Friday, 2 August 2013

Posted by Unknown On Friday, August 02, 2013

Assalamualaikum semua.
Apa khabar anda pada tanggal 24 Ramadhan ini? Bagaimana puasa anda sepanjang hari ini?

Masih terleka dengan panggilan bazar atau panggilan masjid?
Masih terhibur dengan pelbagai muzik atau al-Quran?
Masih tertidur dengan kemewahan duniawi atau telah terjaga dengan janji kemewahan ukhrawi?

Sekadar peringatan bersama sahaja. Mudah-mudahan ada kebaikannya untuk kita bersama.

Hari ini saya nak berkongsi tentang tajuk di atas. Jangan menyimpang ye fikirannya. Sebenarnya, saya telah jatuh cinta dengan perniagaan yang saya lakukan sekarang. Shaklee, satu nama besar dalam industri kesihatan dan diiktiraf sebagai supplement terbaik di Malaysia dan antarabangsa kini menjadi sebahagian daripada hidup saya.



Walaupun baru 2 bulan saya dalam industri bisnes online Shaklee ini, tetapi hanya syukur, syukur dan syukur sahaja saya mampu dilafazkan, baik dari hati mahu pun dari anggota badan ini. Saya benar-benar jatuh cinta dengan bisnes Shaklee ini!!!

MONTHLY GROUP SALES FOR JULY = RM 15 000

Ini hasil borongan minggu terakhir Julai 2013
Berkat sungguh Ramadhan ini, baik dari sudut mengurangkan kerja perut, meringankan anggota badan dan memberatkan rezeki seharian. Kerana itu jualan group dan saya sendiri seperti  kampung diserang garuda. Semua tak cukup kaki tangan untuk mengambil order masing-masing daripada para pelanggan yang ingin melaburkan wang mereka untuk mendapatkan produk kesihatan yang berjenama, murah dan paling penting, sangat berkualiti tinggi serta terbukti berkesan.

Hujung bulan Jun dahulu, jualan group dan saya hanya mencecah RM 5000 dan melompat naik sehingga 3 kali ganda untuk Julai yang baru berlalu. Ini bukan peningkatan 100% atau 200% tetapi 300%. Bagaimana kami lakukan?! Itu adalah RAHSIA. Anda hendak tahu?! Sila PM saya untuk mengetahuinya dan menjadi sebahagian daripada group kami yang marvellous ini.

Dalam masa 2 bulan sahaja kami berjaya buat semua ini hasil daripada kerjasama semua. Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada semua ahli group saya yang sangat hebat. Saya jatuh cinta dengan anda semua dan Shaklee!!!.

MY CASH BONUS + DUIT RAYA = RM 3K +-


Banyak tak?! Mungkin tidak bagi sebahagian orang, tetapi ia satu jumlah yang sangat banyak bagi kebanyakan orang termasuk saya. Lagi pun ini adalah side income bukan main income sebenar saya.

Anda tahu tak? Jumlah ini sebenarnya telah mengatasi main income saya. Walaupun setelah 4 tahun saya bekerja, tapi masih belum pernah memgang wang sejumlah ini. Bagaimana rasanya ye dapat income 2 bulan yang lebih besar daripada 4 tahun punya pekerjaan? 

Jangan pandang serong saya ye. Saya juga mencari berkat dalam harta, sama seperti anda di luar sana. Kerana itulah saya memillih Shaklee setelah saya sangat meyakini proses MLM yang mengikut garis panduan syarak dan kerana saya punya cita-cita. Cita-cita untuk membantu orang Islam yang lain mengecapi hidup yang bebas hutang dan berkeupayaan dari sudut ekonomi dan mempunyai tingkat sosial yang tinggi dalam masyarakat.

Jika pada bulan Jun, bonus yang diterima Shaklee adalah sebanyak RM 600++ dan bulan ini naik lebih 5 kali ganda bersesuaian dengan jualan group yang tinggi. Alhamdulillah dengan segalanya. Dapat lagi duit raya dari Shaklee RM 300++ kerana menduduki rank pertama SUPERVISOR untuk mendidik rakan-rakan kongsi yang lain dengan lebih berdedikasi. 

Saya tak berniat nak menunjuk-nunjuk kepada anda dengan bonus ini, cumanya nak share yang buat bisnes sebenarnya lebih mudah untuk dapat income tinggi kalau kita buat dengan cara yang betul dengan group yang betul dan sistem yang betul.

IMPIAN saya, pada hujung tahun ini, saya mampu menjana income 6 angka sebulan dari bisnes Shaklee ini. Insya Allah, saya yakin untuk mampu mencapainya dengan doa dari kedua ibu bapa dan rakan-rakan sekalian serta kesungguhan dan usaha yang berkualiti di samping group yang very supportive. Semoga Allah mudahkan segalanya untuk semua rakan-rakan kongsi dan saya juga. Saya jatuh cinta lagi dengan bisnes Shaklee ini!!!

NEW RANK AS SUPERVISOR


Dengan peningkatan mendadak yang sangat mengujakan, saya dapat mencapai rank pertama dari 7 rank di salam Shaklee iaitu SUPERVISOR. Alhamdulillah, dah start boleh berdiri sendiri sekarang dan masanya untuk lebih fokus membawa rakan-rakan kongsi yang lain untuk BERJAYA mendaki rank demi rank dengan cita-cita Islam dan diri sendiri.

