Monday, 5 August 2013

Posted by Unknown On Monday, August 05, 2013

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik hingga ke penghujung Ramadhan ini. Masih lagi diberi kekuatan untuk melakukan amal ibadat dan menyediakan sedikit bekal buat saham kubur dan akhirat nanti. Mudah-mudahan diberkatiNya.

Saya mohon kepada Allah untuk menguatkan hati ini agar mampu saya ungkapkan,"Pergilah, aku akan sentiasa mengingati kenangan kita bersama ya Ramadhan". Sudah hampir sebulan kita dapat hidup di dalamnya. Bergusti dan bergaduh dengan nafsu dan diri sendiri. Kadang-kala kita menang dan acap kali pula kita kalah dengan helahnya yang pelbagai. 

Perut dapat dijaga, mata pula yang terlepas pandang. Telinga dapat ditutup tapi mulut pula terlepas bicara. Maklumlah, kita tetap manusia yang diberi nafsu. Sekali-sekala kita dapat kalahkan dia kerana dia 'kelaparan' dan mungkin pula 'dia' dapat mengatasi kita kerana kita kelalaian. Itulah 'Madrasah Ramadhan' dan didikannya, baik secara halus mahupun secara kasar. Semua itu teguran dari Allah, pemilik diri ini.


27 Ramadhan 1434 H

Sekarang adalah hari ke 27 Ramadhan, masih lagi berbaki 3 hari buat jiwa yang beriman untuk terus berusaha mencari tawaran terakhir Ramadhan, itqun minan nar (terlepas dari azab neraka). Suatu tawaran LUAR BIASA kepada hambaNya yang LUAR BIASA sahaja.

Mereka luar biasa kerana:
  • Mereka beribadat seumpama berjalan di awal Ramadhan, berlari anak di pertengahannnya dan membuat pecutan di pengakhirannya
  • Mereka 'senang' ketika di masjid tetapi resah ketika di di pasar raya
  • Mereka mudah berjaga malam berqiamullail dari berjaga malam menonton bola
  • Mereka sibuk mencari 'pakaian' kubur daripada mencari pakaian dunia
  • Mereka resah melihat orang ketawa meninggalkan Ramdhan sedangkan hati mereka ingin pecah kerana pemergiannya
  • Mereka dikelilingi oleh orang yang berhilai ketawa sedangkan hatinya menangis duka dengan dosa-dosanya
  • Mereka terhibur dengan al-Quran sedang manusia lain terhibur dengan lagu raya
  • Mereka ingin sentiasa kekal di dalam Ramadhan sedangkan yang lain tak sanggup lagi menghadapinya

Jom jadi luar biasa pada pandangan Allah. Nak jadi LUAR BIASA? Tiru orang yang luar biasa..mereka adalah alim ULAMA. Ulama adalah pewaris para NABI.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...