Wednesday 21 August 2013

Posted by Unknown On Wednesday, August 21, 2013

Assalamualaikum semua. Salam lebaran buat anda. Masih berbaki 17 hari lagi sebelum Syawal menutup tirainya. Semoga anda dapat melaksanakan puasa enam dengan jayanya.

Hari ini sengaja saya pilih tajuk di atas. Ramai ibu bapa yang sering mengucapkan ayat,"Kalau hantaran pun tak mampu nak bagi, macam mana nak jaga anak perempuan saya?".Ini kerana mereka menyangka tanpa hantaran yang tinggi, mana mungkin si lelaki dapat menjaga anak mereka setelah kahwin. Jom kita kongsi bersama, moga ada baiknya buat panduan bakal pengantin dan juga ibu bapa dari kedua-dua belah pihak.

Baru-baru ini negara digemparkan dengan laporan terkini mengenai harga atau jumlah hantaran yang lazimnya diletakkan oleh kedua belah pihak dari keluarga lelaki dan keluarga perempuan dengan hanya berdasarkan kepada taraf pendidikan seseorang anak perempuan itu. Semakin tinggi tingkat pendidikan yang didakinya semakin jauh melambunglah hantarannya bak hantaran artis ternama atau berasal dari keluarga perniagaan BUAYA.


Dada ini terasa sempit apabila mengenangkan perkara ini berlaku dalam masyarakat kita yang rata-ratanya mengakui bahawa mereka MEMAHAMI Islam sebaiknya, tambahan pula dikelilingi oleh alim ulama dan Islam sebagai agama rasmi negaranya. Sayangnya, orang Islam kini hanya tercatat Islamnya di kad pengenalan dirinya semasa hidup dan kemudian setelah matinya diabadikan di atas batu nisan  sahaja. Pada amalan, tiada satu pun yang nak diikutnya.


Pandangan Si Gadis

Pada hari Jumaat minggu lepas, soalan ini ada saya utarakan kepada para pelajar untuk perbincangan bersama. Apa lagi, riuh-rendah kelas mengembalikan jawapan yang mereka sangat BERSETUJU dengan statement tersebut, hanya ada 2-3 orang sahaja yang diam dan apabila ditanya, rupanya tidak tahu bahawa isu ini sedang panas di Malaysia sekarang. Yang paling pelik, jawapannya hanya dari sebelah pihak, perempuan sahaja,. Pelajar lelaki diam tidak berkutik. Alahai kesiannya....

Hendak atau tidak saya terpaksa bantu para pelajar lelaki ini agar mereka dapat melangsungkan perkahwinan dengan selesa nanti setelah tamat belajar. Beberapa pandangan saya berdasarkan sirah dan fakta akhirnya benar-benar memerangkap mereka (pelajar wanita). Giliran mereka pula yang senyap tak berani lagi membela diri. Nak tau apa hujahnya. Jom...layan.


Layak ker?


Perkara yang pertama perlu ditanya adalah layak ke tak?! Untuk menerima hantaran sebanyak itu, adakah pengantin perempuan faham beberapa perkara:

1- Siapa yang kahwin?

Seorang bakal pengantin perempuan perlu bertanya diri sendiri, siapa yang nak kahwin sebenarnya? Bukankah aku yang nak kahwin bukan keluarga aku, bukan ibu ayah aku. Akukan yang nak kahwin, kenapa perlu sebanyak ini hantarannya? Bukankah akhirnya SUAMI aku sendiri yang terpaksa menebal muka meminta hutang dari ahli keluarga yang lain, bank dan mungkin pejabat ceti juga dipanjatnya.

Akhirnya anda suami isteri juga yang terpaksa menanggung hutang akibat diri anda sendiri. Keluarga anda tidak akan membantu membayarnya dan mungkin meminta lagi daripada anda setelah itu. Tidak kesiankah anda terhadap suami yang anda akui sebahagian dari jiwa anda. So, fikirkan tentang perkara ini sebelum anda mengiyakan. Ianya seperti meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri. Suatu tindakan yang tidak cerdik dan memalukan walaupun anda pemegang PhD.

2- Siapa aku?

Sebelum meletak hantaran yang tinggi, saya minta para pelajar perempuan saya untuk bandingkan antara diri mereka dengan anak-anak perempuan dan isteri-isteri Rasulullah dari semua sudut. Fatimah, anak perempuan Nabi, orang pertama akan masuk syurga hanya bermaharkan kurang dari 500 dirham. Begitu juga dengan hantaran isteri-isteri Rasulullah SAW.

