dahulu baru berkata- kata...lontarkan pendapat melalui ilmu dan pengalaman.

      Delete
  60. Cuba bygkn mcmana kepayahan nabi S.A.W berdakwah waktu itu dgn tiada sebarang kemudahan canggih. Yg ada hanya padang pasir, batu, pohon kurma dll. Yg ni kita nk tgk sbg penguat dan bertambah kasih lg kat kekasih Allah. Bygkn bgaimn ssh mak ayah kita sewaktu mula berkahwin dn dpt lahirkn kita. Mendidik kita. Dll lg. Apa perasaan kita bila lihat peninggalan mak ayah kita. Klu dpt lihat semua peninggalan itu bkn kn bertambah lg rs cinta dan syg kita pd mereka?

    ReplyDelete
  61. Assalamualaikum.
    Pertamanya saya terharu dengan kegusaran penulis tentang pembangunan Kota Mekah & Madinah. Saya telah menetap di Riyadh selama 7 tahun. Saya sering menziarahi Kota Mekah dan Madinah dikala ada waktu lapang. Sepanjang saya duduk di tanah arab Saudi banyak yang saya pelajari dari pada kalangan ulama, student dan syeik2 yang hebat ilmunya.
    Apa yang saya nak dikongsikan bersama adalah “belum kenal belum tahu, dah kenal baru tahu”. Dari sudut pandangan pembangunan kerajaan Saudi dituntut untuk membesarkan kedua kota suci tersebut atas permintaan Negara-negara islam sendiri. Ini bertujuan untuk menampung ramai Jemaah haji dan umrah dan dalam keselesaan. Sebelum pembangunan dibuat, ianya telah di ambil pendapat semua ulama-ulama Saudi dan juga luar Negara. Jadi kesepakatan telah dicapai dari kalangan para ulama, maka pembangunan ke dua kota tersebut di bolehkan atas dasar menampung kapasiti tetamu allah yang makin meningkat dari tahun ke tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, terima kasih tuan....saya memang tak kenal siapa syeikh hebat yg anda maksudkan tapi yg saya tahu dan ada faktanya, boleh rujuk pendapat Dr Yusuf Qardhawi, Dr Wahbah Zuhailai, Dr Syeikh Sai Ramadhan al-Buti dan beberapa mujtahid di dunia ini, mereka semua tidak bersetuju dgn pembinaan tersebut. Antara syikh mekah yg tidak bersetuju adalah Syeikh Abdul Rahman as-Sudaisi sendiri...

      Jika tuan kenal Mekah, apa kata tunjukkan kepada saya mana kubur para sahabat, perkenalkan kpd saya setiap makam sahabat, perkenalkan kepada saya apa peninggalan Nabi utk kita...

      Jika anda kata, persepakatan telah dicapai, minta link kan kepada saya persetujuan antara ulama dunia tersebut, bukan ulama Saudi sahaja...anda tinggal di Riyadh 7 tahun, pasti boleh faham bhs Arab, minta link yg berbahasa arab ye, sebab alhamdulillah saya bole berbahasa Arab juga dan sy sangat sayangkan Nabi dan para sahabat yg berbangsa Arab itu...lebih dari org Arab sendiri.

      Delete
  62. Akan tetapi stuktur pembangunan itu ada sedikit percanggahan dari pembangunan asal. Dari mana perubahan itu tiada siapa pun mengetahui melainkan syarikat Binladin Coorperation. Tuan tuan sekelian, tahukah mengapa banyaknya tempat-tempat bersejarah seperti masjid kucing, masjid jin, rumah kelahiran rasulullah, dan lain2 itu telah dilupuskan? Saya kongsikan mengapa kerajaan Saudi menutup dan melupuskannya. Pertamanya apabila golongan2 yang taksub dan menganggap tempat2 tersebut karamah ini telah memuja dan meratap sehinggakan menyimpang dari ajaran islam sebenar. Kebanyakan tempat-tempat tersebut adalah berdekatan dengan Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi. Maka bermulalah penutupan tempat2 tersebut, kerana ingin mengelakkan berlakunya perkara bidaah dan syirik. Kerajaan Saudi tidak mampu menghalang golongan Jemaah yang memuja tempat2 ini yg dianggap karamah, lalu dilupuskan bagi mengelakkan berlakunya kegelinciran akidah umat islam. Akan tetapi, ada beberapa kawasan yang masih ada tinggalan sejarah masih dipelihara dan dijaga dengan ketat oleh jabatan agama islam Saudi yang lebih dikenali dengan panggilan “Mutawak” (ia adalah kakitangan agama yang bertindak dalam amar makruf nahi mungkar). Ini dapat dilihat seperti di madinah iaitu masjid 7, maqam para syuhada dan sebagainya. Begitu juga di Makah seperti Gua Hirak, jabal rahmah, dan sebagainya. Kebanyakannya kawasan peninggalan sejarah yang ditutup adalah kawasan yang dekat dengan kedua-dua masjid tersebut. Ini kerana Jemaah mudah untuk berkunjung. Begitu juga perigi beracun di ja’ranah, yang mana periginya telah ditutup atas alasan banyak pengunjung menunaikan solat, meminta hajat di perigi tersebut. Itu sebahagian mengapa tindakan kerajaan Saudi berbuat demikian yang saya amat setuju kerana ia mengelakkan dari kesyirikan yang tanpa Jemaah sedari melakukannya.

    ReplyDelete
  63. Mengenai menganggap wahabi, tuan-tuan perlu berhati-hati dalam memperkatakan wahabi. Apa yang kita tahu wahabi ini adalah mengharamkan perkara-perkara bidah. Tetapi tidak mengetahui apa itu wahabi yang sebenarnya. Untuk pengetahuan semua, mengapa ulamak Saudi bertegas dalam setiap ibadah yang dilakukan adalah kerana mereka tahu akan perangai dan kelakuan rakyat mereka. Jika kita membaca sejarah, bangsa arab ini adalah bangsa jahil yang teramat sangat. Jadi apabila agam islam dimakmurkan mereka tidak mahu amalan2 jahiliah dicampur adukkan dalam ibadah. Mereka ulamak ulamak Saudi hanya bersandarkan apa yang rasulullah buat tidak lebih dan tidak kurang. Ibadah yang ditekankan pada penduduk Saudi adalah bersandarkan al-quran dan hadith sohih sahaja. Tiada amalan-amalan lain yang diperkenalkan dengan tujuan mengekang rakyatnya mencampur adukkan perkara wajib atau sunat dengan perkara lain. Jika kita dimalaysia setiap malam jumaat mengadakan bacaan surah yasin selepas maghrib. Matlamatnya betul kita membaca beramai-ramai untuk mendapat pahala sunat, tetapi jangan menjadikan ia agenda wajib hinggakan menyamakan kewajipan seperti solat 5 waktu. Begitu juga dengan tahlil, adakah kita mengkaji dari mana datangnya amalan bertahlil? Adakah nabi kita Muhammad pernah melakukannya? Dan adakah ia tercatit dalam hadith sohih. Maka Hati-hati lah tuan-tuan dalam kita membuat dakwaan, jangan sampai kita sendiri tanpa sedar telah melakukan perkara yang becanggah dari agama.