Alhamdulillah, baru sebulan dan ditambah 2 minggu hujung Jun daftar sebagai distributor/pengedar biasa, akhirnya naik pangkat dalam tempoh 2 bulan ni secara kiraan kasarnya. Syukur sangat-sangat. Walaupun saya dah bertahun-tahun bekerja dan juga memegang title 'Pekerja Terbaik', tetapi untuk naik pangkat bukanlah perkara yang mudah kerana ada kriteria lain yang perlu diambil kira, baik hitam atau pun putih.

Namun, indahnya Shaklee adalah semua usaha, masa dan titik peluh anda diambil kira dan diberi reward sebaik mungkin tanpa sedikit pun anda terasa seperti dianak tirikan. Saya benar-benar jatuh cinta dengan bisnes Shaklee ini!!!

GROUP SEMAKIN MEMBESAR

Minggu ke-3 Julai 2013. Kit perniagaan untuk ahli dan produk Shaklee
Semakin besar group semakin besar pula tanggungjawabnya. Peliknya, saya dapat memikulnya dengan penuh rasa gembira. Gembira sekali apabila ramai di kalangan rakan kongsi saya mula menerima cek pertama mereka dari Shaklee, baik yang mendapat bonus 3 angka mahu pun 2 angka setelah sebulan join group saya yang hebat ini.

Ini bukan bukti kepimpinan saya tetapi ini bukti betapa kerjasama dan perkongsian idea adalah faktor terbaik untuk membentuk group yang hebat. Jika bulan yang lalu, saya menerima 15 orang rakan kongsi, bulan ini pula saya menerima 25 orang lagi menjadi rakan kongsi baru menjadikan jumlah keseluruhannya 40 orang. Kalau nak buat solat Jumaat ni, dah cukup pun bilangan wajib makmumnya.

Peningkatan melebihi 100% ini sangat-sangat memberangsangkan. Bukan apa, lagi ramai yang menjadi rakan kongsi saya, lagi saya bermotivasi untuk membantu ramai orang untuk berjaya dalam hidup mereka dan keluar dari belenggu hutang dan ekonomi yang tak menentu. Ada yang buat side income dan ada juga yang menjadikan bisnes ini sebagai main incomenya. Masing-masing punya misi hidup tersendiri.

Pelbagai latar belakang juga ada dalam keluarga besar saya ini, baik ustaz, ustazah, guru, pensyarah, jururawat, juruteknik, pengasuh, suri rumah hatta penjawat awam pun ada. Mereka benar-benar ISTIMEWA pada saya. Saya benar-benar jatuh cinta dengan group Shaklee ini!!!




SHAKLEE BUSINESS PLAN

Ramai yang bertanya saya setiap hari mengenai bisnes ini. Suka saya ulanginya setiap hari kerana cita-cita saya berkongsi dengan ramai orang tercapai dan di sini saya ulangi lagi bahawa Shaklee menawarkan 3C dalam Business Plan iaitu:-

1) CASH BONUS
2) CAR BONUS
3) CONVENTION TRIP (Six Stars Fully Sponsored Trip - Local & Overseas)


Alhamdulillah, setakat 2 bulan dalam business Shaklee 1C iaitu CASH BONUS (4-angka sebulan) telah berada dalam genggaman. 2C lagi iaitu CAR BONUS dan CONVENTION TRIP sedang diusahakan. Bukan saya je tau, saya sedang berusaha dengan rakan-rakan kongsi saya untuk mencapai kedua-duanya. 

Tak seronokkan hanya kita sahaja yang merasainya sedangkan ahli 'keluarga besar' saya tak merasainya. Saya sedang berusaha sebaik mungkin untuk kami menggunakan kereta yang sama untuk car bonus dan berada dalam kapal yang sama untuk convention trip nanti. Mohon doa sahabat pembaca semua untuk kejayaan kami bersama.

Akhir sekali, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang banyak membantu saya terutama kepada bisnes partner saya, Siti Zahirah dan rakan-rakan yang lain. Tidak dilupakan kepada mentor-mentor saya, abang Mohd Firdaus dan isteri beliau, kak Maria, Kak Hafsah, Kak Nur Zahirah dan sumber inspirasi dan motivator terbaik untuk saya, Kak Shareeza. Terima kasih kepada semua. Saya jatuh cinta dengan semua warga Shaklee yang hebat-hebat ini.

Harapan saya untuk bulan ini dan mendatang adalah agar saya dapat membantu lebih ramai orang untuk berjaya selepas ini. Doa juga saya panjatkan agar impian mereka yang menceburi bisnes Shaklee ini kerana mahu menjadi MUSLIM KAYA & BERJAYA akan tercapai.

Kepada rakan-rakan pembaca, doakan kejayaan saya yer. Sekarang saya semakin percaya bahawa 9/10 pintu rezeki hanya ada di dalam PERNIAGAAN. Sandarkan impian luar biasa dengan tawakkal yang luar biasa untuk kita mendapat hasil dan rezeki yang luar biasa.

Terima kasih untuk semua.....Saya benar-benar jatuh cinta dengan Shaklee!!!

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you GIVE, you get MORE back".

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...