Sunday, 4 August 2013

Posted by Unknown On Sunday, August 04, 2013

Assalamualaikum semua.

Amacam bila dah hampir-hampir nak raya ni? Semua dah sediakan? Wang raya, baju raya, kain raya, supplement raya, kereta raya, jalan raya, pasar raya?!

Apa pun seimbangkan ye..Yang penting hati juga kena RAYA. Raya dari nafsu dan syahwat yang berlebihan. Mudah-mudahan. Amin.



Nak share cerita semalam. Direct to the point terus. Kebetulannya petang semalam sempat pergi memborong produk Shaklee yang tengah HOT gila sekarang ni. Alhamdulillah, dapat rezeki di awal bulan.

Ketika order barang tiba-tiba si Fiona, JB Shaklee Branch Manager tegur,"Amboi U, dah 2 bulan I tengok U. Tiap-tiap minggu I perasan U datang, kecoh habis branch I bila U datang. Bisnes manyak bagus ya?!".

Saya pun angkat ibu jari sebelah tangan,"Alhamdulillah, best sangat, bisnes rancak je. Tak kira puasa ke raya ke memang Shaklee jadi pilihan di hati customer". Tersembur ketawa dari 3 orang pekerjanya yang ada ketika itu dengar saya sebut alhamdulillah kat Fiona. Ceh, gelak pula.

Mana taknya, bulan pertama hampir 150 orang customer, 15 orang 'serah' diri jadi ahli sebab terasa keberkesanannya dan bulan Julai hampir 400 orang customer dan 25 orang lagi 'serah' diri juga. Syukur.


Fiona sambung,"U ha, I tengok lepas ni cepat senang la cikgu....Laju jer bisnesnya and customer U jaga betul-betul. Jangan lupa follow up dorang. I suka tengok Malay berniaga. Selalu I tengok bangsa I je rajin, sekali-sekala tengok U rajin, I suka. Susah tau nak tengok Malay rajin macam U".

Pujian tu....Aisy, puasa-puasa ni riak nanti susah pula. Fiona ni memang cuba menguji keimananku yang naik turun ni. Ikat nanti baru tau. Sebenarnya, saya nak gembira pun ye, nak sedih pun ye. Sebabnya dalam pujiannya ada juga komen tentang sikap orang Melayu yang takut berniaga dan kalau berniaga pun seumpama hidup segan, mati tak mahu. Sambil senyum tengok 2 orang pekerja Melayunya, saya lari topik,"Diaorang 2 ni bagus apa, bukan semua malas, cuma kurang rajin macam bangsa U je tau".

Dengan seukir senyuman dia jawab balas sambil puji pekerja dia sendiri,"Kat Shaklee ni I tengok ramai Malay yang rajin-rajin. Dorang ni, U dan kawan-kawan Malay I.... tapi dalam Shaklee je....Kat luar tu tak ramai macam ni...Patut bos besar Shaklee puji Malay Malaysia pandai buat ini bisnes".

Dia buat lagi si Fiona ni, then saya terus tukar tajuk tentang shipping produk, tak nak panjang-panjang lagi. 


Ini pandangan seorang Chinese terhadap sikap sebahagian dari bangsa kita dan panduannya buat saya dalam berbisnes. Ini juga sikap bangsa Cina yang saya suka. Mereka suka bila melihat orang berniaga walaupun itu bukan bangsa mereka sendiri. 2, 3 orang Chinese dah yang beli dengan saya bercakap perkara yang sama. Mungkin juga kerana sikap mereka ini menjadikan mereka penguasa ekonomi Malaysia dan dunia sekarang.

Mudah-mudahan 'doa' si Fiona untuk saya senang termakbul la bulan-bulan puasa ni...Amin.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...