Tuesday, 18 June 2013

Posted by Unknown On Tuesday, June 18, 2013
Jom jengah!!!

Proton telah melancarkan model mampu milik iaitu Saga SUPER (SV) dengan harga yang lebih rendah, namun dengan nilai kenderaan lebih tinggi berbanding sebelum ini. Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Hisham Othman berkata, Proton Saga SV yang dilancarkan hari ini berharga RM33,438 hingga RM36,888 iaitu kira-kira RM5,000 lebih rendah berbanding model terdahulu.


“Apa yang menarik, dengan harga yang lebih rendah ini kami tidak mengurangkan nilai model tersebut tapi kita meningkatkannya. Saga SV yang dilancarkan ini memiliki rating standard keselamatan ASEAN NCAP 3 Bintang yang meningkatkan ciri-ciri keselamatan kepada model ini,” katanya ketika majlis pelancaran Proton Saga SV di Mutiara Damansara di sini hari ini.


Dalam pada itu, Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Khamil Jamil berkata, bakal pembeli juga diberi pilihan untuk membayar pinjaman bulanan yang lebih rendah untuk memiliki Saga SV.

“Pembeli hanya perlu membayar RM250 sebulan dengan beberapa institusi kewangan terpilih dan ini merupakan satu keutamaan dalam satu pakej kenderaan yang menarik,” katanya.


Harga untuk model Saga SV 1.3 (M) dijual pada harga RM33,438 (Solid) dan RM33,888 (Metallic) manakala Saga SV 1.3 (A), RM36,438 (Solid) dan RM36,888 (Metallic). Saga SV didatangkan dengan jaminan tiga tahun/100,000 km. Anda yang berminat sudah boleh melakukan tempahan mulai hari ini.

Sumber

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...