Tuesday 22 April 2014

Posted by Unknown On Tuesday, April 22, 2014


Assalamualaikum para jutawan semua.

Ganaih tak tajuk? Sharing dari Dr Azizan kot yang orang bayar riban-riban tu nak dengar dia cakap. Dia share dengan saya jer tau. Ok, jangan percaya!

Sharing ni seorang rakan yang baru je balik dari program beliau. So, saya mendapat sikit sebanyak tempias perkongsiannya.

Trust me, Dr Azizan punya formula sangat mantap. Sebab sapa je ikut pasti terpaksa jadi Jutawan, sayalah salah seorang testimoninya....tapi masih bertatih lagi untuk jadi jutawan.

*******************

DESIRE atau KEMAHUAN adalah fitrah semulajadi manusia. Semua orang pasti ada. Jika takde, pastilah dia tiang letrik yang tak bernafsu seperti manusia.

Tau tak yang desire ni akan tentukan TINDAKAN kita. Sebab tu orang-orang tua kita pesan,"Kalau HENDAK, seribu daya. Kalau tak hendak seribu dalih".

Kerana itu, penting untuk kita ukur setinggi mana DESIRE kita dalam berbisnes ni. Nanti baru kita dapat ukur setinggi mana pula tindakan kita.

Jom tengok pembahagiaannya:

1- Weak - Ni yang macam chipsmore, sekejap ada sekejap tiada. 

Kadang-kala rasa,"aku ni boleh jadi jutawan" tapi kadang-kala dia fikir balik,"Ek eleh, iye ke bole?" dengan lidah terjelir-jelir seperti biawak. Ini memang jenis bermasalah. Tidak yakin diri dan tidak yakin rezeki!

Yang ni kerja dia jadi ikan temenung mata terbeliak. Dia termenung je tanpa BERTINDAK apa-apa. Sebab? Dia sendiri keliru dengan kemahuan dia.....Soalan yang ada di otaknya sepanjang masa,"Boleh ke tak bole...boleh ke tak bole?".

Entah bila dia mahu bertaubat dari kekeliruannya sendiri.

2- Strong - Ni jenis kuat sikit tapi masih sederhana. 

Ini golongan yang nak cepat. Bulan ni usaha, bulan ni juga mesti jadi jutawan.

Level ni tetap lebih baik dari yang pertama tapi lawaklah tindakannya. Dia bertindak dan berusaha tapi sekejap jer nak hasil.

Golongan ni bekerja kebiasaannya kerana nak DUIT je. Dia tak fikir keuntungan dan kejayaan untuk jangka masa yang lebih panjang.

Jika duit yang akan cari, selamanya anda akan cari duit. Jika kepercayaan dan kejayaan yang anda cari, selamanya duit akan cari anda.


3- Powerful - Ni bateri power..

Kemahuan + tindakan luar biasa berjalan seiring. Ini golongan yang jenis kuat berusaha luar biasa. Tapi tetap nak lihat hasil usahanya dalam masa yang tidak terlalu jauh dan tidak juga terlalu dekat.

Jika lebih setahun berusaha tanpa hasil yang menunjukkan dia bakal menjadi jutawan, ia akan quit dan mula mencari kerjaya lain.

Jika berada dalam kelompok ini pun, kita dah dikira berjaya tahap pertama. Yang penting bateri mau tahan lama, baru usahawan namanya.

4- Extreme - Ni gila kentang namanya. Dia akan usaha sampai berjaya. 

Semua jalan luar biasa yang orang tak lalu ke yang orang dah laluinya ke semua dia lalu sebab dia punya KEMAHUAN yang tinggi. Jatuh berdentum bagaimana pun, ia tetap dengan jalannya.

Jika anda berada di tahap ini, tahniah diucapkan kerana semua orang yang bergelar jutawan mempunyai sikap EXTREME ini untuk berjaya!

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...