    ReplyDelete
  64. Tetang bangunan dan menara tinggi yang dibina bersebelahan masjidil haram itu, secara peribadi saya memang tidak setuju. Walaupun alasannya adalah untuk menjadikan tanda aras untuk orang menuju ke masjidil haram. Namun itulah ketetapan yang allah mahu tunjukkan yang sebenarnya kita ini sudah begitu amat hampir dengan hari kiamat. Begitu juga gedung-gedung perniagaan yang disediakan adalah amat mendukacitakan. Kerana apa? Kerana secara tidak langsung niat para Jemaah untuk beribadat boleh tersimpang untuk berbelanja dari mengejar ibadat. Ini dalah salah satu kelemahan pentadbiran sosial kerajaan Saudi. Ini terjadi apabila pemahaman liberal mula masuk dalam pentadbiran kerajaan Saudi. Tuan-tuan jika mengikuti perkembangan kerajaan Saudi, tuan-tuan akan faham mengapa wujudnya perubahan dari tahun ke tahun seterusnya. Satu persatu perubahan tersebut akan berlaku dimana apabila pertembungan diantara pemahaman islamiah dan juga pemahaman liberal. Jadi saya tidak hairan jika ada komen-komen tentang Negara Saudi. Bagi saya ada yang benar dan ada yang salah. Apabila tuan-tuan sudah duduk bersama mereka, maka tuan-tuan akan dapat jawapannya dengan lebih tepat. Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen pjg lebar ini yg paling sy setuju...

      Delete
  65. Assalamualaikum,
    Ini kali pertama saya berkunjung ke blog ini.
    Syabas saya ucapkan akan kegusaran penulis.

    Bagi saya, kurang wajar dihapuskan segala monumen atau tempat bersejarah. Sebelum itu, mahu saya katakan, saya masih belum berpeluang ke Mekah mahupun Madinah

    1. Tidak wajar rumah Sayyidatina Khadijah dijadikan tandas. Sayyidatina Khadijah ialah isteri kesayangan Nabi, dan mengapa perlu dijadikan tandas? Sudah habiskah tanah di tempat lain?
    Jika katanya wujud unsur syirik, boleh diletakkan pegawai agama menjaga. Kononnya, telaga menajdi tempat mandi bogel, wajar jikanya kerajaan Arab Saudi menutup telaga tersebut, kemudian salurkan menjadi sumber air minuman. Tiada siapa pun yang tahu ia bersumber telaga Sayyidatina Khadijah. Maka, tidak sesuai mengambus terus atas alasan syirik

    2. Tidak sesuai rasanya jika rumah Abu Bakar dijadikan Hilton Hotel. Semua orang tahu Hilton Hotel milik syarikat yang bukan Islam, lebih wajar jika mahu membangunkan hotel sekalipun, biarlah hotel yang tiada unsur bukan Islam. Saya rasa wajar jika menara jam yang dibina itu, berada diatas tapak rumah Abu Bakar bagi menghormati dirinya sebagai sahabat yang mulia. Atau boleh dibina sebuah perpustakaan Islami .

    3. Saya tidak faham apabila ada pengkomen mengatakan tidak wajar memetik kata kata Presiden Iran kerana beliau Syiah. Saya bukan Syiah, tapi jika seorang Syiah sendiri risau, Presiden negara Turki yang sekular pun turut risau, kenapa bukan negara Islam Malaysia?

    4. Saya bersetuju dengan pendapat penulis agar dijadikan Mekah dan Madinah sebagai mini country serupa Vatican. Benda baik kita ikut, benda buruk kita tolak. Penulis mahu menyebut dari segi pengurusan. Sebagai contoh, pihak Vatican telah mengumpul berjuta juta wang penderma, kemudia digunakan untuk memelihara dan memulihara Vatican. Sepatutnya negara Islam lebih kuat kerana kita ada OIC. Semua negara Islam bincang perkara yang sama. Tahukah anda, konsep Vatican, ia hanyalah serupa dengan negara Hongkong. Hongkong milik negara China, tetapi dia bebas melakukan apa sahaja. Sepatutnya Mekah dan Madinah serta Palestin(merujuk Al Aqsa) insyaAllah, dijadikan tempat suci, hanya OIC yang menyelia secara musyawarah. Rakyat Mekah dan Madinah kekal menjadi rakyat Arab Saudi walau lahir disana.

    4. Saya faham akan keperihatinan anda semua, tetapi tahukah anda disana wujudnya telaga zam zam. Kenapa bukan tidak dikambus jua telaga zam zam? Dan pembinaan bangunan besar pasti merosak struktur telaga zam zam kerana ceracak yang ditanam . Tahukah anda, telaga zam zam pernah terkambus? Dan datuk Baginda Nabi Muhammad saw lah yang mengoreknya kembali.

    ReplyDelete
  66. 5. Jika pengkomen mengatakan wajar ditutup unsur bidaah seperti kononya Masjid Kucing dan pelbagai lagi, dan wajar orang datang untuk beribadat sahaja, mengapa perlu dibina pusat pusat komersil beli belah bertaraf dunia disana. Adakah ia dikira sebagai ibadah? Saya kira lebih sesuai jika mahu meruntuhkan Masjid Kucing sekalipun, wajar ia atas dasar pembesaran Masjidil haram, bukan sebab mahu dibina hotel

    6. Saya kira benar kerajaan Arab Saudi mahu membesarkan Makkah dan Madinah untuk menampung jemaah haji yang makin ramai. Tapi Arab Saudi negara kaya lagi maju. Boleh diwujudkan sistem LRT mahupun MRT didalam Makkah itu sendiri. Pasti orang kata saya gila, tapi saya rasa lagi gila dibina bangunan tinggi, lagi mewah. Siapa ja yang mampu tinggal disana. Yang kaya tinggal disana, yang miskin tinggal berkilometer jauhnya. Nak nak yang tua pula

    7. Saya rasa Mekah masih besar dan jika kerajaan Arab Saudi mahu menampung jemaah, boleh dibina apartmen yang tinggi, dibina secara tersusun dan diruntuhkan rumah rumah milik persendirian tersebut. Semua punya hak yang sama. Wajar Kota Mekah mencontohi Kota Singapura dan Kota Hongkong dalam aspek perumahan. Mekah hanya satu, dan saya pasti semua orang berebut untuk tinggal didalamnya

    8. Saya tertawa sendiri apabila melihat komen diatas yang menyatakan Mekah milik Allah, biarlah Allah menjaganya. Jika begitu, kenapa hudud milik Allah, kita manusia tidak laksanakan? Bumi ini milik Allah, malahan diri kamu milik Allah, tapi tiada saya yang menjaga Allah dalam perhubungan.

    9. Saya setuju dengan pendapat diatas yang menyatakan kubur tidak boleh dibina sebarang binaan(saya tahu hadis tersebut). Tetapi saya tertawa lagi, kalau begitu pindahkan kubur Nabi dan para sahabat ke perkuburan Baqi, biar tiada siapa yang tahu bukan? Pasti gembira golongan anti bidaah ini kan?

