Wednesday 9 April 2014

Posted by Unknown On Wednesday, April 09, 2014

Assalamualaikum jutawan semua.
Semoga anda baik-baik dan sihat selalu dalam menjalani kehidupan yang serba mencabar ini.

Hari ni nak berkongsi sedikit rasa GERAM saya ketika menyempatkan masa untuk hadir ke satu majlis ilmu ni. 

Sebenarnya, 3 hari yang lalu saya ada pergi ke program Shaklee bersama seorang Master dalam group saya. Banyak sangat input baru yang saya dapat di samping menyulam ikatan silaturrahim bersama.

Saya tetap pergi even saya dah ada rank yang agak tinggi di dalam struktur bisnes Shaklee ini. Bukan apa, prinsip jutawan adalah mereka mesti tambah ilmu setiap bulan. Kerana bisnes adalah SENI.

Master Nur Zahirah bersama bakal-bakal jutawan Shaklee dalam group saya :)
Kreativiti kena tinggi dan daya usaha utk belajar kena banyak digembelengkan. Saya pergi bukanlah untuk keuntungan saya semata-mata, tapi untuk cari input untuk dikongsi bersama anak didik bisnes yang saya sangat sayangi dan sangat saya nantikan kejayaan demi kejayaan yang akan kami ukirkan bersama.

Teruja sangat saya untuk mengubah mereka menjadi SOMEBODY suatu hari nanti dengan Shaklee. Saya nak orang-orang yang pernah memandang sinis kepada mereka kerana berbisnes akhirnya berubah menjadi rakan kongsi Shaklee mereka pula kerana KAGUM dan RESPECT dengan KEJAYAAN yang mereka kecapi.

TAK MALU KER?!

Ada sesuatu yg buat saya TERASA dengan Master hari tu. Saya tahulah saya bukan siapa-siapa, tapi janganlah sampai macam tu sekali buat saya rasa bersalah. 

Berkecamuk betul perasaan dan fikiran saya sewaktu beliau mengungkap kata-kata tu. Saya rasa bersalah kepada diri sendiri. Saya sangat terasa. Titik!

Mungkin juga anda terasa seperti saya jika anda memahaminya. Jujurlah dengan diri sendiri!

Master kata:

1. Tak MALU ke kalau kita hanya bagi derma RM 1-2 je kat tabung masjid? Lepas tu kita kata, "Yang sedikit dengan ikhlas itu lebih baik dari banyak".

Patut malu kepada para sahabat yang tak pernah sedekahkan derma sikit-sikit. Mereka beri banyak-banyak kerana orang Islam MESTILAH orang kaya!


Sejarah tidak pernah menipu dengan rekodnya bahawa Saidina Abu Bakar menderma 2 gudang harta perniagaannya untuk Nabi berhijrah, Saidina Usman mengeluarkan sedekah 100 ekor unta terbaik kepada Nabi bernilai hampir RM 1 juta untuk kegunaan umat Islam, semata-mata untuk Allah dan rasulNya.

Tapi kita sedekah RM 1-2, then kita cop sahabat Nabi semua miskin-miskin, dorang mana ada cari harta sangat....kita je lebih-lebih sebab kita hanyut dengan dunia....KANNN?!

Kita patut malu sebagai seorang Muslim tapi kita MISKIN kemudian kita menisbahkan KEMISKINAN itu sendiri dengan Islam. Islam itukan datang dari Tuhan Yang Maha Kaya, maka mustahil agama itu MISKIN jika sifat Tuannya sendiri kaya.

Bukan hanya miskin itu menyulitkan kita bahkan ia tidak bermanfaat untuk orang lain. So, wake up guys. Bangun bekerja dengan luar biasa untuk hasil yang luar biasa juga!

2. Kita patut SANGAT MALU kalau hanya boleh bagi RM 2-300 kepada mak ayah setiap bulan sedangkan kita sendiri belanja rumah RM 2-3000 sebulan.

Dengan penuh keikhlasannya kita hulurkan sebahagian kecil daripada saki-baki harta kita kepada ibu ayah kita sedangkan mereka pasrahkan diri memberi SELURUH hidup dan harta mereka untuk kita selesa sepanjang hidup.

