Thursday 27 March 2014

Posted by Unknown On Thursday, March 27, 2014

Assalamualaikum jutawan semua.

Senggang masa sangat jauh untuk saya tulis posting baru ni. Bukan apa, banyak masa dihabiskan dengan aktiviti harian bertemu rakan kongsi dan para pelanggan yang disayangi.

Sebab apa saya tulis jatuh bangun JUARA hari ni?

Sebabnya ia berkenaan dengan kisah diri sendiri yang saya sengaja gelarkan sebagai JUARA. Bermula sebagai winner, kemudian menjadi loser sekejap dan akhirnya menjadi winner semula. 

Benarlah kata orang yang lebih banyak menempuh pengalaman hidup,"Keputusan dalam peperiksaan hanya satu bahagian kecil sahaja yang akan menentukan keputusan dan kejayaan dalam kehidupan".


Menjadi salah seorang pelajar terbaik dalam bidang akademik sepanjang proses pembelajaran dahulu, baik di dalam mahupun di luar negara tentulah menjanjikan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Bahkan yang lebih best lagi, semuanya tajaan Kementerian Pertahanan sejak sekolah menengah lagi. Maklumlah anak tentera, so special sikit bila selalu berjaya ni.

Itupun motivasi saya sejak kecil. Selalu nak jadi JUARA dalam semua bidang yang saya masuk dan tak suka bergantung dengan orang lain. Biasiswa ok, PTPTN ko. Alamg-alang belajar biar sampai dapat biasiswa ye adik-adik.

Alhamdulillah, itu pun yang berlaku kepada saya setelah balik dari Mesir. Pulang menjadi seorang pensyarah di sebuah kolej di selatan tanah air. 

Workload yang sangat berat hingga kadang-kala dibawa balik ke rumah, tiada kebebasan kewangan dan kebebasan masa, tiada perancangan hidup, tiada elaun yang berbaloi, tiada kebebasan bersuara, tiada kepimpinan yang baik dan tiada masa hatta untuk diri sendiri. Saya ZOMBIE ketika itu. 

No life, no freedom. Nothing. I'm a LOSER that time.


Pelajar bukan lagi menjadi subjek 'pendidikan' tetapi menjadi subjek 'keuntungan'. Silibus bukan untuk melahirkan 'insan' tetapi hanya melahirkan 'robot' untuk bekerja di masa depan. Misi pendidikan yang kabur dan hanya berteraskan kepada melahirkan tenaga kerja kepada industri benar-benar merimaskan saya.

Sering saya tertanya-tanya, "Adakah pelajar-pelajar ini diajar untuk 'hamba' dalam industri atau menjadi 'pioneer' dalam industri baru suatu hari nanti?"

Semua ini menjadikan satu persatu motivasi saya dalam pendidikan jatuh merudum dan terus hilang. Saya merasakan ini bukan bidang yang ingin saya teruskan untuk baki hidup yang tidak seberapa lagi ini. Ketika itulah saya bertemu dengan bidang perniagaan dan kesedaran tertinggi ini.

Dalam 7 bulan ini saya telah mempunyai hampir 200 orang fighters dalam Shaklee. Income bulanan sudah hampir mencecah 5 angka dan alhamdulillah telah mula duduk sama rendah dengan jutawan-jutawan dan pemilik-pemilik bisnes lain. Hanya berdiri sama tinggi sahaja dalam proses seterusnya. 

Alhamdulillah, fasa JUARA timbul kembali dalam hidup saya. I LOVE MY LIFE NOW!!!

DARI LOSER KEPADA WINNER!

Apa yang saya lakukan sebelum 'terjun' dalam dunia baru ni? Ini antara apa yang saya lakukan:

1. SOLAT TAUBAT

Ketika berada dalam dilema hidup dan mengalami kemurungan teruk, jalan pertama adalah kembali kepadaNya. Akui kesalahan sendiri dan merintih serta merayu kepadaNya. Mungkin sudah lama Ia menunggu kita menemuinya dalam 'keadaan' itu.

Saya yakin dan percaya semua orang pasti mempunyai masa seperti itu. Masa kehilangan motivasi diri adalah masa yang sangat kritikal. Punca kemurungan dan sakit jiwa bermula dari sini. Ditambah dengan tekanan kerja, pasti keadaan akan lebih kritikal ketika itu.

Solat taubat menjadikan diri kita kosong dari segalanya, baik dari mengingati pahala atau pun dosa. Ia hanya cara untuk kita 100% mengingati dia dan mengakui semua kesalahan kita dengan air mata, bukan lagi air liur.

Ketika itu, putus asa kan hati dari bantuan orang lain atau kemampuan dan kepandaian diri sendiri. Ketika itulah yang dipanggil PUTUS ASA DIRI dan sambunglah hati dengan RAHMATNYA ketika itu. 