    P/s: Sebenarnya wujud sudah lama perbincangan agar Makkah dan Madinah dijadikan entiti berbeza dengan Kerajaan Arab Saudi. Cuma penulis menambah, agar dicontohi sistem Vatican. Sila baca betul betul, tiru sistem Vatican bukannya tiru sistem Kristian. Harap harap baca dengan mata, bukan dengan kanta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pandangan tuan, point tuan menerangkan tujuan sy menulis srtikel ini dengan benar dan ringkas...Jika ada yg senagaja tak nak faham juga, itu adalah sesuatu yg memalukan...Terima kasih tuan :) Semoga dapat singgah lagi di teratak saya ini. :) :)

      Delete
  67. Be optimistic..demi kejayaan dunia & akhirat. Yg tak perlu di isukan, tak payah jadi isu..silap2 jadi peperangan sesama kuasa besar muslim...dan terus hancur tanah mekah. Sudah pasti rasional pembangunan ialah untuk tarikan dan keselesaan umat Islam sendiri..terutamanya untuk mrngerjakan haji..bertepatan dgn perkembangan dunia moden.Tidaklah islam terlampau dikaitkan dgn kemunduran.,seperti selalunya.

    ReplyDelete
  68. Saya setuju bulat-bulat dengan pandangan cikgu mat. Sehinggakan hati saya ni berasa cukup luluh dan kecewa sekali dengan apa yang dah berlaku berikutan kehilangan artifak-artifak penting tinggalan sejarah para-para ambiya di sekitar tanah suci Mekah yang telah hilang nilai nostalgia silamnya akibat dari penjarahan rakus si arab saud islam wahabi kini kesan sejarah lenyap seolah-olah tiada bernilai langsung!.

    Bertambahlah lagi kecewa apabila membaca komen2 dari muslim2 bongkak yang tak beradab menghina dan mengkritik blog cikgu mat ni kononnya alasan pembangunanlah, bidaahlah, cukailah, umat ramailah, apa kejadah ni? Islam apa ni?..Takkanlah sedikitpun dalam hati tidak terdetik bagaimana nak menyelami pahit getir era zaman kehidupan Baginda Rasulullah s.a.w ketika menegakkan kebangkitan Islam sehinggalah baginda berhijrah ke Madinah berjuang bermatian bersama para sahabatnya menegakkan Syiar Islam dalam beberapa siri peperangan? Ketika Kaabah sepeninggalan era Nabi Ibrahim a.s dan puteranya Ismail a.s bukankah Kaabah ditemui terbiar dengan bermacam-macam jenis berhala lahanat didirikan di sekelilingnya?

    Beruntunglah umat Islam terdahulu dapat menjejakkan kaki ditanah suci lebih awal dengan keindahan dan keasliannya terjaga lagi dan haji mabrul dapat dibawa pulang. Tapi bukan untuk umat kemudian yang bermalang nasib kerana haji marlboro dapat kat kedai kopi Starbuck! sebelah Kaabah! Amazing! Sambil itu ada juga yang menggigit jari memandang sahaja kekayaan orang lain yang berjaya ditonjolkan si saud al Islam wahabi al mata duitan US dolar.

    Sebenarnya umat Islam sudah lama dah bertelagah sehingga berpecah kepada 70 golongan hanya 1 golongan sahaja yang Allah taala terima itupun yang tinggal hanyalah sedikit. Sebelum zaman Uthmaniyah lagi memang pun Islam mula berpecah kepada 4 Mazhab tapi yang sesat cuma satu sahaja iaitu Syiah tapi berbeza dengan cabaran umat islam akhir zaman, sekarang ni dah macam-macam aliran kesesatan dan perkara syirik berlaku perlahan-lahan menzahirkan kesannya bersama usaha perancangan jahat musuh2 Allah taala. Syaitan bertopengkan manusia amatlah licik bersekutu dengan orang kafir sejak beratus-ratus tahun dahulu yang sekarang ni makin nampak terserlah tapi orang tak sedar kerana buta hati akan rancangannya. Nauzzubillah moga dijauhi bagi sesiapa yang mempunyai anak2 cucu kerana dunia akhir zaman amatlah merbahaya ancaman bagi imannya. Sesungguhnya Allah Maha Perancang dari sesiapa yang juga merancang.

    Makkah telah mula menunjukkan kesombongan duniawinya arab wahabi mula berlumba-lumba menunjuk kekayaannya dan menunjuk kehebatan sesuai dengan perancangan Yahudi Zionis untuk menzahirkan lebih ramai lagi manusia yang sombong dan melupakan hari akhirat agar melebihi duniawi demi secebis nilai duniawi sehingga suburlah kebenciannya kepada nasib umat Islam di Palestin iaitu tempat kiblat pertama umat Islam. Wallahualam...

    (Sebelum anda membalas komen harap hulurkan dahulu sumbangan kepada tabung pelarian Palestin dan Syria dan boleh terus menyumbang kepada Aman Palestin menerusi akauan Maybank 562263010787. ikhlas supaya Allah taala lebih memberkati usaha dakwah Islamiah kita). Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  69. kita selalu cakap ikutlah islam sepenuhnya.. maka ikutlah islam sepenuhnya.. HEBAT ISLAM DAN PARA SAHABAT adalah kerana DISIPLIN DAN ADAB DIRI.. Ketakwaan kepada ALLAH dan RASUL kalau tanpa adab tak cukup bro dan itu la antara penyebab kemusnahan tamadun islam

    ReplyDelete
  70. Manusia dah sangat rama di dunia sekarang.Tak tahu nak ka mana lagi.Setiap 3 saat seorang manusia dilahirkan di dunia.Bukit bukau,hutan belantara,padang pasir,dan akhir-akhir ini Mekah pun turut terancam.Dunia dah akhir zaman.

    ReplyDelete
  71. Dipahamkan pahaman wahabi adalah dicipta oleh golongan puak berketurunan yahudi

    ReplyDelete
  72. Subhanallah...mohon saudara Cikgu Mat lupuskan tulisan saudara yang sebegini. Mengundang provokasi dan bahan prasangka tanpa perspektif wajar. Niat saudara harus betul dalam sebarang perniagaan bukannya mempergunakan sesuatu demi kepentingan saudara. Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau inilah feedback dari org yg letakkan Ust di pangkal namanya, saya sangat sedih sekali....Saya tulis ni bukan atas dasar perniagaan ataupun kepentingan sendiri..Ini cerita Mekkah ustad oi...Manakah adabnya ustad begini kalau nak dikaitkan dgn perniagaan yg saya buat sedangkan dlm post tu dari awal sy dah tulis, tujuan post ini adalah utk KESEDARAN wahai ustad yg tak sedar...sila bg link blog KESEDARAN ustad, sy nak jenguk bole? ...sy ingatkan sekali lagi, sy takkan lupuskan semata-mata nak layan seorang dua ustad dan lain2 yg tak dapat melihat isu sebenar....Jika anda sebut sy tulis bahan prasangka tanpa perspektif wajar, sila tulis pandangan anda di blog anda dgn fakta anda yg hebat dan jemput saya baca, wahai ustad.

      #Saya tulis 'ustad' sebab ada tujuan walaupun saya tau perkataan sebenar adalah 'ustaz'. Sengaja sy tulis supaya dia fhm ada perbezaan antara keduanya.

