Hari ni saya cuba untuk mengupas isu mahal dan murah dalam kalangan
masyarakat kita.
Seringkali orang ramai mengatakan supplement itu mahal dalam keadaan ia
mengakui bahawa kesihatan yang terhasil daripada pengambilan supplement itu
sangat mahal.
Kita semua sedia maklum bahawa yang dinamakan manusia, pasti lebih
berminat pada sesuatu yang dijual murah.
Bahkan perkataan 'murah' itu sendiri menjadi kata kunci yang digunakan
sebahagian peniaga untuk menyempurnakan kekurangan kualiti produk yang dijual.
Hakikatnya, manusia menilai mahal dan murah berdasarkan nilaian emosi,
bukan nilaian akal.
Apa itu MAHAL?!
Beli beg tangan RM 2- 300, murah.
Beli rokok RM 5 - 600/bulan, murah.
Beli katil hospital RM 1 - 2000, murah.
Tapi....
Beli supplement RM 1 - 200, mahal.
Beli buku RM 30 - 40, mahal.
Beli kitab RM 4 - 5, mahal.
#
Mahal itu.....
Adalah perkara keperluan yang kita tak rasa perlu.
Tapi kita 'sedar' ia perlu suatu masa nanti.
Bukti mahal?
Tak ramai yang memilikinya.
Walaupun tak perlu bergolok bergadai atau berhutang.
Murah itu.....
Adalah perkara kehendak yang kita rasa perlu.
Tapi kita 'sedar', ia sentiasa tidak perlu sepanjang masa
Bukti murah?
Ramai yang memilikinya.
Walaupun perlu bergolok bergadai atau berhutang.
#
Rupa-rupanya nya mahal dan murah bukan terletak pada nilai 'perlu',
tapi ia terletak pada nilai 'sedar'.
Tapi malangnya kesedaran ini hanya diakui apabila tiba masanya.
Ketika barang 'mahal' itu diperlukan dari barang 'murah' itu.
Kerana tu saya suka beri info bila saya sharing tentang produk bisnes.
Saya suka untuk educate orang ramai untuk SEDAR.
Kerana kesedaran masyarakat Malaysia tentang kesihatan masih rendah.
Sebahagian manusia menganggap buku itu mahal....
sebelum ia nampak kekurangan akalnya.
Bukankah ilmu itu mahal!
Sebahagian manusia menganggap kitab itu mahal....
sebelum ia nampak kekurangan agamanya.
Bukankah agama itu mahal!
Begitu juga,
Sebahagian manusia menganggap supplement itu mahal.....
sebelum ia hilang nikmat kesihatannya.
Bukankah kesihatan itu mahal?!
#
Sebenarnya sesuatu yang kita tukar dengan nilai wang itu,
bukan dilihat pada 'barangan atau perkhidmatan' itu,
tapi dilihat pada nilai setelahnya yang akan kita peroleh.
Murah ke sangat murah?! |
Jom sihat bersama saya dan Shaklee.
Mencegah itu lebih baik daripada merawat.
Anda kaya dan berjaya!
Mohd Taufiq
Motivator Kesihatan & Kejayaan
0 comments :
Post a Comment