Itulah arahan dalam Quran,"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah".

Kerana berputus asa dari rahmat Allah dan meyakini kemampuan diri sendiri semata-mata adalah sifat orang yang tidak beriman.

Mintalah Ia atur segalanya tentang hidup anda, pasti anda dapat rasakan ertinya MENYERAH DIRI kepadaNya. Indah hidup ketika itu. Saya dah merasainya, anda bila lagi?!

2. SOLAT HAJAT & ISTIKHARAH

Anda ada hajat dengan manusia atau dengan Allah? Kenapa tak solat hajat kalau macam tu?

Ia juga persoalan pada saya dulu. Dah buat solat taubat, tak lengkap kalau tidak berhajat kepadanya dengan pelbagai hajat dan pilihan yang kita hendak dalam hidup.

So, untuk pastikan kita dapat yang terbaik, solatlah istikharah. Minta Allah pilihkan salah satu hajat kita yang terbaik untuk diri, keluarga, bangsa, negara dan agama.

Jika ibu bapa kita buat satu-satu pilihan dalam hidup kita pun, kita merasa selamat dan yakin ia adalah pilihan terbaik untuk kita sebagai anaknya. 

Bagaimana halnya dengan Allah SWT apa bila Ia membuat dan memberikan keputusan kepada kita? Bukankah ia yang terbaik buat kita sebagai hamba dan khalifahNya?!


3. BACA YASIN

Ni bukan bacaan Yasin ye tapi baca yasin sendiri! Jika hajat sebesar gunung, sila kecilkan malas sebesar kuman, baru senang Dia nak bagi.

Lazimkan membaca Yasin kerana ia adalah hati Quran, isi kalam Allah terletak di dalamnya. Tempat mustajab segala hajat juga ada padanya, cuma ramai dari kita yang tidak mengetahuinya.

4. BANYAKKAN SEDEKAH 

Ramai orang tahu bahawa sedekah pembuka jalan rezeki dan penyelesaian kepada banyak masalah kehidupan, cumanya ramai yang tak buat, termasuklah saya.

Ye la, dulu kita pun serba tak cukup. Sedekah? Ye sedekah cuma tak BANYAK. Nak CEPAT selesai masalah, BANYAKKAN sedekah, jangan rasa BERAT tangan jika nak RINGAN hidup!

Pertama kali keluarkan jumlah yang terbesar dari dompet benar-benar 'menakutkan'. Banyak betul bisikan budak kecik dalam diri ketika tu, tapi alhamdulillah dapat dilawan. 

Setelah sebulan lepas tu, dah mula dapat penyelesaian dan sekarang setelah 7 bulan, banyak betul perubahan positif yang berlaku.

5. TUKAR RAKAN ANDA!

Dalam banyak-banyak perkara, inilah yang paling sukar sebenarnya. Baik oleh saya sendiri atau orang lain. ramai jutawan yang saya jumpa bercakap perkara yang sama.


Cari kawan yang mempunyai pandangan berbeza tentang 'hidup'. Jangan cari yang serupa dengan anda kerana ia tidak akan menguntungkan anda untuk jangka masa panjang.

Penting ke? Abis tu takkan nak dump je rakan-rakan lama?

Jawabnya, ye sangat penting dan tidak! 
Jangan dump kawan-kawan anda tapi jauhkan diri sedikit demi sedikit. Jika mereka memahami anda, pastikan mereka akan berikan ruang kepada anda dari mengata di belakang anda.

Trust me, ketika ini anda akan kenal siapa kawan, siapa lawan!


Mula berkawan dengan ramai orang dan ringankan mulut bertanya,"Apa pandangan anda tentang hidup ni?".

Jawapan yang paling mengkagumkan anda adalah jawapan yang sesuai dengan jiwa anda. Bergeraklah selepas itu mengikut jiwa anda. Ia telah menemui jawapannya.

Harus diingat, tiada JAWAPAN HATI yang sama kepada semua orang. Jadi, jangan cuba jadi orang lain. Be yourself!!!

Ingatan juga buat juara-juara semua, semua amalan ni sila lakukan dalam tempoh 30-40 hari. Saya tahu bukan senang nak istiqamah/berterusan melakukannya, tapi percayalah, untuk berubah anda MESTI melakukannya.

Pengalaman saya hanya seminggu sahaja, hidup anda akan mula berubah. Berubah yang sangat-sangat. Anda baru tersedar kehebatan diri anda yang sebenar.


Semoga ia menjadi artikel yang diperlukan untuk anda kerana posting ini ditulis kerana menjawab persoalan beberapa orang rakan yang benar-benar inginn tahu bagaimana saya mula 'BERUBAH' dengan sangat drastik ini.

I love my life now and ever! And I hope you will be too, insyaallah!!!

Mohd Taufiq,
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee.
Whatsapp/SMS: 019-2486694.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...