      Delete
  73. Try check asal keturunan Saud ni dan ansa pasti terkejut..

    ReplyDelete
  74. Cuma nak argue satu. Tiada apa2 peninggalan Rasulullah melainkan Al-Quran dan sunnahnya.

    pasal menara besar tu dan banyak kedai2 barat dibuka tu mmg saya setuju. Mmg tak patut ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb dlm penulisan tu banyak mempertahankan peninggalan (tempat2 bersejarah). Walhal yg patut dipertahankan perlu dipertahankan.
      Saya merujuk utamanya pada gambar yg bertajuk "masjidil haram 2020: sanggupkah kita..."

      Maaf kan saya kalau salah. Itu sekadar apa yg tahu shaja dan telah disampaikan.

      Delete
    2. terima kasih kerana bersetuju dan pandangan tuan dgn peninggalan Rasul hanya Quran dgn hadis sahaja.. Macam ni tuan, apa kata jika kubur nabi juga dimusnahkan dan nabi dibakar depan2 tuan semata2 kerana pandangan tuan nabi hanya tinggalkan Quran dan hadis je? Tuan, nabi tinggalakan ilmu dlm Quran dan hadis....larangan membina binaan besar berunsur kemewahan ni ada dlm hadis...larangan utk bermegah2 dengan Mekah ada dlm al-quran, kadi soalan saya, hadis dan al-Quran mn yg tuan maksudkan? adakah yg ada dlm bentuk buku atau dlm bentuk isi keduanya?

      Delete
  75. Ust karim,dunno wat u saying..beniaga apaan..?he's expressing his view on mecca modernisation which is melampau,and i agree with him..now we are facing rising cost to perform haj prayer,and the agent were blame here which is not their fault..kesian innocent parties got blame because of this..they just make it more difficult to perform haj..

    ReplyDelete
  76. Assalamualaikum
    Saya yasri
    Pada pikiran saya sebelum rasullah wafat, baginda hanya meninggalkan 2 benda al-quran dan sunnahnya...
    apa yg saya lihat kerajaan saudi di mekah cuba untuk membina bangunan yg selesa dan kukuh untuk umat islam beribadah... bagi menampung pertambahan umat islam yg datang ke mekah...
    Penganjuran mempertahankan dinding dan binaan yg bersejarah adalah daripada orientalis barat yg kononya mempertahankan peninggalan sejarah...
    adakah mekah sebuah muzium atau pun tempat beribadah?
    pikirkan apa yg orientalis barat mahukan sebenarnya? dan apakah yang cuba dilakukan oleh kerajaan arab saudi?
    mana yg penting pertahankan relic dinding bangunan bersejarah? atau membina tempat beribada yg selesa, selamat dan kukuh untuk umat islam?

    PS: Janagn menghukum halal atau haram itu tanpa dalil yg cukup kerana tuduhan membuta tuli tanpa usul periksa akan memudaratkan diri dan orang lain.

    sekadar pendapat saya yang ikhlas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tewrima kasih atas pendapat tuan yg ikhlas....sy menghukum dengan dalil yg cukup, alhamdulillah. Tuan mengatakan orientalis yg hendak kita kekalkan sejarah sedangkan itu hanya dari fikiran tuan, mana bukti dan faktanya? Yg kedua jika atas tujuan itu, sy minta tuan prgi ke masjid dan minta hapuskan perkuburan umat Islam dan jika ada keturunan tuan pun, sila hapuskan jika tuan bukan orientalis tadi kerana alasan tanah tersebut juga bole digunakan utk membuat binaan yg kukuh dan selesa utk umat Islam berinadat dgn masjid yg dekat dgn tanah perkuburan itu. Satu lagi, adakah kediaman itu utk semua org yg datang ke mekah atau hanya utk golongan tertentu yg mampu membayar harga tertentu shj utk tinggal di apartmen mewah itu?

      P.s: Jangan menghukum org lain orientalis atau tidak jika tidak ada fakta atau bukti kukuh tanpa usul periksa...kerana ia memudharatkan diri dan fikiran anda sendiri.

      Delete
  77. Salam, ada pengkomen mengatakan sebegini, kena tahu wahabi itu apa ? " Mengenai menganggap wahabi, tuan-tuan perlu berhati-hati dalam memperkatakan wahabi. Apa yang kita tahu wahabi ini adalah mengharamkan perkara-perkara bidah. Tetapi tidak mengetahui apa itu wahabi yang sebenarnya. " Baik, jadi di sini saya sertakan apakah itu wahabi & asal usulnya, Di harap ini akan lebih menambahkan lagi pengetahuan.
    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=793466570667516&set=a.527432220604287.140268.526083300739179&type=1&theater

    ReplyDelete
  78. Insya Allah.. pengertian yang mudah, di dalam Islam itu sendiri menggalakkan manusia mencari ilmu pengetahuan, kerana untuk mengetahui kebenaran.Bergunanya kita bermusyawarah. Namun yang lebih utama tuan katakan adalah "fahami & dalami Islam terlebih dahulu"? Insya Allah, ertinya Islam " Alif Sin Lam Alif Mim" yang berkaitan & terpaut pada perjanjian beserta amanah Allah subur pada diri.

    ReplyDelete
  79. dunia akhir zaman....kebenaran dari kata2 nabi telah terbukti......jom kawan2 kita beribadat sebanyak yg boleh.....Ya Allah Forgive us......

    ReplyDelete
  80. Apa itu wahabi? https://www.youtube.com/watch?v=z86lM58u-TE

    ReplyDelete
  81. Terima kasih atas perkongsian dan penulisan ini. Sgt setuju dgn cikgu. Hidden agenda atau kelalaian, yg pastinya tanda akhir zaman makin jelas menampakkan dirinya.