Abu Salamah menceritakan, "Aku pernah bertanya kepada Aisyah,"Berapakah mahar Nabi SAW untuk para isterinya?" Aisyah menjawab,"Mahar beliau untuk para istrinya adalah sebanyak 12 uqiyah dan satu nasy." Lalu Aisyah bertanya, "Tahukah kamu, berapa satu uqiyah itu?" Aku menjawab, "Tidak." Aisyah menjawab, "Empat puluh dirham." Aisyah bertanya, "Tahukah kamu, berapa satu nasy itu?" Aku menjawab, "Tidak."Aisyah menjawab, "Dua puluh dirham."
(HR. Muslim)

Nilai satu dirham kini adalah sebanyak RM 25. Jadi setelah didarab dengan 500 dirham, maka jumlah mas kahwinnya adalah RM 12 500. Itulah nilai tertinggi yang diberikan oleh Nabi kepada isteri dan anak-anaknya yang solehah. Jadi, nilai diri sendiri,"Aku sebaik Aisyah ke atau Fatimah?!" Jika anda layak, Islam juga membenarkannya TETAPI ketahuilah nilai mahar dan hantaran adalah berdasarkan TAQWA bukan TARAF AKADEMIK semata!!!

3- Mas kahwin adalah WAJIB dan hantaran adalah SUNAT

Mas kahwin adalah milik pengantin perempuan dan hukumnya adalah wajib dan penggunaan mahar tersebut adalah mutlak oleh isteri, tidak boleh dipersoalkan. Manakala hantaran adalah sunat dan dikira sebagai hebah atau hadiah kepada isteri, bukan keluarga isteri atau dipanggil 'belanja hangus' oleh orang Utara.

Duit hantaran tak sepatutnya digunakan untuk menampung majlis perkahwinan yang diadakan sehingga semata-mata untuk gah, puluhan ribu dilaburkan pada majlis perkahwinan tetapi akhirnya pasangan mempelai tersebut yang terpaksa menanggung hutangnya. Ia hanya boleh digunakan dengan KEIZINAN bakal pengantin perempuan kerana itu adalah MILIKNYA!!

Cuba kita bersoal jawab dengan pihak lelaki mengenai kemampuan mereka dalam menyediakan hantaran ini. Bukan senang bagi pasangan muda yang baru habis belajar dengan menanggung hutang PTPTN puluhan ribu, hutang kenderaan, hutang rumah dan sebagainya terpaksa pula menambah lagi hutangnya semata-mata untuk berkahwin dengan wanita pilihan hatinya. Adakah berbaloi berjanji sehidup semati dan susah senang bersama tetapi akhirnya yang ditekan adalah bakal suami sendiri?!

4- Ibu ATAU bapa yang menentukan nilai mahar dan hantaran?

Perkara ini sering berlaku di Malaysia dan ia merupakan suatu yang bukan sunnah dan tidak pernah diamalkan oleh para ulama sebelum ini. Inilah bidaah masa kini yang dipandang baik oleh sebahagian besar masyarakat iaitu IBU sering campur tangan dalam urusan penetapan mahar dan hantaran ini.

Maaf ye kepada para ibu dan bapa. Sebagai seorang pemimpin dalam rumahtangga bapalah yang sepatutnya terkehadapan dalam bidang ini dengan cuba 'mengecilkan' permintaan dari kaum ibu. Ibu biasanya hendakkan perkahwinan yang perfect dan selalunya keluarga atau jiran terdekat yang menjadi aras piawaiannya. Semakin tinggi keluarga dan jiran terdekat melaksanakan kenduri kahwin anak beranak mereka, semakin tinggi juga mereka meletakkan hantaran untuk anak perempuannya. Nafsu mereka sukar dikalahkan.

Jadi, kepada para ayah, sila ingat semula bagaimana anda berkahwin dulu? Jika murah hantarannya dan anda bahagia sehingga kini, mengapa perlu anda letakkan hantaran yang tinggi kepada anak lelaki orang lain? dan jika dahulu anda sendiri perlu membayar hantaran yang tingi dan telah merasai susah-payah membayarnya semula, mengapa diulangi lagi perbuatan tersebut? Jangan dipatuk ular di dalam lubang yang sama, bak kata hadis Nabi. Sudah tahu itu salah, TINGGALKANLAH!

5- Perceraian

Data pada tahun 2011, secara purata 77 kes perceraian sehari atau tiga kes bagi setiap jam didaftarkan di Malaysia berbanding 135,548 pasangan yang berkahwin. Pada Jun 2013 pula, jumlah kes perceraian pasangan beragama Islam di negara ini pada tahun lepas menurun kepada 27,355 kes berbanding tahun sebelumnya yang merekodkan sebanyak 28,035 kes.


Jumlah itu mewakili 19 peratus daripada jumlah pendaftaran nikah yang direkodkan pada tahun lepas iaitu sebanyak 140,529. Ini bermakna setiap bulan terdapat 2,280 pasangan akan bercerai setelah perkahwinan mereka mengalami kegagalan.

