Tuesday, 23 December 2014

Posted by cikgu mat On Tuesday, December 23, 2014
Semoga dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya kepada semua pembaca.

Allah menjadikan kita berbeza. Itu hakikatnya. Untuk kita saling mengambil manfaat dan pengajaran di samping merenung kekuasaanNya.

Saya tertarik untuk berkongsi video ini bersama. Anak gadis hebat ini dari China. Cacat kekal pada tangannya tapi sihat sejahtera pula pada bahagian tubuh yang lain.

Tapi anda pasti pasti kagum bukan melihat senyuman bahagia di bibir mungilnya. Bahkan mungkin ada yang cemburu dengan kebahagiaan yang terpancar itu.

Tangan beliau cacat tapi keinginan, semangat, motivasi untuk hidup berjaya menggerakkan kelebihan kakinya sehingga berjaya menjadi tangan dan menggerakkan otaknya hingga cepat belajar sekalipun tidak pernah bersekolah dan tiada kemahiran.


Begitu Allah membalas orang-orang yang tabah dan sabar dalam menghadapi ujian daripadaNya.

Sungguh, ia tidak mudah. Tetapi yang sulit itulah yang lebih banyak memberi kebaikannya.

Rasa diulang-ulang bacaan di tepi telinga ini dnegan firman Allah,

"Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan. Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan."

Sediakan tisu sebanyaknya...anda pasti tidak mampu menahan air mata akibat merasai ketabahan dan kekuatan dalam dirinya.

Semoga kisah pendek ini memberi impak besar kepada kita semua.

Mohd Taufiq
Motivator Kesihatan & Kejayaan

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...