    ReplyDelete
  82. Saya tertarik dengan artikel cikgu mat dan komen daripada saudara seislam di sini..saya bersetuju sedikit sebanyak dgn apa yg cuba dismpaikan oleh cikgu mat dan pemberi komen yg lain. Yg saya tak setuju adalah cara dan jawapan oleh cikgu mat dan pemberi komen lain yg tegar hendak menegakkan pendapat masing2 sehingga mengluarkan kenyataan yg tak berapa sedap dibaca. Soalan asas yg saya nak kemukakan di sini satu aje..PERNAH TAK KERAJAAN SAUDI TAK MEMBENARKAN ORG ISLAM DARI MENGERJAKAN HAJI KECUALI ATS SEBAB2 TERTENTU? Sibuk2 diaorg nak menegakkan fahaman diaorg kat sana..ada tak diaorg menindas secara rasmi atau tolak umat2 Islam yg berfahaman lain drp mereka drpada memasuki tanah haram..yg saya dengar citer Malaysia ada la yg buat camtu. Point saya mudah sahaja...selagi prinsipnya masih ada ie. Kita tidak pernah dihalang drp mengerjakan rukun islam kelima..tu dah ok bagi saya. Nak bergaduh tentang cara dan bagaimana sesuatu perkara itu hendak dilaksanakan..mmg sampai kiamat pun tak habis..sebab bab bergaduh ttg cara membelanjakan wang kutipan surau pun boleh sampai berparang apatah lagi kalau menyentuh bab agama dan kepecayaan. Bagi saya..berdasarkan pemahaman saya (maafkan saya kalau salah faham) kepada penulisan cikgu mat..untuk mempertikaikan pemerintahan keluarga Saud dan pemberian kontrak etc seolah olah hendak menggalakkan konfrontasi antara umat Islam dan kerajaan Arab Saudi adalah suatu yg bagi saya tak berapa patut semata2 kerana tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan arab saudi tersebut. Perlu diingat bahawa niat penganut terawal Islam membina masjid disekitar kawasan tersebut adalah jauh sekali utk dijadikan monumen utk ditatap dan diidolakan oleh umat terkemudian..sebaliknya adalah bagi tujuan ibadah..dimana sekiranya struktur tersebut dah tak sesuai lagi atau sgt uzur..maka dibolehkan ianya diubahsuai atau dimusnahkan. Begitu juga dengan perkuburan..ianya adalah sbg tempat persemadian dan apa jua struktur di atasnya adalah bagi tujuan penandaan bagi memudahkan org lain mengenali kubur tersebut..sekiranya kewujudan kubur tersebut adalah menghalang laluan org ramai yg sememangnya tersangat ramai pun kat Mekah/Madinah tu..mungkin mengalih perkuburan tersebut adalah patut. Part kubah hijau saya xnak komen sebab tak pasti cerita sebenar..tapi kalau nak ikut sejarah..makam nabi pada asalnya adalah diperbuat dr pelepah kurma sahaja..kalau ikut sentimental saya kalau nak jaga sgt..lebih baik la pemerintah terdahulu pakat setiap minggu tukar je atap makam nabi tu dengan pelepah kurma daripada buang dan bina pulak kubah hijau sekarang. Walaupun byk lagi bole cakap hehe..tapi xpelah..cuma saya rasa xyahlah nak citer pasal konspirasi, hidden agenda etc..yg penting niat kita nak beribadah tu kena kuat dan konsisten..kalau lagi byk starbucks, kedai prada etc kat keliling kaabah tu saya lagi suka sebab mengingatkan saya kepada perit jerih nabi kita di peringkat awal Islam dimana terdapatnya pelbagai cabaran utk menegakkan Islam dan megerjakan ibadah di kaabah pada masa tu dgn beratus2 berhala dan aktiviti ekonomi lain di keliling kaabah pada masa itu. Utk berforum dan berbincang utk menyalahkan dan menjatuhkan sesama Islam samada sengaja atau tidak sengaja adalah bagi saya hidden agenda atau konspirasi yg paling bahaya sekali. Chow

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf tuan jika tak suka cara saya jawab, tp ini sahaja cara utk mereka dan tuan juga faham apa yg jelas hendak sy sampaikan di sini. Jika soalan tuan, adakah kerajaan Arab Saudi halang...saya jawab, ya. Beberapa kali kouta kita diturunkan dan begitu juga terhadap negara-negara lain yg menghalang pendapat mereka. Sejaran tidak pernah berbohong. Kaji dan jawablah dengan jujur bukan menyalahkan org lain atas tulisan yg betul. ....Maaf tuan sekali lagi, agama tak ikut sentimental tuan, agama mengikut ijtihad para ulama. Dan jika struktur tersebut dah tak sesuai dan uzur, tiada siapa menghalang utk diperbaiki, bukan diruntuhkan dan dihilangkan diganti pula dgn bangunan2 yg tak sepatutnya..Maaf jika tak dapat faham tulisan saya kerana orang yg cinta wujud di hatinya sahaja akan faham maksud yg saya tulis...dan jika saya eksperesikan kemarahan dlm jawapan saya, itu tanda marah itu dari cinta. Jika seseorang memarahi ibu kita di hadapan mata kita pun kita marah, inikan pula orang yg menghina dan memusnahkan monumen sahabat dan nabi kerana cinta saya kpd mereka lbh daripada nyawa saya sendiri.

      Delete
  83. Ibnu Syaibah meriwayatkan dengan sanadnya kepada Ya’la ibn Atha’ dari ayahnya, dia berkata: pada suatu hari, aku menuntun tali kekang onta Abdullah ibn Amr, lalu beliau berkata: "Bagaimana pendapat kalian, jika kalian hancurkan Ka’bah dan tidak menyisakan ada batu yang masih menumpuk? Mereka menjawab: oleh kita yang beragama Islam? Beliau menjawab: benar, kalian yang beragama Islam. Seseorang bertanya: lalu apa lagi? Beliau menjawab: kemudian ia akan dibangun dengan yang lebih bagus darinya. Apabila kalian telah melihat galian-galian besar di Makkah, dan bangunan-bangunannya menjulang tinggi melebihi pegunungannya, maka ketahuilah bahwa kiamat telah mendekatimu"

    ----------
    HR. Ibnu Abi Syaibah dan al-Arzaqi . Hadits ini memiliki beberapa jalan yang baik. Hadis ini di ambil dari buku karangan Dr. Muhammad ibn Abdurrahman al-'Areifi Dekan Aqidah dan Agama serta madzhab kontemporer di Universitas al-Malik Sa'ud – Riyadh, juga merupakan anggota Majelis Tinggi Pengetahuan Islami. Ini judul buku tersebut terjemahan bahasa Indonesia http://www.qu2buku.com/Kiamat%20Sudah%20Dekat

    ReplyDelete
  84. cikgu mat...sy pelik juga..hari tu pernah baca paris hilton nak buka cawangan kedai di di mekah... aduhai....xsempat otak sy nak fikir betapa mereka2 ni nak masuk sgt dlm mekah...aduh.....

    ReplyDelete
  85. boleh saya na shared kan kat blog sy ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan dan jangan lupa kreditkan ke blog saya...bukan utk tujuan komersial tapi takut anda juga akan dikritik sprti ini. Saya i.allah mampu menjawabnya, takut puan tak sanggup, jadi dorang bole tanya direct di sini. Terima kasih atas keprihatinan puan.

      Delete
  86. cikgu mat....

    izinkan saya berkongsi cerita yg kesahihan nya ALLAHUAKBAR.....Allah sahaja yang tahu...tapi pada yg pernah dengar atau ada akses boleh la tolong siasat kan...

    pada tahun 2008 dengan izin ALLAH saya menjadi tetamu nya bersama 8 rakan sebilik..salah seorang rakan sebilik yg juga ipar kepada ipar saya juga bersama....namanya haji zakaria....

    haji zakaria bukan pertama kali ke haji...sebelum ini bertugas sbg tukang masak kepada seorang VIP yg menunaikan haji....

    satu hari pada masa senggang kami di bilik haji zakaria lambat pulang dari subuh di haram.....hampir jam sepuluh beliau tiba membawa beberapa ole2 pemberian rakan lama katannya....

    kata beliau, beliau berbual dengan seorang profesor dari UIA yang juga salah seorang ahli lembaga pembangunan masjidil haram....cerita beliau yg dicertiakan olh profesor itu begini....

    kerajaan arab saudi menjemput seorang wakil dari setiap negara Islam untuk duduk bersama dalam lembaga pembangunanmasjidil haram.....tugas mereka adalah mengkaji memberi pandangan dan menyuarakan suara negara mereka...

    selepas keputusan dicapai keputusan tersebut akan dibentngkan kepada raja dari sebesar2 keputusan sehingga sekecilnya termasuk soal tandas...

    raja pula akan memberithu kepadaa 9 imam masjidil haram yang dijaga keturunannya dari zaman nabi muhammad saw....seingat saya dakwa mereka imam yg 9 ini bukan keturunan nabi muhammad tapi keturunanan imam2 yg diakui nabi muhammad saw antaranya para2 sahabat...

    setiap generasi mereka akan dipilih seorang keturunan mereka dan diberi apa sahaja supaya solat wajib sunat ibadat mereka terus konsisten sejak sementah usia....

