Monday 14 April 2014

Posted by Unknown On Monday, April 14, 2014

Assalamualaikum semua.

Hari ni nak share kisah tentang "The Power of Sadaqah". Bukan untuk tujuan apa-apa, tujuannya hanya satu iaitu sebagai kisah pedoman dan inspirasi  buat pembaca yang ikhlas ingin memahaminya.

Ini adalah cerita peribadi saya sendiri yang baru sahaja berlaku yang bukan sahaja memberi kesan kepada hidup saya malahan kesannya meresap hingga ke dalam setiap tulang dalam diri ini. 

Jika hanya saya seorang sahaja yang mendapat manfaatnya, tentu ia hanya menjadi sebuah kisah kosong tanpa memberi tauladan kepada ramai manusia lainnya. 

Jadi kerana itu, biarlah kisah ini menjadi tatapan semua agar kita semua berjaya menambah iman dalam diri masing-masing dan lebih percaya bahawa sedekah adalah salah satu pintu rezeki.

*************************

Dalam 2 minggu lepas, awal bulan April. Seperti biasa, pusat kredit kad pasti tidak akan rasa lelah untuk menelefon meminta 'hutang' mereka. Saya juga menerima tempiasnya. 


Maklumlah ketika masih bergelar pekerja berkolar putih dulu, duit sentiasa tak cukup. Jadi jalan mudah adalah dengan 'meminjam' dari kredit kad. Mujurlah tanpa faedah, jadi hutang itu takla rasa terbeban sangat. 

Saya menjangkakan yang bulan lepas merupakan bulan terakhir pembayaran balik 'pinjaman' tersebut kerana setahun je termeterai kontraknya.

************************

"Hello Encik, saya call dari ****. Untuk makluman encik, encik dah terlewat membuat pembayaran untuk bulan ni sebanyak RM 995", ucap suara di sebelah sana.

Sebelah sini (sayalah tu) menjawab,"Maaf Puan, saya dah transfer RM 100 2 hari lepas. Tapi sebelum tu, saya nak tanyalah, kenapa banyak lagi hutang saya? Bukan sepatutnya dah abis ke?".

"Boleh beri saya reference number?", balasnya ringkas.

"Nanti call saya semula sebab nak kena buka online banking untuk semak", kata saya. 
'Dum' bunyi telefon diletak di sebelah sana.


Baru je letak, tak sempat saya nak login CIMB Clicks lagi dia dah call semula,"Encik...encik...saya dah cek ni, encik ada masukkan pada akaun ni ye, nombornya ************".

Saya pun mengiyakan. 

Katanya,"Encik, itu akaun motor encik tu. Dah lama abis tau motor tu. Kenapa masukkan ke sana? Patutlah hutang encik jadi banyak sampai RM 900 lebih ni.

Dalam akaun motor encik, encik dah 'tabung'kan dalam tu sebanyak RM 1200 lebih sejak setahun yang lepas? Encik tak tau ye?", cakapnya dengan nada riang. Mungkin kerana mendapat bayaran yang dikehendaki atau kerana dia dah tau ke mana duit saya pergi.

Saya pun menjawab yang saya tak tahu pasal tu sebab waktu saya buat pinjaman dulu, pegawainya yang arahkan masuk ke akaun motor tu. Actually, motor besar saya tu dah abis installmentnya 2 tahun yang lepas lagi.

"Kalau macam tu encik. Saya akan pindahkan duit ni ke akaun 'pinjaman' ni dan kiranya hutang encik dah selesai. Lebihan duit ini encik boleh ambil di kaunter kami di Jb. Terima kasih ye encik. Selamat petang", kata gadis berbangsa India di sebelah sana.

Saya dapat agak dari lenggok cakap dan gaya bahasanya hingga saya pun terteleng-teleng kepala sepanjang menjawab panggilan itu. 

Alhamdulillah Ya Allah, selesai akhirnya! Tak disangka-sangka ia akan berakhir sekelip mata begitu rupa.

SEHARI SEBELUMNYA!

Ada cerita pada malam hari sebelum kisah ini berakhir dengan perkara 'miracle' seperti ini.

Malamnya saya ke masjid seperti biasa. Memang itulah tempat saya sementelahan tidak sibuk seperti waktu bekerja dulu. Perasaan bersalah menyebabkan saya ingin qada' kembali masa-masa berharga dulu yang hilang atas alasan 'sibuk' bekerja dulu.


Selepas solat Isya dan sebelum melangkah kaki pulang, saya lihat ada 2 tabung derma. Niat awal dari rumah begitulah, memang nak derma. Sudah disisipkan beg duit bersama semasa ke sana. Tak naklah bagi alasan ayik tertinggal je beg duitnya.

Tapi timbul masalah baru bila berada di tiang masjid ini bila ada 2 tabung yang memerlukan 2 bantuan serentak. Satu tabung tertulis 'Tabung Anak Yatim' dan satu lagi tertulis 'Tabung Kebajikan Masjid'.

Bila jadi macam ni tentulah majoriti daripada kita nak pilih satu je kan untuk derma. Macam tu juga saya. 
Jahat betul 'budak kecik' yang saya manjakan selalu dalam diri ni.

Saya tersedar dan mengucap panjang.