Inilah yang berlaku apabila kuantiti harta menjadi kayu ukur kualiti kasih sayang
Selepas berkira-kira makan pakai segala setiap kali masuk gaji, barulah saki-bakinya kita berikan untuk mereka. Jika lebih RM 100, seratus je la kadang kala dan ramainya selalu tak pernah memberi buat mak ayah kerana tak cukup makan diri sendiri dan keluarga.

Sedangkan sepanjang hidup, apabila dapat sahaja gaji hasil usaha tulang empat kerat mereka, cepat-cepat diasingkan 'bahagian' untuk kita, anak-anaknya. 

Bukan hanya ketika kecil, ketika kita sudah berkeluarga juga sekarang ini pasti ada 'bahagian' kita setiap masa, cuma caranya adalah melalui tangan cucu cicitnya, bukan lagi melalui tangan kita yang telah tua bangka.

Tak percaya? Pergi call mak ayah sekarang, cakap takde duit, mintalah berapa pun, insyallah mereka boleh sediakan tak sampai seminggu TAPI kita, bolehkah?

Saya sendiri tersentap. Agak-agak saya boleh tak sediakan sebegitu rupa jika mereka meminta!


3. Kita patut LAGI SANGAT MALU kalau kita boleh melancong dengan lebihan duit gaji kita yang tak seberapa tetapi masih TAK MAMPU nak simpankan untuk mak ayah kita naik haji dan umrah.

Kita melancong ke merata tempat tapi yang wajib untuk mak ayah belum lagi kita tunaikan. Bukan sebab kita tak berduit, kita cuma TAK PERNAH CUKUP duit.

Yang super lawaknya adalah kita tau yang kita kekurangan wang tapi kita tak berusaha menyimpan, melabur dan menjana pendapatan sampingan melalui bisnes. Bahkan kita habiskan dengan perkara yang kurang prority jika dinisbahkan kepada perkara yang lebih aula (utama).

Selesai!!!

****************************

Sejujurnya saya sendiri TERASA dengan statement ni. Sebab tu dari awal saya buat biz ni, saya pasak niat dalam-dalam agar jangan goyah di pertengahan jalan. Apa sahaja mendatang, lebih baik jadi 'pendatang', hadap je semuanya dengan azam dan keberanian!

Saya tak nak buat sungguh-sungguh, saya mesti sungguh-sungguh buat.
Saya tak nak cari peluang, saya nak bina peluang.
Saya tak nak kaya dan berjaya seorang diri, saya nak kaya dan berjaya bersama rakan yang ingin.

Sejujurnya sewaktu kerja dulu, KERJA dan GAJI hanya untuk DIRI SENDIRI, tiada banyak lebihan masa dan wang untuk orang lain. Bukan kata utk kawan-kawan, untuk mak ayah sendiri pun, saya tak punya. 

Bila dikenang-kenang balik, sedih sangat ketika itu! 
Ah, sudah, air mata mula bergenang memikirkan kebodohan sendiri akibat terperangkap menjadi tikus panik dalam perangkap hidup, hanya seronok sendiri dengan segulung ijazah cita-cita. Cita tanpa berani mengejar impian!


Tapi dalam BIZ Shaklee ni, saya mampu tanggung ramai orang. Saya dah mula rasa keseronokan MEMBERI kepada mak ayah, kawan-kawan hinggalah diri sendiri. 

Alhamdulillah, bermula bulan ni saya dah punya kebebasan masa. I'm retire young and soon, will be retire rich, very soon. Kebebasan kewangan telah sangat hampir. Alhamdulillah. Moga saya tidak dilalaikan dengan segala anugerah ini.

Janganlah pula para pembaca jutawan sekalian memandang saya terlalu sempurna. Saya sekarang pun sedang dalam usaha untuk menunaikan hak ketiga-tiga point ni. Saya percaya, dengan niat untuk MEMBERI lebih banyak ni, saya akan MENERIMA dan MENARIK lebih banyak rezeki.

Rasanya anda malu tak jika perkara-perkara yang tertulis di atas berlaku juga dalam hidup kalian? 
Jika benar-benar berlaku dan benar-benar anda malu, jom kita bersungguh-sunguh SEKARANG.


Jom cari bisnes yang sesuai dengan jiwa kita. Kita masih ada peluang dan kesempatan sekarang, kenapa perlu menunggu peluang lagi. Hidupkan kan suatu peluang untuk kita.
Better late than never!

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

*Ingin berbisnes Shaklee atau mendapatkan hot produknya, boleh whatsapp saya di nombor 019-2486694.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...