    9 imam ini akan melakukan solat istikarah dan disebabkan mereka amat2 dijaga dari dosa2 besar dan ibadat pula konsisten...9 imam ini biasanya akan bermimpi sejelas2nya dan harus pula sama semuanya...kalau tidak sama atau tidak jelas maka sebarang tindakan keatas mekah tidak boleh diambil..

    dikuatkan hujah mereka pada sekitar 2004 masa raja arab sebelum yg hari ini raja tersebut meluluskan pembesaran jamra bertingkat2 tanpa merujuk kepada imam2 ini....dan keputusan itu membuatkan raja itu demam, sakit adn kemudian mati digantikan anaknya hari ini.....wallahualam..citer tahyul atau benar saya sendiri tidak pasti apatah lagi dengan jam sebesar itu dibina pula hari ini....

    tapi saya dengan juga org kata raja arab saudi yg meluluskan jam tersebut iaitu raja pada hari ini pun sekarang menjadi penghuni tetap katil hospital....wallahualam...pada petugas tabung haji disana juga pasti ada cerita pada sekitar 90-an mahathir mengesyorkan kerajaan arab saudi membina lrt untuk mengangkut jemaah ke arafah dan mina tapi tidak dilaksanakan sbb 9 imam tersebut tidak dapat mimpi yg sama...tapi sekrang dah ada wallahualam...

    sbg orang islam berdosa kita percaya pada perkara yang tidak bersaksi dan brbukti apatah lgi mmg raja tersebut pun kebanyakannya sudah tua jadi biasalah kalau sakit2...

    cuma...saya kongsi kan agar kita dapat meyakini kekuasaan ALLAH sepeti dajjal diharamkan msuk ke bumi haram..org kafir haram masuk dsb...walaaupun saya diberitahu ada pelacauran disana tapi sbb tujuan kesana beribadat maka saya tidak pula pergi untuk memastikannya...wallahaulam....

    kesimpulannya...jika ada tuan/puan pernah terdengar cerita sama mungkin boleh dikongsikan...dan jika tidak jangan percaya kerana sumber saya juga bukan dari telinga saya langsung tapi melalui ipar....tapi diharap dapat memberi sisi yang berbeza tentang apa yg terjadi disana....sesungguhnya ALLAH yang maha mengetahui dan kepada ALLAH lah kita kembalikan kekusutan kita dengan solat istikarah...wallahuama...buruk itu saya baik itu dari ALLAH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas ceritanya....betul apa yg tuan katakan tentang pensyarah UIA tersebut yg memang terlibat langsung dengan pembinaan baru yg berlaku di sana. Yang ini saya pasti dan beberapa anak Malaysia juga terlibat dlm memberi idea kepada pembinaan ini tetapi lebih kepada pembangunan di sekitar Mekah tanpa melibatkan hotel2 mewah, pusat shopping dan jam besar tersebut.

      Utk 9 imam itu dan segala mimpi mereka saya boleh katakan itu hanya rekaan...maaf jika saya salah..tapi dlm Islam, mimpi tidak menjadi hujah kerana yg menerima wahyu dari mimpi adalah para nabi sahaja.

      Dari Tuan Guru, Syeikh Nuruddin, pelacuran dan hiburan sangat berleluasa di Taif, dalam kawasan Arab Saudi juga dan sekarang unsur hiburan tersebut sudah mula masuk ke Mekah secara beransur2 dari tangan2 Raja mereka cuma pelacuran tidak dapat dipastikan.

      Waallahua'lam.

      Delete
    2. Assalamualaikum, mohon mencelah dengan ilmu yang tidak seberapa ini...

      Melalui pembacaan saya, artikel Cikgu Mat ini ada asasnya. Umat Islam yang akan datang mungkin tidak dapat lagi melihat kesan tinggalan Rasalullah S.A.W. dan juga para sahabatnya jika perkara ini berterusan, dan yang lebih membimbangkan ialah mereka mula melupakan semua sejarah ini dan mula mengagungkan orang moden (orang bukan Islam dari barat) dan menjadikan mereka sebagai ikutan.

      Walaupun begitu, saya juga pernah mendengar bahawa benteng terakhir umat islam daripada dajjal ialah Mekah dan Madinah, di mana sehingga sudah, dajjjal dan pengikutnya hanya mampu mengepung dan menggegarkan kota Mekah tetapi tidak diizinkan Allah untuk masuk ke dalamnya (harap fakta saya ini betul kerana saya juga hanya mendengarnya dari kuliah agama). Jadi, pada ketika ini, mungkin manusia yang berlindung di dalam kota Mekah akan memikirkan "alangkah baiknya jika persediaan yang lebih rapi dibuat...". Saya tidak menolak kemungkinan ini juga, di mana Mekah perlu dijadikan "self sufficient".

      Berikutan itu, saya memegang pandangan yang lebih neutral mengenai perkara ini, perlu diseimbangkan. Tak boleh tak dibangunkan langsung, dan tak boleh melampau-lampau dalam membangunkannya.

      Wallahua'lam

      Delete
  87. Entahlah...mcm2 pendapat. Saya tak ada masalah sebenarnya dengan pembangunan makkah dan madinah, apatah lagi jika pembesaran masjidil haram itu boleh membuatkan lebih ramai orang menunaikan haji dan umrah. Bayangkan betapa lamanya seseorang itu terpaksa menunggu sebelum boleh mengerjakan haji sekarang ini. Yang nak pergi ramai, quota sikit. Quota sikit sebab tempat terhad. Dengan pembangunan ini, quota boleh dinaikkan sekali ganda atau lebih. USD60 billion yang akan dibelanjakan oleh kerajaan Saudi itu berbaloi, insyaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan begitulah hendaknya. Jika kouta dinaikkan alhamdulillah...jika tidak dinaikkan pun alhamdulillah sebab kita hilang 2 benda, kouta hilang, monumen sejarah pun hilang...Jadi, tak tinggal apa2 dah untuk umat ini. :)

      Delete
  88. Assalamualaikum. Saya rasa kita tak perlu nak berbalah lagi. Saya rasa kita semua kat sini adalah orang islam. Dari itu adalah lebih baik jika kita dapat mengembeling seluruh tenaga dan daya fikiran untuk meneruskan kerja Nabi kita Muhammad s.a.w. Iaitu meng-ESA-kan Allah semata-mata. Marilah bersama2 kita hentikan perbalahan masalah teknikal. Semua yang telah ditentukan Allah akan terjadi. Dan apakah daya kekuatan kita sebagai hamba-Nya. Kita perlu teruskan perjuangan hidup ini. Sesungguhnya Allah telah menentukan Nama, Umur, Rezeki, Ajal kita sejak dari dalam rahim ibu lagi. Dari itu selalu lah kita bermohon Kepada-Nya agar kita tidak disesatkan sepertimana orang2 yang telah disesatkan. Senantiasalah berjihad untuk mendapatkan keredhaan Allah. Bangunlah dari tidur bukan untuk pergi kerja tetapi bangunlah dari tidur untuk mencari jalan keredhaan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasslm, terima kasih tuan...semoga kita terus tersedar dari lena, bukan hanya utk kita tetapi utk apa yg kita hendak tinggalkan kepada anak cucu Islam kita nanti.

