Sudah 3-4 hari tidak mengupdate apa-apa berita di sini. Cewah, macam terkenal sangatkan!
Bukan apa, sekarang masa sangat mencemburui saya. Tak terkejar dek kaki dan tangan untuk selesaikan semuanya tanpa bantuan daripada-Nya.
Bagaimanapun alhamdulillah, Sabtu lepas, 15 Februari 2014, saya telah dijemput untuk menjadi krew kepada Richwork Sdn Bhd yang diasaskan oleh Dr Azizan Osman untuk satu program yang sangat hebat iaitu BANGKIT 2014.
Jom saya ringkaskan dalam bentuk point je apa yang telah saya lalui sepanjang program tersebut.
1. Berkumpul jam 6.30 pagi di Berjaya Waterfront Hotel bersebelahan The Zone, Johor Bahru. Pergi bersama rakan kongsi untuk berkongsi kegembiraan 'memberi' kepada masyarakat Melayu majoritinya. Perjalanan untuk berkongsi ilmu adalah perjalanan terbaik dalam hidup kita. Pemberian yang kekal pahala selamanya adalah pemberian ilmu dan khidmat kepada yang memerlukan.
2. Bertemu dengan hampir 52 orang yang secara rela hati berkhidmat bersama DAO. Sempat berkenalan di pagi hari. Pelbagai jenis bisnes yang mereka run dan tak sangka, saya dapat berjumpa 4-5 orang yang bergelar Jutawan juga berkhidmat pada hari yang sama. Pergh, memang terbaiklah pengalaman yang dikongsi bersama! Tak sempat nak buang masa gosip-gosip dalam majlis ilmu. Majlis ni tak sesuai untuk gosip-gosip yer.
Geng susun kerusi di awal pagi. We are rock!!! |
4. Dalam jam 8.00 pagi, seminar ini pun bermula. Seperti biasa, 'bara bara bere bere' menjadi acara pembuka dan alangkah bertuahnya diri ini apabila turut ditugaskan untuk menjalankan aktiviti ini bersama para hadirin yang hadir. Hadirin yang dianggarkan antara 3000-4000 orang turut bersama menghidupkan suasana dan 'memanaskan' badan.
Mungkin ramai orang tak tahu bahawa istilah 'bara bere' ni merujuk kepada aktiviti aerobik yang dipimpin oleh salah seorang staff Richwork. Tujuannya adalah untuk para peserta membina 'mood' kecergasan fizikal yang dijana untuk mencerdaskan akal untuk menimba ilmu sebanyaknya. Bukankah orang kata,"Otak yang cerdas bermula dari badan yang cergas". Nak jadi luar biasa kenalah belajar aktiviti luar biasa juga kan?!
'Denda' berdiri untuk hilangkan mengantuk dan menajamkan tumpuan, Belajar erti FOKUS! |
6. Ketika program inilah, saya berada paling dekat dengan DAO, betul-betul di hadapan pentas. Teruja tengok secara berdepan orang yang telah membuka dan membersihkan minda ramai orang Melayu untuk keluar dari kepompong hidup biasa-biasa. Dalam diam, saya berterima kasih kepada DAO ketika itu. Jika bukan kerana usaha dan kesungguhan beliau, mungkinkah hari ini ramai anak Melayu yang bangkit dalam bidang perniagaan dan keusahawanan ini.
Jika bukan kerana beliau, tak ramai daripada kita yang tahu apa sebenarnya ilmu yang 'membezakan' seorang Jutawan daripada orang biasa. Hanya orang yang ikhlas membantu anak bangsanya yang akan berusaha mengajar anak bangsanya untuk menjadi kaya dan berjaya.
Gaji yang perlu ada untuk membeli tanah atau rumah sekarang!!! Anda MAMPU jika tidak berubah sekarang? |
7. Ramai warga Johor yang 'dikejutkan' oleh DAO apabila beliau nyatakan bahawa ketika mana DAO cakap,"Di ketika orang Melayu Johor bertempik dan berteriak apabila JDT menang bola, ketika itu juga tanah Melayu Johor tergadai sedikit demi sedikit.
Di ketika orang Melayu Johor laungkan 'Luaskan kuasamu Johor' di dalam stadium, ketika itu jugalah tanah Melayu Johor semakin mengecil di luar stadium".
Saya lihat ketika itu, ramai yang termenung jauh memikirkan kebenaran kata-kata tersebut. Ye lah, akhir-akhir ini kita sering dipesongkan dengan hiburan dan bola sehingga isu sebenar tentang ekonomi dan inflasi semakin kurang diperkatakan.
8. Kelemahan masyarakat Melayu Islam bermula sejak mereka mula mengenali istilah 'subsidi' dan 'selesa' di tanahair sendiri. Ini merupakan 2 jenis racun yang amat berbahaya kepada umat Islam. 2 racun inilah penyebab mengapa penguasaan ekonomi Melayu sangat sedikit walaupun mereka adalah pasaran terbesar di Malaysia. Malang yang teramat sangat kerana struktur ekonomi mereka tidak seimbang antara pengeluaran dan pendapatan.
9. Dalam seminar ni, DAO tekankan kenapa kita perlu BERILMU? Kerana dengan ilmulah kita dapat pecahkan 'MENTAL BLOCKING'. Sebab dengan adanya ilmu, baru kita tahu potensi diri kita dan apa yang perlu kita lakukan untuk membebaskan minda kita demi sebuah kejayaan dan kekayaan yang diidamkan.
Doakan anak muda ini berjaya dan kaya yer! |
Bila minda kena block dengan 'kebodohan' sendiri, maka usaha dan tindakan kita dalam hidup pun kena block secara automatik. Maka, lihat sahaja ramai orang Melayu yang rata-ratanya hanya buat kerja separuh jalan sahaja dan tidak memberi 100% usaha dalam setiap usaha mereka.
10. Jangan beritahu IMPIAN kita pada orang di sekeliling yang NEGATIF sebab mereka pasti akan sabotaj kita. Contohnya macam kita kata nak berhenti merokok.. Kita beritahu yang kita nak berhenti tapi SURE 'orang-orang' tersebut akan menghulur rokok PERCUMA pada anda tanpa 'PAKSAAN' betul tak?
Ramai dari kalangan Melayu kita sendiri yang kurang kesedaran. jika perkara yang ingin kita lakukan adalah baik, pasti mereka akan berusaha untuk menjadikannya tidak BERLAKU tetapi jika perkara yang ingin kita lakukan adalah sebaliknya, mereka pasti menyokong. Majoriti!
Setakat ini dulu tulisan saya untuk hari ni. Semoga bermanfaat untuk para pembaca. Percayalah, tiada orang yang berjaya melainkan mereka ubah CARA FIKIR mereka sebelum mereka mula mengubah TINDAKAN mereka menjadi LUAR BIASA.
*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
0 comments :
Post a Comment