Thursday, 12 September 2013

Posted by Unknown On Thursday, September 12, 2013

Assalamualaikum semua.

Jangan terkejut dengan tajuk kat atas tu ye. Jangan campak dulu smartphone tu, mahal kot. Kalau tak nak sedekahkan kat saya ye. Apa-apa pun, jom baca dulu.

Majoriti individu kini mempunyai sekurang-kurangnya satu telefon bimbit bagi memudahkan perhubungan dan komunikasi 2 hala. Bagi kebanyakan golongan muda, telefon pintar jadi pilihan kerana ia berupaya melicinkan lagi aktiviti harian di samping menjadi gajet yang sempurna dalam memenuhi keinginan hati mereka yang cintakan keseronokan dan hiburan.

Hidup bagaikan sukar tanpa telefon bimbit lalu tidak hairanlah ia berada dalam senarai nombor satu dalam gajet pilihan untuk generasi kini kerana ia bukan saja mudah didapati, malah dijual pada harga berpatutan malah mempunyai edisi-edisi tertentu kepada golongan-golongan tertentu seperti gamers dan travellars.

Nyata generasi kita terlalu bergantung kepada telefon bimbit hingga kadangkala kita lupa kesan sampingan­nya dalam kehidupan harian. Sesetengah kajian saintis mendapati gelombang radiasi yang dihasilkannya mampu menyebabkan kesan negatif pada kesihatan untuk jangka masa panjang hinggakan kesuburan lelaki juga boleh turut terjejas.

Pakar sosial pula menjelaskan penggunaan telefon bimbit, khususnya telefon pintar, mengurangkan komunikasi dua hala sebenar dan manusia moden lebih cenderung bersosial dengan telefon bimbit berbanding bergaul dan bertemu empat mata. 

Terkini, beberapa pakar kecantikan turut mendedahkan penggunaan telefon bimbit yang kerap boleh menjejaskan keadaan kulit dan penampilan diri individu. 


Bebanan leher

Tidak kira sama ada kita berjalan, duduk atau baring, kita biasanya akan memegang dan tunduk memandang telefon. 

Menurut pakar dermatologi kosmetik, Dr Paul Jarrod Frank, kekerapan menunduk atau melihat ke bawah ini berupaya menyebabkan kolagen di leher makin lemah, sekali gus membuatkan kulit bahagian terbabit menggeleber seakan-akan leher ayam belanda.

Untuk mengatasinya, pegang telefon pada tahap mata dan ubah rutin kecantikan. Tambah produk berasaskan kolagen khususnya serum atau krim malam dan jangan abaikan kawasan terbabit.

“Kita selalu menyapu losen pada tangan, jadi amalkan konsep yang sama pada leher. Jangan gunakan produk penjagaan harian pada wajah saja tapi beri perhatian juga pada leher,” katanya.

Kedutan awal

Huruf yang kecil pada telefon bimbit sering membuatkan kita berkerut atau mengecilkan mata untuk membacanya. Dr Frank menyifatkan keadaan ini sebagai salah satu punca garisan halus pada sekitar mata. 

Sebaiknya, pilih penggunaan huruf yang lebih besar pada tetapan telefon dan sesuaikan keceerahan skrin mengikut keselesaan mata yang melihatnya. Pada masa sama, gunakan krim mata bertekstur mewah setiap hari bagi membantu mengurangkan gejala itu.


Nampak tak apa yang tertulis tu?!
Bintik Hitam

Kita pasti biasa dengan rasa hangat di pipi selepas berbual lama di telefon. Keadaan itu sebenarnya boleh memberi kesan kepada kulit sama seperti apabila kita terdedah di bawah terik matahari.

Pakar kulit mendapati keadaan ini boleh mendorong kepada timbulnya masalah bintik hitam pada wajah. Biarpun kecil dan sedikit, ia berupaya memberi kesan buruk pada kulit dalam tempoh lama.

Cuba elakkan penggunaan telefon lebih 10 minit dan kurangkan berkomunikasi dengan bantuan gajet Bluetooth. Juga sapukan serum pembaikan kulit dan rajin jalani rawatan kulit di klinik atau spa bagi mengurangkan masalah itu.

Ejen jerawat

Pendedahan berterusan telefon bimbit pada bahagian pipi dan dagu boleh menyebabkan munculnya masalah jerawat. Telefon bimbit dikenal pasti mempunyai bakteria, minyak dan banyak kotoran melekat padanya hingga membuatkan kotoran itu beralih ke kulit.

Bagi mengurangkan masalah terbabit, sental wajah sekurang-kurangnya dua kali seminggu bagi membersih­kan pori dan mengimbangi minyak pada kulit. 

Pada masa sama, kerap bersihkan kotoran yang ada pada telefon bimbit kerana kotoran itu bukan hanya merebak pada wajah malah tangan, beg dan di mana saja ia diletakkan.

Alahan dermatitis

Pernah alami kegatalan, ruam atau kesan kemerahan hanya pada sebelah pipi? Itu dinamakan dermatitis telefon bimbit yang biasa berlaku dalam kalangan mereka berkulit sensitif.

Ruam itu berpunca daripada unsur kimia nikel dalam telefon bimbit yang mana ia mungkin salah satu penyebab masalah kulit kendur pramatang.

Semua penyakit-penyakit ini mempunyai solusinya dengan pengambilan supplement yang bersesuaian. Terpulang kepada corak pemilihan anda berdasarkan kehendak dan bajet bulanan atau harian anda. Saya juga mengambil suppelement yang hebat dan berkualiti dari jenama yang dipercayai.

Saya pilih Shaklee, bagaimana pula anda?

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah kesihatan dan hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...