      Delete
  89. Saya mula faham kenapa kita umat islam dan negara islam agak sedikit kebelakang dan mundur berbanding negara2 buka islam. Penyatuan hati kita sesama islam masih jauh berbeza, rasa pentingkan diri dan pendapat sendiri dilihat sangat jelas! Hormat menghormati jauh sekali..... ini bukan semangat islam sejati.... kalau kita se negara pun begitu luas perbezaannya.... manakan negara2 islam sedunia boleh bersatu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuan...semua nak tegakkan apa yg dorang faham bukan yg para ulama faham. Bila ada artikel tentang perkara ini atau yg berkaitan ttg Islam, kita sendiri berpecah belah tanpa arah tujuan....sedangkan kita ada panduan Quran, hadis dan para ulama.

      Kita bukan sedikit mundur dan terkebelakang tetapi jauh sangat mundur sebenarnya. Bukti umat Islam tiada ilmu dan kesedaran sangat jelas.

      Tulisan ni just utk awareness shj, nak buat apa pun dah tak bole, kita berpecah dlm banyak hal. Belum lagi ditulis ttg politik, tentang ini sahaja pun dah ramai yg buat2 tak faham. Mudah-mudahan kita terbuka utk menerima peringatan drpdnya.

      Delete
  90. Mgkn inilah sbb masa pghujung umur dunia..Allah musnahkn Kaabah..mgkn kerana ia telah trlalu di komersial kn status Baitullah ini..hanya Allah yg Maha Tahu

    ReplyDelete
  91. dah nak akhir zaman.. semakin bnyk bangunan pencakar langit.

    ReplyDelete
  92. dh nak kiamat, nnti akn ada org2 yg bertawaf dlm keadaan bogel pula..

    ReplyDelete
  93. Sokong la lagi WAHABI Laknatulloh !!.....sekian.

    ReplyDelete
  94. Dimana dunia bertambah bercelaru... Orang Islam sendiri bercelaru.. eloklah diambil pendekatan... belajar mencari Ilmu berdasar Al-Quran dan Sunnah.... fahamkan sebaik2nya tentang Islam... Rukun Islam dan Rukun Iman... Jaga diri dan keluarga dari menjadi bahan bakar api neraka... klu org sekeliling kita bole didakwah, dakwah laa.. klu x bole, buat yg mana terdaya....InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.. Wallahualam...

    ReplyDelete
  95. wahhh... hebat org islam sekarang.... anda mampu mengubahnya...

    ReplyDelete
  96. Salam. Dengan adanya peninggalan sejarah , ianya dapat mengingatkan kita kepada Rasulullah Saaw serta para keluarganya. Walaupun kita tidak dapat berjumpa Rasulullah Saaw serta para keluarganya yang agung tapi paling tidak pun kita akan dapat menghilangkan rasa rindu kita pada mereka apabila kita pergi ke Mekah , lebih-lebih apabila terlihatkan barang -barang peninggalan Rasulullah Saaw , manusia suci lagi agung.
    Terdapat perbezaan apabila kita pergi ke Mekah , lalu kita menunaikan haji kemudian kita balik, berbanding dengan kita menunaikan haji dan pada masa yang sama kita dapat melihat peninggalan sejarah Rasulullah Saaw , timbul satu perasaan yang begitu halus yang tidak dapat kita ceritakan pada sesiapa kerana kepuasan serta kenikmatannya hanya dapat di rasakan oleh orang yang merasainya , ianya lebih dapat mendekatkan hati kita kepada ALLAH SWT dengan adanya manusia agung ini. Kita dapat merasakan betapa kerdilnya kita.

    Lain orang lain pandangan, tapi bagi orang yang sentiasa merindui Rasulullah Saaw serta para keluarganya sentiasa akan mengharapkan satu pertemuan meskipun hanya dengan melihat tanah sejarah tempat kelahirannya.

    Orang kata, kalau mencintai sesaeorang , meskipun tidak dapat berjumpa tuannya, melihat bumbung rumah pun jadilah... hanya orang yang mengalaminya saja yang dapat menghayati kata-kata ini.

    Peninggalan Rasulullah Saaw adalah Al Quran dan keluarganya yang suci yang meneruskan sunnahnya.

    Alhamdulillah, Al Quran tetap terpelihara dan apa salahnya sekiranya tempat tempat peninggalan sejarah Rasulullah Saaw ,keluarga serta para sahabat yang setia padanya di kekalkan . Tiada siapa yang rugi kecuali bagi orang-orang yang memang sengaja mahu menghilangkan segala peninggalan sejarah ini demi kepentingan mahu pun muslihat di sebaliknya bak kata orang , kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih.

    ReplyDelete
  97. betul la... sy baru terfikir. thanks yg post pengetahuan yg sangat berharga ni. alasan nak buat semua tu atas keselesaan. pegi sana nak beribadat. nak menambahkan keimanan. jangan nanti dah balik haji pon buat lagi benda benda x elok. Allah... berilah petunjuk kepada semua umat islam.

    ReplyDelete
  98. ini semuanya takdir Allah..dah tertulis di dalam kitab ttg tanda2 kiamat..lagipun itu rumah Allah..kalau ikut sejarah, datuk rasulullah lansung tak lawan masa Abrahah ugut nak serang Makkah suatu ketika dahulu dia cuma jawab "kembalikan ternakan milik kami, tentang kaabah itu, pemilik yang menjaganya akan menjaganya..saya cuma beritahu bahawa anda sekali2 tidak akan berjaya menaklukinya". so baut apa kau nak risau..Allah yang menjaganya..sape yang wat tak betul comfom tak selamat..keluarga Al-Saudi tu sejak dulu lagi ramai yang gila meroyan..king faisal dulukan kena bunuh dgn anak sedara dia..balasan la tu kowt..so, jgn risau, sape wat tak betul satu persatu balasan akan menyusul kemudian..kita org2 biasa nie pun kalau kena aniaya, tuhan tak akan sia2 kan inikan pula rumah tuhan sendiri, kawasan 2suci tempat kekasihnya rasulullah, keluarga dan para sahabat..Makkah dan Madinah nie special sikit: tuhan dah janji akan jaga..tak macam tempat2 lain..so tak perlu risau..

