Assalamualaikum dan selamat malam. Apa khabar semua? Semoga baik-baik semuanya. Terasa kosong diri bila tidak menulis untuk beberapa hari. Nak beri alasan sibuk, tidaklah sesibuk mana. Cuma busy dengan sikit urusan bisnes dan kehidupan. Moga Allah permudahkan segalanya, buat saya dan kalian juga. Amin.
Saya pasti, sebagai manusia kita tidak dapat lari dari perasaan takut. Ia pasti ada, sehinggakan Allah berfirman,"Janganlah kamu takut (akan masa depan) dan jangan pula kamu bersedih hati (dengan masa lalu)".
Sebagai makhluk yang penuh dengan ketakutan, kita belajar dan diajar untuk membuat persiapan dan persediaan untuk menghadapi ketakutan tersebut yang saya sebutkan "Langgar Ketakutan, Cipta Keberanian". Jika kita benar-benar faham proses keberanian, tentu kita akan temui bahawa tunjang dari keberanian adalah datang dari ketakutan. Dari ketakutan itu, kita bina pula keyakinan hingga dari keyakinan itu kita beroleh keberanian.
Secara mudahnya,
Ketakutan menghasilkan keyakinan,
Keyakinan menghasilkan keberanian,
Keberanian menghasilkan tindakan,
Tindakan menghasilkan keputusan,
Keputusan menghasilkan perubahan.
TAKUT BERUBAH vs TAKUT DIKATA
Jika anda pernah masuk seminar Dr Azizan, pasti anda tahu bahawa perkara pertama yang diajar adalah 'chicken dance' dan 'bara bara bere bere', 2 jenis tarian atau gerak tubuh yang sengaja diaktifkan untuk semua peserta menentukan tindakan, keputusan dan perubahan yang diingininya.
Ia dibuat untuk menghilangkan rasa 'takut' yang bersarang di hati. Takut orang kata, takut org tengok, takut orang fikir yang bukan-bukan dan sebagainya. Buang semua jenis takut tu, anda pasti akan berjaya!
Banyak faktor yang mendorong perubahan seseorang. Mungkin berubah untuk hidupnya atau keluarganya atau bangsanya atau agamanya dan mungkin untuk kesemuanya. Tak kisah atas faktor apa pun, janji mahu berubah ke arah lebih baik. Dalam post ni, saya cuba tumpukan perubahan dalam bidang ekonomi dan perniagaan, insyaallah.
Betul tak? Ramai dalam kalangan kita takut untuk berubah sebenarnya. Nak kata takut kepada perubahan tu tak juga, kita lebih takut apa orang akan kata dan fikir tentang kita. Buktinya, kita tak takut perubahan tugasan di pejabat walaupun kita tidak pernah melaksanakannya sebelum ini. Kerana apa? Kerana kita berubah tugasan bersama support group yang kuat yang pernah melaksanakannya sebelum itu.
So, kalau ingin berubah ikutilah kumpulan tersebut. Nak berubah jadi kaki masjid, berkawanlah dengan geng masjid. Nak berubah jadi kaki pancing, berkawanlah dengan geng memancing. Nak berubah jadi jutawan muslim, berkawanlah dengan geng jutawan muslim. Senang kan?!
Ada cerita sikit tentang salah seorang dari rakan niaga Shaklee saya. Ketika awal kemasukannya, katanya,"Saya tak pandai berniagalah...saya tak pandai bersembanglah...saya tak pandai bercakaplah". Dengan segala alasan itu, saya tetap puji dia kerana dia berani join terlebih dahulu dan jujur dengan kondisinya.
Masuk sahaja dalam secret group kami, kami groom dia dari segi potensi diri, teknik marketing hinggalah proses membina empayar perniagaan sendiri. Alhamdulillah, hingga pada akhir bulan lepas, beliau dah mula pegang 3 angka setelah sebulan je join.
KETAKUTAN MENUKAR IMPIAN MENJADI ANGAN-ANGAN
Lihat sahaja nanti, dalam 2, 3 hari lagi kita akan masuk tahun baru 2014. Cer semak azam kita tahun lepas, berapa peratus yang terlaksana dan berapa pula hanya tinggal catitan sahaja? Selama setahun kita tulis dan simpan tanpa lakukan sebarang perubahan dalam hidup kerana 'ketakutan' kita dan kita mengharapkan azam kita tercapai begitu sahaja, itu adalah mustahil. Kata bijak pandai,"If you do the same thing everyday and you want different result, it insane".
