“Milo ais satu bang”, pesanan biasa yang sering kita dengar apabila menikmati hidangan di warung atau restoran tempatan. Sama ada pada waktu panas terik atau tidak, minuman sejuk atau berais memang menjadi pilihan masyarakat negara ini tidak kira usia.
Biarpun menyedari minuman sejuk tidak begitu elok untuk kesihatan, masih ramai yang memandang remeh mengenai amalan itu kerana belum merasai kesannya. Bunyinya memang menakutkan kerana minuman sejuk dikatakan punca kegemukan selain turut dikatakan boleh menyebabkan serangan penyakit jantung.
Bagaimanapun, Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Kamar, menjelaskan tiada sebarang kajian yang membuktikan amalan minum minuman sejuk boleh membekukan makanan berminyak, memperlahankan penghadaman sekali gus menyebabkan lemak berkumpul dan menyempitkan salur darah lalu menyebabkan serangan jantung.
Kata Dr Haizal, pembentukan plak di dinding pembuluh darah koronari melalui proses aterosklesoris antara lain disebabkan oleh kandungan darah kolesterol yang berlebihan. Jelasnya, sebahagian daripada kolesterol berkenaan datang daripada lemak pemakanan yang dihadam dan diserap oleh usus.
“Bagaimana kita boleh mengaitkan minuman sejuk dengan penyakit jantung kerana secara logiknya, minum air sejuk boleh memperlahankan penghadaman yang secara langsung mengurangkan lemak dan kandungan kolesterol dalam darah. Memang sehingga kini tiada kajian atau sebarang bukti untuk menyokong pendapat berkenaan,” katanya.
Menurut Dr Haizal, pesakit jantung atau yang pernah menjalani pembedahan jantung juga tidak mempunyai masalah jika mengambil minuman sejuk.
RISIKO
“Apa yang penting di sini bukan minuman itu sejuk atau tidak. Setiap individu yang berpenyakit atau tidak, perlu minum air kosong sekurang-kurangnya lima gelas sehari. Terdapat satu kajian di Amerika Syarikat membabitkan lebih 20,000 orang mendapati mereka yang minum air kosong untuk jumlah sedemikian setiap hari mempunyai risiko mati akibat penyakit jantung yang lebih rendah berbanding mereka yang minum dua gelas atau kurang sehari. Jenis minuman selain daripada air kosong pula boleh meninggikan risiko terbabit,” katanya.
Daripada sudut kecantikan pula, minuman sejuk atau berais harus dijauhi wanita kerana ia dapat menjejaskan kesihatan kulit dan dalaman. Jika kita mengamalkan minuman berais, badan mudah menjadi kembang dan selain itu, tulang juga mudah berasa sakit dan bisa. Masalah berkenaan mungkin kurang dirasai ketika muda remaja dan hanya mula dirasai apabila menginjak usia 40 tahun ke atas.
Justeru, amalan pemakanan sihat dengan membanyakkan minum air kosong atau air suam amat penting kerana ia dapat meneutralkan kembali makanan yang diambil. Individu yang selalu minum air batu atau sering berada dalam pejabat atau rumah yang menggunakan penyaman udara, kulit mereka biasanya kelihatan kering dan tidak bermaya dan perut mudah buncit.
PETUA
- Jika minum air, pastikan anda duduk dan jangan sesekali minum berdiri kerana air itu akan terus mengalir ke bahagian peranakan dan menyejukkannya.
- Memang wanita banyak pantang larang terutama dalam aspek pemakanan dan ia tidak boleh dipandang remeh kerana kesannya boleh dirasai selepas melepasi usia 40 tahun. Justeru, paling elok untuk diamalkan ialah air suam atau air kosong saja selain banyakkan makan sayuran.
- Selain itu, minuman sejuk juga tidak elok diberi kepada kanak-kanak kerana ia menyebabkan mereka mudah mengalami batuk, bibir kering atau pecah dan mudah diserang demam. Jika kita sayangkan mereka, berilah air kosong kerana ia sememangnya lebih baik untuk kesihatan mereka.
- Ramai ibu bapa merungut memberitahu anak mereka tidak suka minum air kosong sebaliknya hanya gemarkan air berperisa. Keadaan ini berlaku mungkin kerana anak tidak diperkenalkan kepada air kosong sejak dari kecil. Oleh itu, untuk memastikan anak-anak mendapat air yang mencukupi untuk kegunaan tubuhnya, ibu bapa perlu memperkenalkan air kosong kepada anak seawal yang mungkin. Seboleh-bolehnya, elakkan daripada memberi anak minum minuman berkarbonat atau yang berperasa bagi mengelakkan dia daripada menolak untuk minum air kosong
Water Pitcher Shaklee
Izinkan saya memperkenalkan Water Pitcher Shaklee yang terkenal ini. Mungkin ramai lagi yang masih belum tahu mengenainya. Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.
Perkongsian ini adalah sebagai info tambahan kepada anda yang mencari-cari produk yang bersuaian untuk kegunaan diri dan keluarga. Tapi yang pasti, sekali anda mencubanya, anda pasti jatuh cinta dengan Shaklee. Semua orang berhak mendapat kesihatan yang baik, insyaallah.
Semoga perkongsian ini mampu membuka mata anda untuk memahami betapa pentingnya air kosong yang bersih dan selamat terhadap kesihatan masing-masing.
Lama tak ingatkan. Hari ni nak beritahu semula, bukan apa, takut lupa je. Jika ingin memiliki produk ini boleh hubungi saya segera:
Mohd Taufiq,
Shaklee ID: 965318
Tel/ Msg/ Whatapss: 019 2486694
*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah kesihatan dan hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".
0 comments :
Post a Comment