    ReplyDelete
  99. Setuju dgn pandangan Cikgu.kesan sejarah Agung Nabi Muhammad SAW manusia yg sangat dimuliakan ALLAH SWT mesti dikekalkan suka atau tidak .....kemusnahan ini tidak sepatutnya berlaku

    ReplyDelete
  100. Tu la yg pyahnya klo org tkde.ilmu cm en.zu kita tu nk.cmnnt...askm sdra.zu..klo ye pn awk tu..bengap..jgn la gtau org..dh la cikgu..truskn.pnulisan yg bgtu bgus dn mudah dfhami dn biarknlh org yg cm.en zu kita tu nk.cmmnt.pe.pn..org tkde ilmu mmg bgtu pmkiranya..cetek dn kosong

    ReplyDelete
  101. Assalamualaikum,
    Saudara saudari yang dirahmati Allah swt
    Rasanya tak perlulah kita nok bertengkar pasal pemodenan berlaku kpd Masjidil Haram. Itu semua adalah kehendak Allah swt. Tak akan berlaku sekeping dinding dinaikkan tanpa izin dan kehendakNya. Itulah Hijrah yang di contohkan oleh Nabi saw.
    Cuba kita rujuk sejarah Mekah Al-Mukarramah.... disitu baru kita tahun siapa yang diamanahkan oleh Allah saw untuk menjaga kota suci itu. BUKAN kita.
    Kita diminta untuk mengunjunginya untuk haji atau umrah jika mampu.
    Kita diminta untk merebut peluang mendapat 100 000 kali ganda kebaikan bila dapat ke sana.
    Mari kita sama-sama doakan agar kita juga akan dipilih sebagai tetamuNya.

    ReplyDelete
  102. alhamdulillah..smoga allah merahmati kpada yg BERMUZAKARAH kerana memberi ILMU kpda sy yg sangat jahil..terima ksih cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum. ..ada hadis nabi saw " akan lahir dua tanduk syaitan di bumi Hejaz pada akhir zaman"....ada pendapat yg kata satu ialah Bani Saud (berketurunan Yahudi Bani Qunaika) dan satu lagi Wahhabi. ....choba kaitkan apa yang terjadi sekarang dengan hafis ini

      Delete
  103. Arab saudi ingat hak pengurusan Madinah dan Mekah adalah hak mutlak milik mereka. Itu yang mereka sesukahati membuat perancangan mereka sendiri. Buat pembangunan untuk kemudahan untuk para tetapi Allah adalah amat dialu-alukan.Tetapi pendapat orang lain mesti juga diambil kira untuk kepentingan bersama. Pengalaman yang paling teruk ketika berurusan di pihak imigration untuk memasuki di Jeddah adalah servis yang paling teruk dan lembab. Pengurusan yang tidak mesra pelangan dan terlalu lambat. Tak kisahlah kalau sepuluh jari pun kena cop tapi dengan syarat buatlah dengan pantas. Nasib baik jari kaki pun tak kena cop. seorang nak lepas pun ambik masa 20 minit sehingga 30 minit. Bayangkan yang beratus-ratus beratur di belakang tu terpaksa berdiri berjam-jam di belakang. Yang peliknya petugas pak arab tu boleh tukarkan kerusi, turunkan kerusi , termenung tengok skrin tv, pusing-pusingkan pen, merenung pelangan yang beratur panjang dan entah apa-apa lagi yang dibuatnya. Padahal cop pasport tak sampai seminit. Itulah yang menguji kesabaran para tetamu Allah. Ini hanya untuk jemaah lelaki sahaja. Masa nak beli barang tu , kaki pekena orang pun banyak. Kalau tak kerana Madinah dan kota Mekah tiada siapa pun tak ingin pergi ke Arab Saudi.

    ReplyDelete
  104. Aslkum. Permodenan itu perlu dibuat dari semasa kesemasa kerana kalau tidak dibuat lama kelamaan menjadi terlalu sesak sehingga banyak yang meninggal akibat terpijak dan runtuhan bangunan yang lama apabila ramai sangat maknusia pada musim haji. Sepatutnya hotel2 yang tinggi dan mewah diletakkan jauh sedikit daripada kawasan mekah bagi mengekalkan ciri2 sejarah yang masih ada. Pembesaran dan perluaskan kawasan masjid disekekeliling Kaabah adalah perlu. Untuk mengelak daripada perbuatan shirik ni memang susah sedikit sebab sewaktu saya disana melakukan umrah saya melihat ramai yang melakukan perkara2 saperti memeluk kaabah sambil meraung2 seolah olah Kaabah itu sendiri adalah tuhan. Saya yang tak sebeberapa ilmu pun merasai sesutu yang tak kena dgn perbuatan mereka. Pengawal yg menjaga dgn tongkat pun tak dapat mengawal sebab apabila dipukul pun masih tak diendahkan. Bayangkan dgn bermacam-macam ragam yg ada disana. Kita orang malaysia tidaklah sampai begitu sekali. Jadi saya rasa jemaah yg beginilah yg memberi masaalah kpd pengawal yg menjalankan tugas mereka Kerajaan Saudi terpaksa mengambil satu cara yg lebih praktikal Kalau tidak tak terkawal jadinya. Tujuan kita pergi keMekah untuk melakukan ibadah Umrah atau Haji itu tak dinafikan. Tetapi sekiranya ada tempat sejarah kita dapat menghayati kesusahan para sahabat pada waktu itu mengamalkan Islam. Tempat sejarah adalah satu tanda yang memberi kita semangat untuk lebih kuat azam kita beribadah kpd ALlah sambil adanya bukti2 sejarah untuk kita Umat yg kemudian. Mungkin pihak Arab Saudi telah pun mengkaji lebih drp apa yg kita fikirkan. Cuma sebagai tempat yg paling bernilai oleh umat Islam sudah hilang bukti2 sejarah. Contohnya rumah Syaidina Abu Bakar telah dirobohkan. untuk generasi akan datang tak nampak apa2 tanda sebagai bukti untuk mereka hayati. Tampa bukti generasi akan datang akan membuat pelbagai olahan yang boleh meragukan lagi hati yg yelah ragu.Contohnya Hang Tuah generasi baru dah banyak mempertikaikannya. Sampai meletakan nama Hang Tuah pun menjadi Ang Tu Ah (cina) sbb makin hilang sejarah walaupun benar. Zaman Nabi Musa pun banyak yang kena sambar kilat kerana terlampau bijak bersoal tapi kurang beriman.

    ReplyDelete
  105. Ya,ALLAH JAUHKANLAH AKU DARI CINTA DUNIA,TUNJUKILAH AKU JALAN YG LURUS,JALAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W,AKU TAKUT SUNGGUH DENGAN KEMEWAHAN DUNIA DUNIA YG SEMENTARA,INGATKANLAH SENTIASA DIRI INI AKAN KEMATIAN YG AKAN MENJEMPUT BILA2 MASA.....MATIKANLAH AKU DALAM IMAN...AMIN

    ReplyDelete
  106. rasa sedih dan takut bila melihat kaabah semakin kecil. di kelilingi bangunan yang tinggi

    ReplyDelete
  107. hmmm... artikel ini bertarikh Feb. 2014
    fast forward kepada Sep. 2015 kren gergasi telah jatuh menyebabkan kematian 111 jemaah haji
    balasan Allah terhadap "pengkomersilan" rumahNya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...