Walaupun jodoh itu milik Allah tetapi kita juga perlu berusaha untuk menjaganya. Jadi jagalah dari awal sebelum perkahwinan bermula. Sukakah anda jika setiap hujung atau awal bulan anda bermasam muka dengan pasangan hanya kerana bank menghantar statement hutang yang perlu dibayar setiap bulan?! Tahu tak hadis Nabi yang berbunyi,"Berhati-hatilah dengan hutang kerana hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan kehinaan di malam hari".

Kenapa mudah sekali bercerai kerana hutang ini? Kerana nikah itu adalah ibadat, jika berhutang untuk melakukan ibadat, itu dikira TIDAK MAMPU tetapi kerana hendak kahwin punya pasal, terpaksa jugalah. INGAT!!! Jika wang yang dicari maka keberkatan perkahwinan lari, jika berkat perkahwinan yang dicari, maka rezeki harta akan bertambah di kemudian hari.

Tepuk dada tanya selera, yang mana aku cari sebenarnya di dalam perkahwinan ini: BERKAT atau WANG?!



Solusi

Saya rasa tidak perlu saya senaraikan panjang lebar kerana anda PASTI mengetahuinya melalui pembacaan di atas.

Peranan pihak wanita:

1- Kurangkan nilai mas kahwin dan mahar mengikut KEMAMPUAN LELAKI, bukan KEINGINAN WANITA.

2- PERMUDAHKANLAH kerana Islam itu agama yang mudah, jangan dipersulitkan.

3- Bantulah pihak lelaki sekiranya ia tidak mempunyai keperluan perkahwinan yang cukup.

Peranan pihak lelaki

1- Pilih wanita yang FAHAM agama bukan hanya menggunakan agama untuk kepentingan diri mereka.

2- Belajarlah untuk menabung dan perancangan ekonomi yang baik. Kerana anda adalah pemberi MAHAR dan hantaran sebelum perkahwinan dan pemikul NAFKAH setelahnya.

3- Cubalah mencari side income dari jalan perniagaan, jangan melalui makan gaji di bawah orang lain lagi kerana sabda Nabi,"9/10 rezeki adalah dari perniagaan". Cukuplah makan gaji menjadi main income anda. Gunakan perniagaan sebagai landasan untuk dapatkan side income.

Secara telus, dengan jawatan sebagai pendidik yang mempunyai gaji stabil 4 angka, saya masih melihat ramai rakan-rakan sejawatan yang  'terpaksa' berhutang untuk perkahwinan mereka. KASIHAN!!! Saya sangat kasihan tetapi apa boleh buat, itu PILIHAN masing-masing. TETAPI ini tidak berlaku kepada orang yang mempunyai side income yang lain seperti menjahit, menulis novel, makalah, memperbaiki komputer dan sebagainya.

Bagi saya pula yang berkecimpung dengan Shaklee, sudah tentulah Shaklee memberikan side income terbaik kepada saya, alhamdulillah. Tak cukup dengan bonus besar melimpah-limpah, ada pula car bonus dan percutian di dalam dan luar negara. Hanya perlu duduk di depan PC atau laptop 2-3 jam sahaja sehari untuk sharing kebaikan Shaklee dengan orang ramai dan membantu menambah NILAI hidup orang lain. Mudahkan?! Yang penting anda RAJIN dan ingin menjadi manusia LUAR BIASA dari sudut kerjanya kerana kerja itu IBADAH.

Terpulang kepada semua pihak untuk meningkatkan status ekonomi masing-masing, tetapi fenomena sekarang yang semuanya semakin MAHAL tidak mungkin memudahkan hidup seharian kita yang BIASA ini. Hantaran dan mahar semakin tinggi, harga ayam juga melambung setiap minggu, segala bil bagai dah mula dijenguk oleh pemerintah untuk dinaikkan, minyak kenderaan sentiasa meninggi, jarang sekali menurun.

Ini semua yang berlaku sekarang di Malaysia dan seluruh dunia. Pahit untuk ditelan atau diluahkan. Mahu tak mahu kita akan terasa penangannya. So, sediakan ekonomi anda sestabil mungkin untuk hidup pada masa kini agar HIDUP LEBIH TENANG TANPA HUTANG.

Sekian.

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah kesihatan dan hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".

2 comments :

  1. Assalamau'alaikum Pak Ustaz,

    Moga tuan dipermudahkan urusan untuk kahwin. Mana tahu dapat duit shaklee :)
    Dapat isteri solehah. Amin
    Azmi
    SDI - Tq ustaz atas perkongsian pengalaman semalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam...amin...terima kasih untuk doanya...ramai dah master2 yang tanya...nak bg hadiah letuwwww :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...