"Kenapa aku nak pilih-pilih ni? Allah tak pernah pilih lihat melihat dosa dan jahat aku sebelum tetap bagi rezeki yang sentiasa bertambah banyak ni!", jerkah hati saya menentang.

Azam saya berubah ketika itu juga. Ingin saya dermakan apa yang termampu dalam kedua-dua tabung masjid. Tabung Anak Yatim yang pertama dah diletakkan not RM10 dan beralih ke tabung kebajikan masjid, saya keluarkan RM 5 je.

Dalam beg duit pun ketika itu hanya ada baki sehelai lagi RM 10, sehelai RM 5 dan beberapa helai RM 1.
Jadi not yang besar hanya ada RM 10 dan RM 5 je.

Saya pandang je RM 5 yang dah berada di tangan. 'Budak kecik' tadi kembali berbisik,"Bagilah 5 ringgit tu. Kalau bagi 10 ringgit, nanti ko nak makan apa? Nak beli barang apa kalau setakat 5 ringgit tu kalau ko simpan".

Kali ni saya bertambah geram dengan dalihnya,"Cissss, bedebah ko budak kecik, berani menakutkan aku dengan rezeki. Seekor burung pun tak takut dengan putus rezekinya, inikan aku pula yang boleh berusaha".

Saya masukkan RM 5 kembali dan keluarkan sekeping RM 10 yang berbaki. 

'Budak kecik' tu terus bertepuk tangan, dia kata,"Bagus...bagus ko ni. Dah, bagi cepat! Cepat keluar, jangan fikir lama-lama nanti berubah lagi".

"Astaghfirullah hal 'azim," terpacul dari lidah ini.

"Kenapa ni berkira sangat ni. Kenapa masukkan balik RM 5 tu, bagilah sekali. Berkira dengan Tuhan yang tak pernah berkira dengan kita itu biadap sekali akhlaknya. Itukan 'bank statement' akhirat. Masih berkira lagikah?!", amuk hati ini.

Tangan mengambil semula RM 5 dan pegang sekali dengan RM 10 tu dan masukkan sekali dalam tabung tersebut. RM 25 semua sekali.

Habisla duit saya, hanya ada beberapa ringgit je untuk  balik!

Ketika itu saya niatkan,"Ya Allah tenangkanlah keresahan hati ini dan yakinkanlah dia bahawa Engkau Maha Pemberi Rezeki. Tunjukkanlah kuasaMu Ya Allah.Ku harapkan suatu yang luar biasa berlaku".


Alhamdulillah, esoknya perkara atas tadilah yang berlaku. Saya beri Allah RM 25, Allah balas dengan RM 1000 tanpa tangguh. Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik pemberi balasan.

************************

Apa yang kita boleh ambil iktibar adalah:

1- Semua orang ada 'budak kecik' yang jahat tu. Semakin tinggi ilmu dan amal seseorang, semakin gemuk 'budak kecik' dalam diri tu. Kena sentiasa ingat dan sentiasa tidak bersetuju dengan kehendaknya.

2- Saya yakin semua orang mungkin pernah mendengar bisikan yang sama dari 'budak kecik ni'. Mungkin anda teringat juga apa yang berlaku pada anda dalam situasi seperti saya ini. Jadi, jangan biarkan ia berulang lagi.


3- Yakin dengan rezeki Allah dan berilah tanpa sesalan. Sebab tu sabda Nabi SAW, "7 golongan yang akan mendapat lindungan pada hari yang tiada lindungan padanya, antaranya adalah seseorang yang memberikan sedekah melalui tangan kanan sedang tangan kirinya tidak tahu". 

Maksudnya bukan sembunyi tangan tapi jangan lagi mengungkit atau mengingat-ingatkan, jangan membawa-bawa cerita atas niat keangkuhan dan jangan memilih-milih untuk memberi.

4- Berikan semua yang anda ada apabila hendak bersedekah. Kadang-kadang ada RM 50, berilah. Kalau ada RM 100 berikanlah. Yang mana paling besar dalam beg duit, berilah yang itu. Yakinlah bahawa Dia tidak pernah mengkhianati janji balasNya.

5- Yang ni ramai tak buat. Masa beri tu mesti sertai NIAT dan DOA. Niat dan doa yang baik2,"Ya Allah, berilah imbalan kepadaku sebanyak 10 kali ganda dari nilaian ini pada income bisnes bulan depan" sebagai contoh.

6- Minta keyakinan daripada Allah. Salahkah? Tidak sama sekali. Mintalah seperti mana Nabi Ibrahim meminta kepada Allah yang dikisahkan di dalam al-Quran. Nabi Ibrahim meminta Allah menunjukkan bagaiman kuasaNya menghidupkan makhluk yang telah mati.

Allah mengarahkannya mengambil 4 ekor burung dan diletakkan setiap ekor di gunung yang berasingan. Lalu Allah hidupkan keempat-empat ekor burung tersebut dan akhirnya berhimpun di depan Nabi Ibrahim demi menunjukkan betapa berkuasanya Dia.

Siapa yang telah berubah hatinya dan ingin mula bersedekah tanpa had atau pilihan lagi, sila tekan butang LIKE untuk sharing bersama-sama rakan yang lain. Sabda Nabi SAW,"Barangsiapa yang menunjukkan jalan ke arah satu kebaikan, nescaya ia mendapat pahala seperti pelakunya juga.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...