Yang lagi malangnya nanti, masuk pula tahun baru seterusnya, ditulis pula azam yang lain sedangkan azam tahun sebelumnya masih banyak yang belum tercapai. Alangkah malang diri mereka yang tidak mengetahui rahsia di sebalik tulisan keazaman tersebut. Bukankah kita tulis azam tersebut supaya kita menjadi lebih 'berani' untuk mencapainya, bukan sebaliknya kan?!
Hanya orang berani yang berani berimpian dan mengejar impiannya. Orang penakut pula hanya berani berangan-angan di atas tilam empuknya di samping bantal busuk simpanannya!
KEBERANIAN DARI KESEMPITAN
Dengan peningkatan taraf hidup kini dan pembangunan negara yang menuju ke arah negara maju, adalah kedengaran janggal bin pelik jika tidak terasa 'bahang' kemajuan tersebut. 2014 insyaallah akan menjadi 'syurga' kepada golongan kaya dan atasan manakala golongan golongan sederhana dan bawahan akan mula terasa 'neraka' dunia.
Semasa saya mengikuti seminar DAO, saya berjumpa dengan seorang anak muda yang duduk di sebelah saya, muda lagi, masih bersekolah menengah tapi mampu duduk di kerusi VIP yang berharga RM****. Mulanya saya pelik juga sebab beliau muda sangat dan ada wang sebanyak itu, jadi saya pun dengan curiganya bertanya,"Adik buat bisnes apa?". Dia cakap,"Saya buat bisnes cyber Cafe sebelah rumah saya".
Jawapannya menarik minat saya untuk bertanya lagi,"Adik sebulan dapat berapa? Adik buat macam mana?". "Takla banyak, bolehlah untuk student buat duit muka beli kereta Preve," jawabnya. Pergh, hebatkan.
Katanya lagi,"Dulu masa sekolah rendah, saya suka main game di CC. Abis beratus-ratus sebulan. Bila minta duit dengan mak abah, asyik kena leter je hingga saya terpaksa mencuri duit dorang. Sampai satu hari masa tingkatan 3 saya kemalangan masa hendak pergi ke CC. Mak ayah saya jaga saya sampai abis duit simpanan dorang. Abang akak yang kerja kampung pula yang terpaksa tolong bantu apa yang boleh.
Jadi, lepas sihat saya masih ketagih nak main game di CC tapi demi mak abah saya, saya tahankan. Lepas tu saya terfikir nak buat CC kat sebelah umah saya, kebetulan ada tinggalan rumah nenek di sebelah yang takde siapa guna, jadi saya buat konsep CC dalam rumah. Saya hutang abang dengan akak saya, saya beli komputer lama dan ajak kawan yang pandai untuk upgrade komputer. Jadikan komputer khas untuk kegunaan gamers.
Awalnya saya ada 5 biji komputer, lepas 6 bulan dah ada 40 biji dan sekarang (1 tahun) ada 100 biji komputer dan balim seminar ni insyaallah saya akan buat 2 cawangan lagi dengan konsep yang sama".
Amacam, berani lawan adik ni? Baru tingkatan 5 tau. Dah ada pendapatan sebaik itu. Semuanya bertitik tolak dari kesempitan. Difikirkan penyelesaian kepada masalah, bukan hanya merungut semata-mata tanpa mencari jalan keluar dari masalah.
Daripada cerita adik inilah, saya yakin bahawa lebih ramai rakyat Malaysia akan terlibat dengan bisnes dan side income pada awal tahun 2014 nanti. Saya sangat yakin kerana manusia biasanya memang begitu. Apabila ia telah tersepit, ia akan mencari jalan keluarnya tanpa perlu dipaksa lagi.
Jadi soalnya, kenapa perlu tunggu lagi sedangkan 2014 sudah ada di depan mata? Kenapa perlu menunggu lagi jika peluang sudah di depan mata? Kenapa masih menanti jika ingin berubah menjadi juara?
Bagi yang ingin berubah untuk mencapai kebebasan masa, kewangan dan kehidupan untuk lebih kaya, berjaya dan bahagia saya doakan agar anda dapat bermula dari sekarang. Trust me, lagi lambat anda mulakan, lagi banyak persaingan yang anda terpaksa hadapi pada tahun mendatang. Langgar ketakutan anda dan cipta keberanian itu. Insyaallah, anda pasti berjaya.
*Bagi yang tidak keberatan untuk share bersama orang lain dan ingin memberi semangat kepada saya untuk terus menulis, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
0 comments :
Post a Comment