Monday 4 January 2016

Posted by Unknown On Monday, January 04, 2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Jom ikuti perkongsian saya hari ini berkaitan isu ni. Isu mengapa orang Melayu mula berniaga.

Most of the time kerana berhutang. Kedua kerana untuk orang tersayang. Ketiga barulah kerana ada impian yang belum tercapai.

1. HUTANG

Tan Sri Zeti Abdul Aziz, Gabenor Bank Negara mengatakan 87% isi rumah Malaysia terikat dengan hutang. 90% daripadanya adalah orang Melayu.

Orang kita kaya hutang. Tak percaya, cer tanya kawan sebelah,"Ada hutang tak?" Sambung sikit lagi,"Berapa hutang tu?"


Kerana terlalu banyak hutang. Terikat pula dengan hutang tersebut dengan jumlah puluhan hingga ratusan ribu dalam tempoh 20-30 tahun.

Nak habiskan hutang setahun pun kita dah mula terasa betapa tight nya flow kewangan setiap bulan. Inikan pula yang memakan masa puluhan tahun. Allahu...berat!

Ini adalah faktor utama orang kita mula berniaga. Pening dengan hutang bulanan. Sesak nafas dengan bajet bulanan. Seboleh mungkin, perlu cepat selesai dan langsaikan.

Percaya cakap saya, hutang adalah pemberat hidup dan penyebab rezeki sangkut. 

U lambat bayar hutang yang bertangguh puluhan tahun. Begitulah rezeki U bertangguh nak masuk seperti air sungai mengalir.

2. UNTUK YANG TERSAYANG

Tak kurang juga orang kita mula berniaga kerana orang yang tersayang.

Ramainya kerana ingin berkahwin, ingin tunaikan hajat mak ayah pergi umrah, hendak anak-anaknya hidup lebih senang daripada hidupnya dahulu dan pelbagai faktor lain lagi.

Kehendak dalaman ni sangat kuat sebenarnya jika kena caranya. Tergantung kepada momentum kehendak itu sendiri. Jika kuat kehendaknya, hebatlah resultnya.


Jika hadkan kehendak itu dalam satu tempoh masa, itu akan menjadi penghalang kepada diri untuk lebih kaya dan berjaya dalam bisnes.

Saya bawa contoh mudah. Ada orang hendak prepare untuk kahwin. Maka, ia tumpu untuk buat bisnes dalam tempoh 6 bulan sebelum melangsungkan majlis.

Selesai saja majlis, apa jadi pada bisnesnya pada tekaan anda?

Terhenti? Ye betul sekali. Bisnesnya akan terhenti kerana impiannya hanya untuk kahwin saya. 

Impian majlis kahwin dah capai, maka tiada lagi impian lagi yang jadi momentum untuk ia terus berniaga.

Faktor kedua ini tidak kuat sebenarnya. Tapi jika kena cara dan mendapat tunjuk ajar mentor yang betul, insyallah boleh berjaya dengan mudah.

Hanya perlu ubah pada bahagian impian itu sahaja. Ia perlukan ilmu mendesign impian itu sendiri. 

3. IMPIAN BELUM TERCAPAI

Hampir semua orang ada impian. Walaupun ada sebahagian orang so-called 'mayat hidup'. Mereka mati sebelum mati yang sebenar menjengah. 

Mereka hidup tanpa impian. Hanya mengikut flow hidup. 

Bangun pagi marah-marah dan masam mukanya, pergi kerja tak bersungguh, balik kerja bermuram durja, malam pula tidur tak lena. Hidup orang seperti ini sangat kosong.

Kerana ia sendiri tidak tahu untuk apa ia hidup. Kerana itu mereka tiada impian. Semoga kita semua tidak menjadi sebahagian daripadanya.

Antara impain ramai orang adalah kebebasan kewangan dan kebebasan masa.

Ada duit banyak dan ada masa yang banyak untuk dimanfaatkan bersama keluarga dan masyarakat.

Ramai orang ada kebebasan ini hanya setelah pencen pada usia 55 tahun ke atas. Ketika usia ini, kebebasan hampir tiada maknanya kerana kita kekurangan dari banyak sudut lain pula.

Kekurangan tenaga. Kekurangan kesihatan. Kekurangan idea dan lainnya.

9 dari 10 orang jutawan yang pernah saya duduk bersama memeberi jawapan yang sangat mengejutkan bila saya tanya mereka apa sebab mereka berniaga.

Kata mereka,"Sebab aku nak bebas. Aku tak suka kerja bawah orang. Aku tak suka buat benda yang kau tak minat. Aku nak buat benda yang aku suka dan ada kebebasan kewangand an masa."

Faham atau faham?

Apa pula pull factor anda untuk berniaga?

Jom bersama saya!

Saya ada satu bisnes baru berkaitan emas fizikal. Jika tuan puan inginkan satu perniagaan yang tak mengganggu masa kerja hakiki, mempunyai permintaan tinggi di zaman kemelesetan dan sangat senang untuk diuruskan (melalui online) dengan konsep dropship, tuan puan boleh hubungi saya.

Tapi sebelum tu, buat keputusan dan cari apa faktor anda mula berniaga. Itu lebih utama.

Boleh layari juga web blog saya yang kedua. http://powergold-i.blogspot.my/

Saya doakan,'Anda Kaya dan Berjaya'.

Mohd Taufiq aka Cikgu Mat
Motivator Kekayaan dan Kejayaan

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...