Friday 11 December 2015

Posted by Unknown On Friday, December 11, 2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya doakan anda kaya dan berjaya.

Pernah saya ditanya orang,"Cikgu, saya penatlah bekerja. Dah 5 tahun macam ni. Stress dan penat rasanya setiap hari. Kalau saya nak berniaga, macam mana pendapat cikgu?"


Jawab saya.

Teruskan bekerja. Jangan mulakan bisnes apa pun.

Kerjaya anda sekarang hanya 1/10 penatnya dari berniaga. Jika kamu tak boleh enjoy penat yang 1/10 tu, macam mana kamu nak enjoy penat 9/10 tu pula.

Seriously, dah ramai orang bertanya saya masalah ni. Penat, stress, tak cukup duit, takde masa dengan keluarga, susah cuti dan pelbagai alasan dihamparkan di depan saya.

Tapi bila diberi satu jenis perniagaan paling basic untuk mereka yang tak pernah berniaga untuk dimulakan dengan modal kurang RM100, terus tiada jawapan balas.

Benarlah kata bijak pandai dalam kalangan mentor saya, 

"Bukan semua yang meminta bantuan itu benar-benar perlukan bantuan. Mereka hanya meluah rasa untuk mendapat perhatian sahaja."

Cabaran pertama pun dah tak lepas, ada hati nak beri alasan berjela.

Bagi saya yang hampir 3 tahun dah dalam dunia bisnes, mereka ini termasuk dalam golongan 'denial' dan tidak pandai bersyukur.

Hari-hari komplen nak yang terbaik tetapi malas dan tidak berani keluar dari zon selesa.

Nak kerja malas, nak berniaga 9 kali malas. Maaf jika ada yang terasa dengan fakta saya.

Kerana fakta inilah, orang asing yang tiada apa-apa, bekerja macam nak gila tanpa sebarang komplen. Apabila cukup duit, terus mula berniaga. Bila dah berniaga, terus kuasai industri sedia ada.

Orang kita........?

TANAM DALAM DIRI

Pernah dengar satu quote yang sangat bagus?

"First, love what you do. Then, do what you love."

Jika kerja yang risikonya sangat kecil itu dan penatnya yang sangat minimum itu pun tidak boleh kita cintai sepenuh hati, bagaimana nak masuk dunia bisnes yang serba mencabar ini.

Ingat, kerja atau bisnes berjalan bukan kerana namanya kerja atau bisnes, tapi kerana manusia yang jalankannya.

Kita tidak jalan sekiranya hati tidak jalan atau hati tidak suka. Jika kita tak dapat uruskan hati kita, siapa lagi yang bertanggungjawab untuk menguruskannya?

Jika dalam kerjaya sekarang banyak komplen, apa pula jaminan tidak komplen nanti apabila sudah berbisnes?

Jika kita boleh kerja sepenuh hati walau dalam keadaan terpaksa, pasti resultnya luar biasa bukan?

Bagaimana jika satu hari nanti setelah kita tinggalkan kerjaya itu dan lakukan bisnes yang kita minat dan sukai, pasti hasilnya juga lebih luar biasa.

Ingat pesan saya tadi, dunia bisnes menunggu anda dengan 9/10 kesusahan, kepenatan, risiko dan kesulitan. Sebelum anda mendapat 9/10 kemudahan, kerehatan, keuntungan dan kejayaan melebihi orang bekerjaya.

Kerana itulah sebelum mula nak ubah kerjaya kepada berbisnes, ubah sikap dulu.

Sikap biasa-biasa kepada sikap luar biasa. Buat keputusan betul-betul kerana orang yang masih ragu-ragu nak tinggalkan zon selesa ada gaji walaupun banyak komplen bukanlah mudah.

Hanya keputusan yang benar-benar putus saja dapat keluarkan diri dari kebiasaan sekarang.

Saya tahu ia tidak mudah tapi percayalah, ia lebih mudah bila anda ada impian, kurang alasan, ada mentor dan ikut sistem orang yang telah berjaya.

Mudah-mudah?


Semoga bermanfaat. Jangan lupa share jawapan ringkas ini kepada rakan-rakan yang masih dalam dilema.

Nasihat saya, dengarlah cakap mentor apabila kita telah bertekad untuk berbisnes. 

Mentor lebih tahu apa yang sesuai untuk anda kerana sebelumnya beliau sendiri pernah duduk di tempat anda. :-)

Baca EBOOK ini jika benar anda ingin mula berbisnes dengan kos dan risiko kurang RM 100.

Ingat selalu pesan ni, 'Ramai orang suka menyalahkan keadaan tapi tak ramai orang suka membetulkan keadaan.'

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...