Sudah lama terikat dengan jawatan dan kuasa yang diamanahkan hingga mengekang kebebasan sendiri?
Sudah lama tidak sempat meluangkan masa bersama keluarga kerana terlalu sibuk mengisi kebebasan yang terhad?
Ingin tahu kebebasan itu dengan perspektif saya yang sedikit berbeza?
# # # # #
Saya pernah ditanya,"Ustaz rasa duit itu beri KEBEBASAN ke? Kalau ustaz rasa begitu....Kawan, anda telah hilang pedoman dan tidak nampak secara keseluruhan hidup".
Betul ke begitu?!
Saya tidak fikir saya telah terlepas pandang terhadap maksud kebebasan dalam seluruh sudut kehidupan, tetapi saya fikir kita mempunyai perspektif yang berbeza dari maksud kebebasan itu sendiri.
KEBEBASAN ITU PADA SAYA...........
Pada saya, kebebasan itu bermaksud saya tidak perlu menjawab kepada sesiapa atau meminta izin daripada sesiapa dalam melakukan sebarang aktiviti hidup.
Inilah kebebasan yang Islam bawa iaitu kalimah syahadah yang membebaskan kita dari sesiapa sahaja melainkan Allah dan rasulnya. Tanpa ikatan kepatuhan dan tanpa keterikatan kemerdekaan.
Kebebasan juga pada saya adalah mampu untuk memberi sesuatu yang berharga bagi orang-orang yang saya sayangi tanpa bimbang memikirkan adakah saya 'mampu' menunaikannya.
Lebih baik lagi, sekiranya saya boleh menunaikan kehendak mereka tanpa ber'nanti' atau ber'tapi' kerana alasan tiada kebebasan masa atau wang.
Bukankah Nabi SAW bersabda,"Luaskanlah nafkah ahli keluargamu dan sebaik-baik sedekah itu kepada ahli keluarga".
Pandangan saya juga kebebasan itu bernilai apabila kita tidak perlu menjual aset yang paling berharga yang kita miliki iaitu MASA kepada siapa pun untuk gaji yang telah ditetapkan dengan kadar kebebasan yang terhad.
Menjual masa bermaksud menjual hidup. Menjual hidup bermaksud menjual kebebasan. Menjual kebebasan adalah menjual kemuliaan seorang manusia.
Fikirkan sejenak.....
Bukankah sejarah telah melakarkan bahawa Islamlah satu-satunya agama yang membebaskan manusia dari menjadi hamba sesama manusia dan kembali menjadi hamba kepada Tuhannya bukan tuannya?
Kemampuan untuk pergi ke seluruh pelosok dunia dengan menikmati semua keindahan yang diciptakan, bila-bila pun dan bagaimanapun caranya saya inginkan. Itu, bagi saya, adalah kebebasan.
Kebebasan paling utama adalah pada fikiran. Tertekan, berserabut, tidak tenang fikiran lebih menekan hidup. Dengan kebebasan, fikiran menjadi tenang dan perasaan juga tidak tertekan. Pasti hidup sentiasa positif dan melihat hidup ini sebagai anugerah yang sangat bernilai.
KEBEBASAN ITU BERNILAI UNTUK SESIAPA SAHAJA
Bagaimanapun, kebebasan itu adalah subjektif. Tidak sama antara saya dan anda, anda dan orang lain. Ia sesuatu yang tidak perlu diperdebatkan.
Saya yakin kebebasan untuk seseorang di negara yang berperang akan datang ke tempat yang lebih aman. Kebebasan pelajar adalah ketika mula bekerja. Kebebasan pekerja adalah ketika ia telah menjadi bos.
Inilah kebebasan pada pandangan saya. Apa pula maksud 'kebebasan' dalam hidup ini?!
Mohd Taufiq
Motivator Kesihatan & Kejayaan
Motivator Kesihatan & Kejayaan
0 comments :
Post a Comment