Monday 15 December 2014

Posted by Unknown On Monday, December 15, 2014

Saya doakan semoga bertambah ilmu pengetahuan kita semua dengan post yang ringkas ini.

Bukan lagi rahsia bahawa buah dan sayur adalah baik untuk membantu mengekalkan kesihatan. Malah ramai juga tahu buah dan sayur membekalkan pelbagai jenis vitamin seperti A, B6, C dan asid folat-folasin; mineral (kalium, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium) serta serat.

Ini menjadikan buah dan sayur adalah elemen utama yang banyak membantu mencegah penyakit dan meningkatkan daya tahan badan.

Maha Suci Allah yang telah memberitahu kita tentang perkara ini sejak ribuan tahun lampau lagi.

Allah juga menyuruh kita mengambilnya sebagai tanda orang yang berakal,

“Kemudian makanlah daripada segala jenis buah-buahan, serta turutlah jalan Rab (Tuhan)mu dengan merendahkan diri. (Dengan itu) akan keluarlah daripada perutnya (lebah itu) minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda bagi kaum yang mahu berfikir. (Ayat 69, Surah an-Nahl)

Tahukah anda.......

Warna pada buah dan sayur adalah maklumat awal kepada jenis nutrien yang terkandung di dalamnya. 

Antara bahan yang memberikan warna di dalam buah dan sayur ialah karotenoid, klorofil serta flavonoid yang juga dipanggil fitokimia. 

Karotenoid yang terdapat dalam makanan ialah:
  • Beta-karotin xantofil - Terdapat pada buah dan sayur berwarna merah kekuningan seperti lobak merah.
  • Likopen xantofil - Terdapat pada buah dan sayur berwarna merah seperti tomato.
  • Xantofil - Memberikan warna kuning pada nanas.
lobak ungu

Warna hijau menunjukkan kandungan klorofil manakala oren memberi maksud terdapat kandungan xantofil. 

Kajian menyarankan pengambilan 400 hingga 500 gram buah dan sayur segar. Ia boleh mengurangkan risiko jantung, strok serta tekanan darah tinggi.

Kalium ialah salah satu mineral penting yang terdapat dalam sayur dan buah. Pengambilan kalium yang rendah boleh meningkatkan tekanan darah.

Pengambilan kalium yang banyak disertakan jumlah sodium mencukupi boleh membantu mencegah dan mengurangkan tekanan darah. 

Justeru, makanan yang kaya dengan kalium contohnya pisang, tembikai dan belimbing membantu mengurangkan risiko mendapat strok.

Sayur dan buah mengandungi nutrien serta fitokimia yang bertindak sebagai antipengoksida selain mencegah tindakan karsinogen (penyebab kanser) dalam usus.

Justeru, ia dapat membantu mengurangkan kerosakan sel dalam badan yang menjadi salah satu punca kanser. 

Fitokimia juga boleh didapati dalam kobis, bunga kobis dan brokoli.

Waktu pengambilan

Buah sering diambil selepas makan sebagai pencuci mulut. Namun, cara itu adalah salah sebenarnya.

Pengambilan buah selepas makan akan mengurangkan penyerapan nutrien oleh tubuh badan, justeru amalkan pengambilannya sebelum menikmati hidangan lain.



Buah dan sayur boleh diambil dengan pelbagai cara mengikut selera serta kreativiti masing-masing. Kebiasaannya, buah-buahan akan dimakan sebagai snek atau pembuka selera.

Sayur-sayuran juga boleh dimakan mentah untuk dijadikan ulam atau salad. Sesetengahnya dimasak dan dicampurkan bersama kumpulan makanan yang lain seperti ayam, daging, ikan serta kekacang.

Untuk kekal sihat kita disarankan mengambil sekurang-kurangnya lima hidangan sehari buah dan sayur sehari. 

Namun, bagi individu yang menghidap diabetes, pengambilan buah perlu dikawal dan mengikut saranan yang ditetapkan.

Saranan pengambilan buah dan sayur

Berapa banyak buah yang perlu diambil? 

Terpulang kepada individu tetapi sekurang-kurangnya dua sajian sehari dengan anggaran tenaga bagi satu hidangan berjumlah 60 kalori.

Bagi pengambilan sayur pula, sekurang-kurangnya tiga sajian setiap hari dan perlu diambil daripada pelbagai warna. 



Berapa banyak satu sajian itu? 

Satu sajian lebih kurang setengah cawan sayur. Jadi buatlah anggaran sendiri supaya pengambilan sayur anda menepati saranan.

Selain itu, makan pelbagai jenis buah dan sayur pada setiap waktu hidangan. Pelbagaikan pengambilan jenis sayur dalam diet harian dan berbeza warna seperti:
  • Sayur hijau seperti sawi atau kailan bersama batangnya.
  • Sayur jenis buah seperti peria, petola dan lada benggala.
  • Ulam-ulaman seperti ulam raja dan pegaga.

Semoga bermanfaat untuk semua. Makanlah sayur dan buah-buahan berwarna-warni untuk mendapatkan semua khasiatnya.

Mohd Taufiq
Motivator Kesihatan & Kejayaan

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...