Wednesday, 18 September 2013

Posted by Unknown On Wednesday, September 18, 2013
Maha suci Allah yang telah menjadikan alam seindah ini.
Tidak puas mata memandang, tidak lekang juga mulut memuji.
Dengar saja pantai, tentu ada yang membayangkan kedalaman laut, kegelapan malam, kesunyian, kehijauan hutan, keindahan pantai dan pelbagai kejadian aneh. Banyak juga cerita yang tak sedap didengar berkaitan tempat-tempat seperti ini terutamanya dari aspek negatifnya.

Bagaimanapun ia bukan halangan buat peserta dan fasilitator kem Kemahiran Insaniah (KI) untuk mengadakan aktiviti di kawasan-kawasan seperti ini. Kem Kemahiran Insaniah merupakan antara kem yang sering dinanti-nantikan, baik oleh para peserta dari kalangan pelajar usahasama UiTM mahupun para fasilitator yang terdiri daripada para pensyarah yang telah mendapat certificate khas dari UiTM dalam merancang, menyusun dan melaksanakan kem yang berkonsep riadah, berdisiplin dan kali ini memilih aktiviti penerokaan alam semulajadi setelah beberapa kali gunung dan hutan paya menjadi destinasinya.

Perjalanan pada 14 September lalu mengambil masa 3 jam dari Bandar Penawar ke Pantai Pasir Lanun yang terletak di Mersing, sedikit meletihkan, tetapi geng KI tetap teruja untuk memulakan aktiviti mereka. 

Objektif utama adalah untuk membuka peluang kepada para peserta untuk merasai cabaran dan aktiviti lasak sambil meneroka alam semulajadi di samping memupuk semangat setiakawan, bekerjasama dan nilai-nilai murni yang lain.

Jom layan gambaran-gambaran yang sempat dirakamkan sepanjang kem ini berlangsung.













Setakat ini dahulu untuk tatapan semua. Semoga semua peserta terlibat dapat menjadi contoh dalam kalangan pelajar dan berubah menjadi warganegara yang baik dan pelajar yang cemerlang dan gemilang.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...