Thursday 5 September 2013

Posted by Unknown On Thursday, September 05, 2013
Assalamualaikum.
Apa khabar anda semua di malam bahagia ini.

Seperti mana semua maklum, penggunaan bahan semula jadi antara produk terbaik bagi memastikan kesihatan kulit sentiasa terpelihara. Berjuta-juta kajian mengakui perkara ini sehingga di zaman moden ini, produk kecantikan berasaskan bahan semula jadi semakin mendapat tempat di hati kita semua.

Sama ada kulit wajah atau badan, amat penting untuk memberi keutamaan kepada proses penjagaan dan kebersihannya.

Berikut beberapa panduan untuk menjaga kecantikan kulit tanpa perlu menjadikan bahan kimia sebagai bahan utama rejim harian kecantikan kulit. Antaranya:

Tomato


Tomato boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Cara penggunaannya mudah iaitu memarut tomato, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher.

Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit kemudian bersihkan menggunakan air suam. Amalkan setiap hari untuk hasil lebih memuaskan.

Serbuk kulit kayu manis dan bedak sejuk.


Serbuk kulit kayu manis dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air untuk menghilangkan jerawat. Sapu campuran itu pada muka sebelum tidur dan jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka kelihatan lebih licin berseri.

Kulit pisang

Bagi menghilangkan parut, cuba gunakan kulit pisang emas. Sapukan kulit pisang pada bekas parut yang kelihatan dan lakukan setiap hari hingga kesan terbabit hilang. Kerana ini, Jepun pernah mengalami peningkatan import pisang hampir 300%, khas untuk kulitnya sahaja. Begitu sekali penduduk Jepun obses dengan kecantikan kulit.

Madu dan serbuk kayu manis.


Untuk menghasilkan masker ringkas bagi mengatasi masalah jerawat, bahannya amat ringkas iaitu tiga sudu madu dan satu sudu serbuk kayu manis.

Gaulkan madu bersama serbuk kayu manis hingga sebati dan sapukan pada wajah sebelum tidur. Keesokan harinya basuh muka menggunakan air suam. Amalkan setiap hari selama dua minggu, kesannya jerawat hilang dan kulit wajah menjadi lebih mulus dan licin.

Beras, kunyit dan daun cekur.

Bagi memperoleh bau badan segar pula, panduan berikut boleh dicuba:

Ambil semangkuk beras, 3 sentimeter kunyit serta lima helai daun cekur. Tumbuk hingga 3/4 hancur.

Untuk menggunakannya, basahkan badan kemudian sapukan bahan tumbuk itu ke seluruh badan. Biarkan seketika hingga separuh kering. Gosok badan yang dilumur dengan bahan tadi hingga tertanggal semua daki dan sel mati.

Daun pandan.

Ambil daun pandan kemudian kisar halus. Jangan buang hampasnya sebaliknya gunakan bahan berkenaan untuk dijadikan alat menggosok badan.

Campur air pandan bersama air mandi dalam tab mandi. Berendam dalam air pandan sambil menggosok seluruh badan.

Semoga petua di atas dapat diamalkan. 

# Ingin berkongsi petua ini, sila klik butang LIKE di atas post ini :) Semoga semakin ramai yang berjaya mengubah diri mereka dengan sumbangan kecil anda ini.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...