Thursday, 13 November 2014

Posted by Unknown On Thursday, November 13, 2014
ulama, kisah, zuhud, harta, bisnes

Kisah ini adalah kisah lucu tetapi sangat mendalam masudnya. Ia berkaitan seorang jutawan yang tersangat kaya pada zamannya. 

Beliau bukan sahaja kaya tetapi juga berpangkat 'alim besar pada zamannya, digelar amirul mukminin fil hadis (ketua orang beriman dalam bidang hadis).

Beliau adalah Abdullah bin Mubarak. Beliau mewarisi kekayaan yang luar biasa dari ibu ayahnya dan mengembangkannya untuk tujuan ilmu dan agama. 

kaya, miskin, zuhud, kufur, syukur

Abdullah bin Mubarak mempunyai akauntannya sendiri. Suatu ketika, akauntannya datang bertemu Imam Abdullah dan berkata kepadanya,

"Wahai tuan imam, engkau telah menerima surat permohonan dari seorang fakir yang meminta 7000 dirham untuk membina rumahnya."

Kata Abdullah bin Mubarak,"Berikan kepada 14 ribu dirham".

Dalam keadaan terkejut, akauntannya membalas,"Wahai tuan imam, adakah engkau tersilap?"

Kata Abdullah bin Mubarak,"Betul.....Aku tersilap memberinya. Berikannya 12 ribu dirham. Sesungguhnya harta ini masih banyak dan semuanya aku telah infakkan pada jalan Allah. Siapa yang memerlukan, berikan kepada mereka".

Apa yang dapat kita belajar daripada kisah ini?

1. Ulama tidak menolak kekayaan sebagai nikmat dan ujian Allah tapi mereka menguruskannya dengan baik untuk tujuan agama.


zuhud, harta, racun, zikir, kata, ramadhan, umur , taat

2. Zuhud tidak ada pada orang miskin. Zuhud hanya ada pada orang kaya. Sebaik-baik bekalan orang kaya adalah sifat zuhudnya.

3. Pemurah itu didefinisikan sebagai seseorang yang memberikan sesuatu berdasarkan kemampuannya bukan berdasarkan apa atau berapa yang diminta.

Mampu itu sifatnya, jika diminta banyak, tapi si punya mempunyai sedikit dan memberikan sedikit atau sebahagian sahaja yang diminta. Itu adalah kemampuan.

Jika diminta sedikit, tapi si punya harta mempunyai banyak dan memberikan lebih banyak dari yang diminta, itu juga kemampuan.

4. Berusahalah untuk menjadi muslim yang kaya dan bertakwa kerana yang dikira di sisi Allah adalah usaha itu bukan hasilnya.

5. Kaya itu bukan dikira pada harta, hakikatnya, kaya itu dipandang pada jiwa. Di SINI huraiannya.

Semoga bermanfaat untuk anda di petang hari ini.

Mohd Taufiq
Motivator Kesihatan & Kejayaan

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...